Pertandingan Memasak Sekolah Menengah Maggi Ke 23 Dilancar Bagi Pencarian Chef Muda Berbakat



Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI® (MSSCC) kembali buat tahun ke-23 berturut-turut! Sebagai satu inisiatif bersama MAGGI® dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), MSSCC tahun ini akan mempertingkatkan mutu pertandingan dengan menerapkan cabaran baharu bertujuan memberi inspirasi kepada pelajar bagi memupuk Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Acara MSSCC tahun 2019 telah dilancarkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Presint 11 dan dirasmikan oleh Encik Suhaimi Sun bin Abdullah, Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Sukan dan Seni, Kementerian Pendidikan Malaysia




Dengan tema ‘Anda dan MAGGI®. - Membawa kesan positif kepada masakan harian’, MSSCC 2019 juga menawarkan satu platform persaingan untuk chef muda memperlihatkan kemahiran memasak mereka dalam mencipta sajian masakan rumah. Di samping itu, MSSCC juga menyemai minat memasak dalam kalangan pelajar di Malaysia. Menerusi pengalaman tahun lalu, MSSCC 2019 akan memperlihatkan struktur pertandingan serta elemen baru yang akan dipertingkatkan. 

Menurut Cik Kimberly Oh, Pengurus Pemasaran MAGGI®, “Kami teruja kerana dapat memberi peluang sekali lagi kepada anak-anak muda Malaysia untuk menunjukkan kepakaran kulinari mereka menerusi MSSCC! Berbeza dengan tahun sebelumnya di mana pelajar akan mencipta sajian berdasarkan resipi sedia ada, pertandingan tahun ini menampilkan Cabaran Masakan Kreatif yang memerlukan pelajar untuk memanfaatkan kreativiti dan kemahiran menyelesaikan masalah mereka dari permulaan pertandingan. Para pelajar akan diberi bahan mentah rahsia yang memerlukan mereka menggunakan kreativiti serta kemahiran untuk mempersembahkan idea hidangan mereka. Terdapat juga penekanan yang lebih besar iaitu persembahan serta kemahiran berkomunikasi yang para pelajar perlu mempersembahkan resipi sajian yang telah mereka hasilkan.”



“Kami sentiasa berusaha untuk memupuk kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat menerusi pemakanan yang sewajarnya. Ini selaras dengan matlamat jenama kami untuk mencipta detik-detik bahagia untuk individu dan keluarga menerusi makanan yang enak,” tambah beliau


Encik Suhaimi Sun bin Abdullah, Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Sukan dan Seni, Kementerian Pendidikan Malaysia berkata, “Kami mengalu-alukan kerjasama daripada pihak lain, terutama sekali sektor swasta untuk bersama-sama melahirkan generasi rakyat Malaysia yang lebih sihat. Kami gembira kerana dapat meneruskan kerjasama yang sekian lama terjalin dengan MAGGI® untuk memupuk tabiat makan yang sihat dalam kalangan pelajar kita.”

“Kami yakin bahawa elemen baharu dan menarik ini menggalakkan pelajar kita untuk memperlihatkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan menyediakan platform yang kukuh untuk membolehkan mereka mengembangkan keupayaan mereka,” ujar Encik Zainal. 

Bagi Cabaran Memasak Kreatif yang akan berlangsung di kedua-dua peringkat negeri dan kebangsaan, para peserta diberikan pelbagai bahan ramuan masakan. Langkah ini bertujuan untuk mencabar kreativiti dan kemahiran memasak dalam kalangan chef muda ini. Chef-chef muda perlu menentukan sajian masakan mereka dengan bahan berdasarkan kreativiti mereka




Pertandingan tahun ini akan memperkenalkan satu kaedah baharu dalam aspek pengadilan dan pemberian markah di mana para pelajar akan dinilai berdasarkan kemahiran kulinari dan kemahiran teknikal seperti penyajian makanan, persembahan makanan, kaedah masakan serta khasiat nutrisi sajian. Pelajar juga diberi peluang untuk mempersembahkan konsep disebalik sajian yang akan dihidangkan kepada panel pengadil dan penonton sekaligus menyemaikan minat memasak melalui persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan.  

MAGGI® telah melancarkan program MSSCC pada 1997 dengan matlamat untuk memupuk minat memasak dalam kalangan anak muda Malaysia dan menggalakkan amalan pemakanan yang sihat dan tabiat memasak yang baik. Setakat ini, lebih 10,000 sekolah serta 340,000 pelajar telah mengambil bahagian dalam acara ini dan mendapat pengetahuan dan kemahiran berkenaan makanan, nutrisi dan pemakanan sihat


Semasa upacara pelancaran, tetamu jemputan telah menyertai pelbagai aktiviti, termasuk paparan interaktif Kementerian Kesihatan Malaysia seperti Suku suku Separuh, 5 Warna Sehari dan Piramid Makanan Malaysia. Menerusi permainan dan aktiviti ini, peserta berpeluang untuk memperlihatkan kemahiran mereka sambil belajar tentang pentingnya pemakanan yang sihat dan diet yang seimbang. Wakil-wakil media juga diberi peluang untuk menguji kreativiti mereka dengan dua cabaran menyelesaikan masalah yang berlainan, ‘KREATIF Cooking’ dan ‘KREATIF Setting’




Untuk maklumat lanjut tentang MSSCC, sila layari https://www.maggi.com.my/bm/msscc-2019


Mengenai Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI®
Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI® diperkenalkan pada tahun 1997 dengan matlamat untuk memupuk minat memasak dalam kalangan pelajar sekolah menengah sambil meningkatkan kesedaran terhadap pentingnya makanan yang berkhasiat dan diet yang seimbang. 

Projek ini adalah kerjasama antara MAGGI®, Kementerian Pendidikan, guru Ekonomi Rumah Tangga, Unit Teknikal dan Vokasional Negeri, dan Unit Kokurikulum Jabatan Pendidikan Negeri.  

Lebih 340,000 pelajar telah menyertai Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI® sejak acara tersebut dimulakan. Format yang menarik dan mencabar terus menarik penyertaan tahun demi tahun


Mengenai Nestlé Malaysia
Nestlé merupakan pengeluar makanan dan minuman terbesar di dunia. Beribu pejabat di Switzerland, Nestlé beroperasi di 189 buah negara di seluruh dunia, dan seramai 328,000 orang kakitangan komited terhadap matlamat Nestlé, iaitu untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan serta memainkan peranan untuk membina masa depan yang lebih sihat. Prestasi Nestlé dipacu oleh strategi Pemakanan, Kesihatan dan Kesejahteraan.  Menjana khasiat rakyat Malaysia sejak 1912, Nestlé telah meraih kepercayaan para pengguna menerusi jenama dan produk yang bermutu tinggi. Nestlé juga komited untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan masyarakat di mana mereka beroperasi, sambil mengekalkan kecemerlangan dan ketelusan produk Halal. Ini sejajar dengan janji Nestlé untuk menawarkan GOOD FOOD, GOOD LIFE kepada semua. Untuk ketahui lebih lanjut tentang usaha Nestlé menjana khasiat rakyat Malaysia melebihi seabad, sila layari www.nestle.com.my atau kunjungi laman Facebook di http://www.facebook.com/NestleMalaysia



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.nurzariniismail.com/2019/03/pertandingan-memasak-sekolah-menengah-maggi-ke-23-dilancar-bagi-pencarian-chef-muda-berbakat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Maggi Dan Kpm Mulakan Pencarian Chef Muda Berbakat Melancarkan Pertandingan Memasak Sekolah Menengah Maggi Ke 23

Maggi Dan Kpm Mulakan Pencarian Chef Muda Berbakat Melancarkan Pertandingan Memasak Sekolah Menengah Maggi Ke 23

papar berkaitan - pada 23/3/2019 - jumlah : 367 hits
MAGGI Dan KPM Mulakan Pencarian Chef Muda Berbakat Melancarkan Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI Ke 23 Salam semua inisiatif yang bagus dari MAGGI dan KPM untuk mencari chef muda berbakat Siapa tahu kan di antara pelajar pelajar a...
Maggi Dan Kpm Memulakan Lancarkan Pencarian Chef Muda Berbakat

Maggi Dan Kpm Memulakan Lancarkan Pencarian Chef Muda Berbakat

papar berkaitan - pada 25/3/2019 - jumlah : 271 hits
PUTRAJAYA 20 Mac 2019 Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI kembali buat tahun ke 23 berturut turut Sebagai satu inisiatif bersama MAGGI dan Kementerian Pendidikan Malaysia MSSCC tahun ini akan mempertingkatkan mutu pertandingan denga...
Maggi Kpm Mulakan Pencarian Chef Muda Berbakat Ke 23 Bagi Tahun 2019

Maggi Kpm Mulakan Pencarian Chef Muda Berbakat Ke 23 Bagi Tahun 2019

papar berkaitan - pada 25/3/2019 - jumlah : 416 hits
Hi Korang Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI kembali buat tahun ke 23 berturut turut Sebagai satu inisiatif bersama MAGGI dan Kementerian Pendidikan Malaysia MSSCC tahun ini akan mempertingkatkan mutu pertandingan dengan menerapkan...
Maggi Kpm Mulakan Pencarian Chef Muda Berbakat

Maggi Kpm Mulakan Pencarian Chef Muda Berbakat

papar berkaitan - pada 21/3/2019 - jumlah : 395 hits
MAGGI KPM Mulakan Pencarian Chef Muda BerbakatLancarkan Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI Ke 23PUTRAJAYA 20 Mac 2019 Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI kembali buat tahun ke 23 berturut turut Sebagai satu inisiatif bersam...
Pengambilan Guru Dini Dan Guru Tahfiz Secara Interim Di Sekolah Sekolah Menengah Kpm Ambilan 2019

Pengambilan Guru Dini Dan Guru Tahfiz Secara Interim Di Sekolah Sekolah Menengah Kpm Ambilan 2019

papar berkaitan - pada 10/3/2019 - jumlah : 672 hits
Pengambilan Guru Dini dan Guru Tahfiz Secara Interim Di Sekolah Sekolah Menengah KPM Ambilan 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia mempelawa calon yang berkelayakan berpotensi berminat dan beriltizam untuk menjadi Guru Dini dan Guru Tahfiz s...
Kem Jati Diri Murid Sekolah Menengah Peringkat Negeri Selangor 2019

Kem Jati Diri Murid Sekolah Menengah Peringkat Negeri Selangor 2019

papar berkaitan - pada 23/3/2019 - jumlah : 685 hits
AssalamualaikumSahabat sahabat yang dirahmati Allah Alhamdulilah berakhir sudah Program KENDIRI SM Negeri Selangor di KSCC Jeram Selangor yang telah berlangsung selama 3 hari 2 malam pada 19 21 Mac 2019 Peserta pada kali ini terdiri daripad...
Maggi Pedas Giler Perisa Tom Yummz Seafood Berapi Dan Ayam Bakar Mana Lebih Pedas

Maggi Pedas Giler Perisa Tom Yummz Seafood Berapi Dan Ayam Bakar Mana Lebih Pedas

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 877 hits
Tiga Jenis Maggi Pedas Giler Suatu ketika dahulu tersebar di seluruh media sosial mengenai ramen pedas yang mampu mengubah manusia biasa kepada Hulk adanya Itu konsep yang selalu kita lihat dalam media sosial mengenai Ramen Samyang Sana sin...
Menteri Sangat Yakin Kereta Terbang Yang Moden Dilancar Pada Hujung 2019 Viralhancing

Menteri Sangat Yakin Kereta Terbang Yang Moden Dilancar Pada Hujung 2019 Viralhancing

papar berkaitan - pada 30/3/2019 - jumlah : 321 hits
LANGKAWI Kerajaan komited untuk terus terbabit dalam teknologi kereta terbang atau kereta aero dan melancarkan prototaip pertamanya seawal akhir tahun ini Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof berkata kerajaan mahu menc...
Kerana Mi Maggi Lelaki Dipenjara 9 Bulan

Kerana Mi Maggi Lelaki Dipenjara 9 Bulan

papar berkaitan - pada 17/3/2019 - jumlah : 329 hits
Padah menggugut mahu mencederakan ibunya sendiri seorang lelaki dijatuhkan hukuman penjara selama sembilan bulan oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu Majistret Abdul Hayyi Salim menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh Mohd Shaiful Hazr...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Worldcoin Dan Ai


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Tu Kata Pembangkang Mereka Tidak Tahu Mereka Tidak Cerdik

Buasir Otak Tv Buasir Otak The Muzik Palsu

Enam Bulan Tanpa Gaji Hafiz Mahamad Aina Utamakan Pekerja Lebih Dari Diri Sendiri

Jangan Tertipu Dengan Mekanik Bengkel Kereta

Ciri Ciri Kad Pengenalan Baru

Yaph Jiwa Gundah