Liverpool Dipercayai Kini Dalam Krisis


Liverpool Dipercayai Kini Dalam Krisis
Bekas pemain legenda Liverpool, Jamie Carragher, menyifatkan pasukan lamanya kini berada dalam krisis selepas tewas empat kali berturut-turut dalam saingan Liga Perdana Inggeris. Ini termasuk kekalahan terbaharu 2-3 kepada Brentford.
Kekalahan itu menambah derita buat skuad kendalian Arne Slot yang sebelum ini turut tumbang kepada Crystal Palace, Chelsea dan Manchester United. Sekali gus, ia menjadikan sembilan gol dibolosi dalam hanya empat perlawanan.
Lebih mengejutkan, semua ini berlaku selepas kelab tersebut membelanjakan sekitar £450 juta (RM2.6 bilion) dalam jendela perpindahan musim panas lalu, lapor Goal.com.
Brentford kejutkan juara bertahan Dalam aksi di London Barat itu, Brentford tampil bertenaga apabila Dango Ouattara, Kevin Schade dan Igor Thiago masing-masing meledak gol untuk memastikan kemenangan bersejarah ke atas juara bertahan.
Walaupun Liverpool sempat merapatkan jurang melalui jaringan Milos Kerkez dan Mohamed Salah, usaha kebangkitan mereka tidak kesampaian.
Kekalahan tersebut meletakkan tekanan besar ke atas Slot, yang sebelum ini membawa Liverpool meraih kejuaraan Liga Perdana buat kali ke-20 pada Mei lalu.
“Mereka dalam krisis.” – Carragher Mengulas prestasi buruk itu di Sky Sports, Carragher tidak berselindung apabila menegaskan bahawa masalah Liverpool bukan sekadar berkaitan prestasi di padang.
“Saya rasa mereka tidak cukup kuat secara fizikal. Untuk sebuah pasukan seperti Brentford atau pasukan yang bergelut di zon penyingkiran, tewas empat kali berturut-turut sudah dianggap bencana. Tapi bila juara bertahan kalah empat kali berturut-turut selepas berbelanja besar pada musim panas, itu tandanya mereka dalam krisis.
“Akan ada banyak persoalan serius, terhadap pemain, kakitangan dan juga pengurus. Dengan jumlah yang telah dibelanjakan, mereka sepatutnya menunjukkan hasil yang lebih baik. Liverpool perlu menilai semula aspek fizikal dan ketinggian pemain mereka kerana sekarang, saya rasa mereka kekurangan kedua-duanya,” kata Carragher.
Slot akui persembahan terburuk Selepas perlawanan, Slot mengakui persembahan anak buahnya kali ini antara yang paling buruk sejak beliau mengambil alih tugas sebagai pengurus.
“Kecewa, sekali lagi. Selepas menang pertengahan minggu lalu, walaupun hanya ada dua hari rehat, kami berharap dapat keputusan yang lebih baik dan juga prestasi yang lebih baik.
“Tapi apa yang ditunjukkan malam ini jauh daripada standard kami. Biasanya walaupun tewas, prestasi kami tetap baik, tapi kali ini tidak,” kata Slot dengan nada kecewa.
Dalam pada itu, Slot mengakui Liverpool perlu memperbaharui corak permainan mereka kerana pasukan-pasukan lawan kini sudah mempunyai strategi berkesan untuk menewaskan mereka.
Masalah di bahagian pertahanan semakin ketara dan beliau perlu merangka semula taktikal pasukan.
“Saya sudah banyak kali katakan, pasukan lawan kini ada gaya tertentu bila menentang kami, dan ia strategi yang sangat berkesan. Kami masih belum jumpa jawapan. Setiap kali bolos awal dalam lima minit pertama, itu menyukarkan lagi keadaan.
“Pasukan lawan sudah tahu cara menghadapi kami. Walaupun bermain buruk, kami masih mampu jaringkan dua gol dan cipta peluang, tapi kami tak mampu bersaing kerana terlalu banyak bolos. Ini bukan semata-mata salah pertahanan, tapi masalah seluruh pasukan,” katanya.
Slot juga menegaskan perubahan besar dalam skuad selepas musim panas menjadi salah satu punca prestasi pasukan terganggu.
Liverpool menandatangani beberapa pemain bintang baharu termasuk Alexander Isak dan Florian Wirtz bagi memperkuat skuad. Namun, mereka masih bergelut menyesuaikan diri dengan sistem Slot.
“Ya, apabila banyak perubahan dibuat pada musim panas, memang tak pelik kalau prestasi pasukan jadi tidak stabil. Tapi saya tidak sangka sampai empat kekalahan berturut-turut.
“Saya tahu akan ada cabaran bila banyak perubahan, tapi empat kekalahan ini sukar diterima. Daripada enam perlawanan terakhir, lima daripadanya pula di tempat lawan, itu pun memberi kesan,” tambahnya.
Minggu penentu buat slot Slot kini berdepan minggu paling penting sejak menjadi pengurus Liverpool. Pasukannya akan kembali ke Anfield pada Rabu ini menentang Crystal Palace dalam saingan Piala Carabao, pasukan yang sudah dua kali menewaskan mereka musim ini.
Selepas itu, Liverpool bakal berdepan dua cabaran sukar dalam liga menentang Aston Villa dan Manchester City. Sekiranya gagal memperbaiki prestasi segera, musim mereka berpotensi runtuh lebih awal daripada dijangka.
BACA: Akademi Bola Sepak FK Sarajevo Kini “Akademi Bolasepak FK Sarajevo – Tunku Mahkota Ismail”
Sumber: Goal.com
The post Liverpool Dipercayai Kini Dalam Krisis appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/10/28/liverpool-dipercayai-kini-dalam-krisis/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Luckin Coffee Malaysia Kini Secara Rasmi Disahkan Halal Menawarkan Pengalaman Kopi Yang Lebih Dipercayai

