1 711 Produk Eksport Malaysia Ke As Akan Nikmati Tarif Lebih Rendah Tengku Zafrul


1,711 Produk Eksport Malaysia Ke AS Akan Nikmati Tarif Lebih Rendah – Tengku Zafrul
KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) — Sehingga 1,711 produk eksport Malaysia ke Amerika Syarikat (AS) akan menikmati kadar tarif yang lebih rendah daripada 19 peratus di bawah Perjanjian Perdagangan Timbal Balas yang ditandatangani antara Malaysia dan AS hari ini, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Beliau berkata senarai itu termasuk minyak sawit, getah, koko serta beberapa komponen farmaseutikal dan peralatan aeroangkasa.
“Eksport ini secara keseluruhannya berjumlah kira-kira US$5.2 bilion (US$1 = RM4.221) daripada jumlah eksport kita ke AS, iaitu sebanyak 12 peratus daripada jumlah eksport kita,” katanya pada sidang media di sini hari ini.
Tengku Zafrul berkata kadar tarif yang lebih rendah itu akan berkuat kuasa dalam tempoh 60 hari selepas kedua-dua negara bertukar dokumen sebagai sebahagian daripada proses perundangan. Menurut Kuala Lumpur dan Washington dalam pernyataan bersama hari ini, AS telah mengenal pasti produk daripada senarai dalam Lampiran III Perintah Eksekutif 14346 bertarikh 5 Sept 2025, mengenai Potential Tariff Adjustments for Aligned Partners untuk mendapat kadar tarif timbal balas sifar peratus.
Katanya AS komited untuk mengekalkan tarif timbal balas sebanyak 19 peratus kali pertama digariskan dalam Perintah Eksekutif 14257 bertarikh 2 April 2025, yang telah dipinda, ke atas barangan dari Malaysia.
Ditanya sama ada Malaysia kecewa mengenai perkara itu, Tengku Zafrul berkata: “Tidak, kami tidak kecewa. Malah, kami berpuas hati kerana apa yang ditawarkan sebelum ini kekal untuk Malaysia. Apa yang kami gembira ialah kami tidak perlu ubah mana-mana perkara yang telah dipersetujui sebelum ini.
“Kami juga gembira kerana untuk garis tarif, kita berjaya mendapat lebih daripada apa yang telah dibincangkan sebelum ini,” katanya. Menurut Tengku Zafrul, perjanjian yang dimeterai hari ini mengandungi perkara yang sama seperti yang telah dikongsikan sebelum ini oleh kementerian dan pemeteraian ini menandakan tamatnya rundingan yang dijalankan sebelum ini, menjadikan perjanjian tersebut sebagai rasmi.
“Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, perjanjian ini telah dipersetujui sebelum ini dan ini merupakan perjanjian rasmi yang telah dimuktamadkan secara bertulis.
“Malah, AS telah memberikan akses yang lebih baik berbanding sebelum ini serta beberapa komitmen untuk akses ke pasaran mereka. Oleh itu, apa yang diberikan kepada kita adalah lebih baik daripada apa yang telah dipersetujui secara lisan atau diumumkan sebelum ini,” katanya.
Ditanya sama ada beliau yakin bahawa perjanjian ini merupakan “perjanjian muktamad” tanpa sebarang perubahan, Tengku Zafrul berkata: “Bagi kami, perjanjian adalah perjanjian dan kami berharap ia kekal begitu. Sudah tentu, jika ada perubahan, kami berharap, ia ke arah yang lebih baik.”
Sumber: BERNAMA
The post 1,711 Produk Eksport Malaysia Ke AS Akan Nikmati Tarif Lebih Rendah – Tengku Zafrul appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/10/26/1711-produk-eksport-malaysia-ke-as-akan-nikmati-tarif-lebih-rendah-tengku-zafrul/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Us Malaysia Reciprocal Agreement Fair To Both Sides Says Tengku Zafrul

Us Malaysia Reciprocal Agreement Fair To Both Sides Says Tengku Zafrul

papar berkaitan - pada 15/10/2025 - jumlah : 136 hits
Investment trade and industry minister says the government has consistently prioritised Malaysia s interests throughout negotiations with the US Investment trade and industry minister Tengku Zafrul Aziz expressed concern over several issues...
Kumpulan Bpmb Teraju Lebih Rm9 Bilion Mandat Strategik Belanjawan 2026 Memacu Transformasi Ekonomi Malaysia

Kumpulan Bpmb Teraju Lebih Rm9 Bilion Mandat Strategik Belanjawan 2026 Memacu Transformasi Ekonomi Malaysia

papar berkaitan - pada 13/10/2025 - jumlah : 172 hits
Kumpulan BPMB Teraju Lebih RM9 Bilion Mandat Strategik Belanjawan 2026 Memacu Transformasi Ekonomi Malaysia Kumpulan Bank Pembangunan Malaysia Berhad bersama anak syarikatnya iaitu Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Berhad da...
Tak Suka Isteri Dipandang Rendah Suami Fila Amir Beli Rumah Di Malaysia Pula

