Pembukaan Sekolah Harapan Baharu Pengusaha Bas Kuning



Pengusaha bas sekolah di negara ini boleh menghela nafas lega menjelang pembukaan semula sesi persekolahan bersemuka secara berperingkat mulai 1 Mac ini.
Meskipun hanya melibatkan murid sekolah rendah pada peringkat permulaan, ia memberi sedikit sinar kepada mereka untuk bangkit semula selepas kegelapan panjang sejak dunia dilanda pandemik COVID-19 awal tahun lalu.
Presiden Persekutuan Persatuan-Persatuan Bas Sekolah Malaysia, Amali Munif Rahmat berkata sektor itu sudah lama menderita sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama dilaksanakan tahun lalu yang memaksa sesi persekolahan bersemuka ditangguhkan.
“Hampir 40 peratus pengusaha bas sekolah gulung tikar. Jika dahulu kita ada dalam 10,000 pengusaha di seluruh negara namun kini saya berani cakap tinggal 6,000 sahaja. Selebihnya sudah gulung tikar, menanggung kerugian dek tidak mampu menampung kos selenggara bas dan ramai yang beralih ke sektor ekonomi gig.
“Hutang syarikat kredit dan kos selenggara antara beban kami terpaksa tanggung walaupun kali terakhir mendapat bayaran daripada ibu bapa adalah September tahun lalu. Secara keseluruhan pada 2020 kami hanya dibayar sebanyak enam bulan sahaja iaitu Januari, Februari, Mac, Julai, Ogos dan September,” katanya kepada Bernama.
Dalam pada itu Amali Munif berkata selain jumlah pemain industri yang semakin menguncup, kebanyakan penjaga juga masih risau risiko jangkitan COVID-19 di dalam bas sekolah sehingga tidak lagi berani membenarkan anak-anak mereka menggunakan perkhidmatan itu.
“Ramai ibu bapa yang diberi kelonggaran bekerja dari rumah juga telah mempengaruhi jumlah pengguna perkhidmatan kami kerana mereka mempunyai masa untuk menghantar sendiri anak-anak ke sekolah.
“Situasi ini agak membimbangkan kerana graf kami menunjukkan jumlah penurunan penumpang yang konsisten malah sejak tahun lalu sehingga ke hari ini kita sudah kehilangan lebih 500,000 penumpang atau kira-kira 33 peratus dari jumlah pengguna berbanding sebelum pandemik COVID-19 melanda,” katanya.
Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin sebelum ini mengumumkan pembukaan semula sesi persekolahan berperingkat bermula dengan murid prasekolah, Tahun Satu dan Dua di sekolah rendah seluruh negara pada 1 Mac diikuti Tahun Tiga, Empat, Lima dan Enam bermula 8 Mac.
Sekolah menengah pula akan memulakan sesi persekolahan pada 4 April bagi sekolah di Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu, manakala bagi negeri lain pada 5 April.
— BERNAMA

The post Pembukaan sekolah: Harapan baharu pengusaha ‘bas kuning’ appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/02/27/pembukaan-sekolah-harapan-baharu-pengusaha-bas-kuning/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=pembukaan-sekolah-harapan-baharu-pengusaha-bas-kuning

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengusaha Bas Van Sekolah Ibarat Mati Hidup Semula

Pengusaha Bas Van Sekolah Ibarat Mati Hidup Semula

papar berkaitan - pada 28/2/2021 - jumlah : 310 hits
PENGUSAHA BAS VAN SEKOLAH IBARAT MATI HIDUP SEMULA JOHOR BAHRU Pengusaha bas dan van sekolah di negeri ini bimbang pendapatan mereka terjejas susulan kerisauan ibu bapa menggunakan perkhidmatan itu pada pembukaan sesi persekolahan 1 Mac ini...
Covid 19 Sebanyak 214 Pengusaha Bas Van Sekolah Kelantan Sudah Pun Gulung Tikar

Covid 19 Sebanyak 214 Pengusaha Bas Van Sekolah Kelantan Sudah Pun Gulung Tikar

papar berkaitan - pada 16/2/2021 - jumlah : 277 hits
KOTA BHARU Seanyak 214 pengusaha bas dan van sekolah di negeri ini sudah gulung tikar apabila pengangkutan mereka itu tidak dapat beroperasi selepas sekolah ditutup berikutan penularan wabak Covid 19 Keadaan itu menyebabkan ada segelintir p...
40 Pengusaha Bas Gulung Tikar Ketika Penutupan Sekolah Akibat Covid 19

40 Pengusaha Bas Gulung Tikar Ketika Penutupan Sekolah Akibat Covid 19

papar berkaitan - pada 27/2/2021 - jumlah : 440 hits
Presiden Persekutuan Persatuan Bas Sekolah Malaysia Amali Munif Rahmat berkata secara keseluruhan mereka hanya dibayar enam bulan sepanjang 2020 iaitu Januari Februari Mac Julai Ogos dan September KUALA LUMPUR Pengusaha bas sekolah boleh me...
Benar Rentas Daerah Atau Kami Tunjuk Perasaan Kata Pengusaha Bas Ekspres Sabah

Benar Rentas Daerah Atau Kami Tunjuk Perasaan Kata Pengusaha Bas Ekspres Sabah

papar berkaitan - pada 3/3/2021 - jumlah : 310 hits
Pengusaha bas ekspres mendakwa tidak mampu lagi menanggung beban kerugian kerana tidak dapat beroperasi KOTA KINABALU Majlis Pengusaha Bas Ekspres Sabah mendesak kerajaan negeri membenarkan laluan rentas daerah bagi membolehkan perkhidmatan...
Pembukaan Hotel Baharu Di Pd Udara Segar Dalam Industri Pelancongan Anwar

Pembukaan Hotel Baharu Di Pd Udara Segar Dalam Industri Pelancongan Anwar

papar berkaitan - pada 3/3/2021 - jumlah : 349 hits
POSTED BY AMIR WRLRPembukaan hotel baharu Pacific Regency Hotel Port Dickson semalam disifatkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai udara segar dalam industri pelancongan di tengah tengah kemuraman ekonomi Berucap dalam majlis perasmian h...
Radzi Jidin Pembukaan Sekolah Akan Di Buat Secara Berperingkat Bermula Pada 1 Mac Ini

Radzi Jidin Pembukaan Sekolah Akan Di Buat Secara Berperingkat Bermula Pada 1 Mac Ini

papar berkaitan - pada 19/2/2021 - jumlah : 286 hits
PETALING JAYA Murid sekolah rendah bagi Pra Sekolah Tahun 1 dan 2 di seluruh negara akan hadir ke sekolah bermula pada 1 Mac 2021 Menteri Pendidikan Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata murid Tahun 3 4 5 dan 6 pula akan akan hadir ke sekola...
Pembukaan Semula Sekolah Bermula 1 Mac Secara Berperingkat

Pembukaan Semula Sekolah Bermula 1 Mac Secara Berperingkat

papar berkaitan - pada 19/2/2021 - jumlah : 798 hits
Hari ini Menteri Pendidikan Malaysia Dr Mohd Radzi Md Jidin mengumumkan tarikh tarikh pembukaan semula sekolah bagi sesi 2021 iaitu bermula 1 Mac dan secara berperingkat seperti yang ditetapkan Pembukaan semula sekolah ini bagi membenarkan ...
Masa Dia Buat Rawatan Serangan Jantung Datang Ameng Kongsi Keadaan A Aida Darah Beku Di Jantung Amp Paru Paru

Ph Free To Choose Allies Says Saifuddin On Sabah Polls

Monolog Jiwa Menunggu Antara Bertahan Dan Menyerah

Lirik Lagu Sesaat Aina Abdul

Dinner Di Kayu Manis Perth Dan Hadiah Sayur

Hutang Oh Hutang Peningnya Aku

Bayi Kembar Isteri Arwah Masdeh Rosmin Debaran Saat Kelahiran Cucu

Federal Sabah Ties Must Stay Strong Says Anwar


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Wellness Across Ages An Intergenerational Community Program Ppim 27 09 2025

Lirik Lagu La Tahzan Heliza Helmi

Solat Itu Penghapus Dosa

Record Setter How To Build The World S Fastest Indian Bagger

Monolog Jiwa Di Balik Wajah Yang Sama

Wan Rosdy Sejumlah Rm291 76 Juta Sumbangan Diterima Daripada S Glc Pahang Akan Dimanfaatkan Untuk Rakyat