99 Wonderland Park Selangor Cara Beli Tiket Masuk Di Klook


99 Wonderland Park yang terletak di Selayang, Selangor ini adalah salah satu lagi taman rekreasi yang sangat menarik untuk diterokai. 
Dengan gabungan pemandangan malam yang dihiasi lampu neon, tarikan haiwan eksotik, serta pelbagai aktiviti interaktif, taman ini menjadi pilihan utama untuk keluarga dan individu yang ingin meluangkan masa melakukan aktiviti berbeza di Selangor. 
Jom terokai keistimewaan 99 Wonderland Park ini melalui perkongsian di bawah.
99 Wonderland Park 99 Wonderland Park, yang juga dikenali sebagai “Wildlife in The City”,  adalah sebuah taman rekreasi yang mempunyai luas lebih kurang 23 ekar dan tempat perlindungan bermacam jenis haiwan dengan konsep bergaya urban. 
Sumber: KKday Taman ini merupakan hasil usaha JL99 Group, sebuah pemaju hartanah Malaysia yang telah memperuntukkan lebih daripada RM18 juta untuk mengubah kolam tahanan terbiar menjadi taman rekreasi yang menakjubkan. 
Taman rekreasi ini mengamalkan konsep “terbuka”, iaitu membolehkan para pengunjung untuk berinteraksi dengan burung-burung dan haiwan-haiwan seperti angsa, penyu, burung unta, merak, rusa, burung nuri, mara, monyet kecil, meerkat, arnab, burung kuang, flamingo, dan sebagainya.
Bukan sahaja haiwan sebenar, taman ini turut mempunyai daya tarikan replika Trex bersaiz sebenar yang mampu mengaum. Kanak-kanak memang suka sangat dengan replika ini!
Promosi sempena Krismas 2024 (20 Dis 2024 – 1 Jan 2025) – Sumber : 99 Wonderland Dengan lebih daripada 99 spesies haiwan dan 34 tarikan, 99 Wonderland Park menawarkan anda pengalaman yang menyeronokkan  di Kuala Lumpur!
Waktu Operasi 99 Wonderland Park beroperasi pada waktu yang berbeza bergantung pada hari dalam seminggu:
Hari biasa (Isnin hingga Khamis): 5.00 petang – 11.00 malam Hujung minggu dan cuti umum (Jumaat & Sabtu): 5.00 petang – 12.00 tengah malam Perlu diingat bahawa kebanyakan haiwan lebih aktif pada waktu petang dan malam, jadi lawatan pada waktu ini akan memberikan pengalaman yang lebih menarik. 
Sumber : 99 Wonderland Lokasi dan Cara ke Sana Alamat: 3a, Jalan 1, KM12, Jalan Ipoh, Pusat Bandar Utara Selayang, 68100 Batu Caves, Federal Territory of Kuala Lumpur, Malaysia
99 Wonderland Park terletak berdekatan sahaja dengan Batu Caves dan sangat mudah diakses bagi pengunjung yang datang dari Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya. 
Terdapat beberapa cara untuk sampai ke 99 Wonderland Park:
1. Memandu Sendiri
Jika anda memandu, anda boleh menggunakan aplikasi navigasi seperti Waze atau Google Maps dengan memasukkan alamat 99 Wonderland Park. 
Dari Kuala Lumpur, ikuti Jalan Ipoh dan cari papan tanda ke Selayang. Taman ini menyediakan tempat letak kereta yang luas untuk kemudahan pengunjung.
2. Pengangkutan Awam
Bas: Anda boleh mengambil bas yang menuju ke kawasan Selayang atau Jalan Ipoh. Beberapa laluan bas utama seperti RapidKL menyediakan perkhidmatan ini. Pastikan untuk menyemak jadual bas dan turun di perhentian terdekat. MRT/LRT: Naik tren ke stesen MRT atau LRT terdekat seperti Stesen Batu Caves. Dari stesen ini, anda boleh mengambil teksi, e-hailing, atau bas untuk ke taman. 3. E-Hailing
Yang paling mudah, anda boleh guna perkhidmatan e-hailing seperti Grabl. Anda hanya perlu memasukkan “99 Wonderland Park” sebagai destinasi, dan pemandu akan membawa anda terus ke pintu masuk taman. Harga tambang bergantung kepada jarak dari lokasi anda.
Harga Tiket Masuk Harga tiket berbeza untuk pemegang MyKad dan pelancong asing. 
Untuk rakyat Malaysia, tiket bermula sekitar RM55 untuk dewasa dan RM30 untuk kanak-kanak, OKU dan warga emas. 
Manakala, bagi pelawat bukan warganegara Malaysia, harga tiket sedikit lebih tinggi. RM70 untuk dewasa, dan RM 50 untuk untuk kanak-kanak, OKU dan warga emas. 
Anda boleh menikmati diskaun istimewa semasa promosi tertentu​ atau, beli tiket melalui platform KLOOK. Biasanya KLOOK akan menawarkan harga tiket masuk ke 99 Wonderland Park ini dengan harga yang lebih murah apatah lagi sempena cuti sekolah atau perayaan tertentu. 
Harga Tiket Masuk 99 Wonderland di KLOOK sempena Krismas 2024 & Tahun Baru 2025 Cara Beli Tiket Tiket masuk ke 99 Wonderland Park  boleh dibeli melalui beberapa cara:
Di kaunter tiket 99 Wonderland Park.  Secara dalam talian melalui laman web rasmi 99 Wonderland Park (24 jam sebelum waktu kunjungan) Melalui platform tempahan dalam talian seperti KLOOK. Taip 99 Wonderland Park Admission Ticket > klik, Search.  Klook.com Apa yang Menarik di 99 Wonderland Park? 1. Taman Dinosaur Sumber : 99 Wonderland Taman Dinosaur di 99 Wonderland Park merupakan salah satu tarikan utama yang berjaya menarik perhatian ramai pengunjung. 
Dengan replika dinosaur yang besar seakan-akan ‘hidup’, ia sering menjadi tumpuan untuk bergambar dan anak-anak bermain. 
Taman ini juga dilengkapi dengan pameran interaktif yang mendidik, menjadikannya tempat yang sesuai untuk keluarga dan kanak-kanak yang ingin belajar tentang sejarah purba dengan cara yang menyeronokkan.
2. Keindahan Lanskap dengan Neon Lights Lanskap taman yang dihiasi dengan lampu neon berwarna-warni mencipta suasana malam yang memukau. 
Sumber : 99 Wonderland Struktur seperti jambatan, air pancut bertema, dan arca memberikan pengalaman visual yang luar biasa. Pengunjung sering memilih taman ini untuk sesi fotografi malam kerana latar belakangnya yang menawan dan sangat instagrammable!

Cruise Ride pun ada! – Sumber : 99 Wonderland 3. 99 Wild Island Di sini pengunjung berpeluang untuk berjumpa dengan pelbagai spesies haiwan seperti beruang matahari, tapir Malaya, dan pelbagai burung eksotik. 
Selain itu, pengunjung juga boleh memberi makan haiwan dan bergambar bersama-sama haiwan pilihan. Seronok sangat!
Sumber : 99 Wonderland 4. Kawasan Petting Zoo Kawasan Petting Zoo adalah tempat di mana pengunjung, terutamanya kanak-kanak, boleh berinteraksi secara langsung dengan haiwan peliharaan seperti arnab, kambing, dan kucing.
Aktiviti memberi makan dan membelai haiwan-haiwan ini memberikan pengalaman yang menyeronokkan dan mendidik tentang tanggungjawab menjaga haiwan kepada setiap pengunjung. 
Sumber : Google Review (99 Wonderland) Ini adalah peluang yang menarik bagi kanak-kanak untuk belajar tentang empati dan kasih sayang terhadap makhluk hidup.
5. Taman Permainan Air Di sini juga terdapat taman permainan air yang dilengkapi dengan gelongsor air, kolam renang kanak-kanak, dan kawasan bermain air interaktif. Apalagi, budak-budak memang sukalah bermain air dekat sini!
6. Aktiviti di Tasik dengan Pemandangan Memukau Tasik utama di taman ini juga menawarkan pelbagai aktiviti seperti berkayuh dan memberi makan burung seperti angsa, itik, dan pelikan. 
Pemandangan tasik yang dihiasi lampu neon berwarna-warni pada waktu malam memberikan suasana romantis dan tenang, menjadikannya lokasi yang ideal untuk keluarga dan pasangan​ meluangkan masa bersama. 
7. Taman Burung Sumber : 99 Wonderland Taman burung di 99 Wonderland Park juga salah satu tarikan yang pastinya akan memukau pengunjung dengan koleksi burung eksotik yang berwarna-warni. 
Pengunjung bukan sahaja dapat melihat burung-burung ini dari dekat, tetapi juga belajar tentang habitat semula jadi mereka melalui papan informasi yang disediakan.
Untuk mengetahui lebih lanjut tarikan yang ada di sini, anda boleh rujuk gambar rajah di bawah:
Sumber : 99 Wonderland Kemudahan Taman ini juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk keselesaan pengunjung, antara kemudahan umum yang ada ialah:
Tempat makan dan minum Kedai cenderahati Tandas bersih Tempat letak kereta yang luas Laluan yang mesra kerusi roda dan kereta sorong Kaunter maklumat dan bantuan Penutup Jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke 99 Wonderland Park untuk merasakan pengalaman berinteraksi dengan haiwan, menikmati landskap yang cantik serta lampu-lampu neon pada waktu malam. 
Bawa anak-anak, pasangan dan orang tersayang untuk meluangkan masa berkualiti bersama-sama di sini!
BACA JUGA:
15+ Tempat Menarik Di Selangor, Sesuai Untuk Trip Hujung Minggu! Staycation Selangor: Senarai Penginapan Keluarga, Kids Friendly! Splash Mania Gamuda Cove – Harga Tiket & Cara Beli Dari Klook

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/99-wonderland-park/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=99-wonderland-park

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiket Bangi Wonderland Waktu Operasi Harga Dan Cara Beli Tiket Online

Tiket Bangi Wonderland Waktu Operasi Harga Dan Cara Beli Tiket Online

papar berkaitan - pada 29/12/2024 - jumlah : 189 hits
Bangi Wonderland merupakan satu lagi tarikan taman tema air yang menjadi tumpuan di Selangor Cukup sesuai bagi yang ingin mencari keseronokan dan bersantai bersama keluarga dan rakan Dibuka pada Ogos 2016 taman tema air seluas 12 ekar ini m...
Splash Mania Gamuda Cove Harga Tiket Cara Beli Dari Klook

Splash Mania Gamuda Cove Harga Tiket Cara Beli Dari Klook

papar berkaitan - pada 29/12/2024 - jumlah : 180 hits
Selain Sunway Lagoon ada satu lagi taman tema air di Selangor yang tidak boleh anda lepaskan iaitu Splash Mania Gamuda Cove Taman tema air ini semakin popular dalam kalangan pencinta aktiviti air dengan tarikan tarikannya yang unik serta se...
Muzium Penjara Melaka Tarikan Utama Harga Tiket Masuk

Muzium Penjara Melaka Tarikan Utama Harga Tiket Masuk

papar berkaitan - pada 27/12/2024 - jumlah : 328 hits
Muzium Penjara Melaka Tarikan Utama Harga Tiket Masuk Cuti sekolah tak tahu nak pergi mana Haa apa kata cuti kali ini anda bawa anak anak untuk berkunjung ke Muzium Penjara Melaka Muzium Penjara Melaka adalah destinasi menarik yang menawark...
Comment On Cara Buat Pembetulan Nama Pada Tiket Penerbangan Air Asia By Nazira Binti Jarib

Comment On Cara Buat Pembetulan Nama Pada Tiket Penerbangan Air Asia By Nazira Binti Jarib

papar berkaitan - pada 26/12/2024 - jumlah : 123 hits
In reply to encik dalam kad pengenalan saya nazira binti jarib tapi dekat tiket saya tertulis nazira binti jariv perlu kah saya buat pembetulan
Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

papar berkaitan - pada 24/12/2024 - jumlah : 261 hits
Cara Pembelian Harga Tiket Taman Tema Escape di Penang bagi Tahun 2025 Bagi anda yang ingin mengunjungi taman tema gergasi popular Malaysia iaitu Escape Theme Park berikut kami kongsikan cara pembelian tiket dan harga tiket bagi tahun 2025 ...
Zakat Kwsp Akaun 3 Hukum Cara Kiraan Kadar Zakat

Zakat Kwsp Akaun 3 Hukum Cara Kiraan Kadar Zakat

papar berkaitan - pada 17/12/2024 - jumlah : 177 hits
Ramai yang tidak tahu sebenarnya simpanan anda dalam KWSP Akaun 3 boleh dikenakan zakat Akaun 3 KWSP telah diperkenalkan oleh pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja bagi membolehkan pencarum mengeluarkan sebahagian wang simpanan mereka untuk ...
Cara Hubungi Syarikat Insurans Untuk Towing Kereta Rosak Perlu Sediakan Dokumen Apa Ya

Cara Hubungi Syarikat Insurans Untuk Towing Kereta Rosak Perlu Sediakan Dokumen Apa Ya

papar berkaitan - pada 17/12/2024 - jumlah : 99 hits
Mengalami kerosakan kereta di tengah jalan boleh menjadi pengalaman yang merunsingkan tetapi bantuan dari syarikat insurans melalui perkhidmatan towing boleh membantu menyelesaikan masalah ini dengan cepat Dalam artikel ini kami akan kongsi...
Kapten Tak Kisah Kena Sindir Beli Kereta Kecil Jenis Manual Lagi

Kapten Tak Kisah Kena Sindir Beli Kereta Kecil Jenis Manual Lagi

papar berkaitan - pada 26/12/2024 - jumlah : 127 hits
Kehidupan ini penuh dengan cabaran dan keputusan yang perlu dibuat terutama dalam soal kewangan dan perancangan masa depan En Azrol menerusi FB berkongsi pengalaman peribadinya mengenai bagaimana beliau memilih untuk menyimpan meskipun dikr...
A Proper System To Manage E Waste Is Both Profitable And Sustainable

Perencah Nasi Ayam Hainan Yang Mudah Dan Sedap Digunakan

What Are The Benefits Of Steamed Fish

Malaysia Asean Chairmanship Off To A Disappointing Start

Buffet Ramadan 2025 Citarasa Milenial Di Suasana Suites Cafe Jb

Pv 6 000 000 Sudah Berlalu

Lirik Lagu Terapi Percuma Aepul Roza Sharul Kamal

Designing Easy Websites And Apps


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


Coretan Menteri Ini Undang Rindu Zaman Belajar

Makanan Pendamping Asi Cara Menyajikan Mpasi Yang Sehat Dan Bergizi

Resepi Overnight Oats Untuk Diet

Iftar 2025 Dengan Flavours Of Nusantara Legoland Johor

The Colours Of Life Perkongsian 1 Hari 1 Hadis Kelebihan Solat Berjemaah Isyak Dan Subuh

Sesat Di Ikea