Muhyiddin Akan Dapat Bertahan Ppbm Tak Mungkin Kembali Ke Ph


Penganalisis politik mengecilkan kemungkinan Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin akan membawa parti itu kembali ke Pakatan Harapan (PH), gabungan yang ditinggalkan sebelum membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN) dengan sokongan parti lawan.

Mereka berkata krisis Covid-19, sekurang-kurangnya buat masa ini, menyatukan parti berbeza dalam PN, walaupun terdapat kenyataan mengkritik kerajaaan daripada beberapa pemimpin Umno baru-baru ini.

Azmi Hassan dari Universiti Teknologi Malaysia berkata memang benar PPBM memerlukan gabungan untuk terus hidup, sama ada PH atau PN.



“Namun masalahnya PPBM terbahagi kepada puak Muhyiddin dan puak Dr Mahathir Mohamad,” katanya, sambil menambah parti itu nampak “lebih selesa” bersama PH.

Beliau berkata Muhyiddin tidak mungkin membawa parti itu kembali ke PH selagi gabungan itu masih mengikut Mahathir.

Timbalan Presiden PPBM, Mukhriz Mahathir baru-baru ini berkata kembali bersama PH satu-satunya pilihan yang ada buat PPBM untuk terus hidup, di sebalik cadangan mendakwa pentadbiran Muhyiddin kurang mendapat sokongan daripada Umno, yang sokongannya sangat penting dalam membentuk kerjaaan baru pada Mac lalu.





Mukhriz turut mempersoalkan adakah Muhyiddin akan dipilih sebagai perdana menteri selepas pilihan raya umum akan datang.

Namun Azmi berkata Muhyiddin mesti mencari jalan untuk mengawal Umno atau PAS untuk terus bertahan.

Buat masa ini, katanya, cubaan merampas kuasa daripada Muhyiddin tidak mungkin berlaku kerana krisis Covid-19.



“Saya ragu-ragu Umno atau PAS akan buat sesuatu terhadap Muhyiddin memandangkan apa yang diperlukan ketika ini kerajaan yang stabil.

“Saya percaya, buat masa ini, Muhyiddin selamat.”

Sementara itu, penganalisis dari Universiti Malaya, Awang Azman Awang Pawi berkata PPBM hanya boleh bertahan sekiranya Muhyiddin dan Mahathir bersepakat.



“Jika hubungan mereka kekal dingin, PPBM akan berpecah. Muhyiddin ketika ini mesti mengukuhkan parti itu dengan membawa Mahathir dan penyokongnya bersama PN.”

Ini, katanya, antara sebab kenapa Muhyiddin perlu menjadikan PN gabungan rasmi dan memperkenalkan struktur yang dapat meneutralkan dominasi Umno dan PAS menerusi pakatan Muafakat Nasional mereka.

Kedua-dua parti Melayu terbesar itu menandatangani piagam itu tahun lalu, mengakhiri permusuhan selama beberapa dekad.

Awang Azman maklum sebilangan pemimpin tertinggi Umno mengkritik beberapa keputusan dan dasar kerajaan.

Beliau berkata Muhyiddin tidak boleh mengetepikan bekas sekutunya, termasuk “pemimpin DAP yang ikhlas” mahu membawa negara ke depan.

“Tanpa sokongan yang mencukupi, berdepan kritikan berterusan pemimpin Umno, sukar bagi PPBM dan Muhyiddin untuk bertahan.”

James Chin dari Institut Asia di Universiti Tasmania turut menolak kemungkinan Muhyiddin akan membawa PPBM kembali ke PH, mengatakan kedudukan perdana menteri tidak benar-benar berisiko.

“Kerajaan sekarang hasil tindak balas orang Melayu terhadap Pakatan Harapan, jadi saya tidak nampak Muhyiddin akan berpatah balik kepada PH untuk membentuk kerajaan yang lebih berbilang kaum.

“Untuk kekal berkuasa, Muhyiddin hanya perlu memuaskan hati pengkritik dengan melantik mereka ke jawatan penting dalam kerajaan atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC).”

Chin berkata, persoalan yang lebih besar adakah PN boleh bertahan pada pilihan raya umum akan datang berikutan masa yang singkat untuk membuat persiapan.

“Mereka mesti bekerjasama dan mengelak perpecahan, yang merupakan salah satu kegagalan terbesar PH,” katanya, sambil menambah, setakat ini, gabungan kerajaan baru itu tidak menunjukkan “perpaduan sebenar”.

FMT

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2020/05/muhyiddin-akan-dapat-bertahan-ppbm-tak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mukhriz Kembali Bersama Ph Satu Satunya Pilihan Ppbm

Mukhriz Kembali Bersama Ph Satu Satunya Pilihan Ppbm

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 261 hits
PETALING JAYA Kembali bersama Pakatan Harapan merupakan satu satunya pilihan yang ada buat PPBM bagi memastikan parti itu terus mendapat tempat semasa pilihan raya umum akan datang kata Timbalan Presiden PPBM Mukhriz Mahathir Dalam satu ken...
Kemelut Politik Johor Masa Untuk Ppbm Kembali Bersama Ph

Kemelut Politik Johor Masa Untuk Ppbm Kembali Bersama Ph

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 319 hits
ULASAN Parti Pribumi Bersatu Malaysia Johor adalah mangsa keadaan percaturan politik di peringkat persekutuan apabila mereka yang terlibat memulakannya dengan Langkah Sheraton Kesan paling malang kepada PPBM Johor adalah hilang kerusi Mente...
Ph Terbuka Terima Ppbm Kembali Kata Anwar

Ph Terbuka Terima Ppbm Kembali Kata Anwar

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 389 hits
May 5 2020 4 12 PMPresiden PKR Anwar Ibrahim PETALING JAYA Pakatan Harapan terbuka jika PPBM mahu kembali menyertai gabungan itu Pendirian itu dibuat Presiden PKR Anwar Ibrahim sambil mengingatkan supaya kesilapan lalu tidak berulang Keputu...
Muhyiddin Mungkin Kalah Tetapi Ph Tidak Akan Menang Kata Penganalisis

Muhyiddin Mungkin Kalah Tetapi Ph Tidak Akan Menang Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 10/5/2020 - jumlah : 390 hits
PETALING JAYA Umno dan PAS akan menang besar sekiranya Dr Mahathir Mohamad berjaya dalam usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin di Parlimen kata 2 penganalisis politik Pengundi Melayu tidak berpihak kepada Pakatan Hara...
Bersatu Hanya Dapat Kembali Kepada Ph Jika Kem Muhyiddin Tewas Kepada Kem Mahathir

Bersatu Hanya Dapat Kembali Kepada Ph Jika Kem Muhyiddin Tewas Kepada Kem Mahathir

papar berkaitan - pada 6/5/2020 - jumlah : 330 hits
Anwar Ibrahim sekali lagi memperlihatkan sifat pemaaf dan jiwa besarnya terhadap Tun Mahathir Mohamad Walaupun pernah dikhianati dan juga dikecam oleh Tun Mahathir kononnya beliau tidak diterima oleh orang Melayu kerana dikatakan seorang ya...
A Ppbm Return To Ph Is Unlikely For Now Muhyiddin Will Survive

A Ppbm Return To Ph Is Unlikely For Now Muhyiddin Will Survive

papar berkaitan - pada 6/5/2020 - jumlah : 301 hits
Muhyiddin Yassin came to power on the back of the Covid 19 pandemic with political leaders seen rallying around him PETALING JAYA Political analysts have played down the likelihood of PPBM president Muhyiddin Yassin taking the party back to...
Usul Dr M Terhadap Muhyiddin Mungkin Tidak Akan Dibahas

Usul Dr M Terhadap Muhyiddin Mungkin Tidak Akan Dibahas

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 325 hits
Usul undi tidak percaya yang dikemukakan Dr Mahathir Mohamad terhadap Muhyiddin Yassin apabila Dewan Rakyat bersidang 18 Mei ini mungkin tidak akan dibahas berdasarkan peraturan dan konvensyen Parlimen Antara usul dan 222 ahli Parlimen terd...
Berapa Lama Lagi Muhyiddin Mampu Bertahan Jika Begini Tekanan Yang Dihadapinya

Berapa Lama Lagi Muhyiddin Mampu Bertahan Jika Begini Tekanan Yang Dihadapinya

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 321 hits
HUBUNGAN UMNO DENGAN MUHYIDDIN JELAS ADA TANDA2 SEMAKIN TIDAK BAIK Shahbudin Husin Dalam tempoh terdekat ini sekurang kurangnya sudah dua kali Timbalan Presiden UMNO Mohamad Hasan membuatkan Perdana Menteri Muhyiddin berada dalam keadaan ti...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah

Merayau Sampai Ke Jelebu

Makan Kek Di Maneh By Momo

Suasana Natal Di Luar Negeri Masing Masing Penjuru Dunia Punya Perayaan Unik

23 Disember Isnin 10 00 Pagi Dari Pahang Online Maya Penat Ditempat Kerja Rumah Bagaimana

Bodohnya Walaun Derma Duit Kepada Dap Bagi Duit Kat Kapiaq Woiiii