7 Petunjuk Tentukan Kemenangan Prk Kuala Kubu Bharu



(Berita Harian) – Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu yang akan diadakan 11 Mei ini susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong bakal menyaksikan gelombang politik baharu cukup unik, sekali gus beberapa petunjuk wajar diberikan perhatian.
Pertama, Dewan Undangan Negeri (DUN) ini yang pernah diwakili MCA pada 2008, mengalami perubahan ke arah konteks politik baharu pada 2013 hingga 2023 apabila dirampas dan dipertahankan DAP.
Apa yang unik pada demografi pengundi di DUN ini ialah pengundi Melayu merangkumi 46.4 peratus; Cina (30.7 peratus), India (18 peratus) dan lain-lain (5 peratus).
Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tahun lalu, kawasan ini menyaksikan pertandingan empat penjuru, iaitu Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN), Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) dan Parti Rakyat Malaysia (PRM).
MUDA dan PRM sudah mula membawa retorik mereka dalam proses mendapatkan sokongan daripada pengundi di kawasan berkenaan.
Kedua, ramalan yang dapat dijangkakan ialah pengundi bukan Melayu khususnya pengundi Cina kemungkinan besar akan lebih selesa dengan menyokong DAP susulan beberapa isu mutakhir ini.
Antara isu utama diperhatikan pengundi bukan Melayu adalah berkaitan 3R (agama, kaum dan Raja) yang semakin hangat di negara ini. Bukan hanya itu, beberapa isu sentimen juga akan dijadikan pertimbangan seperti pembukaan kantin pada Ramadan dan istilah kafir menjadi tanda tanya dalam pengundi Cina.
Namun, GERAKAN boleh memecahkan tembok untuk membawa calon Cina yang mewakili parti itu bagi menguji tahap penerimaan pengundi Cina.
Ketiga, pengundi India walaupun minoriti sebenarnya menjadi penyumbang sangat besar kepada PRK ini. Beberapa perkara menjadi isu utama kepada masyarakat terbabit dalam pentadbiran Kerajaan Perpaduan antaranya penempatan Unit Tranformasi India (MITRA) daripada Jabatan Perdana Menteri (JPM) ke Kementerian Perpaduan kemudian berubah kembali dan isu berkaitan penempatan tempat matrikulasi untuk pelajar India.
Malah, lebih banyak isu akar umbi yang masih menjadi tanda tanya kepada masyarakat India. Semua itu meningkatkan lagi risiko besar yang menyaksikan pengundi India akan keluar mengundi, tetapi memilih PN atau calon Bebas sebagai protes, selain tidak mustahil mengambil tindakan tidak keluar mengundi.
Keempat, pengundi Melayu akan menjadi penilai paling utama berdasarkan peratusan pengundi keluar mengundi pada PRN lalu yang sangat tinggi. Jangkaan isu besar membayangi perjalanan PRK ini ialah isu kalimah Allah pada stokin juga menjadi isu utama dan bagaimana Kerajaan Perpaduan menanganinya, penggunaan istilah kafir, logo kasut, kos sara hidup dan gaji.
Ini akan memberikan ruang dan peluang kepada pengundi Melayu bertindak secara demokrasi pada hari pengundian pada 11 Mei nanti.
Kelima, pemilihan calon di DUN oleh gabungan kedua-dua parti terbesar, iaitu PH-Barisan Nasional (BN) dan PN. Sehingga kini, masing-masing belum mendedahkan nama calon tetapi senarai calon komponen utama Kerajaan Perpaduan dibentangkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam, manakala PN telah sudah selesai perbincangan calon.
Berdasarkan jentera pilihan raya pula, PH-BN bakal dikemudi ADUN Kinrara merangkap Setiausaha DAP Selangor, Ng Sze Han apabila dilantik sebagai Pengarah PRK, manakala PN mempertaruhkan Ketua Pembangkang DUN Selangor yang juga Pengerusi PN Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Melihatkan kedua-dua pimpinan itu, Sze Han mempunyai kepemimpinan cukup baik sehingga dapat menawan DUN Kinrara dengan kemenangan besar, iaitu 71,290 undi dengan majoriti 54,535.
Beliau juga mempunyai gaya perwatakan kepemimpinan cukup inklusif hingga menewaskan calon PN, iaitu Wong Yong Kan daripada PN pada PRN lalu.
Keenam, faktor Mohamed Azmin yang walaupun tewas pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di tangan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, beliau kembali untuk menang bergaya pada PRN di DUN Hulu Kelang.
Rekod sebagai bekas Menteri Besar, kepemimpinan daripada PH 1.0 hingga kerajaan bersama PN, ditambah pengalaman luas akan menjadi faktor penting dalam konteks beliau mengetuai jentera PRK.
Apatah lagi, kita tidak boleh melupakan sejarah beliau juga begitu berkaliber dalam konteks kepemimpinan dan politik di negara ini.
Ketujuh, isu stoking dengan kalimah Allah dan kempen boikot kedai serbaneka yang digemparkan lagi dengan retorik Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh juga perlu diambil kira pada PRK ini kerana beliau boleh dianggap sebagai wira dalam menegaskan beberapa perkara berkaitan Islam.
Ini juga dapat dijadikan petunjuk untuk pengundi melihat sejauh manakah Kerajaan Perpaduan menangani isu ini dengan rasional supaya dapat memberikan kepercayaan kepada pengundi Melayu.
Realitinya, PRK Kuala Kubu Bharu menjadi medan ujian kepemimpinan Kerajaan Perpaduan, sekali gus kayu ukur kepada PN untuk melihat sejauh manakah penerimaan pengundi terhadap ‘gelombang hijau’ di kawasan berkenaan.
Namun, harus diingat pola pengundian pada PRK Kuala Kubu Bharu juga boleh berubah mengikut kapasiti jumlah pengundi yang keluar mengundi.
 
The post 7 petunjuk tentukan kemenangan PRK Kuala Kubu Bharu appeared first on Malaysia Today.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2024/04/19/7-petunjuk-tentukan-kemenangan-prk-kuala-kubu-bharu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prk Kuala Kubu Bharu Pn Mungkin Letak Calon Melayu

Prk Kuala Kubu Bharu Pn Mungkin Letak Calon Melayu

papar berkaitan - pada 24/4/2024 - jumlah : 173 hits
Parti Pribumi Bersatu membayangkan calon Melayu akan mewakili Perikatan Nasional bertanding pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Kuala Kubu Bharu 11 Mei ini Ketua Penerangan BERSATU Datuk Razali Idris berkata PN mungkin meletakkan ...
Ada Kempen Tikam Anwar Di Kuala Kubu Bharu

Ada Kempen Tikam Anwar Di Kuala Kubu Bharu

papar berkaitan - pada 19/4/2024 - jumlah : 157 hits
B Nantha KumarPRK KKB Biarpun kempen belum lagi bermula di kawasan utara Selangor ini sudah ada beberapa watak dikenali ramai muncul membawa misi tersendiri Mengakui bukan mahu melihat PH sekali gus kerajaan kalah dalam PRK pada 11 Mei ini ...
Selepas Mic Mca Pula Tak Kempen Prk Kuala Kubu Baharu

Selepas Mic Mca Pula Tak Kempen Prk Kuala Kubu Baharu

papar berkaitan - pada 20/4/2024 - jumlah : 187 hits
MCA mengikut jejak MIC untuk tidak berkempen pada PRK Kuala Kubu Baharu jika BN tidak bertanding PETALING JAYA MCA tidak akan berkempen pada PRK Kuala Kubu Baharu jika calon kerajaan perpaduan bukan daripada Barisan Nasional Jawatankuasa Pe...
Hanya Cadangan Kata Bn Berkait Gesaan Mca Tanding Prk Kuala Kubu Baharu

