Daging Cincang Dengan Chives Dan Akhlak Ketika Ditimpa Musibah
Sebelum kita masuk bab resipi saya ingin kongsikan petikan dari Kuliah Zoom oleh Sheikh Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid berkenaan akhlak seorang muslim dalam menghadapi musibah. Ujian boleh didatangkan dalam bentuk nikmat dan juga musibah.
Akhlak orang beriman ketika berhadapan dengan musibah. Apa philosofi Allah yang disebutkan di dalam Al Quran. Kenapa manusia diuji dengan musibah? Ianya kerana untuk menguji keimanan seseorang. Kalau Allah suka pada seorang hamba maka dia akan diuji. Juga untuk diberikan pahala pada orang yang ditimpa musibah jika dia redha dengan musibah tersebut.
Tidak ada musibah menimpa atas muka bumi atau ke atas diri kamu melainkan telah dicatat sebelum kamu terjadi. Ajak kita untuk berfikir bahawa kita kena yakin semua yang berlaku di dunia telah dicatat oleh Allah dalam Loh Mahfuz. Kita tak tahu apa yang telah dicatat tapi kita yakin. Musibah itu saat terjadi, kita yakin bahawa ianya telah dicatat dulu sebelum ianya berlaku.
Berbeza dengan suatu yang telah kita tahu. Sebagai contoh, kalau semasa nak balik berhari raya di kampung, waktu kita masih di rumah, kita sudah tahu jalanraya sesak. Jadi semasa melaluinya, kita tak terkejut bila berhadapan dengan kesesakan jalanraya tersebut.
Asma Al husna nama nama Allah yang baik. Kalau kita faham Allah punya nama yang baik. Pasti semua yang diizin oleh Allah adalah baik. Semua yang datang dari Allah adalah baik belaka. Bagaimana musibah boleh jadi baik. Kalau kita pernah pergi berjumpa doktor dan doktor memberitahu kaki kita kena operate. Patah kaki dan perlu disimen. Tapi kita tak suka. Tapi doktor tahu simen itu baik untuk dia. Benda yang kita tak suka, kita buat sehingga mendapat kebaikan. Sejuta kebaikan Allah simpan untuk hamba tersebut. Contoh kisah Siti Hajar dan Nabi Ismail yang ditinggalkan di tengah padang pasir dengan bekalan makanan yang sedikit. Ibrah sehingga hari ni orang mengerjakan haji dan melakukan Saei antara Bukit Safa dan Bukit Marwah akan ingat kisah Siti Hajar.
Nabi Ibrahim meninggakan mereka dengan tidak menoleh ke belakang kerana kuatir hatinya menjadi sedih tapi itu perintah dari Allah. Sehinggalah Siti Hajar bertanya adakah ini kehendak kamu atau perintah Allah. Kalau perintah Allah, Allah tak akan biarkan kami. Begitu mantap keyakinannya. Yakin Allah tak akan hampakan. Sehingga makanan habis. Siti Hajar berlari lari mencari air di antara Bukit Safa dan Bukit Marwah. Muncul akhirnya air zam zam dan datang kabilah ke sana dan membina perkampungan. Datang balik Nabi Ibrahim. Begitulah hasil redha dengan dugaan.
Bagaimana kesabaran kita berhadapan dengan dugaan. Orang diuji mengingati kesabaran orang ketika diduga Allah. Allah duga para ambiya seperti Nabi Musa, Nabi Ayub semua dugaan disikapi dengan mengharap suatu yang baik dari Allah.
Barang siapa beriman pada Allah, ketika hadapi dugaan dia bersabar, Allah akan berikan hidayah. Allah tak akan biarkan dia tanpa dibantu. Hatinya akan diberi petunjuk sehingga mampu tanggung dugaan berat yang membawa kematian. Yang tak diduga dengan ujian juga mati. Yang sihat mati. Yang sakit juga mati. Yang kaya mati, yang miskin mati juga.
Orang beriman redha dengan Allah, hati akan jadi tenang. Seorang hamba yang redha, Allah akan bagi ubat untuk hatinya menjadi tenang hadapi dugaan tadi. Syaratnya redha.
Ayat ketiga Allah berfirman, Allah pasti duga kamu dengan perasaan takut, takut lapar, takut kurang harta, kehilangan nyawa, maka sampaikan khabar gembira pada orang yang sabar. Diuji dengan tidak punya duit, hilang harta, hilang orang disayang, sampaikan khabar gembira pada orang yang sabar, kalau ingin diringankan di akhirat, mereka dihukum di dunia. Kufur di dunia tak pernah sakit tapi di akhirat diberatkan. Diduga dunia, akan ringan di akhirat.
Khabar gembira pada orang bersabar. Siapa mereka itu, orang yang ketika berhadapan dengan musibah akan menyebut, Innalillaahi wainna ilaihiroojiuun. Bagi mereka selawat dan Rahmat dari Allah. Mereka dapat hidayah dari Allah. Allah kasi satu cukup. Apa lagi dikasi tiga iaitu selawat, rahmat dan hidayah. Musibah hilang duit, hilang harta, hilang orang disayang. Yang meninggal telah berada ditempat lebih baik. Musibah sebenar di mana? Kalau segala yang terbaik diberi oleh Allah.
Terakhir firman Allah, katakan wahai Muhamad tidak ada musibah menimpa kecuali dicatat pahalanya. Kita berinteraksi dengan Allah saat musibah maka dia tak akan melihat musibah sebagai malapetaka pada dia tapi neraca untuk nilai kekuatan iman dalam hati. Katakan tiada musibah melainkan dicatat pahala. Kepada Allah aku bertawakkal.
Orang beriman ini sunguh menghairankan. Saat ditimpa musibah nikmat dia bersyukur, kalau ditimpa musibah dia sabar maka itu kebaikan juga baginya melainkan pada orang beriman sahaja.
Orang sakit luka sehingga kena potong kakinya ketika di syam kata kena potong. Sakit potong kaki tanpa bius sangat sakit. Munajat pada Allah. Selesai operate dia selesai solat. ya Allah engkau hanya ambil 1 masih ada 3 lagi anggota. Redha saat situasi sukar. Ibu kasih pada anak akan paksa anak makan ubat untuk sihat. Allah akan beri kebaikan pada hamba yang ditimpa musibah. Nabi ayub diberikan penyakit sehingga ahli keluarga menjnggalkannya kecuali isteri sehingga
Kami kabulkan permintaan Nabi Ayub, kami angkat kesakitannya, kami kembalikan ahli keluarganya. Allah beri pada Nabi Ayub suatu yang lebih besar. Dipuji, diangkat kesusahan, diangkat doa, diberi rahmat Allah dan dikembalikan keluarganya. Begitu juga Nabi Yunus diuji masuk dalam perut ikan. Memanggil kepada Allah dalam kegelapan dalam perut ikan dasar laut berdoa pada Laa ilaa Haillaa Anta subhaa naka inni kuntum minazzhoolimiin. Kami terima doa Nabi Yunus dan kami angkat musibah.
Kita kena yakin seyakin yakinnya bahawa musibah adalah ketetapan Allah di loh mahfuz. Hal yang ditentukan. Kedua, musibah untuk uji iman seseorang samada betul betul telus, istiqomah atau siapa dusta. Sabar dalam ujian untuk kekuatan iman yang merupakan wasilah utama untuk masuk syurga. Ketiga, ujian juga ialah tanda sayang nya Allah pada hambaNya untuk diberi pahala lebih besar.
Keempat, ketika berhadapan dengan musibah, doa menjadi solusi untuk tenangkan kita dan dapat bantuan dan penyelesaian dari musibah yang menimpa. Kelima, pemberian Allah lebih besar dari musibah yang menimpa kita. Semoga Allah bagi kita hidayah dan taufik ketabahan, ehsan mudah mudahan. Semoga bermanafaat terutama mereka yang sekarang sedang diuji samada ujian nikmat atau musibah.
Benih pokok chives ini diberikan oleh jiran kami seorang white British yang suka melayan Ammar dan Aliya bersembang sembang. Bila dtanam, elok jer tumbuhnya. Serious lauk simple macam ni, makan dengan nasi putih kosong panas panas pun sedap. Tak perlu lauk lain pun.
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba....
Daging Cincang Goreng Dengan ChivesOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:300-400 gram daging cincang4 ulas bawang putih1 inci halia½ biji bawang HollandSecekak daun chivesCili merah
Bahan perasa:1-2 sudu besar sos tiramKicap manisGaramSerbuk pati ayam
Cara cara:Panaskan minyak dan masukkan daging dan kacau sehingga bertukar warna. Masukkan bawang putih, halia dan bawang Holland. Kacau rata sehingga daging masak sepenuh dan bawang layu dan naik bau.
Masukkan bahan perasa dan kacau rata.
Akhir sekali masukkan daun chives dan cili merah. Kacau rata dan tutup api.
Selamat mencuba..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aziekitchen.com/2025/12/daging-cincang-dengan-chives-dan-akhlak.html