Migrain Teruk Tapi Tak Boleh Makan Ubat Sembarangan Selamatkah Ambil Paracetamol Waktu Hamil


Penghidap migrain pasti berdepan dengan masalah ketika hamil kerana tidak dapat mengambil ubat-ubatan untuk meredakan sakit mereka. Terpaksalah mereka bertahan dengan hanya tidur dan merehatkan diri. Soalnya bagaimana untuk meredakannya?
Dr Maiza Tusimin daripada Prince Court Medical Centre berkongsi mengenai pengambilan ubat paracetamol ketika waktu hamil. Selamatkah diambil?
Sejak sebelum hamil saya biasa mengambil paracetamol untuk mengurangkan rasa sakit kepala. Apa benar paracetamol selamat untuk diambil ketika hamil? Berapa dos yang boleh saya ambil dalam sehari?

Paracetamol atau lebih dikenali sebagai Panadol atau Uphamol adalah antara ubat yang dikategorikan sebagai selamat untuk wanita hamil, jika diambil dalam dos yang terkawal.
Food Drug Administration (FDA) mengklasifikasikan paracetamol tergolong dalam ubat kategori kehamilan A iaitu ubat yang paling selamat untuk ibu hamil yang tidak memberikan kesan buruk kepada janin dan ibu hamil itu sendiri.
Indikasi penggunaan Paracetamol adalah sebagai analgesik (ubat penahan sakit) dan antipiretik (pengurang demam). Paracetamol digunakan untuk melegakan sakit yang disebabkan oleh: sakit kepala, sakit gigi, sakit disebabkan oleh artritis, sakit otot, osteoarthritis dan senggugut.
Paracetamol adalah selamat dan berkesan untuk menurunkan suhu badan yang tinggi akibat demam sekiranya diambil dalam kuantiti seperti yang disyorkan. Dos maksima yang disarankan adalah 4 gram sehari iaitu dengan pengambilan 500mg -1 gram setiap 6 jam sehari.

Walaupun Paracetamol selamat digunakan oleh ibu hamil untuk tujuan pengubatan kendiri, namun ibu harus segera mendapatkan pemeriksaan doktor sekiranya suhu badan mencecah 38 darjah celsius. Ini adalah kerana ibu hamil terdedah kepada risiko penyakit yang lebih teruk berbanding wanita yang tidak hamil.
Sekiranya sakit kepala berlanjutan setelah mengambil paracetamol, ibu juga harus segera berjumpa doktor kerana dikhuatiri sakita kepala disebabkan oleh penyakit lain yang lebih serius seperti preeklamsia.
Kesan Sampingan
Paracetamol adalah ubat yang selamat jika diambil dalam dos yang disyorkan. Pastikan anda tidak mengambil lebih dari satu persediaan yang mengandungi paracetamol pada satu-satu masa. Periksa label ubat yang diambil bagi mengelakkan anda mengambil dos yang berlebihan.
Kebanyakan pesakit yang mengambil paracetamol tidak mengalami sebarang kesan sampingan. Walaubagaimanapun, pengambilan paracetamol secara berterusan atau pengambilan melebihi daripada dos yang disyorkan boleh menyebabkan kerosakan hati.

Ibu perlu segera berjumpa doktor sekiranya mengalami gejala kerosakan hati seperti loya dan muntah yang kerap, mata dan kulit kekuningan, air kencing berwarna gelap, sakit perut/abdomen dan kepenatan yang melampau. Rawatan awal adalah penting bagi mengelakkan kerosakan kekal pada hati.
Kejadian alahan juga jarang berlaku dengan pengambilan paracetamol. Antara gejala alahan adalah seperti seperti gatal, ruam, bengkak (muka/lidah/tekak), pening dan susah bernafas.
Kesan kepada bayi
Satu kajian kohort yang di laporkan di International Journal of Epidemiology ke atas 48,631 orang kanak-kanak yang mana ibu telah mengambil paracetamol secara berterusan selama 28 hari atau lebih, mendapati bahawa kanak-kanak ini mengalami sedikit masalah perkembangan dan perangai pada usia tiga tahun.
Kesimpulannya, walaupun paracetamol selamat dikonsum ketika hamil, tetapi perlu diambil pada dos yang ditetapkan dan hanya dikonsum apabila perlu dan pada jangkamasa yang tidak terlalu lama. Ibu disarankan untuk berjumpa doktor sekiranya demam atau sakit kepala berlarutan.
Artikel berkaitan: Migrain Dan Sakit Kepala Tapi Tak Boleh Makan Ubat Ketika Hamil Tip Dari Doktor Ni Pasti Membantu!
Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents
The post Migrain Teruk Tapi Tak Boleh Makan Ubat Sembarangan, Selamatkah Ambil Paracetamol Waktu Hamil? appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/migrain-teruk-tapi-tak-boleh-makan-ubat-sembarangan-selamatkah-ambil-paracetamol-waktu-hamil/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Boleh Makan Ubat Sebab Susukan Anak Terpaksa Tahan Sakit Belakang Cuba 10 Cara Ni

Tak Boleh Makan Ubat Sebab Susukan Anak Terpaksa Tahan Sakit Belakang Cuba 10 Cara Ni

papar berkaitan - pada 28/11/2020 - jumlah : 417 hits
Ketika hamil bebanan yang berat di bahagian perut membuatkan ibu hamil lebih mudah sakit pada bahagian belakang badan Pun begitu sakit ini adakalanya tidak pulih selepas melahirkan malah kembali sakit selepas melahirkan anak Sakit yang tera...
Ibu Hamil Rugi Tak Amalkan Makan Jambu Batu Boleh Kawal Kadar Gula Dalam Darah

Ibu Hamil Rugi Tak Amalkan Makan Jambu Batu Boleh Kawal Kadar Gula Dalam Darah

papar berkaitan - pada 19/11/2020 - jumlah : 340 hits
Buah jambu batu merupakan antara buah tropika kegemaran ramai Lebih enak jika dimakan sejuk Tapi tiada masalah ke untuk wanita hamil menikmati buah ini Jom ikuti perkongsian dari pakar Hello Health ini Selamatkah buah jambu batu buat wanita...
Peritnya Sakit Migrain Ketika Hamil Bolehkah Ibu Mengandung Ambil Ubat Panadol

Peritnya Sakit Migrain Ketika Hamil Bolehkah Ibu Mengandung Ambil Ubat Panadol

papar berkaitan - pada 2/12/2020 - jumlah : 351 hits
Sakit migrain terjadi apabila saluran saluran darah dalam kepala mengembang menjadi lebih besar daripada biasa Adakalanya ia bermula hanya di sebelah bahagian kepala sahaja kemudian melarat kepada kedua dua belah Kebiasannya masalah migrain...
Senangnya Makanan Untuk Awet Muda Ini Diperolehi Makan Selalu Boleh Cantik

Senangnya Makanan Untuk Awet Muda Ini Diperolehi Makan Selalu Boleh Cantik

papar berkaitan - pada 2/12/2020 - jumlah : 353 hits
Ini senarai makanan yang boleh di makan hari hari untuk awet muda Maznee pasti semua wanita mahu kulit licin berseri awet Apa yang kita makan boleh membawa kita lebih hampir dengan impianSenang kanMakan makan pun boleh nampak mudaTak percay...
Ada Anak Kecil Elak Guna Alas Meja Makan Anak Boleh Capai Tarik Makanan Minuman Panas Akan Tumpah

Ada Anak Kecil Elak Guna Alas Meja Makan Anak Boleh Capai Tarik Makanan Minuman Panas Akan Tumpah

papar berkaitan - pada 25/11/2020 - jumlah : 483 hits
Melecur merupakan kecederaan biasa yang mudah di cegah Melecur mudah berlaku akibat kecuaian Kecederaaan akibat melecur biasanya berlaku ke atas kanak kanak kerana sifat ingin tahu dan gerakan motor yang belum matang Sebab sebab biasa melec...
Makan Ubat Tahan Sakit Tetapi Sakit Kepala Migraine Tidak Berkurang

Makan Ubat Tahan Sakit Tetapi Sakit Kepala Migraine Tidak Berkurang

papar berkaitan - pada 28/11/2020 - jumlah : 432 hits
MAKAN UBAT TAHAN SAKIT TETAPI SAKIT KEPALA MIGRAINE TIDAK BERKURANG Assalamualaikum Dr Zubaidi Hj Ahmad Adakah normal untuk seseorang mengalami migraine 2 hari berturut turut Sudah makan painkiller masih tak surut Terima kasih Walaikumusala...
Makan Pizza Di Mana Saja Boleh Dengan Foodpanda

Makan Pizza Di Mana Saja Boleh Dengan Foodpanda

papar berkaitan - pada 13/11/2020 - jumlah : 279 hits
Ketika rasa lapar dan tak tahu nak makan apa menu pizza pasti boleh membuka selera Lagi lagi jika makan secara beramai ramai Untuk nikmati menu pizza ini tidak susah tiba masa rasa teringin boleh terus buat pesanan dalam talian dengan mudah...
Sedang Hamil Tapi Ada Fibroid Lakukan Rawatan Ini Untuk Elak Keguguran

Sedang Hamil Tapi Ada Fibroid Lakukan Rawatan Ini Untuk Elak Keguguran

papar berkaitan - pada 29/11/2020 - jumlah : 377 hits
Fibroid tumor bukan kanser yang tumbuh di dalam rahim tidak asing lagi bagi wanita Dalam kes yang teruk fibroid ketika hamil boleh berlaku Dalam kebanyakan kes wanita dengan ketumbuhan fibroid tidak menyedari bahawa mereka memilikinya mungk...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya