Mukhriz Kembali Bersama Ph Satu Satunya Pilihan Ppbm



PETALING JAYA: Kembali bersama Pakatan Harapan (PH) merupakan satu-satunya pilihan yang ada buat PPBM bagi memastikan parti itu terus mendapat tempat semasa pilihan raya umum akan datang, kata Timbalan Presiden PPBM Mukhriz Mahathir.

Dalam satu kenyataan Mukhriz bekata, beliau sendiri tidak mempunyai jawapan jelas apakah PPBM akan menentang Muafakat Nasional (MN), gabungan yang wujud antara UMNO dan PAS, dan apakah Muhyiddin Yassin sebagai Presiden parti akan dilantik semula sebagai Perdana Menteri
“PPBM hanya ada satu pilihan sahaja iaitu kembali bersama PH. Pengalaman tidak sampai 2 bulan di bawah kerajaan Perikatan Nasional yang ‘tidak wujud’ itu sangat pahit bagi PPBM hingga ke akar umbi
“Ahli majlis dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung yang dianggotai PPBM sudah digugurkan di beberapa negeri kecuali Kedah. Cukup-cukuplah dengan menang sorak kampung tergadai. Kami tidak mahu lagi PPBM diperkudakan dan diperkotak-katikkan mana-mana pihak,” katanya
Mukhriz pada masa sama turut meminta penjelasan jelas daripada Muhyiddin berhubung persoalan yang timbul dalam kalangan ahli parti dan mengapakah perdana menteri itu tidak menunaikan janji dibuatnya, khususnya membabitkan asas PPBM meninggalkan PH sebelum ini
“Soalan-soalan ini juga berlegar didalam benak pemikiran setiap ahli PPBM dan sekiranya tidak dijawab maka ia menyebabkan kekeliruan dan kesangsian yang amat memilukan. Ramai ahli PPBM ingin tahu adakah benar kerjasama politik antara MN dan PPBM hanya dapat bertahan sehingga Dewan Rakyat dibubar
“Tidakkah PPBM berhak untuk berunding agihan kerusi dengan UMNO dan PAS menjelang pilihan raya umum ke-15 nanti. Memandangkan kerajaan sekarang dianggotai ketiga-tiga parti politik ini, tidakkah dirasakan pelik bahawa MN akan berlawan dengan PPBM di kerusi-kerusi yang ditandingi pada PRU15 nanti,” katanya
Menurut Mukhriz, semua pihak maklum bahawa UMNO, PAS dan PPBM merupakan parti politik yang mewakili masyarakat Melayu dan Islam. Bahkan asas politik bagi ketiga-tiga parti ini juga adalah sama, iaitu masyarakat Melayu di kawasan luar bandar
“Sudah tentu PPBM, UMNO dan PAS berhasrat bertanding di kawasan-kawasan demografi tersebut. Sememangnya semua parti ini sudah bertembung di kawasan sama pada PRU14. Apakah peluang PPBM untuk menang kerusi ditandingi jika ia akan berdepan dengan UMNO atau PAS dalam keadaan tiada kesepakatan
“Jika PPBM sebenarnya tidak bersama MN dan tidak juga bersama PH, apa logiknya PPBM boleh menang di mana-mana kawasan sekalipun. Adakah PPBM berupaya mempertahankan semua kerusi Parlimen dan DUN yang sekarang berada dalam tangannya?” katanya
Mukhriz berkata, berdasarkan beberapa kenyataan dikeluarkan pemimpin UMNO seperti Timbalan Presiden Mohamad Hasan; Naib Presiden Mohamed Khaled Nordin dan beberapa individu lain secara jelas memberi gambaran bahawa Perikatan Nasional (PN) sebenarnya tidak wujud
Memandangkan sehingga ke hari ini masih tidak ada perjanjian rasmi di antara UMNO, PAS dan Barisan Nasional bersama PPBM untuk bergabung secara rasmi bagi menubuhkan kerajaan PN
“Angkuh dan sombong, itulah yang boleh dirumuskan mengenai sikap pemimpin Umno terhadap PPBM, yang tidak menggambarkan kesepakatan dan menyebabkan kejatuhan kerajaan PH dan penubuhan kerajaan baru yang digelar kerajaan PN di peringkat persekutuan dan beberapa negeri,” katanya
Beliau turut memberi bayangan, apakah menteri Kabinet yang ada di dalam PPBM terpaksa menentang beberapa menteri Kabinet daripada parti UMNO, seperti yang berlaku di Parlimen Ketereh, membabitkan Annuar Musa dan Mohd Radzi Md Jidin
“Siapakah yang akan dipilih sebagai calon di kerusi itu pada pilihan raya nanti atau adakah mereka berdua harus berentap merebut kerusi yang sama walhal pada ketika ini kedua-duanya menganggotai kerajaan PN. Usahkan menteri, bagaimana dengan nasib Muhyiddin sendiri
“Adakah beliau akan masih dipilih sebagai Perdana Menteri selepas PRU15. Semestinya ada satu bentuk perjanjian antara parti yang kini menjalinkan kerjasama politik untuk menguasai kerajaan. Kalau tiada, apa makna kerjasama politik ini
“Apakah yang menyebabkan PPBM sanggup bersama dengan MN walhal keberadaan kita dengan mereka umpama hidung tidak mancung, pipi tersorong-sorong
“Ya, benar Presiden PPBM adalah Perdana Menteri tetapi perlu diingatkan bahawa Perdana Menteri sebelum ini pun dari PPBM juga,” katanya merujuk kepada Penasihat parti itu Dr Mahathir Mohamad. #sumberhttp://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2020/05/mukhriz-kembali-bersama-ph-satu-satunya.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Untuk Apa Mukhriz Rayu Rakyat Terima Kembali Pemerintahan Ph Apakah Dia Lupa

Untuk Apa Mukhriz Rayu Rakyat Terima Kembali Pemerintahan Ph Apakah Dia Lupa

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 281 hits
Apakah maksud Mukhriz agar semua rakyat Malaysia menerima kembali pemerintahan kerajaan PH dan akan menerima semua DAP sebagai Menteri terutama Menteri Kewangan Rakyat ingin tahu adakah Mukhriz masih ingin kekalkan PH untuk memerintah kemba...
Bersatu Tiada Pilihan Lain Lagi Mukhriz Mahathir

Bersatu Tiada Pilihan Lain Lagi Mukhriz Mahathir

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 346 hits
Kebelakangan ini beberapa pemimpin Umno di peringkat nasional dan negeri telah membuat kenyataan mengenai Bersatu dan kerjasama politik antara Umno dan PAS dalam Muafakat Nasional Saya percaya ramai ahli ahli Bersatu dan Umno telah membaca ...
Muhyiddin Akan Dapat Bertahan Ppbm Tak Mungkin Kembali Ke Ph

Muhyiddin Akan Dapat Bertahan Ppbm Tak Mungkin Kembali Ke Ph

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 343 hits
Penganalisis politik mengecilkan kemungkinan Presiden PPBM Muhyiddin Yassin akan membawa parti itu kembali ke Pakatan Harapan gabungan yang ditinggalkan sebelum membentuk kerajaan Perikatan Nasional dengan sokongan parti lawan Mereka berkat...
Kemelut Politik Johor Masa Untuk Ppbm Kembali Bersama Ph

Kemelut Politik Johor Masa Untuk Ppbm Kembali Bersama Ph

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 319 hits
ULASAN Parti Pribumi Bersatu Malaysia Johor adalah mangsa keadaan percaturan politik di peringkat persekutuan apabila mereka yang terlibat memulakannya dengan Langkah Sheraton Kesan paling malang kepada PPBM Johor adalah hilang kerusi Mente...
Indonesia Jadi Satu Satunya Negara Di Asia Tenggara Yang Tak Turunkan Harga Bbm

Indonesia Jadi Satu Satunya Negara Di Asia Tenggara Yang Tak Turunkan Harga Bbm

papar berkaitan - pada 10/5/2020 - jumlah : 239 hits
Menyusul penurunan tajam harga minyak mentah dunia kecuali Indonesia negara negara di Asia Tenggara kompak menurunkan harga bahan bakar minyak Bahkan negara negara tersebut sudah menurunkan harga BBM beberapa kali dalam periode 2020 Hal ini...
Ph Terbuka Terima Ppbm Kembali Kata Anwar

Ph Terbuka Terima Ppbm Kembali Kata Anwar

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 389 hits
May 5 2020 4 12 PMPresiden PKR Anwar Ibrahim PETALING JAYA Pakatan Harapan terbuka jika PPBM mahu kembali menyertai gabungan itu Pendirian itu dibuat Presiden PKR Anwar Ibrahim sambil mengingatkan supaya kesilapan lalu tidak berulang Keputu...
Covid 19 Kedai Runcit Kembali Jadi Pilihan Semasa Pkp

Covid 19 Kedai Runcit Kembali Jadi Pilihan Semasa Pkp

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 569 hits
Punyai kelebihan kerana lokasi tidak jauh dari kediaman KUALA LUMPUR Sejak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan bagi memutuskan rantaian penularan jangkitan COVID 19 kira kira sebulan lepas orang ramai kini nampaknya sudah membiasakan d...
Dr M Did Not Agree To Ppbm Pullout From Ph Says Mukhriz

Dr M Did Not Agree To Ppbm Pullout From Ph Says Mukhriz

papar berkaitan - pada 10/5/2020 - jumlah : 250 hits
PPBM deputy president Mukhriz Mahathir denies that Dr Mahathir had agreed in principle for the party to leave Pakatan Harapan PETALING JAYA Mukhriz Mahathir denied that Dr Mahathir Mohamad as PPBM chairman had agreed in principle for the pa...
Covid 19 69 Kes Baharu Dicatat Satu Kematian Kp Kesihatan

Covid 19 69 Kes Baharu Dicatat Satu Kematian Kp Kesihatan

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 292 hits
PUTRAJAYA 1 Mei Kes baharu positif COVID 19 kekal pada dua angka dengan 69 kes baharu dicatatkan setakat pukul 12 tengah hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes dalam negara setakat ini ialah 6 071 kes Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noo...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah

Merayau Sampai Ke Jelebu