Family Gathering Laman Casa Tangkak


 Assalamualaikum WBT 





PERANCANGAN saat akhir, tiba-tiba aje Ilham ajak buat Family Gathering. Dah last minute, kan.. plan asal nak la duduk homestay tepi laut atau di tepi bendang ke, kan.. tapi semua dah penuh. PI rajin buat carian homestay di Tik Tok, nanti dia share link kat Sk suruh DM. Puaslah tanya sana sini sinun, akhirnya dapatlah tempah sebuah homestay baharu di Tangkak (Johor), yang penting nak yang ada kolam mandi, hihihi. Kalau tak ada kolam, baik buat gathering dekat Senai aje, hahaha.



Laman Casa Homestay, terletak kira-kira 10 minit sahaja dari Plaza Tol Tangkak. Lokasinya strategik la, kampung dalam bandar. Tak la seram macam homestay yang kami pernah nak inap di Perlis dulu. Nak cari makan pun semua dekat-dekat, walaupun tetaplah nak jugak pergi tempat makan yang jauh, hahah. Laman Casa Homestay terdiri dari dua unit rumah bersebelahan, di tengahnya kolam renang mandi. Ni gambar rumah pertama. Rumah pertama diduduki keluarga Angah dan Cikwa


Rumah kedua ni diduduki keluarga Sk dan Cik Ani. Angah ajak Along join tapi Along kata ada plan dah dengan anak-anaknya. Setiap rumah mempunyai dua bilik dengan katil saiz permaisuri serta satu unit tandas dan bilik air sekali



Lengkap dengan ruang tamu, sofa, televisyen, wifi serta meja makan empat kerusi. Ni ruang dalam rumah pertama



Ia juga dilengkapi kabinet dapur berserta kemudahan memasak seperti periuk nasi elektrik, blender, cerek elektrik dan dapur gas satu tungku. Juga disediakan periuk, kuali dan pinggan mangkuk untuk empat orang. Disediakan juga sekeping tilam bujang dan comforter bagi sebuah rumah. Kawasan parkir luas boleh muat 10 kereta, tapi satu rumah ni sesuai untuk 6 hingga 8 orang jer la kot. Sk tak pasti berapa jumlah maksima penghuni yang dibenarkan


Terapan dinding warna putih membuatkan rumah kelihatan luas. Warna coklat dan krim dipilih untuk perabot membuatkan suasana damai dan tenang, rasa berseri aje hidup nak nak bila toleh luar nampak kolam yang membiru. Rasa macam orang kaya gitu sambil dengar bunyi air dan suara anak-anak bergelak ketawa seronok mandi kolam, haha


Sejak cuti sekolah berlangsung, khabarnya homestay ini tak sunyi dengan tetamu. Kami menginap selama tiga hari dari 25 Disember hingga 27 Disember, rasa puas dan berbaloi betul, maklumlah, ada sponsor, syukurrr. Terima kasih kepada penaja kita (nama dirahsiakan)


Setiap bilik ada sebuah katil bersaiz permaisuri. Walaupun tak seempuk tilam hotel, tapi Sk tidur nyenyak, hehehe


Muatlah kami tiga beranak tidur sebilik. Sk memang bawa comforter, bentang kat bawah atas karpet tu kena lipat dua la ya, muat untuk Iman tidur. Kami kalau travel memang bawa luggage sorang satu baru puas isi baju, hihi


Dua buah rumah dipisahkan dengan kolam. Kalau sebelah sana keluarga orang lain, rasa segan jugak kot nak berendam, haha. Tapi, ni kami sewa kedua-dua unit homestay, memang tak segan silu la ya


Budak yang pertama terjun kolam, Kabu, kucing Cik Ani. Kena bawa sebab dia indoor. Ceritanya, masa buka pintu tak sedar dia keluar dan terus terjun kolam. Pandai pulak tu berenang naik ke tebing, hahaha


Sesekali Kabu lepas keluar, Sk dan PI yang risau lebih, hahaha. Tapi dia pandai eh balik sendiri. Sekejap-sekejap aje la bagi keluar



Comel kabinet, untuk homestay bolehlah, tak banyak barang, kan. Kalau rumah kita kabinet kecik macam ni, mana nak simpan barang. Padahal kalau rumah Sk tu, ada kabinet yang dah dua tahun tak buka pun, haha. Haiii, entahlah.. nak dibuang nanti takut esok-esok nak pakai pulak


Bukan kecik-kecik esbox eh tuan rumah letak. Mesin basuh auto pun ada. Jadi, lepas mandi kolam boleh terus basuh baju. Kebetulan pulak hari kedua tu panas berdenting, memang keringlah semua baju. Kurang sikit bawa baju kotor masa balik. 

Yang tak pakai baju macam ni, senang laa, hahaha


Malam pertama, kami buat BBQ. Sk cerita dah PI dan Sk bawa ayam dan kambing beli di Lee's Fandbee.

Nugget Pedas Manis by Jeika. Nugget tu sedap jenama Ramly


Tempat dan kelengkapan BBQ disediakan oleh homestay. Setiap rumah ada satu set, jadi kami guna kedua-duanya serentak, cepatlah siap membakar. Cuma arang sahaja mereka tak sediakan



Pakar BBQ ada.. Che Li, PI dan Ilham. Iman dan Izzat pun join bakar bergilir-gilir. Sk tukang makan, hahaha


Angah bawa seafood


Cik Ani masak nasi butter


Masa untuk menerkam makanan


Syok ya, makan sambil berendam. Asal jangan jatuh makanan dalam kolam sudah. Lepas makan ada game dalam air, riuh-rendah la dibuatnya


Pinggan Sk.. nasi butter, ayam dan kambing


Makan ketam dan udang pulak dengan sos syabu ke apa nama tu, sos viral, Cik Ani buatkan


Kak Subah, sepupu kami yang tinggal di Tangkak datang bersama suaminya. Dulu mereka tinggal di Kuantan la, Ipoh la, lepas suami Kak Subah pencen, mereka balik ke Tangkak. Ada yang kenal ke? Hihihi. Seronok dengar cerita orang pencen ni. Antara pengalaman yang dikongsikan apabila masuk ke hutan dan melalui survival selama dua minggu tanpa makanan dan air, macam mana cara nak hidup? Makan pucuk dan tumbuhan hutan. Tapi, bukan boleh terus makan ya, kena uji dulu pucuk tu, mula-mula kat kulit tangan, kemudian kat kulit leher, dekat bibir, dekat lidah. Kalau tiada alahan, baru boleh makan sikit-sikit


Sarapan esoknya tu.. ada oden. Malam tu pun Cik Ani buat oden jugak


Baki nasi butter jadi nasi goreng pulak. Pecahkan telur dan tabur lada sulah jer kot. Ni pun Cik Ani masak


Angah goreng Mi Udang


Sos viral dan nugget pedas manis


Telur mata

Tengahari, Angah masak shell out


Luncheon

Malam tu kami makan kat kedai sebab dah tak nak buat kecah kat homestay, dah sipa kemas semua kat luar, sampah semua dah masuk tong, tong pun dah penuh. Cerita makan kat mana tu nanti Sk blog ya, cam biasa, bersambung.. hehe


Hari terakhir, acara bebas. Sarapan pun bebas, ikut dan masing-masing la. Sk dan PI berdua jer pergi makan dekat sini, PI kata ada Roti Canai Kari Kambing. PI macam tu la, asal sarapan cari roti canai. Sk tak tahu nama kedainya yang betul


Ambil gambar dengan kucing kedai, muka seiras kucing kami, Vester, kucing asrama, haha


PI makan roti telur kari kambing, Sk pesan Murtabak Singapore (Daging). Tapau jugak dua keping. Sk dah pesan murtabak tu baru nampak kat banner ada tulis menu lontong. PI kata, Iman suka lontong jadi  kami tapaukan lontong la untuk Iman. Kalau awal dah nampak lontong, Sk pun makan lontong jugak tu, hihi


Antara acara kami adalah.

Acara Kolam:
1. Tangkap belon dalam air dimenangi Che Li
2. Tangkap belon paling banyak dimenangi Che Li
3. Tangkap belon buta warna dimenangi Izzat
4. Tangkap belon paling banyak (Penaja takde idea) dimenangi Izzat dan Iman
Acara Karaoke:
Pemenangnya Jeika sebab dia nyanyi dua lagu, hihi


Last, gambar ramai-ramai sebelum check out. Ni tahun depan kalau nak buat kena rancang awal-awal la kan. Agak-agak nak buat kat mana? Laut? Air Terjun? Bendang? Sk tengok kebanyakan homestay yang cantik-cantik semua dah full book ya untuk cuti Chinese New Year dan Hari Raya Puasa. Jadi, kena pilih tarikh siap dari sekarang, kat mana dalam kalendar ada cuti panjang, huhuhu


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sariyusa.blogspot.com/2026/01/family-gathering-laman-casa-tangkak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Santai Makan Di Gazebo Atau Anjung Seri Di Laman Sendiri Ayam Masak Kurma Suri Hati

Santai Makan Di Gazebo Atau Anjung Seri Di Laman Sendiri Ayam Masak Kurma Suri Hati

papar berkaitan - pada 30/12/2025 - jumlah : 138 hits
Air minum dari Sun Velly Santai Makan Di Laman Di Gozebo Sendiri Cuti sekolah sedang berlangsung sejak 20 12 2025 sehingga kini Ramai keluarga telah membuat perancangan bercuti semasa cuti sekolah Memang ini lah masa kesempatan untuk bereha...
Tenang Melihat Mekar Bunga Kertas Di Laman

