Murid Sekolah Tidak Wajib Pakai Tali Leher Mulai 2026 Kpm
Murid Sekolah Tidak Wajib Pakai Tali Leher Mulai 2026 – KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memutuskan bahawa pemakaian tali leher oleh murid sekolah di bawah institusi pendidikan KPM tidak lagi diwajibkan mulai tahun 2026.
Perkara itu dimaklumkan melalui Surat Siaran KPM Bilangan 5 Tahun 2025 yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Datuk Dr. Mohd Azam bin Ahmad.
Menurut surat siaran berkenaan, keputusan tersebut dibuat hasil Mesyuarat Profesional Kementerian Pendidikan Malaysia (MPKPM) Khas Tahun 2025 yang bersidang pada 8 Disember 2025 lalu.
Mesyuarat bersetuju bahawa pemakaian tali leher tidak perlu diwajibkan kepada semua murid, namun masih dibenarkan sekiranya dipersetujui bersama oleh pihak sekolah dan ibu bapa.
KPM turut menegaskan bahawa tiada sebarang paksaan atau tekanan boleh dikenakan terhadap murid berkaitan pemakaian tali leher di sekolah.
KPM mengambil kira beban kewangan ibu bapa
Antara faktor utama yang diambil kira dalam penetapan dasar ini ialah realiti iklim Malaysia yang panas dan lembap, yang menjadikan pemakaian tali leher setiap hari kurang sesuai serta boleh menjejaskan keselesaan murid.
Selain itu, KPM juga mengambil kira beban kewangan ibu bapa dalam menyediakan kelengkapan persekolahan anak-anak.
“KPM sentiasa prihatin akan keperluan bagi ibu bapa menyediakan kelengkapan persekolahan anak masing-masing sebelum bermula sesi persekolah baharu,” ujar surat siaran itu lagi.
Dalam pada itu, surat siaran tersebut berkuat kuasa serta-merta mulai tarikh ia dikeluarkan.
Langkah ini dilihat selari dengan usaha KPM untuk memastikan kebajikan, keselesaan dan kesejahteraan murid sentiasa menjadi keutamaan dalam sistem pendidikan negara.
BACA: Selepas 12 Tahun Menyewa, Khairul Aming Akhirnya Beli Rumah Pertama

BACA: Panggil Orang “Anjing” Boleh Didenda RM2,000, Penjara Hingga 6 Bulan Di Indonesia
BACA: Ini “Top 10” Lelaki Paling Kacak & Wanita Paling Cantik 2025
BACA: Jurutera Terima Pampasan RM180,000 Selepas Dipecat Kerana Terlalu Lama Dalam Tandas
Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia
The post Murid Sekolah Tidak Wajib Pakai Tali Leher Mulai 2026 – KPM appeared first on Siakap Keli.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2025/12/30/murid-sekolah-tidak-wajib-pakai-tali-leher-mulai-2026-kpm/