Muzium Penjara Melaka Tarikan Utama Harga Tiket Masuk


Muzium Penjara Melaka – Tarikan Utama & Harga Tiket Masuk
Cuti sekolah tak tahu nak pergi mana? Haa, apa kata, cuti kali ini, anda bawa anak-anak untuk berkunjung ke Muzium Penjara Melaka!
Muzium Penjara Melaka adalah destinasi menarik yang menawarkan pengalaman unik serta mendidik terutamanya untuk anak-anak remaja. 
Muzium ini menyimpan banyak cerita tentang sejarah dan kisah-kisah kehidupan di sebalik jeriji besi yang boleh dijadikan sebagai pengajaran. 
Jom ketahui lebih lanjut apa yang menarik mengenai muzium ini melalui perkongsian di bawah. 
Muzium Penjara Melaka – Pengenalan Muzium Penjara Melaka atau dikenali sebagai Muzium Penjara Malaysia telah dibuka secara rasmi pada 20 November 2014, kira-kira sepuluh tahun yang lepas. 
Muzium ini terletak di bangunan yang dahulunya merupakan penjara sebenar (penjara pertama di Malaysia!), yang dibina pada tahun 1860. 
Selepas penjara ditutup pada tahun 1992, bangunan ini diubahsuai menjadi muzium untuk memelihara dan memaparkan sejarah serta serba-serbi mengenai kehidupan di dalam penjara. 
Sumber: Google Review (Muzium Penjara) Dengan berkunjung ke sini, pengunjung berpeluang untuk memahami lebih dalam tentang kehidupan tahanan, sistem perundangan, serta perkembangan sistem penjara di Malaysia. Selain itu, banyak pengajaran hidup yang boleh dikutip di muzium ini. 
Pengunjung juga dapat melihat pelbagai koleksi seperti barang-barang yang digunakan oleh banduan, alat-alat penyiksaan zaman dahulu, serta rekod-rekod penting yang memberi gambaran tentang kehidupan di dalam penjara zaman silam. 
Pameran-pameran ini menyentuh aspek kemanusiaan, perundangan, dan keadilan yang sering dipandang sepi oleh masyarakat.
Waktu Operasi Muzium Penjara Melaka dibuka setiap hari kecuali hari Isnin. Waktu operasinya adalah dari jam 9 pagi hingga 5 petang. 
Terdapat satu program khas yang dikenali sebagai Melaka Bila Larut Malam Di Muzium Penjara Malaysia, yang membolehkan pengunjung melawat muzium pada waktu malam, bermula 1 Jun 2024 yang lepas.
Pengunjung boleh mengalami sendiri pengalaman suasana Sel Banduan pada waktu malam selain mendalami skop tugas dan pengalaman sebagai Pegawai Penjara yang bertugas pada waktu malam, pada hari Sabtu minggu pertama setiap bulan, dari jam 11 malam hingga 2 pagi dengan bayaran tiket yang berpatutan. 
Setiap hari kecuali Hari Isnin, 9 pagi – 5 petang. Sabtu minggu pertama (setiap bulan) – 11 malam sehingga 2 pagi.  Sumber: Tourism Melaka Lokasi dan Cara Ke Sana Alamat: Jln Parameswara, Kampung Bandar Hilir, 75000 Melaka, Malaysia
Muzium Penjara Melaka terletak di Jalan Parameswara, Kampung Bandar Hilir, Melaka. Lokasinya tidak jauh dari pusat bandar dan berdekatan dengan beberapa tarikan pelancongan utama yang popular di Melaka.  
Lokasinya yang strategik menjadikannya mudah diakses terutamanya dengan pengangkutan awam seperti bas dan teksi. Jika anda memandu sendiri, terdapat ruang letak kereta yang disediakan berhampiran muzium. 
Anda juga boleh berjalan kaki dari Dataran Pahlawan,i sekitar 10-15 minit untuk tiba di muzium ini. Nak pergi ke tempat menarik yang lain pun mudah sahaja dari muzium ini. 
Harga Tiket Masuk & Cara Beli Harga tiket masuk ke Muzium Penjara Melaka untuk dewasa adalah RM3, manakala untuk kanak-kanak dan pelajar, tiket dijual pada harga RM1. agi warga emas dan pengunjung yang memiliki kad OKU, tiket masuk adalah percuma. 
Sumber: Google Review (Muzium Penjara) Dengan harga yang rendah ini, anda boleh merasai pengalaman unik dan mendidik lagi menginsafkan di sini tanpa perlu pergi jauh-jauh dan tidak memerlukan bajet yang besar. Memang berbaloi sangat!
Untuk membeli tiket ke Muzium Penjara Melaka, anda boleh melakukan pembelian di kaunter tiket muzium. 
Tiada pilihan untuk membeli tiket secara dalam talian, jadi pastikan anda hadir ke lokasi untuk mendapatkan tiket.
Apa yang Menarik di Muzium Penjara Melaka? Muzium Penjara Melaka menawarkan pengalaman yang luar biasa dan berbeza, memaparkan aspek sejarah yang jarang didedahkan kepada umum. 
Berikut adalah beberapa tarikan menarik yang menjadikan muzium ini unik dan wajib dikunjungi:
1. Sel Penjara Asal Pengunjung boleh melangkah masuk ke dalam sel penjara yang asal, memberikan gambaran sebenar tentang kehidupan tahanan pada zaman dahulu. 
Dengan ruang yang sempit, gelap, dan kurang pengudaraan, anda dapat merasai sendiri bagaimana keadaan hidup banduan pada waktu itu. 
Setiap sel dilengkapi dengan penerangan yang memberi konteks tentang siapa yang pernah ditempatkan di situ dan bagaimana kehidupan harian mereka dijalani.
Sumber: Google Review (Muzium Penjara) 2. Koleksi Alat Hukuman dan Penyiksaan Koleksi alat hukuman dan penyiksaan yang digunakan semasa zaman penjajahan juga dipamerkan di muzium ini. Tengok je pun rasa dah seram sejuk, apalagi yang merasainya. 
Koleksi-koleksi pameran yang ada di sinig sangat memberi perspektif mendalam tentang realiti kehidupan banduan dan pengajaran mengenai keadilan.
Sumber: Google Review (Muzium Penjara) 3. Sejarah Penjara dan Sistem Perundangan Muzium ini turut menyediakan paparan lengkap mengenai sejarah perkembangan sistem penjara di Malaysia, bermula dari zaman penjajahan British hingga kepada era moden. 
Informasi ini disusun dalam bentuk kronologi dan disertai dengan gambar, dokumen asal, serta video interaktif. Baca sekali dah boleh faham. 
Melalui informasi tersebut, pengunjung dapat memahami bagaimana sistem perundangan dan pemulihan banduan telah berubah dari masa ke semasa.
4. Kisah Banduan  Salah satu bahagian yang menarik perhatian ialah pameran mengenai banduan yang pernah dipenjarakan di sini.
 Kisah mereka dipaparkan dengan penuh detail, termasuk latar belakang, kesalahan yang dilakukan, serta bagaimana mereka melalui kehidupan di penjara. Ini termasuk kisah-kisah dramatik yang memberi pengajaran tentang kehidupan dan kesan tindakan jenayah.
5. Aktiviti Interaktif dan Pameran Moden Untuk menjadikan lawatan lebih menarik, Muzium Penjara Melaka juga menyediakan aktiviti interaktif seperti simulasi tugas seorang warden penjara. 
Anda boleh mencuba pakaian banduan atau warden dan bergambar sebagai kenangan. Selain itu, terdapat skrin digital yang memaparkan video dokumentari dan kisah-kisah sejarah, menjadikan pengalaman pembelajaran lebih menarik dan sesuai untuk pelbagai peringkat umur.
Sumber: Google Review (Muzium Penjara) 6. Pameran Seni Banduan Satu lagi  satu tarikan unik di muzium ini ialah  pameran hasil seni dan kraf tangan yang dibuat oleh banduan sendiri semasa mereka berada dalam tahanan penjara. 
‘Hasil seni’ ini memaparkan kreativiti mereka dan bagaimana seni digunakan sebagai medium pemulihan serta refleksi diri.
7. Seni Bina Menarik & Suasana Macam Penjara Sebenar Selain apa yang ada di sini, seni bina kolonial muzium yang masih terjaga ini sendiri juga merupakan salah satu daya tarikan yang membuatkan pengunjung tertarik untuk datang ke sini. 
Bukan itu sahaja, suasana sunyi dan tembok batu tinggi membuatkan pengunjung benar-benar merasai pengalaman berada dalam sebuah penjara. Memang rasa ‘real’ betul!
Penutup Muzium Penjara Melaka adalah destinasi wajib dikunjungi bagi sesiapa yang ingin memahami lebih lanjut tentang sejarah dan sistem penjara di Malaysia. 
Dengan harga tiket yang berpatutan, serta pameran menarik yang mendidik, ia menawarkan pengalaman unik kepada semua peringkat umur pengunjung. 
Jadi, jangan lepaskan peluang untuk melawat muzium ini dan dapatkan pengalaman baru yang mungkin tidak akan dilupakan!
Nak tahu apa lagi yang best di Melaka, baca juga artikel di bawah:
20+ Tempat Menarik Di Melaka, Wajib Dikunjungi! Taman Rama-Rama Melaka: Harga Tiket Masuk & Tarikan Utama Taman Buaya Melaka: Tarikan Utama & Harga Tiket Masuk 15+ Kafe Di Melaka, Highly Recommended! Zoo Melaka : Harga Tiket, Waktu Operasi dan Aktiviti Menarik

