Kluster Mahkamah Mahu Halang Ismail Jadi Presiden Umno Kata Nazri Aziz



Menurut veteran Umno itu, rata-rata ahli parti menentang gesaan pemimpin tertentu untuk PRU diadakan lebih awal. (Malaysia Now) – Tindakan kumpulan kluster mahkamah dalam Umno menangguhkan pemilihan parti bertujuan untuk menghalang perdana menteri, Ismail Sabri Yaakob dari menjadi presiden parti itu, kata veteran Umno, Mohamed Nazri Abdul Aziz.
Ahli Parlimen Padang Rengas itu berkata, sejarah Malaysia menyaksikan individu yang dilantik menjadi timbalan perdana menteri akan disahkan dalam perhimpunan agung Umno sebagai timbalan presiden.
“Hampir semua timbalan perdana menteri terdahulu dilantik sebagai timbalan perdana menteri dahulu, kemudian parti akan undi sebagai timbalan presiden.
“Ismail dipilih oleh ahli Parlimen kita sendiri menjadi perdana menteri, tak logik dia tak jadi presiden dalam parti,” katanya kepada MalaysiaNow.
Kluster mahkamah merujuk kepada sekumpulan ahli Parlimen Umno yang diketuai Ahmad Zahid Hamidi dan bekas perdana menteri, Najib Razak yang mempunyai pelbagai pertuduhan berkait jenayah rasuah dan salah guna kuasa di mahkamah.
Nazri berkata, kepimpinan Umno sedia ada dijangka tewas sekiranya pemilihan diadakan dalam masa terdekat.
Katanya, ini kerana rata-rata ahli Umno tidak bersama-sama dengan kepimpinan dalam soal tarikh pilihan raya.
“Mereka tidak mahu pilihan raya awal. Mereka ini orang yang jujur yang terkesan dengan yang apa sedang berlaku.
“Kluster mahkamah dan mereka yang kalah pilihan raya sahaja yang mahu pilihan raya,” katanya.
Zahid dalam konvensyen Barisan Nasional (BN) baru-baru ini mendesak Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan pada tahun ini.
Ismail pula berkata pilihan raya perlu diadakan selepas BN benar-benar bersedia.
Umno baru-baru ini meminda perlembagaan dalam perhimpunan agung khas bagi membolehkan pemilihan parti ditangguhkan sehingga enam bulan selepas pilihan raya umum.
Menurut Nazri, walaupun dia menyokong pindaan itu sekiranya ia dikehendaki majoriti, ia tidak boleh terus dilaksanakan.
“Tempoh 18 bulan akhir ini ialah untuk kita mengadakan pemilihan parti, bukan digunakan untuk membuat sesuatu yang tidak dibenarkan dalam perlembagaan parti sebelum ini.
“Ia untuk masa depan, bukan untuk memanjangkan tempoh pemegang jawatan.”
Pentadbiran Ismail berdepan cabaran harga barangan asas yang naik dan inflasi yang mampu menggugat kepercayaan orang ramai.
Justeru, Nazri berkata tidak wajar untuk diadakan PRU15 dalam masa terdekat.
Dalam pada itu, bekas menteri undang-undang itu berkata, sukar untuk gesaan mengadakan PRU15 lebih awal diterima.
Ini kerana cadangan membubar Parlimen perlu melalui beberapa tahap antara berbincang dengan ketua-ketua parti komponen dalam kerajaan, perbincangan bersama kabinet dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.
“Pilihan raya tidak akan terjadi hanya kerana Umno yang mendesak agar Parlimen dibubar,” katanya.
Kluster mahkamah mahu halang Ismail jadi presiden Umno, kata Nazri Aziz



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2022/06/03/kluster-mahkamah-mahu-halang-ismail-jadi-presiden-umno-kata-nazri-aziz/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rakyat Tak Desak Tapi Kluster Mahkamah Desak Macam La Umno Boleh Menang Tak Adanya Macam Zaman Dulu Dulu

Rakyat Tak Desak Tapi Kluster Mahkamah Desak Macam La Umno Boleh Menang Tak Adanya Macam Zaman Dulu Dulu

papar berkaitan - pada 6/6/2022 - jumlah : 271 hits
Rakyat tak desak PRU15 diadakan lebih awal ia hanya desakan politik kata KJ June 5 2022 Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin bercakap kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat Peringkat Negeri Melaka S...
Sources Umno Lighting Fire Under Ismail Sabri S Feet To Call Ge15 Now After Cabinet Reshuffle Shelved

Sources Umno Lighting Fire Under Ismail Sabri S Feet To Call Ge15 Now After Cabinet Reshuffle Shelved

papar berkaitan - pada 3/6/2022 - jumlah : 381 hits
Umno and Barisan Nasional are ready for a general election to be held this year after talks of a Cabinet reshuffle to consolidate Prime Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob s position according to coalition sources The sources who wished...
Ismail Sabri Perlu Kawal Umno Sebelum Pru15 Diadakan

Ismail Sabri Perlu Kawal Umno Sebelum Pru15 Diadakan

papar berkaitan - pada 1/6/2022 - jumlah : 309 hits
Mengikut Perlembagaan Malaysia PRU15 perlu diadakan pada bulan September 2023 iaitu 16 bulan lagi Jadi Ismail Sabri Yaakob tidak perlu tergesa gesa untuk mengadakan pilihan raya dan PRU15 wajar diadakan apabila Ismail Sabri sudah berjaya ka...
Nazri Umno Leaders Pushing For Early Ge15 Selfish Irresponsible

Nazri Umno Leaders Pushing For Early Ge15 Selfish Irresponsible

papar berkaitan - pada 3/6/2022 - jumlah : 428 hits
Politicians including those from Umno were being self centred by trying to pressure the government into an early general election amid spiralling prices in the country said Datuk Seri Nazri Aziz The Umno leader told Malaysiakini he backed P...
Annuar Berani Tetapi Minoriti Dalam Umno Kata Penganalisis

Annuar Berani Tetapi Minoriti Dalam Umno Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 6/6/2022 - jumlah : 328 hits
freemalaysiatoday com June 6 2022 11 30 AMAhli Parlimen Ketereh Annuar Musa mengaku kekal duduk di konvensyen BN pada Khamis apabila Ahmad Zahid Hamidi menggesa perwakilan yang menyokong PRU15 awal berdiri PETALING JAYA Dua penganalisis men...
Rentasan 1143 Panas Presiden Umno Koyak Dengan Gelaran Kerajaan C

Rentasan 1143 Panas Presiden Umno Koyak Dengan Gelaran Kerajaan C

papar berkaitan - pada 9/6/2022 - jumlah : 227 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 11431 AHLI LEMBAGA PENASIHAT 1MDB MAKAN GAJI BUTA 2 MENGAPA VETERAN MENJERIT 3 RAKYAT TENTUKAN KERAJAAN MANA CAP AYAM
Takkanlah Naib Presiden Umno Sekadar Berakhir Dengan Duta

Takkanlah Naib Presiden Umno Sekadar Berakhir Dengan Duta

papar berkaitan - pada 1/6/2022 - jumlah : 244 hits
TAJUDDIN sendiri mengaku jasanya sangat besar Setidak tidak nya acap kali DIPILIH dan masih menang kerusi Parlimen Mahathir sekadar Naib Presiden juga ketika terus ditawar jadi TPM dan Ismail Sabri lebih hebat dari Naib Presiden terus jadi ...
Pru15 Masa Depan Mca Di Tangan Rakyat Kata Presiden

Pru15 Masa Depan Mca Di Tangan Rakyat Kata Presiden

papar berkaitan - pada 21/5/2022 - jumlah : 266 hits
PRU15 Masa depan MCA di tangan rakyat kata presiden Dikemas kini 6 jam yang lalu Diterbitkan pada 20 May 2022 11 15PM
Hati Hati Nanti Da Yang Sailang Jadi Wakil Rakyat

Woit Modal Dah Habis Ke

Adam Adli Dilantik Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Isu Ptptn Kembali Diperkatakan Teringat Berguling Guling Dulu

Empat Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Malam Ini

Kedai Kopi Tasik Shah Alam Tempat Makan Santai Kegemaran Keluarga

Kos Homestay Yang Wajib Anda Ketahui

Jalani Hidup Ini Dengan Apa Adanya

Kuantan Pekan Road Closed After Flooding Thousands Of Motorists Affected


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Rabu Belajar Sabar Hari Ini

Aktiviti Mesyuarat Penyelarasan Hadr Misi Bantuan Kemanusiaan Dan Bencana Ke Acheh Ppim 17 12 2025

Doa Berbuka Puasa Niat Sebelum Selepas Sahur

Belajar Menghargai

Pergerakan Gaji Tahunan Syarat Kelayakan Perubahan Mulai 2026

Vape Diharamkan 2026 Fasa Tarikh Pelaksanaan