Misteri Lelaki Tamam Shud


Dinihari 1 Disember 1948, mayat seorang lelaki lengkap memakai sut bertali leher ditemui tersandar pada batu di pesisir pantai Somerton, Adelaide, Australia.


Semasa ditemui, terdapat kesan pendarahan teruk pada bahagian belakang kepala mangsa.

Tapi yang peliknya, semua label pada pakaian mangsa telah pun dikoyakkan. Lebih merumitkan, tiada sebarang identiti ditemui bersama mangsa. Bersama mangsa hanyalah sekotak rokok, gula-gula getah dan sedikit duit.

Berdasarkan keadaan, siasatan awal polis menjurus kemungkinan mangsa mati akibat dibunuh. Ketika ditemui juga, puntung rokok telah dinyalakan di sisi mangsa.

Namun, tidak lama kemudian, penemuan mayat ini menjadi semakin menarik dan misteri sehingga menggemparkan Australia.

Siasatan polis dan DNA yang dijalankan gagal mengesan identiti lelaki disebalik sut tersebut.

Pelbagai persoalan mula timbul. Siapa namanya? Bagaimana nyawa lelaki misteri itu boleh berakhir di tepi pantai? Apa punca kematiannya?

Disebabkan buntu, bedah siasat dilakukan untuk mencari punca sebenar kematian. Hasil bedah siasat mendapati saluran darah dan otak mangsa seperti tersumbat. Limpa mangsa juga disyaki gagal berfungsi. Petunjuk ini menandakan kemungkinan mangsa mati kerana diracun.

Penemuan ini membuatkan pihak penyiasat semakin buntu. Jika benar mangsa diracun hungga mati, kenapa doktor tidak menemui racun dalam perut mahupun badan mangsa?

Tidak lama kemudian, pihak polis berjaya tampil dengan beberapa kemungkinan identiti mangsa. Tapi ia tidak bertahan lama apabila kemungkinan itu ternyata salah.

Ada satu ketika, pihak polis menyangka mangsa adalah E.C Johnson. Namun, mereka dikejutkan dengan kehadiran E.C Johnson beberapa hari kemudian bagi mengesahkan yang dia masih hidup.

Menjelang pertengahan Januari 1949, kes kematian lelaki bersut semakin dingin, polis menemui pula petunjuk baru. Mereka menemui sebuah beg pakaian yang ditinggalkan di sebuah stesen kereta api. Dilaporkan, beg itu ditemui pada hari kematian lelaki misteri itu dijumpai.


Lebih menarik, sama seperti tanda-tanda yang ditemui pada mangsa, semua label pakaian dalam beg itu telah dikoyakkan. Yang kekal hanyalah sehelai kemeja yang mempunyai tanda nama di bahagian kolar baju, dieja dengan 'T.Keane'.

Tetapi, rakan Thomas Keane menafikan mayat tersebut adalah rakan mereka. Sekali lagi pihak penyiasat buntu dan kes ini semakin menyepi. Dan kemudian, keadaan menjadi semakin pelik.

Musim panas tahun yang sama, pegawai penyiasat menemui satu poket rahsia dalam seluar si mati. Dalam poket itu terdapat satu cebisan kertas yang bertulis 'Tamam Shud' yang membawa maksud 'pengakhiran' dalam bahasa Parsi.

Pegawai dari perpustakaan mengesahkan cebisan kertas itu datangnya daripada sebuah buku puisi berjudul The Rubaiyat yang ditulis oleh Omar Khayyam.

Siasatan terus dijalankan. Seterusnya, ia membawa kepada penemuan salinan buku tersebut dalam sebuah kereta yang tidak berkunci. Pihak polis berharap buku ini akan menjadi petunjuk utama buat mereka.

Dimuka hadapan buku tersebut terdapat salinan nombor telefon yang mengarahkan siasatan kepada seorang jururawat pula.

Jururawat yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan dan mempunyai seorang anak dipanggil untuk membantu siasatan. Jururawat wanita ini bersetuju memberi kerjasama tetapi dengan syarat.

Pihak berkuasa tidak boleh mendedahkan identitinya selain mengaitkannya dengan kes pembunuhan. Mungkin kedengaran tidak masuk akal, tetapi pihak berkuasa bersetuju dengan permintaan jururawat tersebut.

Hasil siasatan, jururawat itu mengaku, empat tahun sebelum kejadian kematian misteri tersebut, dia ada menghadiahkan senaskah buku The Rubaiyat kepada seorang lelaki dengan nama Albert Boxall.

Dari situ, pihak polis yakin identiti lelaki tersebut adalah Albert. Tapi, sekali lagi siasatan ini menemui jalan buntu. Albert Boxall masih hidup. Lelaki itu telah datang ke balai polis beberapa hari kemudian untuk mengesahkan yang dia masih hidup.

Sebagai bukti, Albert Boxall membawa bersamanya buku yang dihadiahkan oleh jururawat dengan perkataan 'Tamam Shud' masih lagi jelas di dalamnya.


Sejak itu, kes pembunuhan lelaki 'Tamam Shud' terus misteri dan di label sebagai satu kes pembunuhan misteri yang sempurna. Bukti-bukti yang ada masih gagal menjelaskan identiti seterusnya menyelesaikan kes kematian lelaki ini.

Pihak polis sendiri masih gagal memutuskan sama ada mangsa mati dibunuh dengan racun atau mangsa sebenarnya mati membunuh diri.

Sehingga ke hari ini, persoalan terus timbul. Siapa sebenarnya lelaki 'Tamam Shud' ini?

Jika benar mangsa dibunuh, apakah senjata yang digunakan? Siapa dalang yang berjaya melakukan jenayah ini dengan begitu sempurna?

BACA INI JUGA: Tetamu Misteri Hotel Fairmont

-SENTIASAPANAS.COM



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2015/04/misteri-lelaki-tamam-shud.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Misteri Boriska Mengaku Penduduk Marikh

Misteri Boriska Mengaku Penduduk Marikh

papar berkaitan - pada 7/2/2023 - jumlah : 193 hits
Info Misteri Kisah seorang kanak kanak lelaki Rusia Boris Kipriyanovich atau nama singkatannya tiba tiba sahaja menjadi buah mulut di seluruh negara Masakan tidak kanak kanak ini yang memiliki pengetahuan yang luar biasa dan sangat petah be...
Misteri Keindahan Bandar Biru Jodhpur

Misteri Keindahan Bandar Biru Jodhpur

papar berkaitan - pada 7/2/2023 - jumlah : 167 hits
Ribuan seni bina yang terletak di Jodhpur Rajashtan Utara India menyimpan seribu satu rahsia yang masih menjadi misteri sehingga ke hari ini Keadaan ini menyebabkan kita berasa seolah olah berada di dunia lain Boleh dikatakan bandar tersebu...
Misteri Roh Pelajar Yang Tidak Tenteram

Misteri Roh Pelajar Yang Tidak Tenteram

papar berkaitan - pada 7/2/2023 - jumlah : 134 hits
Semuanya bermula sekitar tahun 1870 Lucy Ann Perkins merupakan seorang guru Dia ditugaskan mengajar di sebuah sekolah di Newburyports dalam daerah Massashussets Amerika Syarikat Lucy tidak tahu ada sesuatu yang menghuni sekolah itu Gambar h...
Anneliese Maut Selepas Dirasuk Entiti Misteri

Anneliese Maut Selepas Dirasuk Entiti Misteri

papar berkaitan - pada 7/2/2023 - jumlah : 248 hits
Dilahirkan pada 21 September 1952 di Jerman Anneliese Michel menjalani kehidupan normal sama seperti gadis seusianya Anak kepada pasangan Josef dan Anna Michel ini dibesarkan dalam pegangan Katolik yang kuat Gadis ini dikenali sebagai seora...
Pantai Gafsa Tasik Misteri Ditengah Padang Pasir

Pantai Gafsa Tasik Misteri Ditengah Padang Pasir

papar berkaitan - pada 7/2/2023 - jumlah : 305 hits
Info Misteri Sebuah tasik biru telah muncul secara misteri di tengah tengah padang pasir di Tunisia yang menyebabkan beratus ratus penduduk tidak melepaskan peluang menjadikan tasik tersebut sebagai lokasi perkelahan dan mandi manda Tasik i...
Kisah Kapal Misteri Lady Luvibund

Kisah Kapal Misteri Lady Luvibund

papar berkaitan - pada 7/2/2023 - jumlah : 208 hits
Kisah tragis Lady Luvibund atau juga dikenali dengan nama Lady Lovibund adalah salah satu kisah kapal misteri Britain yang tersohor Gambar hiasan Kisahnya menjadi bualan rakyat zaman berzaman sehingga sukar untuk dibezakan sama ada ianya mi...
4 Misteri Dunia Yang Masih Gagal Di Rungkai

4 Misteri Dunia Yang Masih Gagal Di Rungkai

papar berkaitan - pada 7/2/2023 - jumlah : 149 hits
Memang mudah untuk manusia menjadi obses dengan misteri yang tidak pernah diselesaikan di dunia ini Misalnya 4 misteri dibawah semuanya masih menimbulkan tanda tanya dan ada yang sudah berlangsung berdekad dekad lamanya tidak kira berapa ra...
Misteri Sumpahan Kerusi Antik Pembawa Maut

Misteri Sumpahan Kerusi Antik Pembawa Maut

papar berkaitan - pada 7/2/2023 - jumlah : 156 hits
Di sebuah perkampungan kecil di Thirsk dalam daerah North Yorkshire England ada sebuah muzium yang menempatkan pelbagai barangan lama yang mempunyai sejarah tersendiri Antara barangan yang menjadikan muzium itu terkenal ke serata dunia iala...
Misteri Penyakit Keloid Parut Hodoh Yang Hidup

Misteri Penyakit Keloid Parut Hodoh Yang Hidup

papar berkaitan - pada 7/2/2023 - jumlah : 226 hits
Pernahkah anda ternampak seseorang yang mempunyai kesan melecur pada badan Kemudian wujud pula kesan timbul seperti bekas parut yang masih baru dan bekas parut itu kelihatan kemerah merahan Fenomena ini selalunya disebut sebagai parut hidup...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Y15zr Tukar Fuel Pam Jet Cardinals Racing

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Hiking Gunung Bubu Gerik

Comment On Pengalaman Menginap Di Teluk Bayu Floating Chalet Kota Kuala Muda Kedah By Munirah

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul