Mendidik Anak Kecil Dengan Nilai Kasih Sayang Cara Rasulullah S A W
      Melayari bahtera perkahwinan melibatkan penyatuan 2 insan yang berbeza untuk membina sebuah keluarga baru. Penting dari awal sekali pembinaan rumah tangga supaya suami dan isteri tahu tugas dan peranan masing masing dalam memastikan rumahtangga yang dibina penuh ceria dan kegembiraan. Supaya tidak menjadi penyesalan di kemudian hari. Sekiranya anda mempunyai kenalan peguam syariah, tak kisahlah ahli keluarga ataupun kawan kawan, mesti banyak kisah yang boleh kita jadikan sebagai pedoman. Atau layari je web guaman syarie untuk banyak panduan menarik dari pengalaman sebenar peguam syarie di Malaysia. Hakikatnya, menjadi suami isteri dan kemudian ibu bapa memerlukan banyak ilmu. Dari awal kita mengandung lagi, pendidikan anak anak lelaki dan perempuan sudahpun bermula. Sebab itu ada ulamak silam, ketika ditanya bagaimana ibu dan bapanya mendidik anak sehingga menjadi manusia Berjaya dunia akhirat, jawapannya sangat menakjubkan. Pendidikan tarbiyah tersebut bermula dari diri ibu dan bapa itu sendiri dari remaja. Nilai yang kita bawa dalam hidup akan diwariskan kepada anak anak secara sedar dan bawah sedar.                              

                                      Mendidik Anak Kecil Dengan Nilai Kasih Sayang Cara Rasulullah           S.A.W.
                    Pada usia kecil, sangatlah tidak wajar bagi ibu bapa menggunakan kata-kata     yang kasar dan keras apatah lagi memukulnya dengan tujuan mendidik anak     kecil inj. Anak-anak dalam usia ini sangat sensitif baik perasaan mahupun     jasmani mereka. Jadi, Bagaimanakah mendidik anak kecil yang kurang daripada     dua tahun agar dia boleh mendengar cakap dan tidak terlalu nakal. Bolehkan     menggunakan percakapan yang keras bagi membentuknya..        
      Kadangkala kita jadi buntu apakah cara terbaik untuk mendidik anak-anak     supaya mereka mudah dengar kata, menjadi anak yang baik dan tak mudah     melawan ibu bapa. Sebenarnya usia dua tahun adalah masa yang sangat aktif     bagi anak-anak, kerana pada usia ini pertumbuhan fizikal dan perkembangan     mentalnya sedang meningkat. Situasi ini mesti dihadapi oleh setiap ibu bapa     yang mempunyai anak yang normal.         
        Mendidik Anak Kecil Dengan Nilai Kasih Sayang Cara Rasulullah S.A.W.         
        Sebagai ibu bapa Muslim, kita sangat disarankan mencontohi cara Rasulullah     S.A.W melayan kanak-kanak. Baginda sangat menyayangi cucu-cucunya Hasan dan     Husain. Bahkan ketika baginda sedang menjadi imam yang diikuti oleh jemaah     lain, kedua cucunya memanjat tengkuk menyebabkan baginda melamakan waktu     sujud demi menjaga kedudukan cucunya
Rasulullah SAW adalah suri teladan terbaik dalam mendidik anak. Pendidikan ini pula tidak hanya di rumah, tetapi juga berlaku setiap masa. Di luar rumah semasa kita melancong dan meluangkan masa berkualiti bersama anak anak, kita dapat terapkan sunnah Rasulullah dan mendidik mereka solat qasak dan jamak. Dan juga adab bermusafir. Bawa anak anak kita keluar untuk melihat keindahan alam ciptaan Allah. Berbaloi sangat tau, lagipun Malaysia kita kaya dengan warisan sejarah dan keindahan alam semulajadi. Contohnya jika kita melawat ke Melaka, sambil sambil tinggal di homestay tu, boleh la kita buat usrah selepas selesai menunaikan solat. Adalah pengisian rohani untuk anak anak kita.
      Setelah selesai solat, para sahabat bertanya mengapa terlalu lama baginda     sujud, mereka bertanya adakah baginda menerima wahyu ketika itu. Rasulullah     menjelaskan tentang peristiwa yang terjadi. Pengajaran yang diberikan     oleh Rasulullah ini menunjukkan bahawa pada usia kanak-kanak ini, ibu bapa     hendaklah mendidik anak-anak dengan kasih sayang dan kelembutan. Jika ingin     mencegah kesilapan yang dilakukan, buatlah dengan kelembutan dan kasih     sayang.         
        Baginda menyuruh agar umat Islam memerintahkan anak-anak yang berumur tujuh     tahun mengerjakan solat, namun jika umur 10 tahun tidak mengerjakan solat     maka pukullah mereka. Ertinya keizinan memukul anak dalam pendidikan     Rasulullah S.A.W adalah ketika anak berumur 10 tahun, itupun jika mereka     melanggar perintah Allah SWT iaitu meninggalkan solat.         
        Namun pukulan yang dimaksudkan bukanlah memukul dengan kemarahan tetapi     dengan unsur mendidik dan kasih sayang. Lebih baik ibu bapa menunjukkan     akhlak yang mulia di depan anak-anak agar mereka dapat meniru keperibadian     yang mulia tersebut. Setelah itu banyakkan berdoa agar mereka mempunyai hati     yang lemah lembut, budi pekerti mulia serta menjadi anak yang soleh dan     solehah      
        Didiklah dengan cara berhemah dan ingatlah ibubapa adalah cerminan     anak-anak. Jadi jagalah perlakua, tingkahlaku, percakapan dan tabiat kita     sebagai ibubapa. Anak-anak kecil ini sangat mudah meniru dengan apa yang     kita buat dan percakapan kita. Ini pernah terjadi pada jiran aku.... apabila      anak kecil memaparkan tingkah laku ibu bapa di depan orang luar. Mana     nak letak muka ooi....         
        Itu je la tazkirah lebih kurang hari ini, nak baca tazkirah yang lain....     klik     SINI    
p/s: Ingat mengingati sesama insan saudara seislam....      
        #kredit: majalahpama.my
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
https://www.huhahuhajerr.com/2017/02/mendidik-anak-kecil-dengan-nilai-kasih.html