Maggi Kpm Mulakan Pencarian Chef Muda Berbakat Ke 23 Bagi Tahun 2019


Hi Korang,

Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI® (MSSCC) kembali buat tahun ke-23 berturut-turut! Sebagai satu inisiatif bersama MAGGI® dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), MSSCC tahun ini akan mempertingkatkan mutu pertandingan dengan menerapkan cabaran baharu bertujuan memberi inspirasi kepada pelajar bagi memupuk Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).


Acara MSSCC tahun 2019 telah dilancarkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Presint 11 dan dirasmikan oleh Encik Suhaimi Sun bin Abdullah, Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Sukan dan Seni, Kementerian Pendidikan Malaysia.


Dengan tema ‘Anda dan MAGGI®. - Membawa kesan positif kepada masakan harian’, MSSCC 2019 juga menawarkan satu platform persaingan untuk chef muda memperlihatkan kemahiran memasak mereka dalam mencipta sajian masakan rumah. Di samping itu, MSSCC juga menyemai minat memasak dalam kalangan pelajar di Malaysia. Menerusi pengalaman tahun lalu, MSSCC 2019 akan memperlihatkan struktur pertandingan serta elemen baru yang akan dipertingkatkan.


Menurut Cik Kimberly Oh, Pengurus Pemasaran MAGGI®, “Kami teruja kerana dapat memberi peluang sekali lagi kepada anak-anak muda Malaysia untuk menunjukkan kepakaran kulinari mereka menerusi MSSCC! Berbeza dengan tahun sebelumnya di mana pelajar akan mencipta sajian berdasarkan resipi sedia ada, pertandingan tahun ini menampilkan Cabaran Masakan Kreatif yang memerlukan pelajar untuk memanfaatkan kreativiti dan kemahiran menyelesaikan masalah mereka dari permulaan pertandingan. Para pelajar akan diberi bahan mentah rahsia yang memerlukan mereka menggunakan kreativiti serta kemahiran untuk mempersembahkan idea hidangan mereka. Terdapat juga penekanan yang lebih besar iaitu persembahan serta kemahiran berkomunikasi yang para pelajar perlu mempersembahkan resipi sajian yang telah mereka hasilkan.” 
“Kami sentiasa berusaha untuk memupuk kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat menerusi pemakanan yang sewajarnya. Ini selaras dengan matlamat jenama kami untuk mencipta detik-detik bahagia untuk individu dan keluarga menerusi makanan yang enak,” tambah beliau. 
Encik Suhaimi Sun bin Abdullah, Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Sukan dan Seni, Kementerian Pendidikan Malaysia berkata, “Kami mengalu-alukan kerjasama daripada pihak lain, terutama sekali sektor swasta untuk bersama-sama melahirkan generasi rakyat Malaysia yang lebih sihat. Kami gembira kerana dapat meneruskan kerjasama yang sekian lama terjalin dengan MAGGI® untuk memupuk tabiat makan yang sihat dalam kalangan pelajar kita.” 



“Kami yakin bahawa elemen baharu dan menarik ini menggalakkan pelajar kita untuk memperlihatkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan menyediakan platform yang kukuh untuk membolehkan mereka mengembangkan keupayaan mereka,” ujar Encik Zainal. 
Bagi Cabaran Memasak Kreatif yang akan berlangsung di kedua-dua peringkat negeri dan kebangsaan, para peserta diberikan pelbagai bahan ramuan masakan. Langkah ini bertujuan untuk mencabar kreativiti dan kemahiran memasak dalam kalangan chef muda ini. Chef-chef muda perlu menentukan sajian masakan mereka dengan bahan berdasarkan kreativiti mereka.


Pertandingan tahun ini akan memperkenalkan satu kaedah baharu dalam aspek pengadilan dan pemberian markah di mana para pelajar akan dinilai berdasarkan kemahiran kulinari dan kemahiran teknikal seperti penyajian makanan, persembahan makanan, kaedah masakan serta khasiat nutrisi sajian. Pelajar juga diberi peluang untuk mempersembahkan konsep disebalik sajian yang akan dihidangkan kepada panel pengadil dan penonton sekaligus menyemaikan minat memasak melalui persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan. 
MAGGI® telah melancarkan program MSSCC pada 1997 dengan matlamat untuk memupuk minat memasak dalam kalangan anak muda Malaysia dan menggalakkan amalan pemakanan yang sihat dan tabiat memasak yang baik. Setakat ini, lebih 10,000 sekolah serta 340,000 pelajar telah mengambil bahagian dalam acara ini dan mendapat pengetahuan dan kemahiran berkenaan makanan, nutrisi dan pemakanan sihat.


Semasa upacara pelancaran, tetamu jemputan telah menyertai pelbagai aktiviti, termasuk paparan interaktif Kementerian Kesihatan Malaysia seperti Suku suku Separuh, 5 Warna Sehari dan Piramid Makanan Malaysia. Menerusi permainan dan aktiviti ini, peserta berpeluang untuk memperlihatkan kemahiran mereka sambil belajar tentang pentingnya pemakanan yang sihat dan diet yang seimbang.


Kitaorang wakil media juga diberi peluang untuk menguji kreativiti mereka dengan dua cabaran menyelesaikan masalah yang berlainan, ‘KREATIF Cooking’ dan ‘KREATIF Setting’. 
Untuk maklumat lanjut tentang MSSCC, sila layari laman web https://www.maggi.com.my/bm/msscc-2019






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ciklilyputih.com/2019/03/maggi-kpm-mulakan-pencarian-chef-muda.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Maggi Dan Kpm Mulakan Pencarian Chef Muda Berbakat Melancarkan Pertandingan Memasak Sekolah Menengah Maggi Ke 23

Maggi Dan Kpm Mulakan Pencarian Chef Muda Berbakat Melancarkan Pertandingan Memasak Sekolah Menengah Maggi Ke 23

papar berkaitan - pada 23/3/2019 - jumlah : 382 hits
MAGGI Dan KPM Mulakan Pencarian Chef Muda Berbakat Melancarkan Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI Ke 23 Salam semua inisiatif yang bagus dari MAGGI dan KPM untuk mencari chef muda berbakat Siapa tahu kan di antara pelajar pelajar a...
Maggi Kpm Mulakan Pencarian Chef Muda Berbakat

Maggi Kpm Mulakan Pencarian Chef Muda Berbakat

papar berkaitan - pada 21/3/2019 - jumlah : 415 hits
MAGGI KPM Mulakan Pencarian Chef Muda BerbakatLancarkan Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI Ke 23PUTRAJAYA 20 Mac 2019 Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI kembali buat tahun ke 23 berturut turut Sebagai satu inisiatif bersam...
Maggi Dan Kpm Memulakan Lancarkan Pencarian Chef Muda Berbakat

Maggi Dan Kpm Memulakan Lancarkan Pencarian Chef Muda Berbakat

papar berkaitan - pada 25/3/2019 - jumlah : 286 hits
PUTRAJAYA 20 Mac 2019 Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI kembali buat tahun ke 23 berturut turut Sebagai satu inisiatif bersama MAGGI dan Kementerian Pendidikan Malaysia MSSCC tahun ini akan mempertingkatkan mutu pertandingan denga...
Pertandingan Memasak Sekolah Menengah Maggi Ke 23 Dilancar Bagi Pencarian Chef Muda Berbakat

Pertandingan Memasak Sekolah Menengah Maggi Ke 23 Dilancar Bagi Pencarian Chef Muda Berbakat

papar berkaitan - pada 24/3/2019 - jumlah : 506 hits
Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI kembali buat tahun ke 23 berturut turut Sebagai satu inisiatif bersama MAGGI dan Kementerian Pendidikan Malaysia MSSCC tahun ini akan mempertingkatkan mutu pertandingan dengan menerapkan cabaran b...
Webinar Kpm Tahun 2019

Webinar Kpm Tahun 2019

papar berkaitan - pada 19/3/2019 - jumlah : 378 hits
WEBINAR KPM Tahun 2019 Agak menarik kaedah baharu Pembelajaran Kendiri yang diperkenalkan ini Lebih mudah akses dan capaian dalam menambahkan ilmu Memang terbaeekkk Pastikan anda mempunyai capaian internet yang baik sebab medium utama platf...
Permohonan Tingkatan 6 Tahfiz Di Pusat Tingkatan 6 Kpm Ambilan Tahun 2019

Permohonan Tingkatan 6 Tahfiz Di Pusat Tingkatan 6 Kpm Ambilan Tahun 2019

papar berkaitan - pada 16/3/2019 - jumlah : 640 hits
Permohonan Tingkatan 6 Tahfiz di Pusat Tingkatan 6 KPM Ambilan Tahun 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia mempelawa Murid Lepasan Tingkatan Lima Tahun 2018 yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia seluruh negara untuk memohon mengikuti Tingk...
Sponsori Iam Mbtech 2019 Daihatsu Ingin Lebih Dekat Dengan Pasar Anak Muda

Sponsori Iam Mbtech 2019 Daihatsu Ingin Lebih Dekat Dengan Pasar Anak Muda

papar berkaitan - pada 13/3/2019 - jumlah : 343 hits
Daihatsu Indonesia kembali menempel pameran modifikasi mobil Indonesia Automodified MBtech 2019 yang berlangsung di 14 kota di Indonesia mulai Maret ini Ini kali ke 6 Daihatsu Indonesia mendukung IAM sejak 2014 silam
Kaukus Muda Ppp Optimis Kasus Romahurmuziy Tak Bikin Jeblok Suara Di Pemilu 2019

Kaukus Muda Ppp Optimis Kasus Romahurmuziy Tak Bikin Jeblok Suara Di Pemilu 2019

papar berkaitan - pada 22/3/2019 - jumlah : 295 hits
Kaukus Muda Partai Persatuan Pembangunan yakin kasus yang menimpa mantan Ketua Umum Romahurmuziy atau Rommy tak membuat jeblok perolehan suara partai berlambang kabah dalam Pemilu 2019 Mereka optimis partainya akan lolos parlementary thresh...
5 Fakta Baru Seputar Penerimaan Cpns 2019 Rekrutmen Dilaksanakan Akhir Tahun

5 Fakta Baru Seputar Penerimaan Cpns 2019 Rekrutmen Dilaksanakan Akhir Tahun

papar berkaitan - pada 29/3/2019 - jumlah : 351 hits
Pemerintah akan kembali membuka seleksi penerimaan Calon Pegawai Negeri Sipil Tahun 2019 Pengumuman resmi seleksi CPNS 2019 rencananya bakal dikeluarkan pada triwulan III tahun ini Dikabarkan perekrutan abdi negara pada tahun ini pun akan d...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Trump Revives Probe Over Digital Taxes


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti