Misteri Sumpahan Kerusi Antik Pembawa Maut


Di sebuah perkampungan kecil di Thirsk, dalam daerah North Yorkshire, England, ada sebuah muzium yang menempatkan pelbagai barangan lama yang mempunyai sejarah tersendiri. Antara barangan yang menjadikan muzium itu terkenal ke serata dunia ialah sebuah kerusi antik.


Kerusi tersebut digantung tinggi diatas dinding. Tujuannya untuk menghalang pengunjung daripada duduk di atas kerusi tersebut.

Jika dilihat sekali imbas, tiada apa yang istimewa mengenai kerusi kayu itu. Namun, tidak ramai yang tahu sejarah silam kerusi itu yang dikatakan telah 'membunuh' ramai dikalangan sesiapa yang berani mencecahkan punggung diatasnya.

Kisah kerusi yang dikatakan telah disumpah ini bermula pada tahun 1702. Seorang lelaki bernama Thomas Busby, dijatuhkan hukuman mati kerana telah membunuh bapa mentuanya, Daniel Auty dalam satu pertengkaran.

Sewaktu dalam perjalanan ke tempat hukuman, Thomas diberikan satu permintaan terakhir. Dia meminta untuk berhenti di sebuah pub yang menjadi tempat kegemarannya.

Thomas duduk di atas kerusi kesukaannya di situ sambil menikmati minuman terakhir.

Sewaktu bangun, Thomas menyumpah barang siapa yang berani duduk di atas 'kerusinya' itu, kematian akan memburu mereka. Dia dikenakan hukuman gantung sejurus selepas itu.

Selepas kematiannya, pub tersebut dikenali dengan nama Busby Stoop Inn yang diambil sempena nama Thomas Busby.

Ketika itu, tiada siapa pun yang mengambil serius tentang sumpahan yang telah diucapkan oleh Thomas. Namun, sebagai tanda menghormati si mati, mereka mengambil keputusan untuk tidak duduk di kerusi tersebut.

Sewaktu Perang Dunia Kedua, terdapat sebuah kem tentera udara yang terletak berhadapan dengan pub tersebut.

Kebanyakan tentera yang datang dan minum di pub itu tidak berani duduk di atas kerusi 'berhantu' itu. Ini kerana beberapa orang daripada tentera yang pernah duduk di situ akhirnya terkorban di medan perang.

Pada tahun 1967, dua orang juruterbang tentera udara diraja yang duduk di kerusi itu juga menemui ajal apabila kereta mereka terlibat dalam kemalangan sewaktu dalam perjalanan pulang dari pub tersebut.

Antara mangsa lain termasuklah seorang pembersih corong asap yang ditemui mati tergantung keesokkan harinya selepas duduk di atas kerusi tersebut.

Seorang wanita yang bekerja di pub itu pula jatuh tersadung mengenai kaki kerusi itu. Dia turut terkena tempias sumpahan apabila mati akibat barah otak tidak lama kemudian.

Pada tahun 1968, Tony Earnshow mengambil alih pub tersebut. Dia yang langsung tidak percaya kepada lagenda karut ini tidak mengendahkan cerita yang didengarinya daripada penduduk setempat berkaitan kerusi sumpahan itu.

Dia pada mulanya mendengar dua orang jejaka yang saling mencabar sesama sendiri untuk duduk di atas kerusi malang itu.

Akhirnya, kedua-dua mereka terlibat dalam kemalangan apabila kereta yang dinaiki melanggar sebatang pokok. Kedua-duanya meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.

Tony juga menyaksikan bagaimana sekumpulan buruh binaan yang datang ke pub itu mencabar seorang buruh muda untuk duduk di atas kerusi itu.

Tidak lama kemudian, pemuda tersebut jatuh dari atap yang sedang dibaikinya lantas menemui ajal.

Melihat keadaan itu, Tony menjadi takut lalu segera mengalihkan kerusi itu ke bilik bawah tanah. Dia tidak mahu ada orang lain terus menjadi korban kerusi malang itu lagi.

Tahun 1978, seorang penghantar bir yang kebetulan sedang mengalihkan stok ke bilik bawah tanah secara tidak sengaja duduk diatas kerusi itu untuk melepaskan penat.

Dia memberitahu Tony betapa selesanya kerusi itu. Malangnya, dia terbunuh dalam kemalangan hanya beberapa jam setelah meninggalkan pub tersebut.

Tidak tahan melihat orang yang tidak bersalah mati angkara kerusi berhantu itu, Tony bertindak menyerahkan kerusi tersebut kepada muzium Thirsk dengan syarat, sesiapa pun tidak dibenarkan duduk diatasnya.

Kerana itu, sejak 30 tahun yang lalu, pihak muzium telah menggantung kerusi tersebut di dinding supaya tiada sesiapa yang akan mendudukinya lagi.

Memandangkan banyak kematian misteri menimpa orang yang duduk di atas kerusi tersebut, sebuah syarikat perfileman dari Jepun telah meminta kebenaran untuk cuba duduk di kerusi itu pada tahun 2004.

Tujuannya mungkin untuk mengetahui sejauh mana kebenaran tentang kerusi sumpahan Thomas. Namun, ia tidak mendapat kebenaran dari pihak berkuasa.

Yang menjadi persoalan sehingga kini, benarkah kerusi itu membawa malang akibat sumpahan Thomas Busby?

Atau segala yang terjadi hanyalah sekadar kebetulan?

BACA INI JUGA: Rahsia Simbol Singa Yahudi

-Sentiasapanas.com



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2014/07/misteri-sumpahan-kerusi-antik-pembawa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anneliese Maut Selepas Dirasuk Entiti Misteri

Anneliese Maut Selepas Dirasuk Entiti Misteri

papar berkaitan - pada 7/2/2023 - jumlah : 248 hits
Dilahirkan pada 21 September 1952 di Jerman Anneliese Michel menjalani kehidupan normal sama seperti gadis seusianya Anak kepada pasangan Josef dan Anna Michel ini dibesarkan dalam pegangan Katolik yang kuat Gadis ini dikenali sebagai seora...
Misteri Sumpahan Lukisan Crying Boy

Misteri Sumpahan Lukisan Crying Boy

papar berkaitan - pada 7/2/2023 - jumlah : 140 hits
Lukisan yang terkenal ini dikatakan mempunyai sumpahannya sendiri Apa tidaknya ramai pemiliknya sudah ditimpa kecelakaan gara gara menyimpan salinan lukisan ini Ada cerita mengatakan lukisan ini tidak diketahui siapa pelukisnya dikatakan te...
Ph Selangor Adakan Rundingan Kerusi Dengan Umno

Ph Selangor Adakan Rundingan Kerusi Dengan Umno

papar berkaitan - pada 7/2/2023 - jumlah : 196 hits
PH Selangor adakan rundingan kerusi dengan UmnoPosted By on February 06 2023Pakatan Harapan dijangka akan mengadakan rundingan bersama Umno dalam tempoh segera Menurut Pengerusi Amanah Selangor Ir Izham Hashim PH negeri telah membuat keputu...
Prn Kelantan Bersatu Tanding Lapan Kerusi Dun Dikuasai Umno

Prn Kelantan Bersatu Tanding Lapan Kerusi Dun Dikuasai Umno

papar berkaitan - pada 10/2/2023 - jumlah : 213 hits
agendaily com09 02 2023Bersatu tanding lapan kerusi DUN pada PRN Kelantan Bersatu akan bertanding di lapan kerusi Dewan Undangan Negeri di Kelantan yang tujuh daripadanya sekarang ini disandang oleh wakil rakyat daripada UMNO pada Pilihan R...
Bawa Yassin Duduk Atas Kerusi Buku Banyak Tapi Ainul Pilih Yasin Nak Baca Mama Kongsi Surah Amalan

Bawa Yassin Duduk Atas Kerusi Buku Banyak Tapi Ainul Pilih Yasin Nak Baca Mama Kongsi Surah Amalan

papar berkaitan - pada 3/2/2023 - jumlah : 171 hits
Anak kita berbeza beza dan punya keistimewaan masing masing Namun amat berbeza dan istimewa bagi buah hati kesayangan rakyat Malaysia adik Ainul Mardhiah yang cukup istimewa dalam semua segi Terbaru menerusi Instagramnya ibunya Nurul Erwani...
Mahfuz Tiada Abang Besar Dalam Agihan Kerusi Ph Bn Di Kedah

Mahfuz Tiada Abang Besar Dalam Agihan Kerusi Ph Bn Di Kedah

papar berkaitan - pada 27/1/2023 - jumlah : 189 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Rundingan kerusi antara Pakatan Harapan dan Barisan Nasional di Kedah akan dilakukan berdasarkan konsep tiada yang dominan menjelang pilihan raya negeri Pengerusi PH Kedah Mahfuz Omar berkata semua parti dalam PH ...
Bn Tak Ada Suara Runding Kerusi Dengan Ph Kata Sumber

Bn Tak Ada Suara Runding Kerusi Dengan Ph Kata Sumber

papar berkaitan - pada 10/2/2023 - jumlah : 197 hits
freemalaysiatoday com February 10 2023 8 31 AMPH menguasai 40 daripada 56 kerusi di DUN Selangor manakala BN hanya lima kerusi PETALING JAYA Barisan Nasional tidak mempunyai suara kuat dalam rundingan kerusi bersama Pakatan Harapan menjelan...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran