Misteri Roh Pelajar Yang Tidak Tenteram


Semuanya bermula sekitar tahun 1870. Lucy Ann Perkins merupakan seorang guru. Dia ditugaskan mengajar di sebuah sekolah di Newburyports dalam daerah Massashussets, Amerika Syarikat. Lucy tidak tahu ada sesuatu yang menghuni sekolah itu.

Gambar hiasan.

Para penduduk sekitar dan guru-guru yang mengajar di situ sudah sedia maklum dengan kehadiran 'seseorang'. Namun, tidak ada seorang pun yang membuka mulut sewaktu Lucy mula mengajar.

Pernah suatu ketika semasa Lucy mengajar di dalam kelas, kedengaran pintu bilik darjah diketuk bertalu-talu. Gegarannya terlalu kuat sehingga dinding bilik itu terasa seperti bergoncang.

Menyangka mungkin ada sesuatu yang buruk sedang terjadi di luar, Lucy segera membuka pintu. Sebaik di buka, tiada sesiapa yang berada di luar bilik darjah. Malah, laluan pejalan kaki juga kosong.

Mana mungkin ada manusia yang mampu menggegar pintu kelas kemudian berlari menyembunyikan diri dalam masa yang singkat.

Dalam kejadian lain, loceng yang terletak di atas meja guru berbunyi tanpa henti padahal tiada sesiapa yang menyentuhnya. Loceng itu kemudian terapung di udara sebelum dihempaskan ke lantai.

Angin kencang juga sering bertiup dalam kawasan sekolah walaupun pada ketika itu cuaca sebenarnya sangat baik.

Biasan cahaya yang terang juga sering memenuhi bangunan oleh orang awam yang kebetulan melalui kawasan sekolah tersebut.

Adakah hanya Lucy yang ditimpa kejadian misteri ini? Tidak!

Selain guru-guru, penjaga dan tukang cuci yang bekerja di sekolah itu juga sering diganggu. Sampai ke satu tahap, mereka menjadi sangat takut untuk masuk dan membersihkan kawasan sekolah.

Buka itu saja, ramai pelajar juga tidak hadir ke sekolah kerana takut kepada gangguan yang tidak henti-henti muncul sewaktu pembelajaran berlangsung.

Gangguan demi gangguan yang dialami Lucy membuatkan dia kadangkala takut untuk ke sekolah. Namun, memikirkan tanggungjawabnya sebagai seorang guru, dia sedaya upaya menepis rasa takutnya.

Penduduk yang tidak tahan dengan pelbagai gangguan hingga menyebabkan anak-anak mereka takut ke sekolah mula menjalankan siasatan.

Ada yang mendakwa salah seorang penduduk telah merasuah seorang kanak-kanak lelaki untuk mengaku bersalah di atas semua kekacauan yang telah terjadi di sekolah tersebut. Ini semua bagi menutup misteri yang masih gagal dirungkai.

Walau bagaimanapun, kanak-kanak bernama Amos Currier telah mengaku bersalah, kejadian-kejadian misteri tetap melanda sekolah itu. Ini membuatkan penduduk tidak mempercayai pengakuan Amos.

Kemudian, beberapa penduduk yang telah lama menetap di kawasan tersebut akhirnya menceritakan kejadian sebenar.

Khabarnya, kejadian misteri disekolah itu bermula pada tahun 1860. Seorang kanak-kanak telah melakukan satu kesalahan yang tidak dinyatakan.

Sebagai hukuman, kanak-kanak itu telah dipukul dengan teruk sebelum dikurung dalam bilik bawah tanah di sekolah itu.

Keesokannya, kanak-kanak itu didapati sudah meninggal dunia. Kemungkinan akibat cedera teruk dipukul.

Kerana kes itu, sekolah Newburyports telah ditutup untuk beberapa ketika bagi meredakan keadaan. Beberapa tahun kemudian, sekolah itu dibina semula dan dibuka seperti biasa.

Sejak pembukaan semula sekolah itu, satu persatu kejadian misteri kembali menghantui guru-guru dan pelajar. Gangguan itu dikaitkan dengan roh kanak-kanak tersebut. Dikatakan rohnya tidak tenang dan mahukan keadilan.

Begitu juga dengan Lucy. Tidak tahan dengan gangguan yang dihadapi, dia akhirnya meninggalkan sekolah itu. Tidak lama selepas pemergian Lucy, sekolah itu telah dirobohkan dan dibina semula sebagai rumah persendirian.

Menurut cerita lagi, setelah dirobohkan, tiada lagi gangguan yang berlaku kepada pemilik rumah disitu.

Mungkin roh kanak-kanak itu hanya mahu membalas dendam kepada guru-guru yang menghukumnya. Siapa tahu..

BACA INI JUGA: Misteri Keindahan Bandar Biru Jodhpur

-SENTIASAPANAS.COM



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2014/09/misteri-roh-pelajar-yang-tidak-tenteram.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Misteri Roh Mengembara Ke Alam Ghaib

Misteri Roh Mengembara Ke Alam Ghaib

papar berkaitan - pada 8/2/2023 - jumlah : 81 hits
Filippo Neri diterima sebagai paderi paling warak oleh penduduk Rom Itali Kata katanya adalah azimat dan tegurannya dianggap nasihat Gambar hiasan Suatu dinihari 16 Mac 1589 Filippo dijemput ke istana menghadap Tengku Mahkota Putera Fabrizi...
Berbakat Dalam Lakonan Han Sohee Go Younjung Roh Yoonseo Juga Ada Persamaan Ini

Berbakat Dalam Lakonan Han Sohee Go Younjung Roh Yoonseo Juga Ada Persamaan Ini

papar berkaitan - pada 5/2/2023 - jumlah : 160 hits
Bukan sahaja hebat dalam lakonan malahan pelakon Han So hee Go Youn jung dan Roh Yoon seo juga berbakat dalam bidang seni ARTIKEL BERKAITAN Untuk pengetahuan ketiga tiga pelakon yang sedang meningkat naik itu merupakan pelajar jurusan seni ...
Tampil Misteri Pelakon Ini Dijangka Akan Jadi Watak Penting Dalam Bahagian 2 The Glory

Tampil Misteri Pelakon Ini Dijangka Akan Jadi Watak Penting Dalam Bahagian 2 The Glory

papar berkaitan - pada 27/1/2023 - jumlah : 166 hits
Mempunyai pengakhiran yang tergantung pasti ramai yang teruja menantikan bahagian 2 The Glory kan ARTIKEL BERKAITAN Bagi yang belum tahu The Glory membawa kisah Moon Dong eun yang dibuli di sekolah oleh sekumpulan pelaku hingga menyebabkan ...
Dari Dulu Cantik Popular Kini Foto Roh Yoonseo Ketika Di Sekolah Menengah Jadi Bualan

Dari Dulu Cantik Popular Kini Foto Roh Yoonseo Ketika Di Sekolah Menengah Jadi Bualan

papar berkaitan - pada 9/2/2023 - jumlah : 86 hits
Bintangi Crash Course in Romance kini pelakon Roh Yoon seo nampaknya semakin menjadi fokus orang ramai ARTIKEL BERKAITAN Baru baru ini gambar pelakon wanita itu ketika di sekolah menengah telah menjadi bualan ramai dek visualnya yang menawa...
Karya Agung Han Hyojoo Roh Yoonseo Kagum Dengan Kecantikan Kim Yoojung

Karya Agung Han Hyojoo Roh Yoonseo Kagum Dengan Kecantikan Kim Yoojung

papar berkaitan - pada 1/2/2023 - jumlah : 287 hits
Kim Yoo jung memang tidak dinafikan merupakan salah seorang pelakon wanita paling cantik di Korea Selatan ARTIKEL BERKAITAN Terbaru Kim Yoo jung telah berkongsi beberapa foto baru di laman Instagram untuk teaternya Shakespeare in Love Mener...
Sangat Berbakat Netizen Terkejut Dapat Ketahui Latar Belakang Pendidikan Roh Yoonseo

Sangat Berbakat Netizen Terkejut Dapat Ketahui Latar Belakang Pendidikan Roh Yoonseo

papar berkaitan - pada 31/1/2023 - jumlah : 226 hits
Memandangkan drama Crash Course in Romance sedang ditayangkan pelakon Roh Yoon seo menjadi perhatian ramai kini ARTIKEL BERKAITAN Baru baru ini seorang pelakon yang sedang meningkat naik iaitu Roh Yoon seo semakin menjadi sebutan ramai sehi...
Video Misteri Motif Eks Wali Kota Blitar Samanhudi Terlibat Perampokan Rumdin Walkot

Video Misteri Motif Eks Wali Kota Blitar Samanhudi Terlibat Perampokan Rumdin Walkot

papar berkaitan - pada 30/1/2023 - jumlah : 73 hits
Samanhudi disebut ikut merencanakan perampokan bersama tiga tersangka yang sudah ditangkap saat masih berada di Lapas Sragen Jawa Tengah
Genre Aksi Misteri Kim Namgil Dilamar Terajui Drama Execution

Genre Aksi Misteri Kim Namgil Dilamar Terajui Drama Execution

papar berkaitan - pada 3/2/2023 - jumlah : 109 hits
Selepas Island Kim Nam gil berkemungkinan akan membintangi sebuah lagi drama bergenre aksi ARTIKEL BERKAITAN Terbaru pada 3 Februari media melaporkan bahawa Kim Nam gil sedang dalam perbincangan untuk terajui drama aksi misteri baru berjudu...
Jenis Pelaburan Terbaik Di Malaysia

Kenaikkan Harga Hotel Bajet Bakal Jejaskan Industri Pelancongan Negara

Datin Thalia Terkilan Dengan Sikap Buruk Pembantu Rumahnya

Kadir Jasin Warns Pmx Ph Against Falling Into The Trap To Free Najib

Pjd Link Cancellation Fahmi Tells Govt Critics To Read Pwd Statement

Pm Political Stability Making Malaysia Valued Investment Destination

Either You Are For The Working Class Or Against It Anwar You Can T Both Run With The Foxes And Hunt With The Hounds

Persatuan Hotel Bajet Sarankan Penggunaan Pekerja Asing Untuk Industri Perhotelan



8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Dan Umur Adik Tantari Penyanyi Lagu Viral Rindu Hatiku Rindu Pesilat Cilik


Tukar Lesen Memandu Malaysia Ke Lesen Nsw Australia

Wordpress Block Patterns Give You Superpowers

Video 2 Helikopter Bertembung Ketika Raptai Di Pangkalan Tldm Lumut

9 Tips Mengajar Murid Kelas Belakang

Status Puasa Qadha Puasa 6 Syawal

Pesawat Helikopter Tldm Di Lumut Terhempas