Info Sop Ibadah Umrah Norma Baharu
INFO SOP IBADAH UMRAH NORMA BAHARU
Sedikit sinar tentang umrah norma baharu melalui perkongsian oleh CEO TH Travel Dato Haji Ahmad Ruzman di Astro Awani
MALAYSIA :
1. Perlu mendapat kebenaran keluar negara oleh kerajaan
2. Melakukan ujian status covid-19 PCR test dengan keputusan negatif dalam tempoh 72jam sebelum berangkat menaiki pesawat. Surat makluman keputusan tersebut hendaklah dibawa bersama pasport ketika check-in di Malaysia dan setiba di Saudi
3. Usia yang dibenarkan (buat masa ini) 18-60 tahun
4. Setibanya di airport Madinah para jemaah perlu menjalani pemeriksaan kesihatan dahulu sebelum terus ke kaunter emigrasi
5. 50% sahaja jemaah menaiki setiap bas iaitu 25 orang termasuk mutawwif jika bas 50 seater
6. Para jemaah perlu install aplikasi (Tawakkalna) lebih kurang MySejahtera untuk trace lokasi, perlu aktif sebelum 8 jam setelah mendarat.
MADINAH :
7. Para jemaah hendaklah duduk sebilik 2 orang sahaja. 8. Para jemaah perlu kuarantin di bilik hotel selama 3 hari sebelum dibenar keluar bilik melaksanakan ibadah. Makanan akan dihantar ke bilik. 9. Selepas 48 jam kuarantin di bilik para jemaah akan menjalani ujian covid-19 oleh pihak kesihatan Saudi dan keputusan akan keluar selepas 24 jam
10. Para jemaah perlu booking di suatu aplikasi untuk solat di raudhah. Tidak perlu booking slot utk solat 5 waktu. 11. Para jemaah tidak dibenarkan turun daripada bas ketika menziarahi tempat-tempat ziarah, termasuk masjid Quba'. (buat masa ini)12. Pihak agensi/syarikat travel perlu booking slot untuk melaksanakn umrah samada jam 4 petang, 8 malam atau 12 tengah malam sebelum para jemaah bertolak ke Mekah
13. Para jemaah berniat ihram di hotel di Madinah sebelum bergerak ke Mekah, para jemaah tidak dibenarkan turun solat sunat di Masjid Bir Ali. (buat masa ini)
MEKAH :
14. Setelah tiba di Mekah para jemaah dan mutawwif akan bergerak ke Masjidil Haram 1 jam sebelum masa yang telah ditempah untuk melaksanakan umrah semasa di Madinah yang dibuat oleh pihak travel agensi. 15. Para jemaah akan diketuai oleh seorang pembimbing khas daripada pihak Masjidil Haram semasa melaksanakan umrah
16. Jemaah yang menggunakan kerusi roda perlu bimbingan pendorong yang khas bersama jemaah. 17. Para jemaah perlu mematuhi SOP semasa mengerjakan umrah iaitu memakai pelitup muka, menjaga jarak 1 meter dan sentiasa sanitasi
18. Kos mengerjakan umrah mungkin meningkat daripada biasa disebabkan SOP norma baharu terkesan pada aspek pengangkutan dan hospitaliti
Nota: Para jemaah mungkin dicadangkan akan masuk ke Madinah dahulu memandangkan perlu kuarantin 3 hari selepas masuk ke Saudi. Jika masuk ke Mekah dahulu jemaah perlu berlama dalam ihram dan menjaga pantang larang 13
Semoga kita semua dijemput lagi ke Haramain dalam susah atau pun senang. Yang penting niat dan kesungguhan kita insyaAllah.
Moga sedikit sinar memberi sedikit harapan dan senyuman. ❤️
------------------------------------
Berminat untuk tempah design poster, banner, bunting, sticker, logo, editing video, khidmat fotografi dan videografi, website, hosting, domain atau lain-lain, sila hubungi kami melalui email atau telegram :
Email :
[email protected] our Website : www.design4dawah.com
Facebook : Design For Daawah
Instagram : Design For Daawah
Twitter : @DesignForDaawah
Telegram Channel : https://t.me/Design4Dawah
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.design4dawah.com/2021/02/info-sop-ibadah-umrah-norma-baharu.html