Tak Suka Isteri Dipandang Rendah Suami Fila Amir Beli Rumah Di Malaysia Pula

papar berkaitan - pada 15/10/2025 - jumlah : 161 hits
Original Content Tak Suka Isteri Dipandang Rendah Suami Fila Amir Beli Rumah Pertama Personaliti media sosial dan usahawan Fila Amir meluahkan rasa syukur dan gembira apabila akhirnya berjaya memiliki rumah pertama bersama suaminya Adama se...
Luckin Coffee Malaysia Kini Secara Rasmi Disahkan Halal Menawarkan Pengalaman Kopi Yang Lebih Dipercayai

Luckin Coffee Malaysia Kini Secara Rasmi Disahkan Halal Menawarkan Pengalaman Kopi Yang Lebih Dipercayai

papar berkaitan - pada 30/10/2025 - jumlah : 157 hits
Di Malaysia status Halal bukan sekadar suatu label malah telah diiktiraf secara meluas sebagai penanda aras kualiti dan kepercayaan Sejajar dengan aspirasi negara untuk mewujudkan persekitaran yang kukuh berlandaskan piawaian Halal Luckin C...
Membina Masa Hadapan Yang Lebih Cerah Untuk Komuniti Orang Asli Di Malaysia

Membina Masa Hadapan Yang Lebih Cerah Untuk Komuniti Orang Asli Di Malaysia

papar berkaitan - pada 22/10/2025 - jumlah : 188 hits
Membina Masa Hadapan Yang Lebih Cerah Untuk Komuniti Orang Asli Di Malaysia Rumah yang selamat dan kukuh masih merupakan antara keperluan paling mendesak bagi komuniti Orang Asli di Malaysia Menurut Jabatan Kemajuan Orang Asli sebanyak 89 4...
Tengku Hassanal Jadi Kerabat Pahang Pertama Tamat Latihan Kursus Asas Pasukan Khas Tentera Udara Malaysia Tudm

Tengku Hassanal Jadi Kerabat Pahang Pertama Tamat Latihan Kursus Asas Pasukan Khas Tentera Udara Malaysia Tudm

papar berkaitan - pada 26/10/2025 - jumlah : 118 hits
ROMPIN Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah melakar sejarah menjadi kerabat diraja Pahang pertama yang menamatkan latihan Kursus Asas Pasukan Khas Tentera Udara Malaysia hari ini Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatud...
Program Himpunan Hogoh Jelai Dilihat Gagal Jumlah Kehadiran Penyokong Jauh Lebih Rendah Daripada Jangkaan Awal

Program Himpunan Hogoh Jelai Dilihat Gagal Jumlah Kehadiran Penyokong Jauh Lebih Rendah Daripada Jangkaan Awal

papar berkaitan - pada 21/10/2025 - jumlah : 121 hits
KUANTAN Program Himpunan Hogoh Jelai anjuran Perikatan Nasional yang berlangsung di Jalan Betau Cameron Highlands Sungai Koyan Lipis pada Ahad dilihat gagal apabila jumlah kehadiran penyokong jauh lebih rendah daripada jangkaan awal Laporan...
Tariff Exemptions Cover 12 Of Exports To Us Says Tengku Zafrul

Tariff Exemptions Cover 12 Of Exports To Us Says Tengku Zafrul

papar berkaitan - pada 27/10/2025 - jumlah : 115 hits
Key export products covered include palm oil rubber cocoa aerospace equipment and pharmaceuticals Tengku Zafrul Aziz said the reciprocal trade agreement would also benefit Malaysian industries by lowering import tariffs on US goods KUALA LU...
Trump Steals The Show But Pmx Had Close Encounter Of The Beast Kind

Ideas Malaysia Us Trade Pact A Blemish On Asean Chairpersonship

Ngo To File Macc Report Plans March Over Police Inaction In Indira Case

Ruji Who Villagers Puzzled By Pkr S Ex Esscom Chief Pick For Merotai

All Foreign Halal Certification Subject To Malaysian Standards Na Im

Rugi Kalau Tak Minum Air Barli Khasiat Air Barli Yang Luar Biasa Untuk Kesihatan

Vast Forest Fire At Bukit Jelutung Captured In Viral Video

Beyond Oil Palm Sector Finds New Value In Bio Mass And Sustainability


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Did Malaysia Concede Too Much Us Malaysia Trade Agreement Requires Parliamentary Scrutiny

Apam Kampung

Fam Menerajui Kejohanan Futsal B 19 Kebangsaan Memupuk Bakat Muda Negara

Melangkah Ke Keagungan Royal Di Ch Teau De Fontainebleau

Perangkap Makanan Menilai Keselamatan Di Sebalik Kecantikan

Fenomena Beratur Daya Tarikan Minuman Manis Di Mixue Dan Zus