Tenang Melihat Mekar Bunga Kertas Di Laman

papar berkaitan - pada 20/12/2025 - jumlah : 167 hits
Bunga Kertas daun muda kuning keemasan bila daun tua daun bertukar hijau tua Bunga Kertas Di Laman Etuza Sepsis bunga kertas di laman Etuza ada pelbagai jenis bunga dan pelbagai juga corak daun dan warna daun Dan Etuza sejak remaja suka mem...
In Johor Body Of Man With Neck And Head Injuries Found By Roadside In Tangkak

In Johor Body Of Man With Neck And Head Injuries Found By Roadside In Tangkak

papar berkaitan - pada 25/12/2025 - jumlah : 107 hits
The body of an unidentified man believed to be a foreign national and found with multiple injuries by the roadside in Bukit Serampang in Tangkak Johor this morning was discovered to have no travel documents on him Bernama picTANGKAK Dec 24 ...
Pougirl 2 Dies After Father Reverses Car Into Her In Compound Of House At Tangkak

Pougirl 2 Dies After Father Reverses Car Into Her In Compound Of House At Tangkak

papar berkaitan - pada 21/12/2025 - jumlah : 138 hits
Police say the toddler suddenly ran out of the house into the car s path Tangkak deputy police chief Jamellulkamal Abdul Halim said the girl who sustained severe head injuries died while receiving treatment in hospital TANGKAK A two year ol...
Meta Beli Ejen Ai Mampu Tapis Rumuskan Resume Atau Bina Laman Web Analisis Saham

Meta Beli Ejen Ai Mampu Tapis Rumuskan Resume Atau Bina Laman Web Analisis Saham

papar berkaitan - pada 31/12/2025 - jumlah : 88 hits
Pemilik Facebook Meta bersetuju untuk mengambil alih Manus sebuah ejen kecerdasan buatan yang dibangunkan oleh syarikat diasaskan di China tetapi kini berpangkalan di Singapura menurut kenyataan kedua dua syarikat Bagaimanapun penganalisis ...
Najib S Family Supporters Gather For Prayers Ahead Of House Arrest Decision

Najib S Family Supporters Gather For Prayers Ahead Of House Arrest Decision

papar berkaitan - pada 22/12/2025 - jumlah : 222 hits
A group of people was seen outside the Jalan Langgak Duta residence of former prime minister Datuk Seri Najib Razak today ahead of a court decision expected tomorrow on whether he can serve the remainder of his prison sentence under house a...
Rosmah Dismisses Claims She Caused Najib S Downfall Says Focus Is On Family And Prayer

Rosmah Dismisses Claims She Caused Najib S Downfall Says Focus Is On Family And Prayer

papar berkaitan - pada 29/12/2025 - jumlah : 155 hits
Datin Seri Rosmah Mansor said that she had chosen to focus her life on her family and to leave matters to the will of Allah expressing hope that justice and truth would prevail in the future File pic by Firdaus LatifKUALA LUMPUR Dec 29 Dati...
Irresistible Dinner Recipes For Family Of 10

Irresistible Dinner Recipes For Family Of 10

papar berkaitan - pada 28/12/2025 - jumlah : 149 hits
Ever wondered how to create a truly unforgettable dish It all starts with an unexpected ingredient that This isn t just another dinner recipes for family of 10 it s a culinary journey that promises a flavor explosion Ready to try it Welcome...
When The Family Loses Its Sacred Place The Nation Pays The Price

When The Family Loses Its Sacred Place The Nation Pays The Price

papar berkaitan - pada 26/12/2025 - jumlah : 113 hits
A NATIONAL reflection for all concerned Malaysians for 2026 Malaysia recorded 190 304 marriages in 2024 slightly higher than in 2023 There were 60 457 divorces in 2024 an increase of about 4 1 from the roughly 58 095 divorces in 2023 The Cr...
Groups Call Pro Palestine Protester S Assault Charge Unjust

Police Quiz Malaysiakini Editor Over Sabah Scandal Laptop Seized

Panduan Lengkap Guna Aplikasi Moomoo Untuk Beginner

Kenapa Ramai Bercerai Sebab Tiktok

Azam Tahun Baru 2026 Arah Hidup Amanah Amalan Sebagai Seorang Muslim

Liga Wanita Nasional 2025 Pertarungan Hebat Antara Selangor Fc Dan Sabah Fa

Takbir Untuk Mas Ermieyati

Padah Memandu Positif Ganja Penunggang Motosikal Maut Di Jalan Seremban Kuala Pilah


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Air Panas Segera

Selamat Datang 2026

Hari 1 Di Awal Yang Baru Aku Memilih Diriku

I Simpan Kwsp Syarat Mencarum Kaedah Caruman

Family Gathering Laman Casa Tangkak

Brunch Di Rumah Makan Haji Sendot