Usul Dr M Terhadap Muhyiddin Mungkin Tidak Akan Dibahas



(FMT) – Usul undi tidak percaya yang dikemukakan Dr Mahathir Mohamad terhadap Muhyiddin Yassin apabila Dewan Rakyat bersidang 18 Mei ini mungkin tidak akan dibahas berdasarkan peraturan dan konvensyen Parlimen.
Antara usul dan 222 ahli Parlimen terdapat Perintah Tetap Dewan Rakyat yang menjelaskan urusan kerajaan hendaklah didahulukan daripada urusan-urusan lain, termasuk rang undang-undang dan usul ahli persendirian.
“Urusan Kerajaan hendaklah diaturkan mengikut sebagaimana yang baik pada timbangan kerajaan dan diberitahu kepada setiausaha,” menurut Perintah Tetap 15(2).
Dua peguam yang biasa dengan prosiding Parlimen berkata situasi itu akan berlaku dalam persidangan selama 1 hari pada 18 Mei.
Mereka berkata Speaker Mohamad Ariff Md Yusof mungkin atau tidak membenarkan usul itu dibahaskan.
Awal hari ini, Ariff menerima usul ahli Parlimen Langkawi itu, selepas menolak 3 yang lain kerana tidak mengikut peraturan Parlimen.
Namun Peguam N Surendran, bekas ahli Parlimen dari PKR berkata keputusan Ariff adalah kerana ia mematuhi peraturan Parlimen.
“Ini tidak secara automatik bermakna usul itu akan dibahaskan dalam dewan dan undi akan diambil,” kata bekas ahli Parlimen Padang Rengas itu kepada FMT.
Katanya, urusan kerajaan sering mengutamakan perkara seperti usul oleh ahli Parlimen lain.
Beliau menambah usul undi tidak percaya mungkin akan muncul di aturan mesyuarat, tetapi mungkin diketepikan dan tidak dibahaskan sama sekali.
Aturan mesyuarat menunjukkan soalan, usul, urusan, pemberitahuan jawatankuasa, pengumuman dan senarai urusan Parlimen akan datang.
Surendran berkata, ahli politik Pakatan Harapan (PH) hanya boleh menyalahkan diri sendiri kerana tidak mengubah peraturan tersebut ketika gabungan itu berkuasa.
“Ketika mereka berkuasa, mereka gagal melakukan reformasi kritis di Dewan Rakyat.”
Beliau berkata ia tidak seperti di UK, di mana usul pembangkang mudah dibahaskan.
“Pembaharuan ini tidak berlaku ketika PH ada peluang untuk melaksanakannya,” katanya.
Peguam Andrew Khoo bersetuju ada sedikit atau tidak ada kemungkinan usul itu dibahaskan.
“Kerajaan akan berusaha menegaskan hanya urusan kerajaan yang akan diutamakan dan Dewan Rakyat hanya bersidang selama 1 hari.
“Tetapi Dewan dipengerusikan oleh speaker dan dia pasti mempunyai budi bicara dalam menjalankan prosiding. Keputusannya akan menentukan prosesnya, selama dia mematuhi perintah tetap,” kata Khoo, yang mempengerusikan jawatankuasa undang-undang perlembagaan Majlis Peguam kepada FMT.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2020/05/08/usul-dr-m-terhadap-muhyiddin-mungkin-tidak-akan-dibahas/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Usul Tun M Sebenarnya Untuk Uji Kekuatan Sokongan Terhadap Muhyiddin

Usul Tun M Sebenarnya Untuk Uji Kekuatan Sokongan Terhadap Muhyiddin

papar berkaitan - pada 10/5/2020 - jumlah : 309 hits
Baik Tun Dr Mahathir Mohamad mahupun Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu merendahkan diri masing masing bagi menangani segera kemelut dalaman Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang dilihat semakin serius Percakaran antara pemimpin besar Bersatu mel...
Usul Tidak Percaya Terhadap Muhyiddin Cipta Sejarah Baharu

Usul Tidak Percaya Terhadap Muhyiddin Cipta Sejarah Baharu

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 303 hits
Usul Tidak Percaya terhadap Muhyiddin cipta sejarah baharuOleh May 09 2020Usul undi tidak percaya ke atas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin walaupun dijangka tidak akan dibahas dalam sidang sehari pada 18 Mei ini tetap mencipta satu sejarah ...
Tun Mahathir Komentar Mengenai Usul Undi Tidak Percaya Terhadap Muhyiddin Yassin

Tun Mahathir Komentar Mengenai Usul Undi Tidak Percaya Terhadap Muhyiddin Yassin

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 389 hits
Tun Mahathir Komentar Mengenai Usul Undi Tidak Percaya Terhadap Muhyiddin YassinrePublish Berita Terkini MalaysiaTun Mahathir Komentar Mengenai Usul Undi Tidak Percaya Terhadap Muhyiddin Yassin Medium perkongsian sosial berbentuk media Arti...
Muhyiddin Akan Dapat Bertahan Ppbm Tak Mungkin Kembali Ke Ph

Muhyiddin Akan Dapat Bertahan Ppbm Tak Mungkin Kembali Ke Ph

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 339 hits
Penganalisis politik mengecilkan kemungkinan Presiden PPBM Muhyiddin Yassin akan membawa parti itu kembali ke Pakatan Harapan gabungan yang ditinggalkan sebelum membentuk kerajaan Perikatan Nasional dengan sokongan parti lawan Mereka berkat...
Kerajaan Muhyiddin Cuba Helah Tolak Bahas Usul Tidak Percaya

Kerajaan Muhyiddin Cuba Helah Tolak Bahas Usul Tidak Percaya

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 238 hits
Kredit MSO WAP panas menjelang sidang parlimen 10 hari lagi pada 18 Mei ini kian meruap dan merembas dada orang orang politik dan juga pemeriksa politik Kehangatan wap ini seakan dapat menolak rasa bimbang dan gerun kepada Covid 19 yang men...
Rentasan 670 Panas Ini Amaran Kit Siang Terhadap Muhyiddin Yassin

Rentasan 670 Panas Ini Amaran Kit Siang Terhadap Muhyiddin Yassin

papar berkaitan - pada 25/4/2020 - jumlah : 330 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 670 1 LANTIKAN POLITIK DULU BISING SEKARANG BISU 2 BENARKAH BANTUAN RM100 HANYA BERNILAI RM35 3 MAMPUKAH EKONOMI GIG MELONJAK TANPA KEHENDAK POLITIK 4 KERAJAAN TEBUK ATAP ITU KIRA REZEKIKAH
Mujahid Dakwa Muhyiddin Takut Dengan Usul Mahathir

Mujahid Dakwa Muhyiddin Takut Dengan Usul Mahathir

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 487 hits
Takut usul Dr Mahathir Muhyiddin gadai usul k jaan Mujahid Kerajaan Perikatan Nasional lebih mengutamakan usaha mempertahankan Langkah Sheraton daripada membahaskan krisis Covid 19 secara bersama di Parlimen Bekas menteri di jabatan perdana...
Tun M Dah Hantar Notis Usul Tak Percaya Terhadap Pm

Tun M Dah Hantar Notis Usul Tak Percaya Terhadap Pm

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 336 hits
Diterbitkan Hari ini 1 55 pmBekas PM Tun Dr Mahatahir Mohamad telah menghantar notis usul kepada Speaker Dewan Rakyat mengenai undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin Menurut sumber yang boleh dipercayai kepada Malaysia...
Speaker Tolak Permohonan Usul Percaya Shafie Apdal Terhadap Dr M

Speaker Tolak Permohonan Usul Percaya Shafie Apdal Terhadap Dr M

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 424 hits
Speaker Dewan Rakyat Mohamad Ariff Md Yusof menolak permohonan yang dikatakan daripada Ketua Menteri Sabah Shafie Apdal memohon izin membawa usul dan mengemukakan resolusi terhadap bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad Surat yang dikata...
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Olahraga Terbaik Untuk Penderita Diabetes Tipe 2

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je

Pertandingan Akhir Memasak Kisahkariku Berakhir Meriah Kari Ketam Jadi Pilihan Juri