Anneliese Maut Selepas Dirasuk Entiti Misteri


Dilahirkan pada 21 September 1952 di Jerman, Anneliese Michel menjalani kehidupan normal sama seperti gadis seusianya.


Anak kepada pasangan Josef dan Anna Michel ini dibesarkan dalam pegangan Katolik yang kuat.

Gadis ini dikenali sebagai seorang yang periang dan disukai ramai. Namun, itu semua sebelum Anneliese ditimpa penyakit misteri yang bermula pada tahun 1968.

Pada mulanya, doktor mengatakan gadis ini sekadar menghidap penyakit batuk kering. Dia diberikan rawatan di Hospital Mittelberg, Jerman. Setelah sembuh, Anneliese dibenarkan pulang semula ke rumah.

Seperti biasa, Anneliese memulakan persekolahan di sekolah menengah Aschefenburg. Semuanya bermula dengan lancar sehinggalah Anneliese tiba-tiba diserang penyakit misteri. Anneliese menghadapi kesukaran untuk bertutur.

Dia juga sukar berjalan dan sering berpaut pada meja, kerusi atau apa-apa sahaja yang berada dalam capaiannya untuk berdiri.

Pada tahun 1973, Anneliese mula ditimpa kemurungan yang serius. Perubahannya mendadak dan disedari oleh orang-orang disekelilignya.

Keadaan itu berlanjutan agak lama sehinggalah dia mengadu melihat bayangan misteri yang menyeramkan dan sering menghantui dirinya.

Anneliese sering menggambarkan bahawa dia melihat raut misteri wajah syaitan pada dinding rumahnya. Anneliese menyatakan bahawa syaitan itu mempunyai tujuh tanduk dan mahkota.

Bukan itu saja, ahli keluarga juga pernah beberapa kali melihat Anneliese dalam keadaan tercampak, seperti dibaling ke tanah.

Keadaan Anneliese sewaktu dirasuk

Yang misterinya, tidak kelihatan sesiapa pun yang memperlakukan gadis itu sedemikian rupa.

Pernah suatu hari, sewaktu mereka sekeluarga sedang menikmati makan malam, kedua-dua tangan Anneliese secara misteri membengkak secara mendadak sebelum dia terlambung ke belakang daripada kerusi yang didudukinya. Gadis itu hanya mampu menjerit meminta pertolongan.

Josef dan Anna tahu ada benda misteri berlaku dan menggangu Anneliese. Apatah lagi keadaan gadis itu semakin buruk setiap hari. Dia mula mengamuk dan melakukan perkara pelik dan misteri termasuklah menjilat air kencingnya sendiri.

Anneliese memakan lalat, labah-labah dan juga pernah menelan kepala burung yang sudah mati. Pada ketika yang lain, gadis itu akan merangkak masuk ke bawah meja dan menyalak seperti anjing selama dua hari.

Menjerit dan mengoyakkan bajunya sudah menjadi aktiviti misteri yang dilakukannya setiap hari.

Tidak sanggup melihat anak gadis mereka terseksa, pasangan suami isteri itu bertindak menghubungi paderi, dengan harapan paderi akan menggunakan cara alternatif untuk memulihkan keadaan misteri yang dialami Anneliese.

Ritual mengusir syaitan

Sebelum bersetuju memberikan khidmat exorcism kepada Anneliese, Paderi Arnold pernah membawa gadis itu bertemu ramai doktor untuk merawat penyakit misteri itu namun buntu.

Menurut doktor, Anneliese menghidap sejenis sawan dan hanya diberikan pil bagi membantu menenangkan dirinya.

Anneliese melawan penunggu misteri selama 8 tahun

Dua orang paderi yang mulanya tidak percaya Anneliese dirasuk terdiam apabila mereka menyaksikan sendiri bagaimana gadis itu dilambung dan dihempas secara misteri ke lantai tanpa ada sesiapa yang mengangkat atau mencampakkannya.

Melihatkan keadaan misteri yang mengganggu gadis itu, pada tahun 1975, ketua paderi dikawasan tersebut telah memberi kebenaran kepada Paderi Arnold Renz dan Paderi Ernst Alt untuk menjalankan ritual exorcism (pengusiran syaitan) terhadap Anneliese.

Rawatan berlangsung selama 10 bulan untuk merawat penyakit misteri tersebut. Dalam tempoh itu, sebanyak 67 kali ritual tersebut dijalankan.

Setiap minggu, beberapa kali gadis itu menjalani kaedah spiritual yang menyeksakan. Kesemua ritual untuk menghalau gangguan misteri itu turut dirakamkan dalam bentuk audio.

Anneliese turut menghadapi kecederaan lutut yang serius sepanjang menjalani proses exorcism. Gadis ini perlu melutut lebih daripada 600 kali setiap kali ritual yang memakan masa berjam-jam lamanya.

Hasil daripada ritual untuk menghalau gangguan misteri tersebut, kedua-dua paderi mendakwa dapat mengesan enam jenis syaitan yang telah merasuk Anneliese iaitu Judas, Lucifer, Hitler, Nero, Fallen Priest dan Cain.

Sekalipun telah berpuluh-puluh ritual dijalankan untuk menghalau syaitan misteri yang dikatakan merasuk tubuh gadis itu, semuanya gagal.

Anneliese terus hidup terseksa dan akhirnya meninggal dunia pada 1 Julai 1976, selepas lapan tahun bertarung dengan 'penunggu misteri' yang menguasai dirinya.

Tempat persemadian akhir Anneliese Michel

Hasil bedah siasat mendapati kematian misteri Anneliese Michel disebabkan kekurangan air dan zat makanan. Dia juga menghidapi demam panas dan Pneumonia ketika itu. Berat badan Anneliese sewaktu kematiannya hanyalah lebih kurang 30 kilogram.

Dua tahun selepas peristiwa misteri itu, mahkamah memutuskan kedua-dua ibu bapa Anneliese beserta dua paderi yang merawatnya didapati bersalah atau tuduhan menyebabkan kematian Anneliese. Kesemua mereka dipenjarakan selama enam bulan.

Selepas lebih 30 tahun kematian Anneliese yang begitu misteri, banyak pihak yang semakin meragui dia benar-benar dirasuk. Mereka mempersoalkan ubat-ubatan yang diberikan kepadanya.

Ramai yang bersetuju bahawa Anneliese mungkin menderita kerana penyakit schizophrenia atau sejenis gangguan mental. Jika diberikan rawatan yang betul, mungkin Anneliese masih boleh diselamatkan.

Namun, dari sudut lain pula, tiada siapa mampu menerangkan kejadian misteri bagaimana gadis itu dilambung dan dihempas ke tanah.

Begitu juga dengan rakaman audio yang memperdengarkan suara misteri yang pelik Anneliese yang dikatakan berbicara dalam bahasa kuno lama yang sudah tidak digunakan lagi ketika itu.

Kisahnya difilemkan

Sehingga kini, persoalan misteri apa sebenarnya yang membunuh Anneliese masih menjadi tanda tanya. Tiada jawapan tepat yang dapat diberikan.

Malah, kisah misteri yang menimpa Anneliese turut diangkat ke layar perak menerusi filem seram, The Exorcism of Emily Rose yang ditayangkan pada tahun 2005.

BACA INI JUGA: Menjadi Lagenda Blues Dengan Bantuan Syaitan?!

-SENTIASAPANAS.COM



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2014/10/anneliese-maut-selepas-dirasuk-entiti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Misteri Sumpahan Kerusi Antik Pembawa Maut

Misteri Sumpahan Kerusi Antik Pembawa Maut

papar berkaitan - pada 7/2/2023 - jumlah : 109 hits
Di sebuah perkampungan kecil di Thirsk dalam daerah North Yorkshire England ada sebuah muzium yang menempatkan pelbagai barangan lama yang mempunyai sejarah tersendiri Antara barangan yang menjadikan muzium itu terkenal ke serata dunia iala...
Warga Emas Maut Selepas Gaduh Kerana Hutang Rm250

Warga Emas Maut Selepas Gaduh Kerana Hutang Rm250

papar berkaitan - pada 28/1/2023 - jumlah : 189 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Seorang lelaki warga emas maut selepas bergaduh dengan lelaki lain yang dipercayai berhutang RM250 dengannya dalam kejadian di sebuah kedai makan di Jalan Prima 2 Metro Prima Kepong Kuala Lumpur Dalam kejadian 6 4...
Baru Seminggu Berkahwin Suami Maut Selepas Terjatuh Langgar Lubang Jalan

Baru Seminggu Berkahwin Suami Maut Selepas Terjatuh Langgar Lubang Jalan

papar berkaitan - pada 13/2/2023 - jumlah : 243 hits
TEMERLOH Usia perkahwinan baru seminggu dengan inai masih merah di jari namun Azimah Zahari 31 kehilangan suaminya selepas terbabit kemalangan di Jalan Jerantut Temerloh dekat Kampung Lubuk Kawah di sini semalam Dalam kemalangan itu suaminy...
Misteri Dengungan Yang Tidak Diketahui Puncanya

Misteri Dengungan Yang Tidak Diketahui Puncanya

papar berkaitan - pada 8/2/2023 - jumlah : 94 hits
Penduduk di Britain dan sebahagian barat daya US telah membuat aduan tentang bunyi dengungan yang tidak pernah hilang Para pengkaji pula gagal mencari punca bunyi yang telah menyebabkan penduduk penduduk di dua kawasan itu sukar tidur menga...
Misteri Bebola Kilat Yang Menyerang Pesawat

Misteri Bebola Kilat Yang Menyerang Pesawat

papar berkaitan - pada 8/2/2023 - jumlah : 59 hits
Pada Januari 1984 bebola kilat berdiameter empat inci memasuki ruang pesawat penumpang Rusia dan terbang di atas penumpang Ekor bebola kilat itu berpecah kepada dua dengan bentuk bulan sabit sebelum bersambung semula dan terus keluar dari p...
Misteri Suara Mengaji Al Qur An Di Tengah Laut

Misteri Suara Mengaji Al Qur An Di Tengah Laut

papar berkaitan - pada 9/2/2023 - jumlah : 187 hits
Info Misteri Jangan putus asa ingat segala kejadian mesti ada hikmahnya kita mesti bertawakal jangan putus berdoa selain berikhtiar dengan apa cara sekalipun dalam situasi seperti ini tiada siapa yang dapat menolong kita kecuali ALLAH kata ...
Misteri 10 Tahun Pin Dan Jarum Dalam Badan

Misteri 10 Tahun Pin Dan Jarum Dalam Badan

papar berkaitan - pada 9/2/2023 - jumlah : 121 hits
Seorang wanita di China yang mengalami sakit luar biasa sejak 10 tahun lalu mendapati dalam badannya mempunyai sembilan pin dan jarum selepas menjalani ujian X ray lapor akhbar MailOnline Beberapa doktor yang memeriksa Alatan Hsia mendapati...
Misteri Hantu Krew Pesawat 401

Misteri Hantu Krew Pesawat 401

papar berkaitan - pada 8/2/2023 - jumlah : 60 hits
Malam 29 Disember 1972 penerbangan pesawat 401 Eastern Airlines berlepas dari Lapangan Terbang New York menuju Miami membawa 163 penumpang bersama 13 orang krew Pesawat jenis jet Tri Star itu baru empat bulan beroperasi Dipandu oleh juruter...
Drama Misteri Flat Kirana

Drama Misteri Flat Kirana

papar berkaitan - pada 9/2/2023 - jumlah : 275 hits
Nantikan drama seram komedi Misteri Flat Kirana yang bakal disiarkan di TV3 pada bulan ramadan nanti Diarahkan oleh Rusdi Ramli penghasilan skrip oleh Adza Irdawati dan Adza Emie Menampilkan barisan pelakon seperti Ropie Zara Zya Puteri Bal...
8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Penyalahgunaan Kuasa Penyakauan Harta Rakyat Oleh Mahathir Wajib Didedahkan

Zus Coffee Ice Green Tea Latte

Let S Be Reasonable Tun M Don T Call The Kettle Black

Isu Buang Beras Sardin Semuanya Sudah Rosak Busuk Bekas Ahli Parlimen Kuala Krau

Membongkar Kejayaan Pembayaran Dan Pemenang Di Wecopytrade Dan Wemastertrade

Fam What Happened To The World Cup Tickets

Pra Pesanan Samsung Ai Tv Berpeluang Memenangi Hadiah Bernilai Rm140 000



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


Lunch Di Don Kari Kepala Ikan Seksyen 16 Shah Alam Shah Alam Selangor

Lotter Sumandak Cantik Chord

Selangor Ph To Continue Working With Bn Despite Likely Mca Mic Polls Snub

Mahb S Sacking Of Staff With High Medical Bill Unlawful Court Rules

Decision On Sabah Pkr Chief To Be Made Soon Says Anwar

Moira World Tour 2024 Malaysia Dipilih Sebagai Lokasi Pertama