Splash Mania Gamuda Cove Harga Tiket Cara Beli Dari Klook


Selain Sunway Lagoon, ada satu lagi taman tema air di Selangor yang tidak boleh anda lepaskan, iaitu Splash Mania Gamuda Cove!
Taman tema air ini semakin popular dalam kalangan pencinta aktiviti air, dengan tarikan-tarikannya yang unik serta sesuai untuk seisi keluarga. 
Sekiranya anda tengah mencari destinasi menarik sempena cuti sekolah mahupun hujung minggu di Selangor, bolehlah anda pertimbangkan untuk berkunjung ke sini. Serius best!
Anda boleh baca lebih lanjut mengenai taman tema air ini melalui perkongsian di bawah.
BACA JUGA: 15+ Tempat Menarik Di Selangor, Sesuai Untuk Trip Hujung Minggu!
Splash Mania Gamuda Cove – Pengenalan Splash Mania Gamuda Cove adalah taman tema air seluas 18 ekar yang terletak di dalam kawasan pembangunan Gamuda Cove di Selangor. 
Menariknya, 70% kawasan taman ini dipenuhi kehijauan, menjadikannya tempat yang sesuai untuk mereka yang ingin melaungkan masa bermain air sambil dikelilingi alam semula jadi.
Sumber: SplashMania Untuk pengetahuan anda, taman air ini menawarkan 39 tarikan dan permainan air yang menarik, menjadikannya salah satu taman tema air terbesar di Malaysia. 
Dibuka pada awal tahun 2024, taman ini menggabungkan teknologi terkini dalam reka bentuknya dengan konsep kelestarian alam sekitar. 
SplashMania Gamuda Cove ni terletak hanya 20 minit dari Terminal KLIA/KLIA2 tau, jadi kalau anda transit lama di Kuala Lumpur boleh lah luangkan masa ke sini!
Waktu Operasi Splash Mania Gamuda Cove beroperasi setiap hari dari pukul 10 pagi hingga 6 petang. Walau bagaimanapun, taman ini ditutup pada hari Rabu, kecuali semasa cuti umum Malaysia atau cuti sekolah. 
Satu tarikan istimewa yang ditawarkan oleh Splash Mania adalah acara “Night Splash”. Pada tarikh-tarikh tertentu, biasanya setiap Jumaat dan Sabtu, taman air ini dibuka dari pukul 7 malam hingga 11 malam. 
Ini bermakna anda boleh bermain air pada waktu malam. Fuh, seronoknya!
Lokasi & Cara ke Sana Alamat: Jalan Cove Sentral 4, Bandar Gamuda Cove, 42700 Dengkil, Selangor, Malaysia.
Splash Mania terletak di Jalan Cove Sentral 4, Bandar Gamuda Cove, Selangor. Lokasinya yang strategik menjadikannya mudah diakses dari Putrajaya dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). 
35 minit dari pusat bandar Kuala Lumpur 20 minit dari Terminal KLIA/KLIA2 Untuk ke sana, anda boleh menggunakan beberapa pilihan pengangkutan:
1. Kereta Jika anda memilih untuk memandu dari Kuala Lumpur ke SplashMania Gamuda Cove, perjalanan mengambil masa kira-kira 35-40 minit dari pusat bandar Kuala Lumpur. Anda boleh menggunakan dua laluan utama:
Lebuhraya ELITE Lebuhraya MEX (Maju Expressway) Gunakan aplikasi navigasi seperti Waze atau Google Maps dengan mencari “Gamuda Cove Experience Gallery” untuk panduan yang lebih tepat. 
Terdapat tempat letak kereta disediakan. Dari tempat letak kereta ke kawasan permainan, anda boleh naik shuttle (percuma). Kalau jalan kaki, jauh juga la nak berjalan masuk ke dalam dari tempat letak kereta. 
2. Pengangkutan Awam Walaupun tiada pengangkutan awam yang terus ke Splash Mania, berikut adalah beberapa pilihan untuk sampai ke sana menggunakan pengangkutan awam:
Kereta Api dan Bas: Naik kereta api ke stesen berdekatan seperti Klang atau Rawang. Dari situ, ambil bas ke arah Bandar Gamuda Cove.  Teksi atau E-hailing: Gunakan perkhidmatan teksi atau e-hailing seperti Grab dari Kuala Lumpur.Ini mungkin pilihan yang agak mahal tetapi lebih mudah dan cepat. NOTA:
