Kerajaan Perlu Fokus Selesai Masalah Rakyat Bukan Tergesa Gesa Pru Sinar Harian 08 06 2022


 

KUALA LUMPUR - Banyak pihak berpendapat kerajaan perlu memberi fokus sepenuhnya terhadap usaha mentadbir urus negara serta menyelesaikan masalah dihadapi rakyat dan bukannya tergesa-gesa mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Penganalisis Politik, Dr Mazlan Ali berkata, antara isu yang perlu diberi perhatian kerajaan termasuk kejatuhan mata wang negara dan inflasi yang memberi kesan kepada seluruh masyarakat di negara ini.
Mazlan yang juga Pensyarah Kanan Pusat Perdana Fakulti Teknologi dan Informatik Razak, Universiti Teknologi Malaysia berkata, kerajaan sepatutnya menggunakan segala kesempatan kestabilan politik di bawah Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik yang ditandatangani dengan Pakatan Harapan (PH) untuk membuat keputusan yang memberi manfaat kepada rakyat.
"Kerajaan hari ini boleh sahaja meluluskan apa-apa Rang Undang-undang bertujuan untuk kepentingan masyarakat dan negara... jadi saya tidak nampak kenapa perlunya ada pilihan raya,” katanya ketika dihubungi Bernama pada Rabu.
Ketua Pegawai Perhubungan Institut Kajian dan Pembangunan Polisi (IRDP) Sheikh Khuzaifah Sheik Abu Bakar pula berkata kerajaan perlu mempunyai alasan kukuh untuk mengadakan PRU15 dalam suasana negara masih berdepan pelbagai cabaran seperti kenaikan harga barang dan pengawalan penyakit berjangkit.
"Sepatutnya sekarang semua pihak (kerajaan) fokus 100 peratus kepada menyelesaikan masalah negara seperti ekonomi dan sebagainya. Kita jangan membuang masa dengan isu politik lagi sebab akhirnya sudah berapa tahun kita hilang fokus," katanya.
Sebagai contoh, beliau berkata Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada Mac lepas tidak sepatutnya diadakan kerana baginya tidak ada sebab yang kukuh untuk mengadakan pilihan raya berkenaan.
"Itulah kalau kita ambil contoh di Johor, banyak masa dan sumber (tenaga dan kos) dihabiskan untuk mengadakan PRN,” katanya.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata, kerajaan perlu mengkaji dan mencari masa yang sesuai untuk melaksanakan PRU15.
Beliau berkata rakyat amat mengharapkan perubahan dalam pengurusan kerajaan kerana mereka mahukan yang terbaik daripada kerajaan dalam suasana hidup norma baharu pada masa ini.
"Jadi, kerajaan perlu mencari suasana dan keadaan yang terbaik supaya sokongan (terhadap) kerajaan (pada PRU15) itu adalah jelas," katanya.
Sementara itu, beberapa orang awam yang ditemui turut tidak bersetuju PRU15 diadakan pada masa ini dalam situasi rakyat masih dibebani pelbagai kesukaran hidup.
Seorang pegawai sumber manusia di sebuah syarikat minyak dan gas yang hanya ingin dikenali sebagai Ahmad, 25, berkata kerajaan tidak perlu tergesa-gesa melaksanakan PRU15 kerana ia memerlukan kos yang tinggi seperti berlaku pada PRN Sabah, Melaka, Sarawak dan terbaru Johor.
Senada dengan Ahmad, pengurus eksekutif sebuah syarikat swasta, Zulkarlnain Haqiem Aziz, 32, berkata perbelanjaan besar yang dikeluarkan kerajaan untuk melaksanakan PRU15 adalah lebih baik digunakan bagi membantu rakyat.
"Kerajaan atau pembangkang perlu tonjolkan diri sebelum menghadapi PRU15, selesaikan masalah rakyat, buat portfolio yang bagus dulu dan jaga kebajikan rakyat," katanya.
Sebelum ini, media tempatan melaporkan kos bagi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan PRN Sabah, Sarawak, Melaka dan Johor adalah sebanyak RM420 juta.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata perbelanjaan SPR bagi pelaksanaan PRN Sabah adalah RM130 juta, Melaka (RM45 juta), Sarawak (RM149 juta) dan Johor (RM96 juta). - Bernama


Artikel oleh: Sinar Harian
KERAJAAN PERLU FOKUS SELESAI MASALAH RAKYAT, BUKAN TERGESA-GESA PRU

https://www.sinarharian.com.my/article/206003/BERITA/Nasional/Kerajaan-perlu-fokus-selesai-masalah-rakyat-bukan-tergesa-gesa-PRU


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2022/06/kerajaan-perlu-fokus-selesai-masalah_10.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Shorts Duduk Kampung Halia Serai Pun Nak Beli Sinar Harian 29 05 2022

Shorts Duduk Kampung Halia Serai Pun Nak Beli Sinar Harian 29 05 2022

papar berkaitan - pada 3/6/2022 - jumlah : 229 hits
WACANA SINAR 349 27 MEI 2022 Berikut merupakan petikan Wacana Sinar Siri 349 bertajuk Hapus AP berani betul bersama Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan Sumber Sinar Harian SHORTS DUDUK KAMPUNG HALIA SERAI PUN NAK BELI
Berhenti Kerja Dapat Wang Kwsp Sinar Harian 18 05 2022

Berhenti Kerja Dapat Wang Kwsp Sinar Harian 18 05 2022

papar berkaitan - pada 1/6/2022 - jumlah : 154 hits
MELAKA Persatuan Pengguna Islam Malaysia belum menerima sebarang aduan berhubung penipuan pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja yang dibenarkan kerajaan pada bulan lalu Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata bagaimanapun be...
Jangan Desak Kerajaan Berita Harian 25 05 2022

Jangan Desak Kerajaan Berita Harian 25 05 2022

papar berkaitan - pada 3/6/2022 - jumlah : 210 hits
PUTRAJAYA Kementerian Pengangkutan akan mengambil tindakan mengawal selia perkhidmatan e hailling jika pengendali terus mendesak dengan memohon pelbagai kelonggaran Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata desakan itu termasu...
Berita Pendek 31 05 2022 Fokus 4 45 Panas Desakan Pru 15 Diadakan Ismail Sabri

Berita Pendek 31 05 2022 Fokus 4 45 Panas Desakan Pru 15 Diadakan Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 1/6/2022 - jumlah : 155 hits
Perdana menteri Malaysia Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berdepan tekanan untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke 15 lebih awal walaupun spekulasi kuat bertiup mengenai pilihan raya dijangka diadakan sebelum akhir tahun ini
Majoriti Rakyat Mahu Kerajaan Haramkan Arak Perjudian Minuman Manis Ppim Samudera My 04 06 2022

Majoriti Rakyat Mahu Kerajaan Haramkan Arak Perjudian Minuman Manis Ppim Samudera My 04 06 2022

papar berkaitan - pada 14/6/2022 - jumlah : 215 hits
KUALA LUMPUR 04 Jun 2022 Majoriti rakyat Malaysia berpendapat Kerajaan juga harus mengenakan larangan ke atas tabiat tabiat lain seperti larangan meminum arak dan minuman manis perjudian kelab malam karaoke dan pub kepada generasi akan data...
Pru 15 Tak Perlu Disegerakan Berita Harian 08 06 2022

Pru 15 Tak Perlu Disegerakan Berita Harian 08 06 2022

papar berkaitan - pada 11/6/2022 - jumlah : 120 hits
KUALA LUMPUR Banyak pihak berpendapat kerajaan perlu memberi tumpuan sepenuhnya terhadap usaha mentadbir urus negara serta menyelesaikan masalah dihadapi rakyat dan bukannya tergesa gesa mengadakan Pilihan Raya Umum ke 15 Pensyarah Universi...
Masalah Kurang Bekalan Makanan Harga Barang Naik Mb Perak Saran Rakyat Tanam Sayur Ternak Haiwan Untuk Kegunaan Sendiri

Masalah Kurang Bekalan Makanan Harga Barang Naik Mb Perak Saran Rakyat Tanam Sayur Ternak Haiwan Untuk Kegunaan Sendiri

papar berkaitan - pada 1/6/2022 - jumlah : 356 hits
The ReporterMB Perak Foto Berita HarianIsu kekurangan bekalan makanan dan isu kenaikan harga barangan yang dilihat lambat ditangani oleh kerajaan membuatkan ramai rakyat terkesan dan bimbang bila masalah tersebut akan berakhir Bagi menangan...
Adun Ketari Nafi Hasut Mahu Kerajaan Jumpa Penduduk Janda Baik Selesai Isu Rtd Dan Rkk

Adun Ketari Nafi Hasut Mahu Kerajaan Jumpa Penduduk Janda Baik Selesai Isu Rtd Dan Rkk

papar berkaitan - pada 17/6/2022 - jumlah : 337 hits
BENTONG Ahli Dewan Undangan Negeri Ketari Young Syefura Othman persoalkan kenyataan Menteri Besar Pahang mengenai penangguhan sesi pendengaran awam mengenai RTD dan RKK Janda Baik yang sepatutnya diadakan pada Selasa lalu Menerusi posting t...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik