Terima Kasih Atas Semua Doanya Alhamdulillah Anak Anak Saya Dah Bebas Covid
“Terima kasih atas doa semua! Alhamdulillah anak-anak saya yang positif Covid baru-baru ini doktor dah sahkan bebas.” Itu luahan penuh kesyukuran ibu kepada 4 anak, Nesra Ayob.
Menurut Nesra, dia sangat-sangat bersyukur kerana Allah mempermudahkan urusan anaknya walaupun mereka masih kecil dan berisiko tinggi. Lagi sedih ketika kuarantin, tiga anak kecilnya terpaksa berpisah dan ditempatkan di pusat kuarantin lain.
Assalamualaikum. Ingat lagi tak saya 3 anak positif covid. Baby 13 hari baru lahir, anak umur 2 tahun dan 4 tahun.
Alhamdulillah terima kasih Ya Allah, terima kasih semua yang mendoakan kesihatan anak-anak Nesra. Anak-anak sihat dah, keputusan pun ok.
Alhamdulillah petang kelmarin anak-anak, Aqief dan Ariel terlebih dulu discharge di pusat kuarantin.
Tiba-tiba semalam pula datang nurse bagitau saya pun boleh discharge juga. Alhamdulillah anak Nesra yang masih dalam pantang pun boleh keluar hospital juga.
Tinggal seorang je lagi anak lelaki di pusat kuarantin, sebab keputusan sebelum ni negatif. Jadi terpaksa swab lagi. Kalau keputusan negtif juga, baru abang Aidil boleh keluar pusat kuarantin. Doakan anak saya yang lagi seorang ni bebas Covid dan kami dapat kembali bersatu semula.
Sebelum ini, Pa&Ma menyiarkan kisah anak Puan Nesra berumur 4 dan 2 tahun serta bayi berusia 14 hari yang positif Covid susulan ahli keluarga terdekat turut disahkan positif.
ARTIKEL BERKAITAN [“Doakan Anak Saya Kuat.” Tiga Anak Usia 4 & 2 Tahun Positif Covid Termasuk Bayi]
Walaupun terpaksa berpisah sementara, dia tetap bersyukur ketiga anak-anaknya ok dan tetap aktif bermain serta sentiasa ada selera untuk makan.
**Berminat nak dapatkan keperluan barangan rumah pada harga menarik, klik di sini
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post “Terima Kasih Atas Semua Doanya! Alhamdulillah Anak-Anak Saya Dah Bebas Covid” appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/terima-kasih-atas-semua-doanya-alhamdulillah-anak-anak-saya-dah-bebas-covid/