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/muzium-penjara-melaka/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=muzium-penjara-melaka

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Harga Tiket Lost World Of Tambun Tarikan Dan Aktiviti Menarik

Harga Tiket Lost World Of Tambun Tarikan Dan Aktiviti Menarik

papar berkaitan - pada 27/12/2024 - jumlah : 317 hits
The Lost World of Tambun yang terletak di Sunway City Ipoh Perak tidak hanya menjanjikan keseronokan taman tema dan taman tema air malah ia menawarkan lebih daripada itu Dengan berkeluasan lebih 40 ekar Lost World of Tambun dikelilingi pano...
Splash Mania Gamuda Cove Harga Tiket Cara Beli Dari Klook

Splash Mania Gamuda Cove Harga Tiket Cara Beli Dari Klook

papar berkaitan - pada 29/12/2024 - jumlah : 168 hits
Selain Sunway Lagoon ada satu lagi taman tema air di Selangor yang tidak boleh anda lepaskan iaitu Splash Mania Gamuda Cove Taman tema air ini semakin popular dalam kalangan pencinta aktiviti air dengan tarikan tarikannya yang unik serta se...
Harga Tiket Zoo Taiping Night Safari Waktu Operasi Dan Fasiliti

Harga Tiket Zoo Taiping Night Safari Waktu Operasi Dan Fasiliti

papar berkaitan - pada 26/12/2024 - jumlah : 255 hits
Zoo Taiping yang dibuka pada 1961 merupakan zoo tertua di Malaysia dan satu satunya zoo di kawasan utara negara Berkeluasan 14 hektar ia menempatkan lebih 1 300 ekor haiwan dengan 180 spesis Ia terletak berdekatan Taiping Lake Gardens di ka...
Floating Market Melaka Tarikan Lokasi Waktu Operasi

Floating Market Melaka Tarikan Lokasi Waktu Operasi

papar berkaitan - pada 25/12/2024 - jumlah : 239 hits
Berkonsepkan warna merah jambu yang menyerlah orang ramai kini berpeluang untuk menikmati suasana tempat makan unik ala pasar terapung Hatyai di Melaka Dirasmikan pada 1 Jun 2024 Melaka Floating Market menawarkan lokasi santai buat pelancon...
Tiket Bangi Wonderland Waktu Operasi Harga Dan Cara Beli Tiket Online

Tiket Bangi Wonderland Waktu Operasi Harga Dan Cara Beli Tiket Online

papar berkaitan - pada 29/12/2024 - jumlah : 170 hits
Bangi Wonderland merupakan satu lagi tarikan taman tema air yang menjadi tumpuan di Selangor Cukup sesuai bagi yang ingin mencari keseronokan dan bersantai bersama keluarga dan rakan Dibuka pada Ogos 2016 taman tema air seluas 12 ekar ini m...
99 Wonderland Park Selangor Cara Beli Tiket Masuk Di Klook

99 Wonderland Park Selangor Cara Beli Tiket Masuk Di Klook

papar berkaitan - pada 30/12/2024 - jumlah : 190 hits
99 Wonderland Park yang terletak di Selayang Selangor ini adalah salah satu lagi taman rekreasi yang sangat menarik untuk diterokai Dengan gabungan pemandangan malam yang dihiasi lampu neon tarikan haiwan eksotik serta pelbagai aktiviti int...
Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

papar berkaitan - pada 24/12/2024 - jumlah : 248 hits
Cara Pembelian Harga Tiket Taman Tema Escape di Penang bagi Tahun 2025 Bagi anda yang ingin mengunjungi taman tema gergasi popular Malaysia iaitu Escape Theme Park berikut kami kongsikan cara pembelian tiket dan harga tiket bagi tahun 2025 ...
Malaysia Heritage Studio Harga Tiket Acara Pesta Muda Mudi

Malaysia Heritage Studio Harga Tiket Acara Pesta Muda Mudi

papar berkaitan - pada 28/12/2024 - jumlah : 466 hits
Malaysia Heritage Studio Harga Tiket Acara Pesta Muda Mudi Bosan bosan duduk rumah hujung minggu boleh lah bawa diri dan anak anak ke Malaysia Heritage Studio Tempat ini memang sesuai untuk dedahkan anak anak dengan warisan budaya tempatan ...
Funtasi Land Waktu Operasi Harga Tiket Aktiviti Menarik

Funtasi Land Waktu Operasi Harga Tiket Aktiviti Menarik

papar berkaitan - pada 22/12/2024 - jumlah : 269 hits
Funtasi Land di Sekinchan Selangor merupakan destinasi rekreasi terbaru yang menarik perhatian ramai terutama bagi keluarga yang mencari pengalaman unik dan menyeronokkan Terletak berhampiran Pantai Redang Funtasi Land menawarkan pelbagai a...
Kepimpinan Malaysia Di Asean Harapan Baharu Keamanan Myanmar

Pengeluaran Ssp Bsn Cara Syarat Perlu Dipatuhi

E Procurement Enhances Transparency In Public Funds Usage Says Azam

Happy Beday Sweetie

Crocodile Menace Intensifies As Sabah Rescue Team Battle Floods

Lirik Lagu Menunggu Giliran For Revenge Ft Elsa Japasal

Geng D U I T

Dapat Sample Free Pampers Dewasa


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod One Cent Thief Season 2 Astro Sooka

Kenapa Sistem Pemarkahan Sukan Tenis Pelik dan Aneh

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir


Sambal Hitam Belimbing Buluh

Resipi Sos Steamboat Ala Sukiya Mudah Sedap

Membaca Sebagai Tonggak Pencapaian Dalam Kehidupan

Ahli Parlimen Ditahan Selepas Didakwa Lakukan Serangan Seksual

Empat Ditahan Dalangi 11 Kes Ragut

Majlis Ulama Umno Gesa Menteri Bukan Islam Lebih Berhati Hati