Malaysia Heritage Studio Harga Tiket Acara Pesta Muda Mudi


Malaysia Heritage Studio – Harga Tiket & Acara Pesta Muda-Mudi
Bosan-bosan duduk rumah hujung minggu, boleh lah bawa diri dan anak-anak ke Malaysia Heritage Studio. 
Tempat ini memang sesuai untuk dedahkan anak-anak dengan warisan budaya tempatan dan tanah air dalam suasana yang seronok dan tidak membosankan. Ibu ayah pun boleh belajar sekali. 
Untuk pengetahuan ada, Malaysia Heritage Studio (MHS) ni adalah antara destinasi pelancongan yang cukup popular juga di Melaka tau. 
Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai MHS ini, jom baca perkongsian di bawah. 
BACA JUGA: Muzium Penjara Melaka – Tarikan Utama & Harga Tiket Masuk
Malaysia Heritage Studio – Pengenalan Malaysia Heritage Studios (MHS) adalah sebuah destinasi unik yang terletak di Ayer Keroh, Melaka. Dikenali sebagai taman warisan pertama yang magical di negara ini, studio ini menggabungkan elemen seni, sejarah, dan budaya dalam satu ruang interaktif yang menarik.
Tempat ini telah dibuka semula pada tahun 2023 dan menampilkan rumah tradisional dari 13 negeri di Malaysia. Setiap satu rumah tersebut direka dengan elemen budaya unik negeri tersebut. 
Sumber: Google Review (MHS) Menariknya lagi, di sini, pengunjung dapat menikmati persembahan harian yang menampilkan watak-watak lagenda Malaysia seperti Hang Tuah dan Puteri Gunung Ledang. Ini menjadikan setiap kunjungan anda ke sini penuh dengan pengetahuan dalam suasana yang seronok.
Sumber: Google Review (MHS) Bagi menambah lagi daya tarikannya, setiap persembahan yang ditampilkan menggunakan teknologi canggih seperti animatronik untuk menghidupkan watak-watak legenda seperti Sang Kelembai dan Puteri Gunung Ledang. 
Siapa yang sesuai datang sini?
Jawapannya, semua orang wajib datang sini! Malaysia Heritage Studios ini memang sesuai dikunjungi oleh semua peringkat umur. 
Seperkara lagi, MHS telah berjaya memenangi Anugerah Kecemerlangan 2023 sebagai tarikan baharu terbaik tau. Anugerah ini jelas menunjukkan keunggulannya sebagai produk pelancongan yang berkualiti tinggi.
Waktu Operasi Malaysia Heritage Studios dibuka setiap hari dari jam 10:00 pagi hingga 6:00 petang. Namun, pengunjung perlu mengambil perhatian bahawa tiket terakhir boleh dibeli satu jam sebelum waktu tutup. 
Apabila ada acara tertentu waktu operasinya akan bertukar pada waktu lain. Contohnya, waktu operasi MHS sempena program Pesta Muda Mudi yang bakal berlangsung pada 28 Disember 2024 ini adalah bermula pada pukul 7 petang (kaunter tiket dibuka, 8 malam acara mula) sehingga 12 malam. 
Lokasi dan Cara Ke Sana Alamat: Exit Lebuh Ayer Keroh, 75450 Melaka, Malaysia
Malaysia Heritage Studios terletak di Lebuhraya Ayer Keroh, Melaka. Untuk sampai ke sini, pengunjung boleh menggunakan kenderaan persendirian atau pengangkutan awam.  Lokasinya yang agak strategik menjadikannya mudah diakses bagi penduduk tempatan mahupun pelancong luar.
Bagi mereka yang menggunakan kereta, terdapat banyak tempat letak kereta yang disediakan. Manakala, sekiranya anda menggunakan bas atau teksi, pastikan untuk meminta pemandu menghantar anda terus ke pintu masuk studio ini. 
BACA JUGA: 20+ Tempat Menarik Di Melaka, Wajib Dikunjungi!
Harga Tiket Masuk Malaysia Heritage Studio Sumber: Google Review (MHS) Harga tiket masuk ke Malaysia Heritage Studios untuk warga tempatan, adalah RM50 untuk dewasa dan RM39 untuk kanak-kanak serta warga emas. OKU, RM33.
Bagi pelancong antarabangsa, harga tiket adalah RM81 untuk dewasa dan RM63 untuk kanak-kanak serta warga emas dan OKU. Bagi kanak-kanak berumur 3 tahun ke bawah masuk adalah percuma. 
Tiket masuk boleh dibeli di laman web rasmi MHS melalui pautan berikut: https://www.ticket2u.com.my/mhs/book
Atau, anda juga boleh dapatkan tiket masuk ke MHS melalui KLOOK:
[TAIP: Malaysia Heritage Studios Ticket in Malacca > klik, Search]
Klook.com Apa yang Menarik di Malaysia Heritage Studio? Malaysia Heritage Studios menawarkan pelbagai tarikan menarik, antaranya ialah:
1. Rumah Tradisional dari 13 Negeri Malaysia Heritage Studios menampilkan 13 buah rumah tradisional yang mewakili setiap negeri di Malaysia. Setiap rumah direka dengan teliti untuk mencerminkan seni bina, budaya, dan sejarah negeri tersebut. 
Pengunjung dapat melihat dengan lebih dekat keunikan setiap rumah, serta menikmati pameran mural dan paparan digital.  
Ini memberikan peluang kepada pengunjung untuk merasai pengalaman seolah-olah sedang melakukan perjalanan waktu ke pelbagai era budaya Malaysia. 
Sumber: Google Review (MHS) 2. Persembahan Budaya dan Teater Pengunjung juga berpeluang menikmati pelbagai persembahan budaya yang diadakan secara harian. Persembahan ini termasuk tarian tradisional, muzik, dan teater yang menampilkan watak-watak lagenda seperti Hang Tuah dan Puteri Gunung Ledang. 
Persembahan ini bukan sahaja menghiburkan tetapi juga mendidik, memberikan pengetahuan tentang sejarah dan budaya Malaysia kepada pengunjung.
Sumber: Google Review (MHS) 3. Aktiviti Interaktif MHS juga menawarkan pelbagai aktiviti interaktif seperti kelas seni kraf tradisional, termasuk anyaman, batik, dan ukiran kayu. 
Dalam aktiviti-aktiviti ini, pengunjung dapat belajar secara langsung tentang teknik-teknik seni kraf tradisional sambil menghasilkan karya seni buatan tangan mereka sendiri.
4. Pameran dan Teknologi Immersive Studio ini juga menggunakan teknologi immersive untuk membawa pengunjung masuk ke dalam dunia budaya Malaysia. Contohnya, persembahan interaktif seperti pameran animatronik membolehkan pengunjung merasai suasana hidup dalam sejarah dan budaya. 
5. Sudut Menarik untuk Fotografi Di MHS ini juga ada banyak sudut menarik untuk mengambil gambar seperti replika kereta labu ala Cinderella di Rumah Perak dan globe besar yang ikonik di pintu masuk, bolehlah acah-acah sedang berada di Universal Studios. 
6. Makanan Tradisional dan Cenderahati Di dalam MHS ini juga ada banyak kemudahan untuk keselesaan pengunjung, antaranya ialah gerai makanan tradisional yang menawarkan pelbagai hidangan seperti nasi kerabu dan kuih-muih tempatan. 
Selain itu, pengunjung boleh membeli cenderahati unik hasil seni kraf tradisional yang dibuat sendiri dalam bengkel. 
Sumber: Google Review (MHS) Pesta Muda-Mudi Malaysia Heritage Studio Pesta Muda Mudi adalah acara tahunan yang diadakan di Malaysia Heritage Studios, yang menarik perhatian ramai golongan muda dari seluruh negara. 
Acara ini bukan sahaja menawarkan hiburan, tetapi juga menjadi platform untuk mempromosikan budaya dan seni Malaysia dan menggalakkan interaksi antara generasi muda dengan seni tradisional.
Maklumat Acara Pesta Muda Mudi pada tahun ini telah berlangsung beberapa kali. Terkini, pesta ini bakal berlangsung buat terakhirnya untuk tahun ini, pada 28 Disember 2024, dari jam 8:00 malam hingga 12:00 malam.
Harga tiket untuk acara ini dijual pada harga yang sangat berpatutan iaitu RM15. Tiket boleh dibeli di kaunter MHS bermula pada pukul 7 malam. 
Sumber: Facebook Malaysia Heritage Studios  Aktiviti Menarik Pesta Muda Mudi menawarkan pelbagai aktiviti yang direka khusus untuk menarik minat golongan muda. Beberapa aktiviti utama termasuk:
🎬 Layar Hitam Putih 🎭 Mari Kita Lihat Siapa Yang Kena 💺 Bangku Rebutan 🎨 Sketsa Labu Labi dan Madu 3 🎶 Margina dan Apek Jangan lupa datang!!
Sumber: malaysiaheritagestudios Sumber: malaysiaheritagestudios Sumber: malaysiaheritagestudios Sumber: malaysiaheritagestudios Sumber: malaysiaheritagestudios Sumber: malaysiaheritagestudios Penutup Malaysia Heritage Studio bukan sekadar destinasi pelancongan, tetapi juga berfungsi sebagai pusat pembelajaran yang mempromosikan kepentingan memelihara warisan negara.
Dengan kehadiran acara menarik seperti Pesta Muda Mudi, lawatan ke sini pasti meninggalkan kenangan bermakna untuk setiap pengunjung. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/malaysia-heritage-studio/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=malaysia-heritage-studio

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lampu Putrajaya 2024 Tarikh Jadual Acara Harga Tiket

Lampu Putrajaya 2024 Tarikh Jadual Acara Harga Tiket

papar berkaitan - pada 20/12/2024 - jumlah : 429 hits
LAMPU Putrajaya atau Light and Motion Putrajaya Festival telah menjadi acara akhir tahun biasa sejak sepuluh tahun yang lalu dan kemuncak dalam kalendar acara di Putrajaya Tarikan utama di sini ialah pertunjukan pemetaan unjuran yang menakj...
Harga Tiket Zoo Taiping Night Safari Waktu Operasi Dan Fasiliti

Harga Tiket Zoo Taiping Night Safari Waktu Operasi Dan Fasiliti

papar berkaitan - pada 26/12/2024 - jumlah : 299 hits
Zoo Taiping yang dibuka pada 1961 merupakan zoo tertua di Malaysia dan satu satunya zoo di kawasan utara negara Berkeluasan 14 hektar ia menempatkan lebih 1 300 ekor haiwan dengan 180 spesis Ia terletak berdekatan Taiping Lake Gardens di ka...
Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

papar berkaitan - pada 24/12/2024 - jumlah : 302 hits
Cara Pembelian Harga Tiket Taman Tema Escape di Penang bagi Tahun 2025 Bagi anda yang ingin mengunjungi taman tema gergasi popular Malaysia iaitu Escape Theme Park berikut kami kongsikan cara pembelian tiket dan harga tiket bagi tahun 2025 ...
Honor Magic7 Pro Malaysia Spesifikasi Varian Harga

Honor Magic7 Pro Malaysia Spesifikasi Varian Harga

papar berkaitan - pada 26/12/2024 - jumlah : 211 hits
Bagi peminat jenama Honor dan Android umumnya Honor Magic7 Pro pastinya peranti keluaran terbaru yang ditunggu tunggu Peranti flagship terbaru ini terlebih dahulu telah dilancarkan di China dan secara rasminya akan dijual di pasaran Malaysi...
Muzium Penjara Melaka Tarikan Utama Harga Tiket Masuk

Muzium Penjara Melaka Tarikan Utama Harga Tiket Masuk

papar berkaitan - pada 27/12/2024 - jumlah : 374 hits
Muzium Penjara Melaka Tarikan Utama Harga Tiket Masuk Cuti sekolah tak tahu nak pergi mana Haa apa kata cuti kali ini anda bawa anak anak untuk berkunjung ke Muzium Penjara Melaka Muzium Penjara Melaka adalah destinasi menarik yang menawark...
Splash Mania Gamuda Cove Harga Tiket Cara Beli Dari Klook

Splash Mania Gamuda Cove Harga Tiket Cara Beli Dari Klook

papar berkaitan - pada 29/12/2024 - jumlah : 221 hits
Selain Sunway Lagoon ada satu lagi taman tema air di Selangor yang tidak boleh anda lepaskan iaitu Splash Mania Gamuda Cove Taman tema air ini semakin popular dalam kalangan pencinta aktiviti air dengan tarikan tarikannya yang unik serta se...
Hiburan Individu Akui Hidup Di Singapura Jauh Lebih Murah Berbanding Di Malaysia Di Kl Makan Tempat Murah Tapi Harga

Hiburan Individu Akui Hidup Di Singapura Jauh Lebih Murah Berbanding Di Malaysia Di Kl Makan Tempat Murah Tapi Harga

papar berkaitan - pada 16/12/2024 - jumlah : 293 hits
Untuk info ramai gelaran Pejuang SGD diberikan untuk individu yang berasal dari Malaysia tetapi bekerja di Singapura demi meraih gaji yang lebih lumayan dan besar Hidup di Singapura lebih murah berbanding di Malaysia Melalui satu laman yang...
Piala Malaysia Catatkan Keputusan Seri 3 3 Dengan Perak Fc Sri Pahang Tempah Tiket Ke Separuh Akhir

Piala Malaysia Catatkan Keputusan Seri 3 3 Dengan Perak Fc Sri Pahang Tempah Tiket Ke Separuh Akhir

papar berkaitan - pada 23/12/2024 - jumlah : 154 hits
TEMERLOH Sri Pahang FC berjaya melangkah ke separuh akhir Piala Malaysia walaupun hanya mencatat keputusan seri 3 3 dengan Perak FC dalam aksi suku akhir kedua di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh malam tadi Kejayaan Skuad Tok Gajah ini d...
Tiket Bangi Wonderland Waktu Operasi Harga Dan Cara Beli Tiket Online

Tiket Bangi Wonderland Waktu Operasi Harga Dan Cara Beli Tiket Online

papar berkaitan - pada 29/12/2024 - jumlah : 223 hits
Bangi Wonderland merupakan satu lagi tarikan taman tema air yang menjadi tumpuan di Selangor Cukup sesuai bagi yang ingin mencari keseronokan dan bersantai bersama keluarga dan rakan Dibuka pada Ogos 2016 taman tema air seluas 12 ekar ini m...
Gbp Usd 24 Februari Berita Baik Lagi Untuk Pound British

Wanita Hilang Selama Setahun Akhirnya Hanya Jumpa Rangka

The Future Of Enterprise Networking In Dubai With Cisco Switches

Syukur Fasa 2 Tarikh Kaedah Penyaluran Bantuan

Bekas Kp Sprm Sekolahkan Azam Suntingan Video Rasuah Sabah Adalah Bukti

Verandas Outdoor Living Creating A Relaxing Space In Your Garden

Lirik Lagu Antara Puisi Dan Rautmu Arish Mikael

Anwar Pledges Aid For Al Quds University Madrasahs In Jerusalem


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Cara Jana Video Ai Guna Hailuoai

Kitshafiq Feat Syazwan Fahmi Sakit Chord

Zehraa Akan Tiba Chord

9 Anak Syarikat Kwsp Rugi 3 Tahun Berturut Don Wori Tuan Tuan Epf Ada Banyak Duit Lagi

Pm S War On Graft Just Theatrics Ex Macc Chief

Childish Akmal Finds His Match Trading Blows Online With Bootlicker Umno Senior Nazri Aziz