8 Tanda Tanda Buasir Berdarah Mungkin Sebenarnya Kanser Usus


8 Tanda-tanda Buasir Berdarah Mungkin Sebenarnya Kanser Usus 5 Pernahkah anda mengalami buasir berdarah? Artikel ini menerangkan apakah itu buasir berdarah, punca-punca terjadinya buasir berdarah, dan tanda-tanda buasir berdarah sebenarnya kanser usus.
Apakah itu Buasir Berdarah? Buasir adalah salur darah vena yang membesar di bahagian bawah rektum dan dubur. Ia akan membawa masalah apabila ianya menjadi radang atau bengkak. Apabila salur darah berhampiran pecah, ia akan luka dan menghasilkan darah sehingga menyebabkan terjadinya buasir berdarah.
8 Tanda-tanda Buasir Berdarah Mungkin Sebenarnya Kanser Usus 6 Jenis-jenis Buasir Berdarah Buasir boleh diklasifikasikan kepada dua iaitu buasir luaran atau buasir dalaman. Kedua-dua ini mempunyai simptom dan masalah yang berbeza.
1. Buasir dalaman
– Merupakan salur darah vena yang membengkak di lapisan dalam rektum.
– Berlaku pendarahan selepas membuang najis tanpa kesakitan.
– Ada juga pesakit yang akan terasa seperti unjuran yang terkeluar dari dubur selepas membuang air besar.
– Unjuran ini mungkin hilang sendiri atau ada juga yang perlu menolak balik unjuran ini ke dalam.2. Buasir luaran
– Merupakan salur darah vena di bahagian bawah kulit luar dari dubur.
– Pesakit akan mengadu sakit, berdarah, gatal atau bengkak semasa membuang air besar.
– Ada pesakit yang mungkin merasa sedikit tidak selesa, tetapi ada juga yang merasa panas atau amat pedih.
– Jika ada darah beku yang menyumbat saluran darah, maka sakit yang dirasai adalah semakin kuat Tahap-tahap Buasir Berdarah Tahap 1: Berdarah sahaja tetapi tidak terkeluar Tahap 2: Buasir terkeluar dan boleh masuk sendiri sama ada berdarah atau tidak Tahap 3: Buasir terkeluar dan perlu ditolak dengan jari sama ada berdarah atau tidak Tahap 4: Buasir terkeluar dan tidak boleh dimasukkan semula 8 Tanda-tanda Buasir Berdarah Mungkin Sebenarnya Kanser Usus 7 Punca-punca Buasir Berdarah 1. Terdedah kepada orang dewasa 30 tahun ke atas dan wanita mengandung.
2. Sering meneran semasa membuang air besar dan keadaan sembelit.
3. Wanita mengandung mungkin mengalami buasir kerana pembesaran janin menyebabkan tekanan ke bahagian dubur dan juga akibat perubahan hormon.
4. Orang yang berlebihan berat badan,
5. Orang yang berdiri dalam jangka waktu yang lama setiap hari
6. Orang yang selalu mengangkat benda berat mungkin menghidapi masalah ini.
7. Berlaku penambahan tekanan kepada salur vena di rektum dan dubur dan menyebabkan pembengkakan dan pembesaran. Cara Mengatasi Buasir Berdarah Ada beberapa langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan buasir berdarah dan mengurangkan gejalanya:
Cara Mengatasi Masalah Buasir Berdarah1. Cara mengelakkan sembelit:
– Lebihkan pengambilan serat dalam pemakanan anda dengan memakan buah-buahan,sayur-sayuran hijau dan bijirin, dan roti bijiran penuh (wholemeal).
– Lebihkan meminum air, sebaik-baiknya lapan gelas sehari.
– Lakukan senaman setiap hari.
– Elakkan pengambilan julap (ubat pelawas) yang boleh menyebabkan cirit-birit dan menerukkan lagi masalah buasir.
– Ambil ubat julap yang mengandungi serat tinggi seperti Fybogel yang bertujuan untuk mengelakkan sembelit.2. Cara mengurangkan kesakitan:
– Mandi dengan air suam untuk mengurangkan kesakitan dan kegatalan.
– Jika terdapat pembengkakan, sila gunakan ais supaya bengkak surut atau duduk di dalam besen yang berisi air garam.
– Ambil pil untuk mengurangkan sakit seperti paracetamol, aspirin, atau ibuprofen.
– Sapu krim untuk rawatan buasir yang boleh dibeli daripada farmasi atau klinik. 8 Tanda-tanda Buasir Berdarah Mungkin Sebenarnya Kanser Usus 8 Tanda-tanda Buasir Berdarah Sebenarnya Kanser Usus Berikut merupakan tanda-tanda buasir berdarah yang anda alami mungkin petanda awal kanser usus:
1. Darah dalam najis.2. Mengalami pembuangan najis tidak menentu seperti selalu cirit-birit dan sembelit.3. Kehilangan berat badan tanpa sebab4. Sakit perut.5. Muntah.6. Merasakan bahawa usus anda tidak kosong sepenuhnya.7. Terasa kelesuan dan keletihan8. Kerap mengalami pedih perut atau kekejangan, rasa kenyang atau kembung. Anda perlu segera membuat pemeriksaan lanjut di hospital jika anda mengalami tanda-tanda di atas secara berlarutan.
Soalan FAQs Berkenaan Buasir Berdarah Apakah itu buasir berdarah? Apabila salur darah berhampiran pecah, ia akan luka dan menghasilkan darah sehingga menyebabkan terjadinya buasir berdarah.
Apakah gejala buasir berdarah? Najis berdarah, sakit perut, kejang atau kembung perut.
Apakah penyebab buasir berdarah? Sering meneran semasa membuang air besar dan keadaan sembelit;
Wanita mengandung mungkin mengalami buasir kerana pembesaran janin menyebabkan tekanan ke bahagian dubur dan juga akibat perubahan hormon; dan Orang yang berlebihan berat badan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sistemguruonline.my/2024/04/buasir-berdarah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Najis Boleh Jadi Petunjuk Anda Alami Kanser Usus Ini Tanda Tandanya

Najis Boleh Jadi Petunjuk Anda Alami Kanser Usus Ini Tanda Tandanya

papar berkaitan - pada 16/4/2024 - jumlah : 210 hits
Kanser kolon di negara ini adalah penyebab kedua kematian dan nombor satu menyerang lelaki Najis Boleh Jadi Petunjuk Anda Alami Kanser Usus Ini Tanda tandanya Jangan terkejut kerana daripada anda sebenarnya boleh mengetahui jika diri berisi...
Tanda Tanda Kanser Darah Dan 4 Komplikasi Serius Jika Tidak Dirawat

Tanda Tanda Kanser Darah Dan 4 Komplikasi Serius Jika Tidak Dirawat

papar berkaitan - pada 20/4/2024 - jumlah : 192 hits
Tanda tanda Kanser Darah dan 4 Komplikasi Serius Jika Tidak Dirawat 14 Adakah anda mengetahui apakah itu Artikel kali ini menerangkan apakah itu kanser darah jenis jenis kanser darah punca punca kanser dan rawatan kanser darah Apakah itu Ka...
Hati Hati 5 Tanda Istidraj Ini Mungkin Ada Pada Anda

Hati Hati 5 Tanda Istidraj Ini Mungkin Ada Pada Anda

papar berkaitan - pada 12/4/2024 - jumlah : 247 hits
Hati hati 5 Tanda Istidraj Ini Mungkin Ada Pada Anda 5 Pernahkah anda mendengar mengenai istidraj Kita perlu berhati hati terhadap Ini kerana jika kita sedar ia boleh membawa kepada kekufuran Istidraj adalah meninggalkan suruhan Allah swt b...
Pelancaran Sony Xperia 1 Vi Mungkin Berlaku Pada 17 Mei

Pelancaran Sony Xperia 1 Vi Mungkin Berlaku Pada 17 Mei

papar berkaitan - pada 18/4/2024 - jumlah : 194 hits
Terdapat beberapa bocoran berkaitan dengan Sony Xperia 1 VI baru baru ini dari yang mungkin kontroversial hingga yang agak spesifik Sebuah acara pelancaran jelas akan mengatasi semua ini dan berita baiknya adalah bahawa tarikh untuk itu tel...
Prk Kuala Kubu Bharu Pn Mungkin Letak Calon Melayu

Prk Kuala Kubu Bharu Pn Mungkin Letak Calon Melayu

papar berkaitan - pada 24/4/2024 - jumlah : 136 hits
Parti Pribumi Bersatu membayangkan calon Melayu akan mewakili Perikatan Nasional bertanding pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Kuala Kubu Bharu 11 Mei ini Ketua Penerangan BERSATU Datuk Razali Idris berkata PN mungkin meletakkan ...
Prk Kkb Protes Pengundi India Mungkin Tak Tumbangkan Ph Kata Penganalisis

Prk Kkb Protes Pengundi India Mungkin Tak Tumbangkan Ph Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 20/4/2024 - jumlah : 124 hits
Seramai 40 226 pengundi membabitkan Melayu Cina India dan lain lain layak menunaikan tanggungjawab pada PRK Kuala Kubu Baharu PETALING JAYA Seorang penganalisis politik berpendapat sebarang tindakan protes daripada pengundi India tidak akan...
Ulasan Asus Rog Phone 8 Mungkin Terbaik Menganut Gaya Utama Selepas Semua

Ulasan Asus Rog Phone 8 Mungkin Terbaik Menganut Gaya Utama Selepas Semua

papar berkaitan - pada 27/4/2024 - jumlah : 169 hits
Pada mulanya apabila ASUS ROG Phone 8 diperkenalkan ia terasa seperti bahagian dunia telefon pintar telah hilang Siri telefon dengan gaya gamer agresifnya yang tidak malu malu telah menerima bahasa reka yang lebih tenang Akibatnya peranti m...
Buasir Otak Tv Makan Apa Paling Sakit Be Like

Buasir Otak Tv Makan Apa Paling Sakit Be Like

papar berkaitan - pada 9/4/2024 - jumlah : 191 hits
Setiap kali budak tanya teka teka makan apa paling sakit Jom tonton animasi ini
Buasir Otak Tv Anak Apa Selalu Kena Be Pijak Like

Buasir Otak Tv Anak Apa Selalu Kena Be Pijak Like

papar berkaitan - pada 9/4/2024 - jumlah : 185 hits
Setiap kali budak tanya anak apa yang selalu kena pijak Jom tonton animasi ini
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba