Ada Anak Kecil Elak Guna Alas Meja Makan Anak Boleh Capai Tarik Makanan Minuman Panas Akan Tumpah


Melecur merupakan kecederaan biasa yang mudah di cegah. Melecur mudah berlaku akibat kecuaian. Kecederaaan akibat melecur biasanya berlaku ke atas kanak-kanak kerana sifat ingin tahu dan gerakan motor yang belum matang.

Sebab-sebab biasa melecur boleh berlaku ialah:
Lepuhan akibat daripada air panas atau cecair masakan. Objek panas seperti sterika, dapur. Haba daripada minyak masak yang terlampau panas, percikan api. Kebakaran bahan kima yang menghakis. Kebakaran elektrik seperti bermain dengan plug elektrik,sambungan wayar dan soket yang terdedah. Terdedah terlalu lama kepada pancaran cahaya matahari. Tanda dan gejala
Melecur terbahagi kepada :
Permukaan Kulit
Ia hanya melibatkan permukaan kulit sahaja. Kulit menjadi merah dan sakit, tetapi tiada gelembung.
Kulit Dalam
Ia melibatkan lapisan luar kulit. Selain kulit menjadi merah, panas atau sakit, kulit juga melepuh.
Keseluruhan Kulit
Ia melibatkan semua lapisan kulit termasuk tisu dalaman kulit. Kulit kelihatan pucat, keras dan menggelupas. Ia tidak menyakitkan dan mungkin terdapat kerosakan pada salur saraf.
Terbakar Kulit Dalam
Komplikasi
Komplikasi yang serius boleh berlaku sekiranya sebahagian besar permukaan kulit melecur dan melibatkan bahagian dalaman kulit :
Jangkitan – demam, bernanah, sakit yang teruk dan kulit menggelembung.
Komplikasi jangka panjang ialah terjadinya parut.
Rawatan
Jika sebahagian kulit sahaja yang melecur(kurang daripada saiz tapak tangan), ia boleh dirawat di rumah.
Lucutkan pakaian yang ketat dan barang hiasan dengan berhati-hati. Siram kawasan yang melecur di bawah aliran air selama lebih kurang 15 minit. Sapukan krim atau losyen yang sesuai. Jangan sesekali menggunakan minyak gris, mentega, minyak rambut atau ubat gigi yang mana ianya boleh menyebabkan jangkitan. Minum ubat paracetamol (sirap) untuk mengurangkan kesakitan. Jangan pecahkan gelembung. Sekiranya ia pecah, biarkan sahaja. Anda perlukan imunisasi untuk menghalang tetanus. Dapatkan khidmat doktor. Rawatan lanjutan di hospital perlu diambil sekiranya :
Keseluruhan kulit terbakar. Kulit yang melecur melebihi saiz tapak tangan mangsa. Jika ia melibatkan bahagian mulut, tekak, mata, telinga, muka atau kawasan kelamin. Melecur disebabkan bahan-bahan kimia. Melecur akibat renjatan elektrik. Terjadi kepada kanak-kanak yang mempunyai alahan. Ikut arahan bagi tahap melecur dan melepuh yang dialami. Balut kawasan yang melecur dan melepuh dengan kain yang bersih atau pembalut. Anak anda memerlukan suntikan tetanus sekiranya belum pernah mendapatkan suntikan tersebut sebelum ini atau suntikan terakhir yang diterima adalah lebih daripada 5 tahun. Pencegahan
Jauhkan kanak-kanak daripada dapur yang panas, air panas dan barang-barang elektrik. Jangan biarkan kanak-kanak dalam ‘baby walker’ di kawasan dapur. Jangan mendukung anak kecil ketika memasak. Jangan membawa masakan panas ketika anak-anak berada berhampiran. Jauhkan mancis, pemetik api dan rokok daripada kanak-kanak. Jangan biarkan anak-anak bermain dengan barangan elektrik di rumah. Jangan biarkan wayar barangan elektrik berjuntai dan simpan sterika panas di tempat yang selamat. Jangan gunakan alas meja kerana kanak-kanak kecil boleh menariknya jatuh. Pemulihan
Rawatan urutan kanak-kanak dan rawatan terapi bergantung pada tahap kecederaan.
Sesetengan kecederaan memerlukan rawatan seperti pembedahan untuk menampal kulit.
Kredit: Portal KKM
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Ada Anak Kecil? Elak Guna Alas Meja Makan, Anak Boleh Capai & Tarik! Makanan/Minuman Panas Akan Tumpah appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/ada-anak-kecil-elak-guna-alas-meja-makan-anak-boleh-capai-tarik-makanan-minuman-panas-akan-tumpah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tanpa Kita Sedar Makanan Yang Kita Bagi Buat Sistem Imun Anak Lemah Check Diet Si Kecil Sekarang

Tanpa Kita Sedar Makanan Yang Kita Bagi Buat Sistem Imun Anak Lemah Check Diet Si Kecil Sekarang

papar berkaitan - pada 27/11/2020 - jumlah : 266 hits
Anak selalu tidak sihat Ini mungkin ada kaitan dengan makanan harian yang diambil Tapi apa hubung kait pemakanan dengan sistem pertahanan badan si manja Makanan punca sistem pertahanan badan lemah Bolehkah makanan membuatkan kita sakit Berd...
Jangan Takut Guna Ubat Gigi Berfluorida Boleh Cegah Enamel Gigi Karies Pada Anak

Jangan Takut Guna Ubat Gigi Berfluorida Boleh Cegah Enamel Gigi Karies Pada Anak

papar berkaitan - pada 18/11/2020 - jumlah : 229 hits
Memberus gigi adalah antara amalan penjagaan mulut yang sebaiknya dilakukan untuk kebersihan diri Memberus gigi menggunakan ubat gigi berfluorida setiap hari boleh mencegah kerosakan gigi Penggunaan ubat gigi berfluorida merupakan salah sat...
Elak Serabut Ini Alat Boleh Cuba Guna Untuk Sorok Wayar Belakang Tv

Elak Serabut Ini Alat Boleh Cuba Guna Untuk Sorok Wayar Belakang Tv

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 312 hits
Ruang televisyen merupakan antara ruang yang kerap di pandang oleh isi rumah Apa tidaknya setiap kali menonton drama atau filem sudah pastinya mata akan meliar di kawasan sekitarnya
Senangnya Makanan Untuk Awet Muda Ini Diperolehi Makan Selalu Boleh Cantik

Senangnya Makanan Untuk Awet Muda Ini Diperolehi Makan Selalu Boleh Cantik

papar berkaitan - pada 2/12/2020 - jumlah : 298 hits
Ini senarai makanan yang boleh di makan hari hari untuk awet muda Maznee pasti semua wanita mahu kulit licin berseri awet Apa yang kita makan boleh membawa kita lebih hampir dengan impianSenang kanMakan makan pun boleh nampak mudaTak percay...
Puding Oreo Berkrim Guna 4 Bahan Jer Berebut Anak Dapat Makan Sejuk Sejuk

Puding Oreo Berkrim Guna 4 Bahan Jer Berebut Anak Dapat Makan Sejuk Sejuk

papar berkaitan - pada 23/11/2020 - jumlah : 413 hits
Ibu penat sekalipun nak masak untuk anak tetap akan hidangkan menu yang best Tambah tambah musim sekarang semua berkumpul di rumah lagilah dapur tu asyik meriah je Masak apa sekalipun mesti akan habis Maklumlah anak tengah membesar semua se...
Tak Boleh Makan Ubat Sebab Susukan Anak Terpaksa Tahan Sakit Belakang Cuba 10 Cara Ni

Tak Boleh Makan Ubat Sebab Susukan Anak Terpaksa Tahan Sakit Belakang Cuba 10 Cara Ni

papar berkaitan - pada 28/11/2020 - jumlah : 359 hits
Ketika hamil bebanan yang berat di bahagian perut membuatkan ibu hamil lebih mudah sakit pada bahagian belakang badan Pun begitu sakit ini adakalanya tidak pulih selepas melahirkan malah kembali sakit selepas melahirkan anak Sakit yang tera...
Guna Kereta Meja Berlainan Pun Tak Boleh

Guna Kereta Meja Berlainan Pun Tak Boleh

papar berkaitan - pada 12/11/2020 - jumlah : 219 hits
MalaysiaGazettePeraturan maksimum dua orang melarang anggota keluarga menjamu selera secara beramai ramai di restoran walaupun mereka duduk di meja berasingan KUALA LUMPUR Polis menegaskan selain daripada faktor pekerjaan setiap isi rumah h...
Pakai Baju Bundle Guna Basikal Uzur Hantar Makanan Air Mata Lelaki Ini Tumpah Bila Dapat Hadiah Baru

Pakai Baju Bundle Guna Basikal Uzur Hantar Makanan Air Mata Lelaki Ini Tumpah Bila Dapat Hadiah Baru

papar berkaitan - pada 20/11/2020 - jumlah : 307 hits
Kais pagi makan pagi kais petang makan petang Itulah pengorbanan dan kesusahan seorang ayah yang dapat digambarkan demi mencari rezeki buat keluarga tersayang
Pantang Bersalin Cepat Baik Wah Bahaya Elak 8 Makanan Ini Untuk Cepat Sembuh

Pantang Bersalin Cepat Baik Wah Bahaya Elak 8 Makanan Ini Untuk Cepat Sembuh

papar berkaitan - pada 2/12/2020 - jumlah : 410 hits
Kenapalah banyak sangat pantang lepas ni Boleh naik stress sebab serba serbi tak boleh makan Mesti ramai dari kita yang terfikir perkara di atas semasa menjalani tempoh Dah lah badan sakit tak hilang lagi nak makan sedap sikit pun tak boleh...
The Evolution Of Adult Entertainment

Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Pm Akan Umum Sspa Terbaik Pernah Diperkenalkan Kerajaan

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Pemilik Kereta Tertekan Hon Kerana Panik Polis



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


Data Drives Dollars How Competitive Intelligence Optimizes Sales Marketing Roi

Tanya Hadi Mengapa Tak Bantah Akta Laut Wilayah Mb Terengganu Diberitahu

Cabaran Getir Menanti Ph Di Kkb

Nga S Aide Chosen For Kuala Kubu Baharu After Dap Abandoned Hope Of Malay Vote

World Bank Report Says Malaysian Children Not Learning Enough In Schools

Zus Ice Watermelon Latte