Perginya Isteri Tanpa Pesan Sayu Hati Mengenangkan 4 Anak Kecil Hilang Kasih Ibu


Perginya ibu kepada empat anak yang masih kecil benar-benar dirasai oleh seluruh ahli keluarga arwah Norwahidah Abd Raup, 35. Pemergian arwah Norwahidah yang berkhidmat sebagai jururawat di Hospital Kepala Batas mengejutkan ahli keluarga, saudara mara dan rakan.
Melalui apa yang dikongsikan oleh adik arwah, Nurizziaty Abd Raup, arwah kakaknya tidak mengalami sebarang penyakit kerana sehari sebelum arwah tak sedarkan diri, sempat buat kejutan dengan menghantar sebuah kereta kepada emak.

Ujian Covid yang dilakukan selepas arwah dimasukkan ke hospital juga negatif sehinggalah dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan doktor sahkan ada Pulmonary Embolism (menyebabkan saluran paru-paru tersumbat dengan darah beku).
Setelah dirawat di ICU selama seminggu, pada 17 Disember lalu, akhirnya Allah jemput arwah dalam keadaan cukup tenang dengan mendapat keredaan ibu dan suami disisinya.

Sementara itu, menerusi Facebook Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) turut memaklumkan pemergian arwah Norwahidah.
Menurut kenyataan tersebut, Allahyarham Norwahidah Abd Raup merupakan seorang kakitangan yang berwibawa dan banyak menyumbang bakti di fasiliti kesihatan
“Pihak JKNPP merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga allahyarhamah dan pemergian beliau merupakan kehilangan yang sangat dirasai oleh pihak JKNPP,” tulis posting tersebut.

Difahamkan, arwah meninggalkan empat cahaya mata termasuk seorang bayi lelaki yang baru berusia lima bulan.
Menerusi Facebook suami arwah, Mohd Nurilfahmi Hasan Basri, sebelum koma semuanya seperti biasa dan baik-baik saja. Arwah langsung tidak menunjukkan sebarang masalah kesihatan.

Namun Allah uji di saat anak-anak masih memerlukan kasih sayang ibu dan semuanya sudah ditentukan ilahi. Walaupun agak berat namun demi anak-anak, hidup perlu diteruskan.
Tiap kali lihat anak-anak yang masih kecil, memang sedih tapi apabila melihat anak perempuan tunggal dari empat beradik yang seiras dengan arwah isteri, semangat untuk membesarkan amanah isteri akan dijaga sebaik mungkin.

Harap suami dan empat anak arwah terus tabah dan kuat meneruskan hidup walaupun bukan senang nak menerima hakikat kehilangan orang yang tersayang. Semoga roh Norwahidah ditempatkan di kalangan orang yang beriman.
Sumber: Facebook JKNPP, Nurizziaty Abd Raup & Mohd Nurilfahmi Hasan Basri
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Perginya Isteri Tanpa Pesan, Sayu Hati Mengenangkan 4 Anak Kecil Hilang Kasih Ibu  appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/perginya-isteri-tanpa-pesan-sayu-hati-mengenangkan-4-anak-kecil-hilang-kasih-ibu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Video Adakah Isteri Akan Selamat Suami Sayu Isteri Contraction Lahirkan Anak

Video Adakah Isteri Akan Selamat Suami Sayu Isteri Contraction Lahirkan Anak

papar berkaitan - pada 15/12/2020 - jumlah : 350 hits
Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pastinya tidak sabar menanti detik detik kelahiran bayi mereka dan berharap segala urusan dipermudahkan Namun begitu disebalik perasaan teruja menyambut kelahiran baru pastinya keselamatan ibu ju...
Prihatin Dengan Ibu Hamil Tumbesaran Anak Kecil Bantuan Makanan Diberikan Kepada Golongan Ini

Prihatin Dengan Ibu Hamil Tumbesaran Anak Kecil Bantuan Makanan Diberikan Kepada Golongan Ini

papar berkaitan - pada 18/12/2020 - jumlah : 519 hits
Banyak golongan yang terjejas sepanjang tahun ini apabila Covid 19 melanda negara kita Tidak semua orang bernasib baik dapat meneruskan kehidupan seperti biasa dan terpaksa bersusah payah hanya untuk mendapatkan bekalan makanan buat keluarg...
Terkilan Dan Kecil Hati Dengan Anak Amalkan Doa Ini

