Misteri Keindahan Bandar Biru Jodhpur


Ribuan seni bina yang terletak di Jodhpur, Rajashtan, Utara India, menyimpan seribu satu rahsia yang masih menjadi misteri sehingga ke hari ini. Keadaan ini menyebabkan kita berasa seolah-olah berada di dunia lain. Boleh dikatakan bandar tersebut dipenuhi pelbagai binaan yang berwarna biru sahaja.


Lantaran keadaan itu, bandar misteri ini digelar sebagai Kota Biru kerana cuacanya yang sentiasa cerah sepanjang tahun, ia juga mendapat nama jolokan sebagai 'Sun City'.

Sepanjang tahun, bandar Jodhpur yang terletak di wilayah Rajashtan, India sentiasa dikunjungi orang ramai yang datang dari segenap pelosok dunia. Kesemua mereka datang dengan satu impian iaitu ingin menyaksikan ribuan seni bina berwarna biru di bandar tersebut.

Namun begitu, satu persoalan yang sering dilontarkan oleh pelancong ialah, mengapakah keseluruhan bangunan di bandar tersebut berwarna biru?

Apakah punca yang menyebabkan masyarakat di kawasan itu mengecat kediaman mereka dengan warna yang sama?

Jika dilihat dengan lojik akal, ia merupakan perkara yang paling tidak masuk akal dan warna biru bukan satu-satunya warna yang terdapat di dunia ini.

Berikutan itu, ramai dikalangan pengunjung cuba mendapatkan sendiri jawapan daripada penduduk tempatan di bandar tersebut. Malangnya, kebanyakan daripada mereka yang disoal gagal mengemukakan jawapan yang tepat.

Pelbagai alasan dikemukakan seolah-olah ada sesuatu rahsia yang cuba disembunyikan mereka daripada pengetahuan umum.

Bagaimanapun, terdapat beberapa sumber mengaitkan pegangan agama sebagai sebab mengapa bandar itu dicat dengan warna biru.

Difahamkan, pemilihan warna biru mula menarik minat penduduk di situ sejak zaman dahulu lagi. Pada waktu itu, golongan pendeta dikatakan menjadi pelopor pertama yang mengecat kediaman mereka dengan warna biru. Kononnya warna itu dianggap sebagai warna suci yang berkait rapat dengan tuhan mereka.

Selain kepercayaan agama, masyarakat dibandar tersebut juga percaya, secara biologinya warna biru mampu menghalau kehadiran nyamuk dalam rumah mereka.

Kepercayaan ini telah diamalkan sejak turun-temurun lagi, namun tidak diketahui siapakah pelopor idea berkenaan.

Selain itu, masyarakat kota biru Jodhpur turut menganggap warna biru mampu mengawal tekanan suhu di dalam rumah mereka.

Ia seolah-olah berfungsi sebagai sebuah penyaman udara yang dapat menyejukkan rumah secara semula jadi biarpun ketika cuaca panas.

Di wilayah Rajashtan, Jodhpur merupakan sebuah bandar kedua terbesar selepas Jaipur. Keluasan bandar ini dianggarkan sekitar 60,980 kilometer persegi. Bandar ini mempunyai populasi penduduk kira-kira 1.5 juta orang.

Walaupun bandar ini terkenal dengan kunjungan pelancong sepanjang tahun, ia bukanlah sumber pendapatan utama bagi masyarakat di sini. Sebaliknya, ia terkenal dengan pelbagai industri kraf tangan, tekstil dan besi.

Selain terkenal dengan binaan berwarna biru, bandar Jodhpur turut mempunyai keunikan sebuah kubu yang dikenali sebagai Mehrangarh Fort.

Binaan ini merupakan salah sebuah kubu terbesar di India. Setinggi 400 kaki, kubu ini dibina semasa pemerintahan seorang pemerintah di Jaipur bernama Man Singh I pada tahun 1806.

Pada bulan Jun 2011 yang lalu, seluruh bandar Juzcar di selatan Sepanyol turut dicat dengan warna biru. Sebanyak 4,200 liter cat dengan 12 orang penduduk tempatan ditugaskan untuk mengecat rumah dan bangunan di bandar tersebut sempena meraikan pelancaran filem Smurfs.

BACA INI JUGA: Lokasi Paling Sukar Di Kunjungi Di Dunia!

-Sentiasapanas.com



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2014/09/misteri-keindahan-bandar-biru-jodhpur.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Misteri Sumpahan Lukisan Crying Boy

Misteri Sumpahan Lukisan Crying Boy

papar berkaitan - pada 7/2/2023 - jumlah : 204 hits
Lukisan yang terkenal ini dikatakan mempunyai sumpahannya sendiri Apa tidaknya ramai pemiliknya sudah ditimpa kecelakaan gara gara menyimpan salinan lukisan ini Ada cerita mengatakan lukisan ini tidak diketahui siapa pelukisnya dikatakan te...
Misteri Gambar 1870an Nicholas Cage Sebagai Vampire

Misteri Gambar 1870an Nicholas Cage Sebagai Vampire

papar berkaitan - pada 7/2/2023 - jumlah : 219 hits
Beberapa ketika yang lalu dunia perfileman dan dunia internet telah digemparkan dengan lelongan sekeping gambar sekitar 1870 an yang memperlihatkan seorang lelaki yang sangat mirip kepada seorang pemenang anugerah Oscar Penjual mendakwa gam...
Misteri Graffiti Who Put Bella In The Witch Elm

Misteri Graffiti Who Put Bella In The Witch Elm

papar berkaitan - pada 7/2/2023 - jumlah : 356 hits
Who Put Bella In The Witch Elm adalah satu garapan graffiti yang dicat pada tiang obelisk diatas bukit Wychburry Hill Hagley Worcestershire England Penggarapannya langsung tidak diketahui identitinya dan kemunculan graffiti ini menjadi tump...
Misteri Penemuan Orang Pendek Di Sumatera

Misteri Penemuan Orang Pendek Di Sumatera

papar berkaitan - pada 7/2/2023 - jumlah : 363 hits
Sekitar tahun 2001 2003 sepasukan tiga orang pengkaji British dan seorang penunjuk arah yang ketika itu sedang meredah hutan tebal di Taman Negara Kerinci Sumatera telah menyaksikan kelibat makhluk seakan Bigfoot melintasi mereka Namun saiz...
Genre Aksi Misteri Kim Namgil Dilamar Terajui Drama Execution

Genre Aksi Misteri Kim Namgil Dilamar Terajui Drama Execution

papar berkaitan - pada 3/2/2023 - jumlah : 229 hits
Selepas Island Kim Nam gil berkemungkinan akan membintangi sebuah lagi drama bergenre aksi ARTIKEL BERKAITAN Terbaru pada 3 Februari media melaporkan bahawa Kim Nam gil sedang dalam perbincangan untuk terajui drama aksi misteri baru berjudu...
Segitiga Bermuda Misteri Kehilangan Flight 19

Segitiga Bermuda Misteri Kehilangan Flight 19

papar berkaitan - pada 7/2/2023 - jumlah : 187 hits
Kehilangan penerbangan no 19 merupakan sebuah peristiwa yang sangat membingungkan Seluruh skuad pesawat lenyap secara tiba tiba tanpa sebarang kesan langsung tidak meninggalkan apa apa klu tentang kejadian tersebut Sejarah ini mengutip pelb...
Misteri Makhluk Buas Dari Gevaudan

Misteri Makhluk Buas Dari Gevaudan

papar berkaitan - pada 7/2/2023 - jumlah : 166 hits
Pada pertengahan tahun 1700an lebih dari 100 penduduk mati kerana serangan makhluk misteri yang disebut sebagai Si Buas Dari Gevaudan Serangan yang menimpa para penduduknya masih lagi menjadi misteri sehingga kini Tidak ada yang dapat memas...
Misteri Roh Pelajar Yang Tidak Tenteram

Misteri Roh Pelajar Yang Tidak Tenteram

papar berkaitan - pada 7/2/2023 - jumlah : 195 hits
Semuanya bermula sekitar tahun 1870 Lucy Ann Perkins merupakan seorang guru Dia ditugaskan mengajar di sebuah sekolah di Newburyports dalam daerah Massashussets Amerika Syarikat Lucy tidak tahu ada sesuatu yang menghuni sekolah itu Gambar h...
Misteri Boriska Mengaku Penduduk Marikh

Misteri Boriska Mengaku Penduduk Marikh

papar berkaitan - pada 7/2/2023 - jumlah : 250 hits
Info Misteri Kisah seorang kanak kanak lelaki Rusia Boris Kipriyanovich atau nama singkatannya tiba tiba sahaja menjadi buah mulut di seluruh negara Masakan tidak kanak kanak ini yang memiliki pengetahuan yang luar biasa dan sangat petah be...
Turun Anwar A Protest That Stirs Headlines

Six Year Old Boy Reported Missing From Kopitiam

Nerdywave Com The Ultimate Tee Destination For Nerds Gamers Dark Humor Lovers

Buasir Otak Tv Buasir Otak The Muzik Gerak Solo

From Indonesia To Saudi Arabia A Guide For Your Hajj And Umrah In Makkah Madinah

Should Motorcyclists Be Exempt From Highway Tolls

Badan Bengkak Sebelah Jangan Abaikan Ini Mungkin Lymphedema

Holiday For Mara Junior Colleges After Rugby Championship Victory


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pengkhianat Dari Kalangan Penjawat Awam Ini Patut Diberi Hukuman Berat

Quantum Internet The Future Of Ultra Secure Communication

Hundreds Demonstrate In Protest Hit Uk Town

Anwar Heads To Indonesia For Annual Meet Abang Jo Hajiji In Tow

Delicious Steamed Garlic Prawns

Sukarkah Memohon Sijil Halal Jakim