Pembukaan Hotel Baharu Di Pd Udara Segar Dalam Industri Pelancongan Anwar







POSTED BY AMIR WRLR


Pembukaan hotel baharu, Pacific Regency Hotel, Port Dickson semalam disifatkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai udara segar dalam industri pelancongan di tengah-tengah kemuraman ekonomi.

Berucap dalam majlis perasmian hotel berkenaan Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, pembukaan itu merupakan satu kejutan dalam industri pelancongan negara.
"Kita mendapat udara segar dalam keadaan tekanan, kerana kita selalu diberi gambaran negatif mengenai kejatuhan industri pelancongan terutama hotel dan resort.
"Kita tahu banyak berlaku penutupan (hotel), di Kuala Lumpur, di Pulau Pinang, di banyak tempat. Bukan sahaja penutupan malah penjualan aset hotel dalam kemuraman ekonomi yang kita hadapi sekarang. Jadi saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang masih yakin dengan potensi kita.
"Saya sependapat, kita ada masalah dengan berlakunya pandemik Covid 19, kita melihat ekonomi umumnya merudum di seluruh dunia.
"Tetapi ada negara yang memberi fokus terhadap pertumbuhan ekonomi dan menggunakan kekuatan kepimpinan untuk menggerakkan ekonomi kerana menutup industri bermakna menambah jumlah pengangur dan kemiskinan. Kesannya besar. Ini menuntut kepimpinan negara, negeri dan daerah untuk berbuat sesuatu menjana semula kebangkitan pertumbuhan ekonomi," katanya.
Justeru, Pengerusi Pakatan Harapan itu mengkritik polisi yang tidak jelas diambil oleh kerajaan Perikatan Nasional sehingga membantutkan usaha-usaha pemulihan ekonomi.
Katanya, bukan semua sektor ekonomi terjejas dalam pandemik dan ada sektor yang perlu digalakkan kerana menjana pendapatan kepada rakyat.
"Ini kita tegur kelemahan kepimpinan negara yang tidak memberi satu arahan jelas baik menangani Covid 19, atau disebut ekonomi Covid.
"Padahal ada potensi. Tadi saya mula dengan usaha pertanian. Penanaman cili agak besar dengan jumlah pendapatan ratusan ribu ringgit yang dibuat di kolej uniti.
"Maknanya ada potensi yang boleh kita gerakkan. Ada bidang yang agak lembab dan mengambil masa. Saya pergi ke kilang pelitup muka yang kecil tetapi menggerakkan ekonomi. Sekarang kejutan (pembukaan hotel) kerana industri pelancongan itu yang paling terkesan," katanya.
Bagi industri pelancongan, Anwar menekankan, tidak ada faedahnya Malaysia menyekat kemasukan orang luar tetapi negara kehilangan peluang pekerjaan.
Sewaktu dalam sidang Parlimen, katanya, beliau telah mencadangkan kemasukan pengembara luar dengan SOP yang ketat agar membantu menjana ekonomi negara.
"Jika kamu ambil 10 hari ujian sebelum melancong (misalnya) dari Qatar, Shanghai atau Eropah. Kemudian waktu sampai kamu ambil ujian dan keputusan diketahui dalam beberapa jam dengan kos ke atas pelancong.
"Maka tiada alasan menghalang kemasukan orang luar kerana kita perlu ada keseimbangan antara kesihatan dan peluang pekerjaan. Kita tidak boleh ambil langkah ekstrem dan biarkan rakyat kelaparan.
"Perlu ada keseimbangan pentingnya penggunaan pelitup muka, penjarakan fizikal, patuhi SOP dan pada masa yang sama membenarkan aktiviti ekonomi. Berfikiranlah di luar kotak," katanya.
Anwar juga menyifatkan pembukaan hotel berkenaan seumpama cahaya yang menyinari semula sektor pelancongan.
"Dalam kemuraman ada satu cetusan cahaya di Port Dickson. Saya amat bangga dengan Port Dickson," katanya seraya merasmikan pembukaan Pacific Regency Hotel.
 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/03/pembukaan-hotel-baharu-di-pd-udara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pembukaan Sekolah Harapan Baharu Pengusaha Bas Kuning

Pembukaan Sekolah Harapan Baharu Pengusaha Bas Kuning

papar berkaitan - pada 27/2/2021 - jumlah : 285 hits
Pengusaha bas sekolah di negara ini boleh menghela nafas lega menjelang pembukaan semula sesi persekolahan bersemuka secara berperingkat mulai 1 Mac ini Meskipun hanya melibatkan murid sekolah rendah pada peringkat permulaan ia memberi sedi...
10 Tarikan Pelancongan Baharu Negeri Selangor Untuk Dikunjungi Di Tahun 2021

10 Tarikan Pelancongan Baharu Negeri Selangor Untuk Dikunjungi Di Tahun 2021

papar berkaitan - pada 10/3/2021 - jumlah : 636 hits
Negeri Selangor sememangnya mempunyai tarikan pelancongannya yang tersendiri dari elemen budaya setempat kehijauan alam sekitar yang masih terpelihara kawasan urban dengan gaya hidup moden serta pilihan hidangan dan menu yang pelbagai dari ...
Gara Gara Kenyataan Zahid Mirip Anwar Bn Gantung Pegawai Media

Gara Gara Kenyataan Zahid Mirip Anwar Bn Gantung Pegawai Media

papar berkaitan - pada 6/3/2021 - jumlah : 619 hits
Barisan Nasional hari ini menggantung seorang pegawai media gabungan itu selama sebulan selepas kontroversi berhubung kenyataan pengerusinya Ahmad Zahid Hamidi malam tadi berhubung rayuan kepada Agong agar sidang Parlimen diadakan yang miri...
Zahid Meng Anwar Ibrahim Kan Umno

Zahid Meng Anwar Ibrahim Kan Umno

papar berkaitan - pada 6/3/2021 - jumlah : 397 hits
Bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional Tan Sri Annuar Musa mendakwa UMNO kini seperti sudah berada di bawah pengaruh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh berkata kenyataan media terbaharu Presid...
Anwar S And Zahid S Joint Statement Is A Subtle Message But To Whom

Anwar S And Zahid S Joint Statement Is A Subtle Message But To Whom

papar berkaitan - pada 6/3/2021 - jumlah : 384 hits
Yes this is certainly a most interesting turn of events Anwar and Zahid are playing a psywar game This joint statement is part of a strategy But then what is that strategy And who is it aimed at I suppose soon we will know the answer to tho...
Anwar Pd Beberapa Aktiviti Membantu Masyarakat

Anwar Pd Beberapa Aktiviti Membantu Masyarakat

papar berkaitan - pada 6/3/2021 - jumlah : 201 hits
4 MAC Hari ini saya bersama pimpinan Pakatan Harapan mengadakan pertemuan dengan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun di Parlimen Dalam pertemuan itu kami membangkitkan keperluan mengadakan sidang Dewan Rakyat selaras dengan ...
Pegawai Korup Rahsia Umum Kata Anwar Kepada Sprm

Pegawai Korup Rahsia Umum Kata Anwar Kepada Sprm

papar berkaitan - pada 7/3/2021 - jumlah : 254 hits
PETALING JAYA Ketua pembangkang Anwar Ibrahim mengajak pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk datang berjumpa dengan beliau sekiranya suruhanjaya itu memerlukan bantuan untuk menyiasat rahsia umum pegawai kerajaan yang korup B...
Anwar Ibrahim Basuh Sprm Kaw Kaw

Anwar Ibrahim Basuh Sprm Kaw Kaw

papar berkaitan - pada 7/3/2021 - jumlah : 584 hits
Pegawai korup rahsia umum kata Anwar kepada SPRMJason ThomasPETALING JAYA Ketua pembangkang Anwar Ibrahim mengajak pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk datang berjumpa dengan beliau sekiranya suruhanjaya itu memerlukan bantu...
Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Austrian Avalanche Our 7 Favorite Custom Ktm Motorcycles

Sarapan Sa Pagi Ini Jumaat 19 Dec 2025

Hentian Rehat Rawat Seremban

Penyakit Jantung Iskemia Terus Jadi Punca Utama Kematian Di Malaysia Selangor Catat Jumlah Tertinggi

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pahang Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pahang Perhebat Usaha Cegah Rasuah

Diskaun Tol 50 Hari Krismas 2025 Tarikh Waktu Pelaksanaan

Kejayaan Mihas Shanghai Jualan Melonjak Melebihi Jangkaan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


The Roi Of A Coffee

Fungsi Sleeve Paper Cup Dalam Industri Kafe F B

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Tantangan Ekonomi Unik China Analisis Masalah Dan Implikasinya

Setelah 2 Tahun

Trio Basikal Trek Negara Cipta Sejarah Rangkul Emas Dan Pecah Rekod Kebangsaan Di Sukan Sea 2025