Terkilan Dan Kecil Hati Dengan Anak Amalkan Doa Ini

papar berkaitan - pada 20/12/2020 - jumlah : 334 hits
Terkilan Dan Kecil Hati Dengan Anak Amalkan Doa Ini Sebagai ibubapa kadangkala kita rasa terkilan dan kecil hati dengan tingkahlaku dan perkataan yang dikeluarkan oleh anak anak Bila ada jer rasa macam tu apa yang perlu kita buat KakYa ada ...
Mendidik Anak Kecil Dengan Nilai Kasih Sayang Cara Rasulullah S A W

Mendidik Anak Kecil Dengan Nilai Kasih Sayang Cara Rasulullah S A W

papar berkaitan - pada 17/12/2020 - jumlah : 386 hits
Melayari bahtera perkahwinan melibatkan penyatuan 2 insan yang berbeza untuk Penting dari awal sekali pembinaan rumah tangga supaya suami dan isteri tahu tugas dan peranan masing masing dalam memastikan rumahtangga yang dibina penuh ceria d...
Anak Gemar Makan Keju Tapi Ibu Tahu Tak Berapa Banyak Si Kecil Boleh Makan Sehari

Anak Gemar Makan Keju Tapi Ibu Tahu Tak Berapa Banyak Si Kecil Boleh Makan Sehari

papar berkaitan - pada 15/12/2020 - jumlah : 369 hits
Makanan berisi keju seperti piza sering menjadi pilihan dalam pemakanan anak Tetapi berapa jumlah pengambilan produk tenusu harian yang disarankan untuk kanak kanak Ikuti perkongsian dari ini Kepelbagaian produk tenusu Keju yang berbeza aka...
Besarnya Peng0rbanan Anak Kecil Ini Diikat Dengan Tali Jadi Mata Untuk Ibu Bapa C4cat Penglihatan

Besarnya Peng0rbanan Anak Kecil Ini Diikat Dengan Tali Jadi Mata Untuk Ibu Bapa C4cat Penglihatan

papar berkaitan - pada 18/12/2020 - jumlah : 247 hits
loading Biasa kita lihat ibu dan ayah yang menjaga anak anak tambah pula yang masih kecil tapi berbeza pula keadaannya yang berlaku di bandar Cebu Filipina apabila gambar gambar seorang kanak kanak lelaki yang masih kecil diikat tali di bad...
Perginya Seorang Srikandi Tun Rahah Seorang Isteri Wanita Cekal Serta Ibu Yang Penyayang

Perginya Seorang Srikandi Tun Rahah Seorang Isteri Wanita Cekal Serta Ibu Yang Penyayang

papar berkaitan - pada 18/12/2020 - jumlah : 350 hits
KUALA LUMPUR Negara hari ini bersedih dengan pemergian ke rahmatullah seorang srikandi negara Tun Rahah Mohamed Noah yang dikenali sebagai seorang isteri dan wanita yang cekal ibu penyayang dan insan berhati mulia Rahah merupakan figura pen...
Berang Anak Menangis Tak Dipujuk Suami Tendang Badan Tumbuk Bibir Isteri

Berang Anak Menangis Tak Dipujuk Suami Tendang Badan Tumbuk Bibir Isteri

papar berkaitan - pada 8/12/2020 - jumlah : 588 hits
Seorang lelaki yang didakwa menendang dan menumbuk isterinya sehingga mengalami kecederaan dalam kejadian Ogos lalu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Melaka hari ini Muhamad Arif Aniq Mirza Kamaludin 24 bagaimanapun membuat pengakuan tidak b...
Hiburan Aprena Manrose Tumpang Kasih Anak Emma Maembong Kerana Masih Belum Dikurniakan Cahaya Mata

Hiburan Aprena Manrose Tumpang Kasih Anak Emma Maembong Kerana Masih Belum Dikurniakan Cahaya Mata

papar berkaitan - pada 10/12/2020 - jumlah : 717 hits
Pelakon popular tanah air Aprena Manrose tampil memuat naik sebuah posting di laman Instagramnya sambil memaparkan dirinya bersama anak rakan karibnya iaitu Emma Maembong Dalam entri berkenaan jelas kelihatan keterujaan pelakon drama Pingga...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik