Maggi Dan Kpm Mulakan Pencarian Chef Muda Berbakat Melancarkan Pertandingan Memasak Sekolah Menengah Maggi Ke 23


MAGGI® Dan KPM Mulakan Pencarian Chef Muda Berbakat Melancarkan Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI® Ke-23 || Salam semua,  inisiatif yang bagus dari MAGGI dan KPM untuk mencari chef muda berbakat.


Siapa tahu kan di antara  pelajar - pelajar ada yang boleh diasah bakat untuk menjadi chef suatu hari nanti kan. Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI® (MSSCC) kembali buat tahun ke-23 berturut-turut! Sebagai satu inisiatif bersama MAGGI® dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), MSSCC tahun ini akan mempertingkatkan mutu pertandingan dengan menerapkan cabaran baharu bertujuan memberi inspirasi kepada pelajar bagi memupuk Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

Acara MSSCC tahun 2019 telah dilancarkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Presint 11 dan dirasmikan oleh Encik Suhaimi Sun bin Abdullah, Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Sukan dan Seni, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Dengan tema ‘Anda dan MAGGI®. - Membawa kesan positif kepada masakan harian’, MSSCC 2019 juga menawarkan satu platform persaingan untuk chef muda memperlihatkan kemahiran memasak mereka dalam mencipta sajian masakan rumah. Di samping itu, MSSCC juga menyemai minat memasak dalam kalangan pelajar di Malaysia. Menerusi pengalaman tahun lalu, MSSCC 2019 akan memperlihatkan struktur pertandingan serta elemen baru yang akan dipertingkatkan.


Menurut Cik Kimberly Oh, Pengurus Pemasaran MAGGI®, “Kami teruja kerana dapat memberi peluang sekali lagi kepada anak-anak muda Malaysia untuk menunjukkan kepakaran kulinari mereka menerusi MSSCC! Berbeza dengan tahun sebelumnya di mana pelajar akan mencipta sajian berdasarkan resipi sedia ada, pertandingan tahun ini menampilkan Cabaran Masakan Kreatif yang memerlukan pelajar untuk memanfaatkan kreativiti dan kemahiran menyelesaikan masalah mereka dari permulaan pertandingan.

Para pelajar akan diberi bahan mentah rahsia yang memerlukan mereka menggunakan kreativiti serta kemahiran untuk mempersembahkan idea hidangan mereka. Terdapat juga penekanan yang lebih besar iaitu persembahan serta kemahiran berkomunikasi yang para pelajar perlu mempersembahkan resipi sajian yang telah mereka hasilkan.”
“Kami sentiasa berusaha untuk memupuk kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat menerusi pemakanan yang sewajarnya. Ini selaras dengan matlamat jenama kami untuk mencipta detik-detik bahagia untuk individu dan keluarga menerusi makanan yang enak,” tambah beliau.
Encik Suhaimi Sun bin Abdullah, Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Sukan dan Seni, Kementerian Pendidikan Malaysia berkata, “Kami mengalu-alukan kerjasama daripada pihak lain, terutama sekali sektor swasta untuk bersama-sama melahirkan generasi rakyat Malaysia yang lebih sihat. Kami gembira kerana dapat meneruskan kerjasama yang sekian lama terjalin dengan MAGGI® untuk memupuk tabiat makan yang sihat dalam kalangan pelajar kita.”
“Kami yakin bahawa elemen baharu dan menarik ini menggalakkan pelajar kita untuk memperlihatkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan menyediakan platform yang kukuh untuk membolehkan mereka mengembangkan keupayaan mereka,” ujar Encik Zainal.Bagi Cabaran Memasak Kreatif yang akan berlangsung di kedua-dua peringkat negeri dan kebangsaan, para peserta diberikan pelbagai bahan ramuan masakan. Langkah ini bertujuan untuk mencabar kreativiti dan kemahiran memasak dalam kalangan chef muda ini. Chef-chef muda perlu menentukan sajian masakan mereka dengan bahan berdasarkan kreativiti mereka.

Pertandingan tahun ini akan memperkenalkan satu kaedah baharu dalam aspek pengadilan dan pemberian markah di mana para pelajar akan dinilai berdasarkan kemahiran kulinari dan kemahiran teknikal seperti penyajian makanan, persembahan makanan, kaedah masakan serta khasiat nutrisi sajian.


Pelajar juga diberi peluang untuk mempersembahkan konsep disebalik sajian yang akan dihidangkan kepada panel pengadil dan penonton sekaligus menyemaikan minat memasak melalui persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan.

MAGGI® telah melancarkan program MSSCC pada 1997 dengan matlamat untuk memupuk minat memasak dalam kalangan anak muda Malaysia dan menggalakkan amalan pemakanan yang sihat dan tabiat memasak yang baik. Setakat ini, lebih 10,000 sekolah serta 340,000 pelajar telah mengambil bahagian dalam acara ini dan mendapat pengetahuan dan kemahiran berkenaan makanan, nutrisi dan pemakanan sihat.

Semasa upacara pelancaran, tetamu jemputan telah menyertai pelbagai aktiviti, termasuk paparan interaktif Kementerian Kesihatan Malaysia seperti Suku suku Separuh, 5 Warna Sehari dan Piramid Makanan Malaysia. Menerusi permainan dan aktiviti ini, peserta berpeluang untuk memperlihatkan kemahiran mereka sambil belajar tentang pentingnya pemakanan yang sihat dan diet yang seimbang.

Wakil-wakil media juga diberi peluang untuk menguji kreativiti mereka dengan dua cabaran menyelesaikan masalah yang berlainan, ‘KREATIF Cooking’ dan ‘KREATIF Setting’.

Untuk maklumat lanjut tentang MSSCC, sila layari laman web https://www.maggi.com.my/bm/msscc-2019.

Mengenai Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI®
Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI® diperkenalkan pada tahun 1997 dengan matlamat untuk memupuk minat memasak dalam kalangan pelajar sekolah menengah sambil meningkatkan kesedaran terhadap pentingnya makanan yang berkhasiat dan diet yang seimbang.

Projek ini adalah kerjasama antara MAGGI®, Kementerian Pendidikan, guru Ekonomi Rumah Tangga, Unit Teknikal dan Vokasional Negeri, dan Unit Kokurikulum Jabatan Pendidikan Negeri.

Lebih 340,000 pelajar telah menyertai Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI® sejak acara tersebut dimulakan. Format yang menarik dan mencabar terus menarik penyertaan tahun demi tahun.

Mengenai Nestlé Malaysia
Nestlé merupakan pengeluar makanan dan minuman terbesar di dunia. Beribu pejabat di Switzerland, Nestlé beroperasi di 189 buah negara di seluruh dunia, dan seramai 328,000 orang kakitangan kami komited terhadap matlamat Nestlé, iaitu untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan serta memainkan peranan untuk membina masa depan yang lebih sihat. Prestasi kami dipacu oleh strategi Pemakanan, Kesihatan dan Kesejahteraan kami.

Menjana khasiat rakyat Malaysia sejak 1912, Nestlé telah meraih kepercayaan para pengguna kami menerusi jenama dan produk kami yang bermutu tinggi. Kami juga komited untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan masyarakat di mana kami beroperasi, sambil mengekalkan kecemerlangan dan ketelusan produk Halal kami.

Ini sejajar dengan janji kami untuk menawarkan GOOD FOOD, GOOD LIFE kepada semua. Untuk ketahui lebih lanjut tentang usaha kami menjana khasiat rakyat Malaysia melebihi seabad, sila layari https://www.nestle.com.my/ atau kunjungi laman Facebook kami di https://www.facebook.com/Nestle.Malaysia/



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.wanisukarno.com/2019/03/maggi-dan-kpm-mulakan-pencarian-chef-muda-berbakat-melancarkan-pertandingan-memasak-sekolah-menengah-maggi-ke-23.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pertandingan Memasak Sekolah Menengah Maggi Ke 23 Dilancar Bagi Pencarian Chef Muda Berbakat

Pertandingan Memasak Sekolah Menengah Maggi Ke 23 Dilancar Bagi Pencarian Chef Muda Berbakat

papar berkaitan - pada 24/3/2019 - jumlah : 453 hits
Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI kembali buat tahun ke 23 berturut turut Sebagai satu inisiatif bersama MAGGI dan Kementerian Pendidikan Malaysia MSSCC tahun ini akan mempertingkatkan mutu pertandingan dengan menerapkan cabaran b...
Maggi Kpm Mulakan Pencarian Chef Muda Berbakat Ke 23 Bagi Tahun 2019

Maggi Kpm Mulakan Pencarian Chef Muda Berbakat Ke 23 Bagi Tahun 2019

papar berkaitan - pada 25/3/2019 - jumlah : 378 hits
Hi Korang Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI kembali buat tahun ke 23 berturut turut Sebagai satu inisiatif bersama MAGGI dan Kementerian Pendidikan Malaysia MSSCC tahun ini akan mempertingkatkan mutu pertandingan dengan menerapkan...
Maggi Kpm Mulakan Pencarian Chef Muda Berbakat

Maggi Kpm Mulakan Pencarian Chef Muda Berbakat

papar berkaitan - pada 21/3/2019 - jumlah : 361 hits
MAGGI KPM Mulakan Pencarian Chef Muda BerbakatLancarkan Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI Ke 23PUTRAJAYA 20 Mac 2019 Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI kembali buat tahun ke 23 berturut turut Sebagai satu inisiatif bersam...
Maggi Dan Kpm Memulakan Lancarkan Pencarian Chef Muda Berbakat

Maggi Dan Kpm Memulakan Lancarkan Pencarian Chef Muda Berbakat

papar berkaitan - pada 25/3/2019 - jumlah : 238 hits
PUTRAJAYA 20 Mac 2019 Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI kembali buat tahun ke 23 berturut turut Sebagai satu inisiatif bersama MAGGI dan Kementerian Pendidikan Malaysia MSSCC tahun ini akan mempertingkatkan mutu pertandingan denga...
Pengambilan Guru Dini Dan Guru Tahfiz Secara Interim Di Sekolah Sekolah Menengah Kpm Ambilan 2019

Pengambilan Guru Dini Dan Guru Tahfiz Secara Interim Di Sekolah Sekolah Menengah Kpm Ambilan 2019

papar berkaitan - pada 10/3/2019 - jumlah : 628 hits
Pengambilan Guru Dini dan Guru Tahfiz Secara Interim Di Sekolah Sekolah Menengah KPM Ambilan 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia mempelawa calon yang berkelayakan berpotensi berminat dan beriltizam untuk menjadi Guru Dini dan Guru Tahfiz s...
Kem Jati Diri Murid Sekolah Menengah Peringkat Negeri Selangor 2019

Kem Jati Diri Murid Sekolah Menengah Peringkat Negeri Selangor 2019

papar berkaitan - pada 23/3/2019 - jumlah : 632 hits
AssalamualaikumSahabat sahabat yang dirahmati Allah Alhamdulilah berakhir sudah Program KENDIRI SM Negeri Selangor di KSCC Jeram Selangor yang telah berlangsung selama 3 hari 2 malam pada 19 21 Mac 2019 Peserta pada kali ini terdiri daripad...
Isu Pencemaran Kpm Arahkan 34 Sekolah Tutup Serta Merta

Isu Pencemaran Kpm Arahkan 34 Sekolah Tutup Serta Merta

papar berkaitan - pada 13/3/2019 - jumlah : 263 hits
PUTRAJAYA Sebanyak 34 sekolah di sekitar Pasir Gudang Johor diarah ditutup serta merta bermula hari ini sehingga ke satu tarikh yang diberitahu kelak susulan kejadian pembuangan sisa bahan kimia ke dalam Sungai Kim Kim pada Khamis lalu Ment...
Pencemaran Sisa Kimia Kpm Tutup 21 Buah Sekolah Lagi

Pencemaran Sisa Kimia Kpm Tutup 21 Buah Sekolah Lagi

papar berkaitan - pada 13/3/2019 - jumlah : 335 hits
SEBANYAK 34 sekolah sekitar Pasir Gudang Johor diarah tutup serta merta berikutan pencemaran sisa kimia di Sungai Kim Kim sejak Khamis lalu Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata ketika ini Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri membab...
Perjuangan Guru Guru Sekolah Yang Melancarkan Mogok Dan Piket Di Seluruh Malaysia Pada Tahun 1967

Perjuangan Guru Guru Sekolah Yang Melancarkan Mogok Dan Piket Di Seluruh Malaysia Pada Tahun 1967

papar berkaitan - pada 11/3/2019 - jumlah : 646 hits
Guru Mahukan Keadilan merupakan sepanduk dan slogan utama yang digunakan dalam perjuangan guru guru sekolah yang melancarkan mogok dan piket di seluruh Malaysia pada tahun 1967 Tahukah kamu pada zaman itu guru guru perempuan hanya diberi ga...
Imf Menyokong Prakiraan Pertumbuhan Kdnk Malaysia Pada 2024 Kepada 4 4

Filem Rebel Berontak Untuk Berotak

Yoursay Don T Let Little Napoleons Hold Nation To Ransom

Europe S War Jitters

Anak Ketua Polis Daerah Maut Tertembak Pistol Bapa Sendiri

Four Cylinder Fury A Honda Hornet Caf Racer From France

Menu Cadangan Hidangan Rumah Terbuka Hari Raya

Sustainable Weekend Villa By Kanopea Architecture Studio And T3 Architects In Vietnam



Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online


Ikan Selar Kuning Berlado

How To Get Rid Of Iron In Well Water

Setiap Penyakit Pasti Ada Obatnya

Mahathir Sepatutnya Hadapi Sprm Seperti Anak Jantan

Blogger Atau Youtuber Lagi Best

Nostalgia On Demand Preloaded Consoles For Your Instant Gaming Fix