Pencemaran Sisa Kimia Kpm Tutup 21 Buah Sekolah Lagi


SEBANYAK 34 sekolah sekitar Pasir Gudang, Johor, diarah tutup serta merta berikutan pencemaran sisa kimia di Sungai Kim Kim sejak Khamis lalu.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, ketika ini Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri membabitkan Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian sedang bersidang bersama agensi berkaitan termasuk Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Majlis Keselamatan Negeri.
“Semalam saya sendiri melawat Pasir Gudang dan meluangkan masa hampir separuh hari menziarah mangsa di Hospital Sultan Ismail (HSI). Selain itu, saya singgah ke Bilik Gerakan Bencana di Dewan Taman Pasir Putih, di sana saya saksikan sendiri lebih 50 pelajar dihantar oleh ambulans tanpa henti dari sekolah berdekatan kerana sesak nafas dan mengalami simptom yang sama dengan mangsa sebelum ini.

“Selepas melihat situasi semakin meruncing saya mengarahkan semua sekolah dalam radius 3 kilometer ditutup serta-merta dan arahan ini membabitkan 11 sekolah secara keseluruhan.

“Malangnya, hari ini saya dimaklumkan keadaan semakin kritikal. Untuk mengelak perkara yang tidak diingini menimpa murid, pelajar dan warga sekolah, saya mengarahkan sebanyak 34 sekolah di sekitar Pasir Gudang ditutup serta-merta pada hari ini dan guru tidak perlu bertugas kerana keadaan masih bahaya,” katanya dalam satu kenyataan di laman facebooknya, hari ini.
Beliau menegaskan, sejak kes berlaku pada 7 Mac lalu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bekerjasama erat dengan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim untuk memastikan keselamatan murid, guru dan pekerja sekolah menjadi keutamaan.

“KPM memandang serius isu ini memandangkan ia membabitkan risiko nyawa murid, guru dan pekerja sekolah serta menggesa penjenayah yang melakukan kesalahan berat ini dibawa ke muka pengadilan dengan segera,” katanya.

SENARAI SEKOLAH DIARAHKAN TUTUP PADA 13 MAC 2019

--------------------------------------------------

1. SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PASIR PUTIH

2. SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN PASIR PUTIH

3. SEKOLAH KEBANGSAAN PASIR PUTIH

4. SEKOLAH KEBANGSAAN TANJUNG PUTERI RESORT

5. SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TANJUNG PUTERI RESORT

6. SEKOLAH KEBANGSAAN KOTA MASAI 2

7. SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KOTA MASAI 2

8. SEKOLAH KEBANGSAAN KOTA MASAI 3

9. SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KOTA MASAI

10. SEKOLAH KEBANGSAAN KOTA MASAI

11. SEKOLAH KEBANGSAAN PERIGI ACHEH

12. SEKOLAH AGAMA KAMPUNG PASIR PUTIH*

13. SEKOLAH AGAMA TAMAN PASIR PUTIH*

14. SEKOLAH KEBANGSAAN SCIENTEX

15. SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN MAWAR

16. SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN NUSA DAMAI

17. SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN RINTING 1

18. SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN CENDANA

19. SEKOLAH SENI MALAYSIA

20. SEKOLAH MENENGAH SCIENTEX

21. SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN BUKIT DAHLIA

22. SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PASIR GUDANG 4

23. SEKOLAH KEBANGSAAN NUSA DAMAI

24. SEKOLAH KEBANGSAAN KOPOK

25. SEKOLAH KEBANGSAAN CAHAYA MASAI

26. SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN CENDANA

27. SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN RINTING 2

28. SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN RINTING 3

29. SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PASIR GUDANG 2

30. SEKOLAH MENENGAH DATO’ PENGGAWA TIMUR

31. SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PASIR GUDANG 3

32. SEKOLAH KEBANGSAAN MASAI

33. SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL PASIR GUDANG

34. SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PASIR GUDANG 4

*SEKOLAH AGAMA KAMPUNG PASIR PUTIH dan SEKOLAH AGAMA TAMAN PASIR PUTIH adalah sekolah di bawah Kerajaan Negeri Johor

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.cikgushare.com/2019/03/pencemaran-sisa-kimia-kpm-tutup-21-buah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
506 Mangsa Dirawat 43 Sekolah Tutup Akibat Pencemaran Kimia Beracun

506 Mangsa Dirawat 43 Sekolah Tutup Akibat Pencemaran Kimia Beracun

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 516 hits
MALAYSIAKINI Sejumlah 506 orang dirawat dengan sembilan daripadanya di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultan Ismail manakala 43 buah sekolah di Pasir Gudang diarah tutup hari ini ekoran pencemaran toksik akibat pembuangan bahan kimia di Sungai ...
Isu Pencemaran Kpm Arahkan 34 Sekolah Tutup Serta Merta

Isu Pencemaran Kpm Arahkan 34 Sekolah Tutup Serta Merta

papar berkaitan - pada 13/3/2019 - jumlah : 269 hits
PUTRAJAYA Sebanyak 34 sekolah di sekitar Pasir Gudang Johor diarah ditutup serta merta bermula hari ini sehingga ke satu tarikh yang diberitahu kelak susulan kejadian pembuangan sisa bahan kimia ke dalam Sungai Kim Kim pada Khamis lalu Ment...
Pencemaran Bahan Kimia Lima Lagi Sekolah Ditutup Serta Merta

Pencemaran Bahan Kimia Lima Lagi Sekolah Ditutup Serta Merta

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 288 hits
Astro Awani Kesemua mangsa dibawa ke Dewan Komuniti Pasir Putih untuk menerima rawatan Gambar fail PASIR GUDANG Lagi lima buah sekolah diarah tutup pagi ini susulan terdapat pelajar yang mengalami simptom loya muntah muntah dan pening diper...
Sungguh Pilu Ini 10 Kronologi Trajedi Pencemaran Sisa Buangan Bahan Kimia Pasir Gudang

Sungguh Pilu Ini 10 Kronologi Trajedi Pencemaran Sisa Buangan Bahan Kimia Pasir Gudang

papar berkaitan - pada 13/3/2019 - jumlah : 477 hits
Berikut adalah kronologi kejadian pencemaran sisa bahan kimia yang menyebabkan sehingga kini 13 buah sekolah di sekitar Pasir Gudang ditutup dipercayai susulan pembuangan sisa toksik di Sungai Kim Kim Khamis lalu 7 Mac Khamis Pihak pengurus...
Pencemaran Makin Teruk Tutup Semua Sekolah P Gudang Beerjaga Jaga

Pencemaran Makin Teruk Tutup Semua Sekolah P Gudang Beerjaga Jaga

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 543 hits
PASIR GUDANG Semakin teruk Itulah gambaran yang dapat diberikan berikutan isu pencemaran udara akibat sisa pembuangan bahan kimia oleh pihak tidak bertanggungjawab di Sungai Kim Kim di sini Menteri Pendidikan dalam kenyataan pada jam 10 30 ...
Pencemaran 506 Mangsa Sisa Kimia Direkodkan Hari Ini

Pencemaran 506 Mangsa Sisa Kimia Direkodkan Hari Ini

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 270 hits
13 Mac 2019 9 38 PM JOHOR BAHRU Seramai 506 orang mangsa direkodkan hari ini sahaja berikutan pencemaran ekoran pembuangan sisa kimia yang dibuang di Sungai Kim Kim dekat Pasir Khamis
Kesemua 111 Buah Sekolah Di Pasir Gudang Diarah Tutup Serta Merta Tiada Darurat

Kesemua 111 Buah Sekolah Di Pasir Gudang Diarah Tutup Serta Merta Tiada Darurat

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 725 hits
Kesemua 111 sekolah di daerah Pasir Gudang Johor diarah tutup serta merta hari ini sehingga ke satu tarikh akan diumumkan kelak kata Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik Maszlee dalam satu kenyataan malam ini berkata keputusan itu dibuat ber...
Insiden Pencemaran Sisa Kimia Sultan Johor Mahu J Kuasa Khas Ditubuh

Insiden Pencemaran Sisa Kimia Sultan Johor Mahu J Kuasa Khas Ditubuh

papar berkaitan - pada 15/3/2019 - jumlah : 338 hits
THE MALAYSIAN TIMES JOHOR BAHRU Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar mahu Menteri Besar Datuk Osman Sapian menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi mengenalpasti beberapa perkara dalam menangani isu pencemaran sisa kimia Menur...
Bee Yin Bertindak Pantas Suspek Pencemaran Sisa Kimia Didakwa Hari Ini

Bee Yin Bertindak Pantas Suspek Pencemaran Sisa Kimia Didakwa Hari Ini

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 283 hits
Pada 14 Mac 2019oleh PentadbirMenteri Tenaga Sains Teknologi Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeo Bee Yin mengambil tindakan pantas menangani kes pembuangan sisa kimia berbahaya secara haram di Sungai Kim Kim Pasir Gudang Dalam sidang media...
Jenis Pelaburan Terbaik Di Malaysia

Kenaikkan Harga Hotel Bajet Bakal Jejaskan Industri Pelancongan Negara

Datin Thalia Terkilan Dengan Sikap Buruk Pembantu Rumahnya

Honor Lancar Empat Peranti Baharu Honor Pad 9 5g Honor X7b 5g Honor Magicbook X 16 Honor Band 9

Either You Are For The Working Class Or Against It Anwar You Can T Both Run With The Foxes And Hunt With The Hounds

Pm Political Stability Making Malaysia Valued Investment Destination

Persatuan Hotel Bajet Sarankan Penggunaan Pekerja Asing Untuk Industri Perhotelan

Kkb Polls Respect Mca S Decision To Boycott Campaign



8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Dan Umur Adik Tantari Penyanyi Lagu Viral Rindu Hatiku Rindu Pesilat Cilik


Time Crunched Car Care How Mobile Washes Save The Day

Semakin Ramai Kanak Kanak Masuk Hospital Akibat Vape E Rokok

Home Detention Najib Keputusan Lembaga Pengampunan Atau Bukan

Mainkan Peranan Anda Dan Gunakan Semangat Pasukan Untuk Menaikkan Piala Thomas

Tiga Lelaki Bakar Anak Kucing Diburu Polis

Prk Kkb Ini Soal Maruah Mca Wee Tetap Pendirian Tak Bantu Kempen