Cara Mendidik Anak Lelaki Anak Perempuan
Perbezaan anak lelaki dan anak perempuan | Pernah baca buku motivasi Man Are from Mars & Woman Are From Venus? Dalam buku tersebut menceritakan perbezaan antara lelaki dan perempuan. Yes, memang lelaki dan perempuan berbeza. Begitu juga apabila membesarkan anak lelaki dan anak perempuan. Memang memerlukan cara yang berbeza walaupun dari mama dan ayah yang sama, tetapi pendekatan yang sangat berbeza kerana anak lelaki dan anak perempuan sangat berbeza dan tidak boleh dibandingkan
Perbezaan antara anak lelaki dan perempuan ini bukan saja selepas melahirkan mereka, malah dapat dikesan dari awal mengandungkan mereka lagi. Setelah disahkan hamil, para ibu tentu teruja dan tertanya-tanya jantina bayi yang dikandung. Bayi lelaki atau perempuan ya? Hmm kalau nak scan, masih terlalu awal ni. Orang tua-tua cakap, kalau kandungan tu anak perempuan, ada tanda-tanda. Apakah tanda mengandung anak perempuan ya? Antaranya ialah bentuk perut yang berbeza, suka makan manis semasa mengandung & morning sickness yang lebih teruk. Banyak sungguh pengorbanan seorang ibu dalam melahir dan membesarkan anak anak kan? Sebab itu secara umumnya, ibu lebih berhak berbanding bapa dalam penjagaan anak pada peringkat ini. Keutamaan ibu ini berasaskan kepada beberapa faktor. Pertama, kerana ibu secara umumnya, lebih pengasih dan lebih sabar menanggung beban menjaga dan mendidik anak-anak. Kedua, ibu lebih lembut dan mampu memberikan belaian cinta dan kasih sayang yang amat diperlukan oleh anak-anak di peringkat ini.
Bezanya besarkan anak lelaki & anak perempuan
Selain itu anak lelaki dan perempuan memang wajib dilatih dari kecil untuk mengemas dan menghias rumah. Selama ini kita dibiasakan supaya hanya anak perempuan saja yang peka dengan kebersihan dan penjagaan rumah. Padahal zaman moden ini, anak perempuan juga perlu lebih berdikari dan mahir serba serbi. Anak lelaki pula perlu ringan tulang dan faham betapa penatnya kaum wanita bekerja dan menguruskan rumah bersama sama. Jadi, mereka akan lebih empati dengan isteri selepas berkahwin kelak. Barulah bahagia rumah tangga yang dibina. Apabila suami turut serta membantu, barulah isteri cukup rehat dan ada masa menjaga penampilan diri mereka menggunakan produk skincare. Nak pakai pencuci muka, krim siang dank rim malam, nak make up bagai semua itu memakan masa dan tenaga. Kalau isteri cantik dan pandai menjaga diri, siapa juga yang untung nanti kan?
Perbezaan Anak Lelaki Dan Anak Perempuan
CN dulu masa mula-mula Dhia Zahra setahun, selalu bandingkan dia dengan abangnya iaitu Irfan. Yela, si abang elok je behave tetapi adiknya sangat aktif! Kalau CN bawa abangnya ke sekolah, relax je CN boleh tinggal macam tu, tetapi sangat berbeza apabila CN bawa Dhia Zahra ke sekolah, double penat tau! Tetapi Encik Suami selalu pesan, cara approach anak lelaki dan anak perempuan berbeza, jadi tak boleh bandingkan anak lelaki dan perempuan walaupun kedua-duanya lahir dari rahim ibu yang sama.
Irfan & Dhia yang sangat berbeza dengan variasi karektor masing-masing
Cara CN Mendidik Anak Lelaki & Anak Perempuan
Lelaki/Irfan :
Anak lelaki CN lebih straight to the point. Irfan biasanya bila dia buat salah & CN marahkan dia, terus dia akan minta maaf. Irfan mudah sedar akan silap dia, tak perlu CN nak cubit, tengking atau marah dia akan automatik sedih dan kadang-kadang terus menangis minta maaf bila dia buat salah.
Irfan Hensem yang agak 'lembut' dan behave tetapi banyak alasan apabila CN minta tolong, hmmm
Perempuan/Dhia Zahra
Banyak belok-belok cerita & penambahan pelbagai drama. Macam Dhia Zahra, bila dia buat salah & CN nak marah dia. Mulalah buat muka comel & tukar topik lain. Geram je rasa! Cara CN untuk tegur dia bila dia buat salah, CN akan peluk dia, pandang muka dia sambil cakap dengan tegas apa yang dia buat tu salah. Anak perempuan ni tidak boleh terlalu tegas dan terlalu lembut, macam tarik rambut dalam tepung, perlahan-lahan gituw.
Dhia Zahra yang banyak cengelat tetapi boleh diharap untuk membantu CN tau
Hokay, nanti CN kongsi lagi cara lain bagaimana CN mendidik anak lelaki dan anak perempuan ni ye.
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.cekgunorazimah.com/2019/06/cara-mendidik-anak-lelaki-anak-perempuan.html