Maknanya Sekarang Pm Tak Perlu Tergesa Gesa Lagi Nak Bubar Parlimen Abaikan Saja Desakan Kluster Mahkamah


 
Pertikaian sama ada Parlimen perlu dibubarkan dengan segera atau sebaliknya kini menjadi isu yang semakin membahang antara dua kumpulan dalam UMNO.
Kluster mahkamah dan mereka yang menyokong kumpulan itu telah dan sedang mengasak Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob dengan pelbagai cara agar segera membubarkan Parlimen.
Setelah berjaya meluluskan usul dalam PAU2021 yang menetapkan PRU15 hendaklah diadakan sebelum pemilihan UMNO, kemudian meminda perlembagaan parti bahawa pemilihan UMNO hanya boleh diadakan enam bulan selepas PRU dilangsungkan dan tekanan terbaru melalui Konvensyen BN, terbaru ini mereka mula mengingatkan Ismail Sabri berkenaan MOU dengan PH pula.
Yang mereka gembar-gemburkan ialah kononnya MOU itu tamat pada 31 Julai ini yang bermakna Parlimen sudah boleh dibubarkan selepas tarikh itu kerana tiada lagi sokongan daripada PH.
Ia juga kononnya bersesuaian dengan keputusan MT UMNO yang tidak menyambung lagi MOU itu selepas tarikh 31 Julai.
Kluster kabinet dalam hal ini lebih selesa PRU15 tidak diadakan segera, bahkan mencadangkan Parlimen hanya perlu dibubarkan di hujung penggal sedia ada iaitu sehingga Mei 2023.
Hujah mereka, kerajaan perlu lebih masa untuk berperanaan dengan lebih baik dalam menyelesaikan isu-isu rakyat sebelum PRU15 hendak diadakan.
Mereka juga menyelar tindakan mengaitkan MOU dengan UMNO kerana perjanjian itu adalah antara kerajaan dengan PH sama sekali tidak ada kena-mengena UMNO.
Selain kluster kabinet, PH juga turut sama mempertikaikan UMNO berhubung keputusan yang mereka ambil berkaitan MOU kerana UMNO pada hakikatnya tidak terkait sama sekali.
Berikutan isu MOU semakin diperdebatkan antara dua kluster itu kebelakangan ini, pelbagai kenyataan dan selar-menyelar antara dua kluster UMNO itu mula semakin panas dalam sehari dua ini.
Dalam masing-masing berhujah mempertahankan kenyataan itu, apa yang menarik sekali ialah tindakan Annuar Musa yang tampil mendedahkan butiran penuh MOU itu.
“Bagi yang suka menulis tetapi malas membaca, menyelidik atau yang mungkin sengaja mahu mengelirukan fakta, saya hantarkan di sini dokumen rasmi atau salinan MOU antara kerajaan dan PH.
“Sila teliti perkara 2 dan perkara 3 dalam MOU berkenaan. Saya adalah salah seorang yang mewakili kerajaan menandatangani MOU tersebut,” katanya lagi.

Sebagaimana dokumen yang disertakannya itu, Perkara 2.1 MOU itu menyebut “Memorandum Persefahaman ini hendaklah berkuat kuasa daripada tarikh Perjanjian ini ditandatangani dan hendaklah terpakai sehingga pembubaran Parlimen Malaysia yang ke-14”
Bagi Perkara 3.1, fakta yang tertulis memaklumkan – Kerajaan bersetuju tidak akan mengusulkan pembubaran Parlimen sebelum 31 haribulan Julai 2022”.


Berdasarkan fakta itu, adalah jelas bahawa MOU antara kerajaan dengan PH akan terpakai sehingga tempoh penggal Parlimen dibubarkan dan tidak disebut ia berakhir selepas 31 Julai.
Dan oleh kerana ada persetujuan bahawa kerajaan tidak akan membubarkan Parlimen sebelum 31 Julai 2022, bermakna penggal Parlimen sedia ada ini boleh terus dipertahankan sehingga Parlimen dibubarkan yang tidak diketahui bila tarikhnya yang sebenar.
Yang tidak boleh kerajaan buat cuma melakukan pembubarkan Parlimen sebelum tarikh 31 Julai 2022.
Ertinya, tempoh yang dibenarkan dalam MOU itu untuk Ismail Sabri membubarkan Parlimen ialah selepas 31 Julai sehinggalah tempoh pembubaran Parlimen.
Selagi Parlimen tidak dibubarkan, selagi itu MOU adalah sah dan terpakai.
Soal bila Parlimen mahu dibubarkan, ia terpulang kepada budi bicara Perdana Menteri untuk memilih waktu yang sesuai bagi menasihati Yang Dipertuan Agong berkenaan dengannya.
Yang jelas, MOU itu memberi peruntukan yang jelas bahawa Ismail Sabri tidak perlu tergesa-gesa untuk membubarkan Parlimen.
Kenapa beliau perlu tergesa-gesa mahu membubarkan Parlimen, sedangkan ada tempoh yang selesa dan panjang untuknya berbuat demikian iaitu bermula selepas 31 Julai sehingga pembubaran Parlimen ke 14?
Oleh kerana MOU terpakai sehingga tempoh sehingga Parlimen dibubarkan dan tempoh penggal Parlimen ini ialah Mei 2023, maka buat apa Perdana Menteri mahu memilih tarikh yang awal atau dalam tempoh terdekat ini untuk membubarkan Parlimen sebagaimana didesak kluster mahkamah?Tunggulah dekat-dekat Mei 2023 nanti, sekaligus desakan kluster mahkamah sudah tidak laku dan boleh diabaikan begitu saja. – ShahbudinHusin 05/06/2022.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/06/maknanya-sekarang-pm-tak-perlu-tergesa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tuuu Dia Macam Malaikat Nak Ambik Nyawa Aihhh Dasyat Sungguh Nak Bubar Parlimen Pun Ikut Stail Malaikat Maut

Tuuu Dia Macam Malaikat Nak Ambik Nyawa Aihhh Dasyat Sungguh Nak Bubar Parlimen Pun Ikut Stail Malaikat Maut

papar berkaitan - pada 2/6/2022 - jumlah : 116 hits
Saya tidak akan lewatkan walau sesaat bubar Parlimen Ismail SabriHasimi MuhamadJun 1 2022 16 33 MYTPerdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri beliau bersetuju untuk membincangkan dengan Top Five UMNO bagi menentukan tarikh pembubaran Parlimen ...
Kluster Mahkamah Mahu Halang Ismail Jadi Presiden Umno Kata Nazri Aziz

Kluster Mahkamah Mahu Halang Ismail Jadi Presiden Umno Kata Nazri Aziz

papar berkaitan - pada 4/6/2022 - jumlah : 137 hits
Menurut veteran Umno itu rata rata ahli parti menentang gesaan pemimpin tertentu untuk PRU diadakan lebih awal Tindakan kumpulan kluster mahkamah dalam Umno menangguhkan pemilihan parti bertujuan untuk menghalang perdana menteri Ismail Sabr...
Kerajaan Perlu Fokus Selesai Masalah Rakyat Bukan Tergesa Gesa Pru Sinar Harian 08 06 2022

Kerajaan Perlu Fokus Selesai Masalah Rakyat Bukan Tergesa Gesa Pru Sinar Harian 08 06 2022

papar berkaitan - pada 11/6/2022 - jumlah : 110 hits
KUALA LUMPUR Banyak pihak berpendapat kerajaan perlu memberi fokus sepenuhnya terhadap usaha mentadbir urus negara serta menyelesaikan masalah dihadapi rakyat dan bukannya tergesa gesa mengadakan Pilihan Raya Umum ke 15 Penganalisis Politik...
Susahnya Nak Cari Kerja Sekarang Ni

Susahnya Nak Cari Kerja Sekarang Ni

papar berkaitan - pada 1/6/2022 - jumlah : 272 hits
Susahnya nak cari kerja sekarang ni Assalamualaikum dan salam sejahtera Alhamdulilah masih diberikan kesihatan buat diri dan keluarga syukur alhamdulilah Baik raya aidilfitri 2022 terkejut dah pun melabuhkan tirainya Selepas 2 tahun kita ta...
Sudah Berpuluh Tahun Berlaku Kenapa Sekarang Baru Nak Kecoh Tanya Penduduk

Sudah Berpuluh Tahun Berlaku Kenapa Sekarang Baru Nak Kecoh Tanya Penduduk

papar berkaitan - pada 29/5/2022 - jumlah : 286 hits
Penduduk di sebuah pangsapuri Taman Dato Harun di sini mendedahkan bahawa pengubahsuaian rumah di kawasan terbabit telah lama berlaku Penduduk Zulhatman Syafrizal 43 berkata penambahan rumah itu dilakukan berpuluh tahun yang lalu namun
Mandat Kerajaan Berakhir Julai 2023 Pm Ismail Perlu Berhati Hati Jika Bubar Parlimen Awal

Mandat Kerajaan Berakhir Julai 2023 Pm Ismail Perlu Berhati Hati Jika Bubar Parlimen Awal

papar berkaitan - pada 7/6/2022 - jumlah : 110 hits
Polemik bubar atau tidak Parlimen dalam tempoh terdekat antara pemimpin DAP dan Umno yang memanas sejak semalam tidak perlu diperpanjangkan kerana tempoh penggal kerajaan hanya akan tamat pada Julai 2023 Menurut Ahli Parlimen Pasir Gudang H...
Buang Masa Saja Mahiaddin Cuba Berusaha Nak Jadi Pm Sekali Lagi

Buang Masa Saja Mahiaddin Cuba Berusaha Nak Jadi Pm Sekali Lagi

papar berkaitan - pada 1/6/2022 - jumlah : 146 hits
ARIF ATANNampaknya keinginan dan rasa ghairah Presiden Bersatu Mahiaddin Md Yasin untuk kembali jadi Perdana Menteri buat kali kedua bukan lagi suatu perkara main main Sebelum ini Tun Mahathir Mohamad mengesahkan beliau telah didatangi oleh...
Tidak Sopan Dan Janggal Kluster Mahkamah Harus Segera Berhenti Desak Pru15 Disegerakan

Tidak Sopan Dan Janggal Kluster Mahkamah Harus Segera Berhenti Desak Pru15 Disegerakan

papar berkaitan - pada 9/6/2022 - jumlah : 112 hits
Berdasarkan respon ramai yang umumnya difahami secara majoriti mereka tidak mahu PRU15 diadakan dalam waktu terdekat ini malah pandangan dalam UMNO juga berpecah mengenainya langkah terbaik ialah kluster mahkamah harus berhenti daripada ter...
Sabar Sabarlah Kluster Mahkamah Pendirian Pm Dalam Penentuan Tarikh Pru Adalah Betul

Sabar Sabarlah Kluster Mahkamah Pendirian Pm Dalam Penentuan Tarikh Pru Adalah Betul

papar berkaitan - pada 7/6/2022 - jumlah : 125 hits
Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob telah membuat satu kenyataan yang betul apabila beliau menyatakan bahawa Perdana Menteri tidak boleh mendahului kuasa Yang di Pertuan Agong dalam soal menentukan tarikh pilihanraya umum ke 15 pada masa se...
Pesanan Buat Sang Suami

Hari Pekerja 2024 Sejarah Tema Sambutan

Kisah Bekas Pekerja Kfc Dan Boikot

Parents More Involved In Autistic Children S Learning Post Pandemic

Pks Sebut Nama Wali Kota Depok Mohammad Idris Masuk Kandidat Pilkada Jabar

Masih Beraya

Drama Khilaf Yang Tertulis

Family Camping Journey Kami Repeat Lagi Camping 3h2m Di Dusun Pak Abu Campsite



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Kopi Surat Cinta Kota Damansara

8 Aneka Resepi Kuih Tradisional Berasaskan Pisang

Beyond Pregnancy And Weight Loss Maryland Breast Augmentation Solutions

Anwar Mahu Saman Individu Sebar Fitnah Isu Kasino

Politikus Merosakkan Nama Raja Raja Melayu

Lawatan Ke Arab Saudi Buka Peluang Syarikat Malaysia Sertai Projek Mega