Mini Wraps Baharu Dari Mission Foods


Hi Korang,
Yang mana satu, idaman kalbu! Mission Foods, pengeluar wrap tortilla kegemaran ramai memperkenalkan rangkaian wrap bersaiz kecil yang sesuai untuk kanak-kanak. Walaupun kecil saiznya, rasanya tetap enak dan semestinya akan membuatkan anak-anak dan juga ibu bapa teruja dengan tiga rasa yang hebat dan ilustrasi yang menarik pada bungkusannya



Tersedia dalam tiga perisa – Tomato, Wholemeal dan Original, wrap ini didatangkan dalam bungkusan yang boleh ditutup semula. Saiz wrap yang kecil dengan diameter 5.75 inci sememangnya sesuai untuk jari jemari halus kanak-kanak

Randall Tan, Pengurus Jenama bagi Mission Foods Asia Selatan, berkata, saiz bagi rangkaian terbaharu ini amat sesuai untuk hidangan si kecil. “Anak-anak memerlukan khasiat yang tepat untuk tumbesaran, namun untuk memastikan mereka memakan makanan yang betul boleh menjadi satu cabaran. Di Mission Foods, kami juga ibu bapa dan kami sentiasa mencari jalan untuk menjadikan makanan sihat lebih menarik untuk anak-anak,” kata beliau sambil menambah bahawa wrap tersebut mengandungi kurang gula dan merupakan sumber serat. “Kami hasilkan wrap ini menjadi lebih kecil untuk disesuaikan dengan anak-anak yang mempunyai tangan serta selera yang lebih kecil. Wrap ini lebih mudah untuk dipegang dan diguna oleh kanak-kanak, dan menjadi satu kanvas untuk seni masakan yang boleh mereka fikirkan,” tambah beliau

Ilustrasi raksasa comel yang menarik dan berwarna-warni pada bungkusan juga menambahkan lagi keriangan waktu makan. “Makanan yang menarik akan mudah diterima oleh kanak-kanak kerana mereka biasanya lebih mementingkan visual. Ini merupakan cara terbaik untuk menambah elemen bermain dan eksperimentasi dengan makanan supaya mereka dapat menghasilkan hidangan mereka sendiri,” kata Randall

Baru-baru ini Mission Foods telah melancarkan satu kempen yang dinamakan #PerfectForLittleFingers, di mana mereka bekerjasama dengan penulis blog dari komuniti keibubapaan dan penggaya set bento untuk berkongsi resipi dan idea menggunakan Mini Wraps di platform media sosial mereka. Abang Brian, alumni Le Cordon Bleu dan selebriti Masterchef, turut bersama-sama menjayakan kempen dengan berkongsi resipi yang boleh dicuba oleh ibu bapa dan anak-anak di rumah. Juga pemilik Young Chefs Academy yang terkenal, cef selebriti ini menghasilkan tiga resipi yang mengubah Mini Wraps menjadi hidangan kanak-kanak yang menarik iaitu Caterpillar Chicken Wrap menggunakan Tomato Mini Wrap, Bear Bear Pizza Wrap menggunakan Wholemeal Mini Wrap dan Crouching Lion Hidden Veggies Japanese Curry Wrap menggunakan Original Mini Wrap

Bear Bear Pizza Wrap
Caterpillar Chicken Wrap
Crouching Lion Hidden Veggies Japanese Curry Wrap
“Dengan Mini Wraps, anda tidak akan rasa bersalah untuk mengajak anak anda untuk ‘bermain’ dengan makanan. Tidak ada umur yang terlalu muda untuk anak-anak mula terlibat dalam menyediakan hidangan sihat mereka sendiri. Dengan sedikit bantuan dari ibu bapa, waktu makan akan menjadi seronok seperti waktu bermain!” kata Abang Brian

Sebagai sebahagian dari kempen, Mission Foods juga mengadakan satu pertandingan untuk pengguna menyertai bengkel eksklusif bersama Abang Brian. Peserta perlu menghantar lukisan raksasa yang paling kreatif berdasarkan bungkusan Mini Wraps baharu, yang dilukis oleh anak-anak mereka. Pemenang – 20 pasangan ibu/bapa dan anak, akan berpeluang menyaksikan penyediaan resipi Caterpillar Chicken Wrap oleh Abang Brian dan menghasilkan resipi tersebut bersama-sama, seterusnya membawa pulang hasil ciptaan mereka beserta barangan dari Mission Foods bernilai RM200 setiap seorang

Ini dia resipi untuk korang jadikan panduan yer




Mission Mini Wraps terbaharu yang didatangkan dengan tiga perisa kini boleh didapati di pasaraya terkemuka, tersedia di bahagian roti di samping produk Mission Foods yang lain termasuk wrap, naan, pita dan kerak piza. Sebagai keperluan asas di dapur, Mini Wraps ini merupakan satu kemestian untuk senarai barangan runcit anda sama ada untuk anak-anak bereksperimentasi pada musim cuti sekolah mahupun sebagai hidangan untuk kembali ke sekolah


Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari:
laman web Mission Foodswww.missionfoods.com.my 
Facebook: https://www.facebook.com/missionfoodsmalaysia/ 
Instagram: https://www.instagram.com/missionfoods.my/




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ciklilyputih.com/2021/03/mini-wraps-baharu-dari-mission-foods.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mission Foods Launches All New Mini Wraps First Kid Friendly Sized Wrap

Mission Foods Launches All New Mini Wraps First Kid Friendly Sized Wrap

papar berkaitan - pada 9/3/2021 - jumlah : 441 hits
Mission Foods Launches all New Mini Wraps First Kid Friendly Sized Wrap Eenie meenie miney moe catch a Monter by its toe Mission Foods everyone s favorite tortilla wrap brand has just launched a range of fun sized wraps just for kids Smalle...
2 364 Kes Baharu Covid 19 10 Lagi Pesakit Maut

2 364 Kes Baharu Covid 19 10 Lagi Pesakit Maut

papar berkaitan - pada 28/2/2021 - jumlah : 207 hits
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata sebanyak 2 363 kes penularan tempatan manakala bakinya kes import Foto oleh Miera ZulyanaKUALA LUMPUR 27 Feb Kes baharu Covid 19 yang direkodkan hari ini meningkat sedikit kepada 2 364 kes berbanding ...
Inaidamia Lancar Produk Dan Bungkusan Baharu

Inaidamia Lancar Produk Dan Bungkusan Baharu

papar berkaitan - pada 2/3/2021 - jumlah : 305 hits
Inaidamia Lancar Produk dan Bungkusan Baharu Inaidamia Sdn Bhd sebuah syarikat yang memasarkan produk daun inai semula jadi akan melancarkan produk baharu mereka iaitu Inai Serbuk dan Inai Rambut Premium pada 8 3 21 Inaidamia juga menawarka...
Pembukaan Sekolah Harapan Baharu Pengusaha Bas Kuning

Pembukaan Sekolah Harapan Baharu Pengusaha Bas Kuning

papar berkaitan - pada 27/2/2021 - jumlah : 216 hits
Pengusaha bas sekolah di negara ini boleh menghela nafas lega menjelang pembukaan semula sesi persekolahan bersemuka secara berperingkat mulai 1 Mac ini Meskipun hanya melibatkan murid sekolah rendah pada peringkat permulaan ia memberi sedi...
Info Sop Ibadah Umrah Norma Baharu

Info Sop Ibadah Umrah Norma Baharu

papar berkaitan - pada 27/2/2021 - jumlah : 283 hits
INFO SOP IBADAH UMRAH NORMA BAHARUSedikit sinar tentang umrah norma baharu melalui perkongsian oleh CEO TH Travel Dato Haji Ahmad Ruzman di Astro Awani MALAYSIA 1 Perlu mendapat kebenaran keluar negara oleh kerajaan 2 Melakukan ujian status...
Pembukaan Hotel Baharu Di Pd Udara Segar Dalam Industri Pelancongan Anwar

Pembukaan Hotel Baharu Di Pd Udara Segar Dalam Industri Pelancongan Anwar

papar berkaitan - pada 3/3/2021 - jumlah : 317 hits
POSTED BY AMIR WRLRPembukaan hotel baharu Pacific Regency Hotel Port Dickson semalam disifatkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai udara segar dalam industri pelancongan di tengah tengah kemuraman ekonomi Berucap dalam majlis perasmian h...
Struktur Semula Pemuda Ph Akmal Nasir Paling Sesuai Dilantik Ketua Baharu

Struktur Semula Pemuda Ph Akmal Nasir Paling Sesuai Dilantik Ketua Baharu

papar berkaitan - pada 4/3/2021 - jumlah : 246 hits
POSTED BY AMIR WRLRPemuda Pakatan Harapan yang lesu sejak Langkah Sheraton Februari 2020 dan kehilangan mantan ketuanya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman perlu distruktur semula untuk kembali mengungguli arus perubahan anak muda Bagi Ketua Angk...
Covid 19 Sebanyak 2 154 Kes Positif Baharu Dengan Enam Kematian Di Rekodkan Hari Ini

Covid 19 Sebanyak 2 154 Kes Positif Baharu Dengan Enam Kematian Di Rekodkan Hari Ini

papar berkaitan - pada 5/3/2021 - jumlah : 230 hits
PUTRAJAYA Sebanyak 2 154 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes Covid 19 di Malaysia kini mencecah 310 097 kes Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah tersebut lima kes import mendapat ...
Hakim Baharu Hilang Sensitiviti Agama Apabila Membuat Keputusan Presiden Pas

Hakim Baharu Hilang Sensitiviti Agama Apabila Membuat Keputusan Presiden Pas

papar berkaitan - pada 5/3/2021 - jumlah : 386 hits
PETALING JAYA Presiden PAS Abdul Hadi Awang mendakwa sesetengah hakim baharu hilang sensitiviti agama apabila membuat keputusan melibatkan kepentingan Islam tanpa menggunakan budi bicara Mereka membuat keputusan berasaskan buku yang dibaca ...
Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Timbul Dakwaan Zahnita Bagi Lelaki Masuk Rumah Suami Akui Terkejut Bila Ada Orang Lain Anak Anak Pun Mengeluh

Terrazza Aperol In Milan Reopens With A Bold New Identity By Vudafieri Saverino Partners

Cara Buat Bayaran Semula Yayasan Bank Rakyat Secara Online Menggunakan Jompay

Senarai Universiti Luar Negara Kampus Malaysia Bidang Perubatan

Pelancaran Galeri Keratan Akhbar Muka Hadapan Di Pejabat Ppim Kaca Tv 17 04 2025

Selangor To Study Banning Vape Sales Says Mb

Pa Yang Multitasking


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Trading For Living Jalan Hidup Setelah Satu Dekade Blogging

10 Arahan Penting Sebelum Kamu Memutuskan Buy Atau Sell

Ist Page Of Google

Rutin Pagi

How To Buy Terpenes Without Getting Burned Insider Tips

Gaya Bunyi Yang Tidak Dapat Ditandingi Emberton Iii Dan Minor Iv Hadir Dengan Warna Baharu