Luckin Coffee Malaysia Kini Secara Rasmi Disahkan Halal Menawarkan Pengalaman Kopi Yang Lebih Dipercayai


Di Malaysia, status Halal bukan sekadar suatu label, malah telah diiktiraf secara meluas sebagai penanda aras kualiti dan kepercayaan. Sejajar dengan aspirasi negara untuk mewujudkan persekitaran yang kukuh berlandaskan piawaian Halal, Luckin Coffee Malaysia, jenama kopi antarabangsa terkemuka, dengan bangganya mengumumkan perolehan Pensijilan Halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk dua cawangannya di Sunway Velocity 2 dan AEON Maluri. Pencapaian penting ini menandakan komitmen teguh jenama tersebut dalam menyajikan minuman berkualiti tinggi yang mematuhi piawaian Halal kepada semua rakyat Malaysia, sekaligus menghormati nilai serta prinsip yang sentiasa dijunjung tinggi di negara ini



“Kami amat berbangga untuk memaklumkan bahawa LUCKIN COFFEE kini secara rasmi diperakui Halal. Ini merupakan komitmen kami bagi memastikan setiap pelanggan dapat menikmati LUCKIN COFFEE dengan kepercayaan. Dengan pensijilan ini, kami memperkukuhkan hubungan kami dengan komuniti dan mengulangi janji kami untuk menyampaikan kualiti yang boleh dipercayai kepada seluruh rakyat Malaysia,” kata Dr. Jeff Lim, Ketua Pegawai Eksekutif Luckin Coffee Malaysia

Luckin Coffee Malaysia: Jenama Global, Semangat Tempatan, Piawaian Halal Sejak memasuki pasaran Malaysia pada Januari 2025, LUCKIN COFFEE memberi tumpuan kepada pengalaman runcit tanpa gangguan yang dipacu teknologi, serta menawarkan kemudahan, inovasi dan nilai mampu milik kepada pelanggan



“Sebagai jenama yang dikendalikan dengan bangga oleh rakyat Malaysia, kami mengambil piawaian Halal dengan amat serius sebagai sebahagian daripada komitmen kami terhadap pendekatan tempatan. Ia bukan sekadar memberi jaminan kepada komuniti, tetapi juga membina pilihan yang lebih selamat, diyakini dan penuh keyakinan untuk semua rakyat Malaysia. Dengan pendirian tegas ini, kami berhasrat untuk mengukuhkan lagi kehadiran LUCKIN COFFEE di Malaysia,” tambah Dr. Jeff Lim



“Bahkan sebelum LUCKIN COFFEE secara rasmi menembusi pasaran Malaysia, memperoleh pensijilan Halal telah menjadi keutamaan utama kami. Kami telah menubuhkan pasukan khas Halal dan jaminan kualiti untuk memastikan pematuhan yang ketat dalam setiap aspek operasi kami. Dari segi pemilihan pembekal dan bahan mentah, amalan premis, sehinggalah kepada cara penyediaan dan penyajian minuman kami. Usaha berterusan ini memainkan peranan ggpenting dalam memastikan proses pensijilan Halal berjalan lancar dan tepat pada masanya,” kata Ahmad Aminurrashid bin Abd Aziz, Pengurus Pematuhan Halal, Luckin Coffee Malaysia



Dengan dorongan daripada pensijilan Halal ini, serta prospek pasaran yang positif dan industri makanan dan minuman yang dinamik, Luckin Coffee berhasrat untuk mempercepatkan pengembangannya di seluruh negara. Perkembangan ini merupakan sebahagian daripada visi jangka panjang jenama untuk memperkukuh gaya hidup kopi berasaskan teknologi di Malaysia. Cawangan tambahan juga akan memperoleh pensijilan Halal secara berperingkat, demi memperluas keterangkuman dan akses kepada pelanggan di seluruh negara



Perayaan Pensijilan Halal: Tawaran Istimewa RM3.99 untuk Semua Minuman di Semua Cawangan Bagi meraikan kejayaan besar ini serta mengajak pengguna berkongsi keterujaan terhadap pencapaian penting tersebut, Luckin Coffee memperkenalkan tawaran istimewa RM3.99 untuk semua minuman pada 30 - 31 Oktober 2025. Tawaran ini adalah sebagai tanda penghargaan kepada para peminat LUCKIN COFFE atas sokongan mereka dalam perjalanan jenama ini di Malaysia. Promosi ini akan berlangsung di semua cawangan di Lembah Klang kecuali di Highlands Hotel, Genting



Melalui sambutan ini, Luckin Coffee sekali lagi menegaskan komitmennya untuk menyampaikan minuman berkualiti tinggi yang boleh dinikmati dengan penuh keyakinan oleh semua rakyat Malaysia

Aplikasi LUCKIN COFFEE kini boleh dimuat turun secara PERCUMA di Apple App Store, Google Play dan Huawei App Gallery. Untuk maklumat lanjut tentang promosi Luckin Coffee, sila ikuti saluran media sosial rasmi di Facebook, Instagram, TikTok dan XiaoHongShu, atau layari aplikasi Luckin Coffee untuk kemas kini terkini










Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mahamahu.com/2025/10/luckin-coffee-malaysia-kini-secara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Luckin Coffee Malaysia Rasmi Terima Sijil Halal Jakim Bukti Kesungguhan Jenama Global Hormati Nilai Tempatan

Luckin Coffee Malaysia Rasmi Terima Sijil Halal Jakim Bukti Kesungguhan Jenama Global Hormati Nilai Tempatan

papar berkaitan - pada 24/10/2025 - jumlah : 318 hits
Kuala Lumpur 23 Oktober 2025 Khabar gembira buat peminat kopi di Malaysia Jenama kopi antarabangsa Luckin Coffee Malaysia kini secara rasmi disahkan Halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia bagi dua cawangannya di Sunway Velocity 2 dan AE...
Luckin Coffee Malaysia Is Now Officially Halal Certified Offering More Trusted Coffee Experience

Luckin Coffee Malaysia Is Now Officially Halal Certified Offering More Trusted Coffee Experience

papar berkaitan - pada 25/10/2025 - jumlah : 288 hits
Upholding halal standards with the utmost integrity for all consumers in Malaysia In Malaysia Halal is widely recognised as a benchmark of quality and trust not merely a niche label Aligning with the nation s ambition to shape a more truste...
Peniaga E Dagang Malaysia Mahu Logistik Lebih Cekap Dan Sokongan Peniaga Tempatan Bagi Menjana Pertumbuhan

Peniaga E Dagang Malaysia Mahu Logistik Lebih Cekap Dan Sokongan Peniaga Tempatan Bagi Menjana Pertumbuhan

papar berkaitan - pada 3/11/2025 - jumlah : 188 hits
Peniaga E Dagang Malaysia Mahu Logistik Lebih Cekap Dan Sokongan Peniaga Tempatan Bagi Menjana Pertumbuhan Peniaga e dagang di Malaysia menyeru agar sokongan platform diperkuat peraturan diperjelas serta penggunaan alatan digital dipertingk...
1 711 Produk Eksport Malaysia Ke As Akan Nikmati Tarif Lebih Rendah Tengku Zafrul

1 711 Produk Eksport Malaysia Ke As Akan Nikmati Tarif Lebih Rendah Tengku Zafrul

papar berkaitan - pada 27/10/2025 - jumlah : 323 hits
1 711 Produk Eksport Malaysia Ke AS Akan Nikmati Tarif Lebih Rendah Tengku Zafrul KUALA LUMPUR 26 Okt Sehingga 1 711 produk eksport Malaysia ke Amerika Syarikat akan menikmati kadar tarif yang lebih rendah daripada 19 peratus di bawah Perja...
Insiden Sungai Golok Rakyat Malaysia Disahkan Maut

Insiden Sungai Golok Rakyat Malaysia Disahkan Maut

papar berkaitan - pada 2/11/2025 - jumlah : 213 hits
Insiden Sungai Golok Rakyat Malaysia Disahkan Maut KOTA BHARU 2 Nov Seorang lelaki rakyat Malaysia maut ditembak dalam kejadian di sebuah rumah di pekan Sungai Golok Narathiwat Thailand malam tadi Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mama...
Membina Masa Hadapan Yang Lebih Cerah Untuk Komuniti Orang Asli Di Malaysia

Membina Masa Hadapan Yang Lebih Cerah Untuk Komuniti Orang Asli Di Malaysia

papar berkaitan - pada 22/10/2025 - jumlah : 348 hits
Membina Masa Hadapan Yang Lebih Cerah Untuk Komuniti Orang Asli Di Malaysia Rumah yang selamat dan kukuh masih merupakan antara keperluan paling mendesak bagi komuniti Orang Asli di Malaysia Menurut Jabatan Kemajuan Orang Asli sebanyak 89 4...
Liverpool Dipercayai Kini Dalam Krisis

Liverpool Dipercayai Kini Dalam Krisis

papar berkaitan - pada 28/10/2025 - jumlah : 236 hits
Liverpool Dipercayai Kini Dalam Krisis Bekas pemain legenda Liverpool Jamie Carragher menyifatkan pasukan lamanya kini berada dalam krisis selepas tewas empat kali berturut turut dalam saingan Liga Perdana Inggeris Ini termasuk kekalahan te...
Malaysia Lancar Wanita Mywira Accelerator Perkasa Lebih 100 000 Wanita Menjelang 2030

Malaysia Lancar Wanita Mywira Accelerator Perkasa Lebih 100 000 Wanita Menjelang 2030

papar berkaitan - pada 24/10/2025 - jumlah : 224 hits
Malaysia Lancar Wanita MyWira Accelerator Perkasa Lebih 100 000 Wanita Menjelang 2030 KUALA LUMPUR 23 Oktober 2025 Malaysia telah mengambil langkah kehadapan ke arah merapatkan jurang gender dalam tenaga kerja melalui pelancaran Wanita MyWi...
Donald Trump Mendarat Di Malaysia Lawatan Rasmi Menandakan Hubungan Diplomatik Yang Kuat

Donald Trump Mendarat Di Malaysia Lawatan Rasmi Menandakan Hubungan Diplomatik Yang Kuat

papar berkaitan - pada 26/10/2025 - jumlah : 331 hits
Donald Trump telah secara rasmi mendarat di Malaysia pagi tadi dengan menggunakan pesawat Air Force One dan beliau disambut oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim serta beberapa menteri kabinet Suasana sambutan di lapangan terbang ke...
I Simpan Kwsp Syarat Mencarum Kaedah Caruman

Last Supper In 2025 Hello 2026

Brunch Di Rumah Makan Haji Sendot

Serpihan Disyaki Jatuh Dari Angkasa Ditemui Di Pantai Nenasi

Mangsa Lemas Teruja Berkelah Di Pantai Sebelum Tragedi

Sicily Lifestyle A Guide To Trends Cinema And Luxury Tours

Dense Fog Disrupts Flights Across Northern And Eastern India Including New Delhi

Family Gathering Laman Casa Tangkak


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Membaca Banyak Modul Pzem 016 Dan Pzem 017 Dengan Rs485

Brochure Custom Untuk Branding Perniagaan Anda

From Design Drawings To Final Installation A Closer Look At Romtec S Process

Jejak Manusia Purba Di White Sands 23 000 Tahun Yang Lalu

Tekanan Diplomatik Tindakan Kerajaan Lebanon Di Tengah Cabaran Dari As Dan Israel

Neuralink Akan Tingkatkan Pengeluaran Implan Otak Pada Tahun Ini Elon Musk