Harga Tiket Lost World Of Tambun Tarikan Dan Aktiviti Menarik
The Lost World of Tambun yang terletak di Sunway City Ipoh, Perak tidak hanya menjanjikan keseronokan taman tema dan taman tema air, malah ia menawarkan lebih daripada itu!
Dengan berkeluasan lebih 40 ekar, Lost World of Tambun dikelilingi panorama hijau dan gunung batu kapur. Ia terkenal dengan pelbagai tarikan taman tema air, taman tema dan air panas semula jadi.
Cabar keberanian anda dengan menaiki tarikan popular di taman tema ini seperti Dragon Flight, Giddy Galleon dan Adventure Express.
Bukan itu sahaja, malah anda juga boleh bermesraan dengan haiwan yang comel di petting zoo dan selami sejarah perlombongan di Tin Valley.
Sedang merancang pengembaraan di The Lost World of Tambun bersama keluarga atau rakan? Ayuh kita semak beberapa informasi penting sebelum ke sana.
Waktu Operasi dan Harga Tiket Lost World of Tambun
Taman Tema (Theme Park)
Isnin-Jumaat : 11.00 pagi – 11.00 malam
Sabtu, Ahad dan cuti umum : 10.00 pagi-11.00 malam
(Tutup setiap hari Selasa, kecuali pada cuti sekolah dan cuti umum)
Harga Tiket
Terdapat beberapa kategori untuk harga tiket Lost World of Tambun. Ayuh kita semak bersama-sama.
Harga Tiket untuk Pembelian Secara Walk-in
KategoriHarga TiketDewasa (13 tahun dan ke atas)RM 135.00Kanak-kanak (12 tahun dan ke bawah)RM 128.00Warga Emas (60 tahun dan ke atas)RM 128.00
Harga Tiket Untuk Pemegang MyKad/MyKid (Walk-in)
KategoriHarga TiketDewasa (13 tahun dan ke atas)RM 80.00Kanak-kanak (12 tahun dan ke bawah)RM 70.00Warga Emas (60 tahun dan ke atas)RM 70.00
Harga Tiket Untuk Pembelian Secara Online
KategoriHarga TiketDewasa (13 tahun dan ke atas)RM 90.00Kanak-kanak (12 tahun dan ke bawah)RM 80.00Warga Emas (60 tahun dan ke atas)RM 80.00
Harga Tiket Untuk Pembelian Secara Online (Pemegang MyKad/MyKid)
KategoriHarga TiketDewasa (13 tahun dan ke atas)RM 75.00Kanak-kanak (12 tahun dan ke bawah)RM 65.00Warga Emas (60 tahun dan ke atas)RM 65.00
Nota :
Harga tiket kanak-kanak adalah tertakluk kepada kanak-kanak dengan tinggi 90 cm ke atas atau usia 12 tahun dan ke bawah.
Kemasukan percuma untuk kanak-kanak dengan ketinggian kurang daripada 90 cm
Harga tiket memberi akses kepada semua tarikan kecuali tarikan Pay-per-ride dengan harga seperti berikut :
Tarikan Pay-per-ride
RidesHargaHaunted ChambersRM 1013 High Rope CourseRM 100Zip LineRM 20Via Ferrata with AbseilRM 1306th Mile TunnelRM 110KayakRM 15Swan Paddle BoatRM 5Boga CruiseRM 6Gua DatokRM 85
Tube Rental
Jenis TubeDepositSewaanJumlahDouble TubeRM 10RM 20RM 30Single TubeRM 5RM 13RM 18
Baucar Sewaan Tube (Tube Rental) Secara Online
Double Tube (RM 30)
Sewaan double tube rental boleh dilakukan secara online atau di dalam taman tema.
Baucar online adalah sah selama 30 hari bermula tarikh pembelian.
Waktu Operasi dan Harga Tiket Lost World Hot Spring & Night Park
Dibuka setiap hari : 6.00 petang – 11.00 malam
Beli TIket Secara Online
Anda boleh membeli tiket Lost World of Tambun dan Lost World Hot Springs & Night Park menerusi laman sesawang sunwaylostworldoftambun.com/play.
Malayana X-Press Lane
Pass Malayana X-Press membolehkan pengunjung untuk akses 8 ride dan tarikan tanpa perlu beratur. Dengan hanya RM 25, anda boleh elak daripada beratur di 8 tarikan di taman tema iaitu :
Tube Raiders
Cliff Racer
Lupe’s Adventures
Stormrider
Giddy Galleon
Dragon Fights
Adventure Express
Saphira Twister
Haunted Chambers
Adventure Park’s Zipline
Nota : Pengunjung boleh membeli pass Malayana X-Press di Kaunter Tiket dan Kaunter Jualan di Taman Tema.
*Tertakluk kepada terma dan syarat
Aktiviti Menarik
Malayana Meet & Greet di Main Entrance (Isnin-Jumaat : 10.40 pagi-11.00pagi, Sabtu & Ahad : 9.40 pagi-10.00 pagi)
Back To The Wild! Meet & Greet di Petting Zoo (Isnin-Jumaat : 12.oo tengah hari-12.20 tengah hari, Sabtu & Ahad : 11.00 pagi-11.20 pagi)
Tin Story di Tin Valley : (Isnin-Jumaat : 3.30 petang-3.40 petang, Sabtu & Ahad : 3.30 petang-3.40 petang)
Muhibah Dance di Hot Springs Stage (Isnin-Jumaat : 4.30 petang-4.40 petang, Sabtu & Ahad : 4.45 petang- 4.55 petang)
Chief Musical Celebration di Jungle Wave Bay (Jumaat, Sabtu, Ahad : 5.30 petang-6.50 petang)
Flaming Percussion Show di Hot Springs Stage (10.00 malam)
Tapir at Petting Zoo (11.30 pagi)
Racoon at Ruby & Friends (11.45 pagi)
Serval Cat at Tiger Valley (12.30 tengah hari)
Hyena at Hippo Kingdom (1.00 tengah hari)
Crocodile at Hippo Kingdom (Sabtu dan Ahad, 1.15 tengah hari)
Hippo at Hippo Kingdom (1.30 petang)
Wildlife Encounter at Wetlands (3.30 petang)
Tiger & Friends at Tiger Valley (3.00 petang & 4.00 petang)
Porcupine at Petting Zoo (7.00 petang)
Caiman at Rainforest Trail (7.30 malam)
Binturong at Rainforest Trail (8.00 malam)
*Perubahan waktu persembahan dan acara adalah tertakluk kepada perubahan.
Fasiliti
Restoran dan Kafe (Food Trail)
Lost World Ipoh Street
Jom Chá by Farm Fresh
Kukuntalu Hawkers
Postcard Lounge
Dulang Tea House
Kemudahan
Pelbagai kemudahan ditawarkan di dalam taman tema demi keselesaan pengunjung iaitu :
Tandas
Sewaan kerusi roda
Sewaan stroller bayi
Surau
Sewaan locker
STP Kedai Runcit
Maklumat Lanjut
Untuk ketahui perkembangan terkini dan maklumat lanjut mengenai harga tiket Lost World of Tambun, sila ikuti Facebook Sunway Lost World of Tambun dan layari laman rasmi The Lost World of Tambun di sunwaylostworldoftambun.com.
Sumber : Facebook Sunway Lost World of Tambun, sunwaylostworldoftambun.com
Baca Juga : GAMUDA Waterpark – Taman Tema Air Dengan Lebih 25 Tarikan!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/tiket-lost-world-of-tambun/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=tiket-lost-world-of-tambun