Harga Tiket Zoo Taiping Night Safari Waktu Operasi Dan Fasiliti
Zoo Taiping yang dibuka pada 1961 merupakan zoo tertua di Malaysia dan satu-satunya zoo di kawasan utara negara. Berkeluasan 14 hektar, ia menempatkan lebih 1,300 ekor haiwan dengan 180 spesis.
Ia terletak berdekatan Taiping Lake Gardens di kaki Bukit Larut.
Pengunjung tidak hanya berpeluang untuk melihat haiwan liar popular seperti zirafah, singa, kuda belang, gajah dan harimau dengan lebih dekat, malah terdapat juga haiwan eksotik di zoo ini.
Antaranya ialah nyala, eland dan impala yang dipamerkan di bahagian Savannah Afrika.
Kira-kira 1,500 haiwan daripada 140 spesis mamalia, burung, reptilia dan ikan menanti pengunjung.
Sumber : Facebook Zoo Taiping & Night Safari
Zoo Taiping & Night Safari juga telah memenangi Malaysian Tourism Award bagi kategori Best Men Made Tourism Attraction.
Pada masa yang sama, zoo ini juga telah diiktiraf oleh Malaysian Book of Records sebagai Night Safari pertama di Malaysia.
Sumber : Tourism Perak
Satu lagi tarikan utama zoo ini adalah Night Safari, iaitu pengalaman melihat hidupan liar yang aktif pada malam hari.
Mula dibuka pada 2003, Zoo Taiping juga merupakan satu-satunya zoo yang mempunyai spesis primat Tarsier, iaitu monyet bersaiz kecil dan bermata besar.
Sumber : Dagang News
Harga Tiket Zoo Taiping & Night Safari
KategoriHargaDewasaRM 16.00Kanak-kanak (3-12 tahun)RM 8.00Warga Emas (60 tahun ke atas)RM 8.00
Harga Tiket Night Safari
KategoriHargaDewasaRM 20.00Kanak-kanak (3-12 tahun)RM 10.00Warga Emas (60 tahun ke atas)RM 10.00
Nota :
Pembelian tiket juga boleh dilakukan secara online di ticket.zootaiping.gov.my (Pilih tarikh dan jumlah tiket > Masuk ke Shopping Cart > Buat pembayaran secara online)
Diskaun 20% untuk rombongan melebihi 20 orang (bagi warga Larut Matang, Selama dan Kerian)
Diskaun 30% untuk rombongan sekolah, ejen pelancongan atau kerajaan dengan surat rasmi.
Harga tiket Zoo Taiping adalah tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa.
Waktu Operasi
Dibuka setiap hari termasuk Ahad dan cuti umum.
Waktu Operasi : 8.30 pagi – 6.00 petang
Waktu Operasi Night Safari
Dibuka setiap malam termasuk Ahad dan cuti umum
Waktu Operasi : 8.00 malam-11.00 malam
Kemudahan / Fasiliti
Untuk keselesaan dan kemudahan pengunjung, Zoo Taiping turut menawarkan pelbagai fasiliti iaitu :
Kerusi roda percuma untuk warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU)
Tandas
Surau
Zoo Tram
Tempat Letak Kereta (RM 3.00 untuk kereta, RM 1.00 untuk motorsikal)
Harga dan Waktu Operasi Zoo Buggy
KategoriHargaDewasaRM 10.00Kanak-kanakRM 6.00
Waktu Operasi :
Zoo Taiping : 8.30 pagi – 5.00 petang
Night Safari : 8.00 malam – 11.00 malam
Maklumat Lanjut
Untuk ketahui aktiviti terkini dan maklumat lanjut mengenai Zoo Taiping, sila ikuti laman Facebook Zoo Taiping & Night Safari.
Alamat : Jalan Pekeliling, Taman Tasik Taiping, 34000 Taiping, Perak, Malaysia.
Telefon : +605 – 808 6577 | +605 – 804 1045
Whatapps : +6019- 481 5351
Email :
[email protected]
Sumber : Astro Awani, Facebook Zoo Taiping & Night Safari, News Straits Times
Baca Juga : Zoo Melaka : Harga Tiket, Waktu Operasi dan Aktiviti Menarik
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/tiket-zoo-taiping/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=tiket-zoo-taiping