Luckin Coffee Malaysia Kini Secara Rasmi Disahkan Halal Menawarkan Pengalaman Kopi Yang Lebih Dipercayai

papar berkaitan - pada 30/10/2025 - jumlah : 297 hits
Di Malaysia status Halal bukan sekadar suatu label malah telah diiktiraf secara meluas sebagai penanda aras kualiti dan kepercayaan Sejajar dengan aspirasi negara untuk mewujudkan persekitaran yang kukuh berlandaskan piawaian Halal Luckin C...
Volvo Umum Kemas Kini Untuk Barisan Model Tahun 2026

Volvo Umum Kemas Kini Untuk Barisan Model Tahun 2026

papar berkaitan - pada 21/10/2025 - jumlah : 190 hits
Volvo Umum Kemas Kini Untuk Barisan Model Tahun 2026 Selepas pelancaran rasmi refreshed XC60 dan EC40 variant single motor baru baru ini Volvo Car Malaysia kini mengumumkan kemas kini penuh untuk semua model tahun 2026 Chris Wailes Pengarah...
Ini Senarai Telefon Oneplus Yang Akan Terima Kemas Kini Oxygenos 16

Ini Senarai Telefon Oneplus Yang Akan Terima Kemas Kini Oxygenos 16

papar berkaitan - pada 20/10/2025 - jumlah : 185 hits
OnePlus telah memperkenalkan OxygenOS 16 kemas kini perisian terbaharu berasaskan Android 16 Versi ini menumpukan kepada peningkatan ciri berasaskan AI kelancaran antara muka serta sambungan rentas peranti yang lebih baik Antara ciri utama ...
Vivo V60 Lite Kini Tersedia Di Pasaran Rebat Hingga Rm300 Untuk Tempoh Terhad

Vivo V60 Lite Kini Tersedia Di Pasaran Rebat Hingga Rm300 Untuk Tempoh Terhad

papar berkaitan - pada 19/10/2025 - jumlah : 262 hits
vivo Malaysia hari ini mengumumkan jualan pertama bagi model terbaharunya vivo V60 Lite 5G yang berlangsung dari 18 Oktober hingga 30 November 2025 di vivo Concept Store terpilih seluruh negara Telefon pintar ini direka untuk pengguna yang ...
Akademi Bola Sepak Fk Sarajevo Kini Akademi Bolasepak Fk Sarajevo Tunku Mahkota Ismail

Akademi Bola Sepak Fk Sarajevo Kini Akademi Bolasepak Fk Sarajevo Tunku Mahkota Ismail

papar berkaitan - pada 28/10/2025 - jumlah : 197 hits
Akademi Bola Sepak FK Sarajevo Kini Akademi Bolasepak FK Sarajevo Tunku Mahkota Ismail Kelab Bola Sepak Sarajevo mengumumkan bahawa akademi bola sepaknya kini secara rasmi dinamakan sebagai Akademi Bola Sepak FK Sarajevo Tunku Mahkota Ismai...
Mejar Fikry Isteri Kini Dikurnia Kembar Tiga

Mejar Fikry Isteri Kini Dikurnia Kembar Tiga

papar berkaitan - pada 25/10/2025 - jumlah : 173 hits
Mejar Fikry Isteri Kini Dikurnia Kembar Tiga Setahun yang lalu pasangan suami isteri Mejar Ir TS Mohd Fikry Amri Abd Halim dan Sabrina Hakiem Zaini ditimpa ujian yang memilukan apabila anak mereka yang berusia lapan bulan maut akibat lemas ...
Tunjuk Parang Dalam Panggilan Video Minta Wang Pelajar Tingkatan Tiga Ditahan

Jasad Bayi Dijumpai Dalam Lori Sampah Di Bukit Jalil

Pizza Roket Roti Pelangi Cuti Umum Bersama Syabil Syarif

Teo Nie Ching Says Banning Games Like Roblox Won T Keep Children Safe Calls For Stronger In Game Protections

Rumah Menanti Cahaya

Erra Fazira Nikah Dengan Ezwan Zain Dalam Majlis Tema Serba Putih

Johari Ghani Minta Jangan Politikkan Isu Uec Hormati Pilihan Pendidikan Rakyat

Attention


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sambung Belajar

Resepi Masak Cuka Ikan Tenggiri

Yufid Kids Ada Untuk Anak Anak Kita Ayo Dukung Tim Yufid Kids

Konvokesyen Universiti Malaya Ke 65

Kehebatan Efootball Mobile Hari Perlawanan 2 Di Fifae World Cup 2025

Revolusi Perjalanan Ets3 Pendekkan Masa Perjalanan Kl Jb