Seperti yang dinyatakan di atas, setakat ini, tiada pengangkutan awam yang terus ke taman tema air ini. Jadi, jika anda merancang untuk menggunakan pengangkutan awam, pastikan anda merancang perjalanan dengan teliti dan memperuntukkan masa tambahan. Semak jadual pengangkutan awam terkini sebelum memulakan perjalanan anda.
Harga Tiket Masuk Harga tiket masuk ke Splash Mania berbeza-beza mengikut pakej dan promo. Untuk harga terkini (Disember 2024), anda boleh rujuk jadual di bawah:
SplashMania Night Splash NYE Edition: RM65-RM75 SplashMania: RM79-RM125 Splash Combo (Non Malaysian): RM95-RM125 Sumber: GL Play NOTA: Harga dan promosi sentiasa berubah, jadi anda disarankan untuk sentiasa menyemak laman web rasmi SplashMania atau menghubungi mereka secara langsung untuk maklumat terkini dan tepat mengenai harga tiket masuk.
Cara Beli Tiket Pembelian tiket boleh dilakukan dengan mudah melalui beberapa cara, iaitu:
1. Pembelian Melalui Laman Web Rasmi Splash Mania Layari laman web rasmi Splash Mania di https://tix.glplay.com.my/attraction/splashmania untuk membeli tiket masuk. Anda boleh pilih pakej yang anda kehendaki dan buat pembayaran dalam talian. 
2. Pembelian Melalui Platform KLOOK Anda juga boleh membuat pembelian melalui KLOOK. Taip “Splash Mania Gamuda Cove” dan klik, Search. 
Klook.com 3. Pembelian di Kaunter Splash Mania Sekiranya anda tidak sempat membeli tiket secara dalam talian, anda juga boleh mendapatkannya terus di kaunter masuk Splash Mania. Namun, perlu diingat:
Harga tiket di kaunter mungkin lebih tinggi berbanding pembelian awal dalam talian. Anda mungkin menghadapi barisan panjang terutamanya pada hujung minggu atau cuti umum. NOTA:
Pastikan anda sentiasa periksa laman web rasmi atau platform berkaitan untuk dapatkan tawaran istimewa seperti:
Tiket Early Bird: Diskaun untuk pembelian tiket beberapa minggu lebih awal. Pakej Keluarga: Tawaran khas untuk kumpulan pengunjung dengan jumlah tertentu. Promosi Musim Cuti: Harga istimewa untuk cuti sekolah atau perayaan tertentu. Sekiranya anda mempunyai kod promosi atau baucar, masukkan kod tersebut semasa pembayaran untuk menikmati diskaun tambahan. Pastikan kod masih sah dan memenuhi syarat penggunaan.
BACA JUGA: Staycation Selangor: Senarai Penginapan Keluarga, Kids Friendly!
Tarikan Utama di Splash Mania Gamuda Cove Sumber: GL Play Ada banyak tarikan yang anda boleh cuba di Splash Mania Gamuda Cove ini, antaranya ialah:
1. Gelongsor Air Splash Mania mempunyai 24 gelongsor air yang setiap satunya mempunyai keunikan dan daya tarikannya tersendiri. Antaranya ialah:
Shaka Waka: Gelongsor air klasik dengan pusingan yang mendebarkan dan gelung 360 darjah. Ia dilengkapi dengan sistem pencahayaan LED interaktif yang bertukar warna di sepanjang gelongsor. The Wild Rush: Gelongsor berbilang laluan yang mensimulasikan perlumbaan tikar air. The Aqua Swirl: Gelongsor yang menghantar pengunjung berputar di dalam mangkuk besar sebelum keluar melalui corong.  Sumber: SplashMania | Gamuda Cove 2. Amazonia Amazonia adalah sebuah kapal lanun bertingkat yang bukan sahaja menjadi mercu tanda ikonik taman ini, tetapi juga merupakan pusat aktiviti yang menawarkan pelbagai tarikan.
Pengunjung boleh menikmati gelongsor air, ruang F&B, dan persembahan muzik di dek DJ. Amazonia juga menawarkan pengalaman Sky Leap, di mana pengunjung boleh melompat dari dek tertinggi ke dalam air dari ketinggian 17.5 meter.

Sumber: SplashMania | Gamuda Cove 3. Aktiviti Santai: Omba’King’s Cove, Splash Sploosh, Sungai Malas Untuk pengunjung yang mencari aktiviti yang lebih santai, SplashMania menawarkan Omba’King’s Cove, iaitu sebuah kawasan pantai buatan dengan ombak tiruan yang sempurna untuk berehat dan menikmati persembahan. 
Terdapat juga Splash Sploosh, sebuah pad percikan yang sesuai untuk semua peringkat umur, dan sungai malas yang membawa pengunjung dalam perjalanan yang perlahan dan berliku-liku melalui taman.
4. Zip Line –  Zoomi’s Runway Salah satu tarikan yang paling menarik di SplashMania Gamuda Cove adalah Zoomi’s Runway, sebuah zip line yang menawarkan pengalaman mendebarkan meluncur merentasi taman tema air. 
Dari dek Amazonia, pengunjung dapat merasai sensasi meluncur sejauh 100 meter di atas taman, memberikan pemandangan yang menakjubkan dan perspektif unik terhadap semua tarikan yang ada di bawah.
5. Kawasan Permainan Kanak-kanak Splash Mania Gamuda Cove menawarkan kawasan permainan yang direka khas untuk kanak-kanak, memastikan mereka dapat menikmati pengalaman air yang selamat dan menyeronokkan. 
Kawasan ini dilengkapi dengan pelbagai tarikan yang sesuai untuk pelbagai peringkat umur, menjadikannya tempat yang ideal untuk keluarga.
BACA JUGA: Sky Mirror Kuala Selangor – Waktu Operasi, Harga Tiket & Tips Sebelum Pergi!
Penutup Splash Mania Gamuda Cove adalah destinasi lengkap untuk meluangkan masa bersama seisi keluarga ataupun rakan-rakan dengan penuh keseronokan. 
Dengan pelbagai tarikan yang mendebarkan serta kemudahan mesra pengunjung, taman tema air ini adalah salah satu pilihan destinasi terbaik di Selangor.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/splash-mania-gamuda-cove/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=splash-mania-gamuda-cove

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
99 Wonderland Park Selangor Cara Beli Tiket Masuk Di Klook

99 Wonderland Park Selangor Cara Beli Tiket Masuk Di Klook

papar berkaitan - pada 30/12/2024 - jumlah : 197 hits
99 Wonderland Park yang terletak di Selayang Selangor ini adalah salah satu lagi taman rekreasi yang sangat menarik untuk diterokai Dengan gabungan pemandangan malam yang dihiasi lampu neon tarikan haiwan eksotik serta pelbagai aktiviti int...
Tiket Bangi Wonderland Waktu Operasi Harga Dan Cara Beli Tiket Online

Tiket Bangi Wonderland Waktu Operasi Harga Dan Cara Beli Tiket Online

papar berkaitan - pada 29/12/2024 - jumlah : 187 hits
Bangi Wonderland merupakan satu lagi tarikan taman tema air yang menjadi tumpuan di Selangor Cukup sesuai bagi yang ingin mencari keseronokan dan bersantai bersama keluarga dan rakan Dibuka pada Ogos 2016 taman tema air seluas 12 ekar ini m...
Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

papar berkaitan - pada 24/12/2024 - jumlah : 261 hits
Cara Pembelian Harga Tiket Taman Tema Escape di Penang bagi Tahun 2025 Bagi anda yang ingin mengunjungi taman tema gergasi popular Malaysia iaitu Escape Theme Park berikut kami kongsikan cara pembelian tiket dan harga tiket bagi tahun 2025 ...
Funtasi Land Waktu Operasi Harga Tiket Aktiviti Menarik

Funtasi Land Waktu Operasi Harga Tiket Aktiviti Menarik

papar berkaitan - pada 22/12/2024 - jumlah : 289 hits
Funtasi Land di Sekinchan Selangor merupakan destinasi rekreasi terbaru yang menarik perhatian ramai terutama bagi keluarga yang mencari pengalaman unik dan menyeronokkan Terletak berhampiran Pantai Redang Funtasi Land menawarkan pelbagai a...
Harga Tiket Zoo Taiping Night Safari Waktu Operasi Dan Fasiliti

Harga Tiket Zoo Taiping Night Safari Waktu Operasi Dan Fasiliti

papar berkaitan - pada 26/12/2024 - jumlah : 259 hits
Zoo Taiping yang dibuka pada 1961 merupakan zoo tertua di Malaysia dan satu satunya zoo di kawasan utara negara Berkeluasan 14 hektar ia menempatkan lebih 1 300 ekor haiwan dengan 180 spesis Ia terletak berdekatan Taiping Lake Gardens di ka...
Comment On Cara Buat Pembetulan Nama Pada Tiket Penerbangan Air Asia By Nazira Binti Jarib

Comment On Cara Buat Pembetulan Nama Pada Tiket Penerbangan Air Asia By Nazira Binti Jarib

papar berkaitan - pada 26/12/2024 - jumlah : 123 hits
In reply to encik dalam kad pengenalan saya nazira binti jarib tapi dekat tiket saya tertulis nazira binti jariv perlu kah saya buat pembetulan
Pada 2022 Filipina Beli 32 Helikopter Super Canggih Blackhawk Harga Rm2 8 Billion Sahaja Dengan Soalan Cepu Emas

Pada 2022 Filipina Beli 32 Helikopter Super Canggih Blackhawk Harga Rm2 8 Billion Sahaja Dengan Soalan Cepu Emas

papar berkaitan - pada 27/12/2024 - jumlah : 124 hits
Philippines signed US 624m deal to purchase 32 Black Hawk heliS 70i Black Hawks used for troop transport combat disaster responsedeal includes training package for pilots maintenance crews logistical backupMy Comments The 32 Blackhawk helic...
Malaysia Heritage Studio Harga Tiket Acara Pesta Muda Mudi

Malaysia Heritage Studio Harga Tiket Acara Pesta Muda Mudi

papar berkaitan - pada 28/12/2024 - jumlah : 474 hits
Malaysia Heritage Studio Harga Tiket Acara Pesta Muda Mudi Bosan bosan duduk rumah hujung minggu boleh lah bawa diri dan anak anak ke Malaysia Heritage Studio Tempat ini memang sesuai untuk dedahkan anak anak dengan warisan budaya tempatan ...
Perencah Nasi Ayam Hainan Yang Mudah Dan Sedap Digunakan

A Proper System To Manage E Waste Is Both Profitable And Sustainable

Biaya Pembangunan Masjid Raya Al Jabbar 207 M Dari Dana Pinjaman 3 4 T

What Are The Benefits Of Steamed Fish

Malaysia Asean Chairmanship Off To A Disappointing Start

Pv 6 000 000 Sudah Berlalu

Buffet Ramadan 2025 Citarasa Milenial Di Suasana Suites Cafe Jb

Pergi Raya Sempena Cny 2025


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


Struktur Sos Dalam Masakan Panduan Lengkap

Young Strong And Diagnosed Redefining Resilience In Pancreatic Cancer Patients

Pasangan Kahwin Di Balai Polis Kerana Bimbang Keluarga Bergaduh

Rania Healing Tepi Sawah Padi

Tarif Elektrik Naik Julai Ini Pmx Dikritik Netizen

Kisah Pinjam Duit Tapi Tak Nak Bayar