Hanya Cadangan Kata Bn Berkait Gesaan Mca Tanding Prk Kuala Kubu Baharu

papar berkaitan - pada 13/4/2024 - jumlah : 173 hits
Megat Zulkarnain Omardin berkata BN Selangor telah bersedia berdepan PRK Kuala Kubu Baharu pada 11 Mei depan PETALING JAYA Barisan Nasional Selangor berpendapat pendirian segelintir ahli dan pemimpin MCA supaya parti itu bertanding PRK Kual...
Kor Ming Mahu Umno Bantu Habis Habisan Calon Dap Di Kuala Kubu Bharu

Kor Ming Mahu Umno Bantu Habis Habisan Calon Dap Di Kuala Kubu Bharu

papar berkaitan - pada 23/4/2024 - jumlah : 358 hits
agendaily com22 04 24Nga Kor Ming UMNO digesa membantu calon yang akan diletak DAP pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Kuala Kubu Bharu nanti kata Nga Kor Ming Naib Pengerusi DAP itu berkata jentera UMNO perlu membantu kempen DAP ...
Peg Nga Kor Ming Calon Ph Kuala Kubu Bharu Hahaha Melayu Nak Undi Ker

Peg Nga Kor Ming Calon Ph Kuala Kubu Bharu Hahaha Melayu Nak Undi Ker

papar berkaitan - pada 24/4/2024 - jumlah : 182 hits
Setiausaha akhbar kepada menteri perumahan Nga Kor Ming dikatakan akan dinamakan sebagai calon DAP untuk pilihan raya kecil Kuala Kubu Bharu Menurut sumber Pakatan Harapan nama Pang Sock Tao akan diumumkan dalam secara rasmi di pusat khidma...
Prk Kuala Kubu Dap Ketepikan Kaum Melayu India

Prk Kuala Kubu Dap Ketepikan Kaum Melayu India

papar berkaitan - pada 25/4/2024 - jumlah : 198 hits
DAP pulaukan sensiviti kaum melayu dan india Lebih memilih untuk utamakan kaum Cina untuk menerajui kawasan DUN Kuala Kubu Persoalannya apakah kaum melayu dan india masih mahu memilih kaum cina daripada DAP selepas DAP terpalit dengan pelba...
Prk Kuala Kubu Baharu Undi Melayu Bukan Tumpuan Pn Di Kuala Kubu Baharu

Prk Kuala Kubu Baharu Undi Melayu Bukan Tumpuan Pn Di Kuala Kubu Baharu

papar berkaitan - pada 16/4/2024 - jumlah : 233 hits
Nicholas ChungPETALING JAYA Seorang penganalisis berkata beliau tidak merasakan bahawa tumpuan Perikatan Nasional pada PRK Kuala Kubu Baharu akan datang adalah untuk mendapatkan undi Melayu Azmi Hassan dari Akademi Nusantara berkata PN tida...
Antara Aktiviti Mingguan Kebun Bandar

Cara Dapatkan Bank Statement Cimb Bank Melalui Cimbclicks

Najib Razak Pemerkasaan Industri Rel

Vin Populi Next Door Rezen Studio S Intimate Italian Inspired Wine Bar In Fremantle

Akmal Slams Anwar On Obsession With Najib Netizens Clap Back On Rule Of Law

P2vvip P2vvips Com 9 2024 P2vvip 1 P2vvip Top 73 By Jermaine

Ufp 2 Fun 28 2024 5 Top 88 By Morgan

Y Gen Dining By Architects Eat A Multi Sensory Culinary Sanctuary In Melbourne


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rafizi Ramli Protes Pemilihan Pkr Ini Yang Berlaku Sebenarnya

Sepak Takraw Piala Asia Penantian 34 Tahun Regu Berpasukan Berlarutan Thailand Tewaskan Malaysia 2 0

Hidung Mancung Jenis Hidung Cara Mancungkan Hidung

5 Tips Mengatur Keuangan Pribadi Agar Bisa Investasi Sejak Dini

Makan Malam Di Rodakafe Kulai

Gempar Shamsul Iskandar Dedah Kenapa Pmx Mahu Singkirkan Rafizi Ma