Membina Masa Hadapan Yang Lebih Cerah Untuk Komuniti Orang Asli Di Malaysia


Membina Masa Hadapan Yang Lebih Cerah Untuk Komuniti Orang Asli Di Malaysia
Rumah yang selamat dan kukuh masih merupakan antara keperluan paling mendesak bagi komuniti Orang Asli di Malaysia.
Menurut Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), sebanyak 89.4 peratus isi rumah Orang Asli masih hidup
dalam kemiskinan, dan berdepan pelbagai halangan untuk mendapatkan rumah yang kukuh dan selamat.
Struktur sementara sering kali tidak mampu menahan hujan lebat, menyebabkan keluarga terdedah kepada pemindahan dan kerosakan saban tahun.
Dengan kesan perubahan iklim yang semakin ketara, keluarga-keluarga ini menghadapi risiko yang lebih besar apabila cuaca ekstrem semakin kerap berlaku dan sukar dijangka.
Meskipun berdepan cabaran ini, sinar harapan mula kelihatan. Di Simpang Pulai, Perak, Encik Azimar dan Puan Wah Sepiah telah berpindah ke rumah baharu mereka pada bulan September, manakala Encik Joi dan Puan Ina berpindah pada bulan Oktober, satu permulaan baharu selepas bertahun-tahun hidup dalam ketidakpastian.
Kisah mereka mencerminkan impak komitmen jangka panjang antara Zurich Malaysia dan EPIC Homes. Kini memasuki tahun keenam, kerjasama berterusan ini adalah usaha untuk menyediakan penyelesaian perumahan yang berkekalan untuk keluarga Orang Asli.
“Sebelum ini, kami tinggal di rumah buluh yang kami bina sendiri. Setiap kali hujan lebat, air akan masuk dan mengganggu kehidupan harian kami,” kongsi Encik Joi.
“Kami sangat gembira kerana akhirnya mempunyai rumah yang selesa, dan telah mendapat ramai kawan baru sepanjang tempoh pembinaan,” tambah Puan Ina sambil tersenyum, sambil berkongsi bahawa anak bongsu mereka paling teruja untuk melihat rumah baharu mereka.
Kolaborasi ini lebih daripada sekadar membina rumah. Setiap keluarga terlibat secara aktif dalam proses perancangan dan pembinaan rumah mereka sendiri, pada masa yang sama memupuk rasa tanggungjawab dan kebanggaan tatkala mereka membina masa hadapan mereka.
Sejak tahun 2019, inisiatif ini telah menyaksikan pembinaan rumah di Rawang, Batang Kali, Bukit Beruntung dan Kuala Kubu Baru, dengan sebanyak 11 rumah siap dibina setakat ini, sekali gus meningkatkan kualiti hidup komuniti yang memerlukan di seluruh Malaysia.
Bagi meneruskan komitmen ini, warga kerja Zurich Malaysia menganjurkan aktiviti pengumpulan dana tahunan yang turut dibantu oleh sumbangan padanan daripada Yayasan Z Zurich.
Pembinaan tahun ini juga dapat dilaksanakan melalui hasil sumbangan zakat.
Untuk menggalakkan lebih ramai penyertaan, Zurich Malaysia turut menawarkan cuti sukarelawan sebagai salah satu manfaat pekerja, bagi membolehkan mereka menyalurkan masa, kemahiran dan tenaga terhadap pembangunan komuniti yang lebih kukuh dan berdaya tahan.
“Di Zurich Malaysia, kami komited untuk menjaga setiap komuniti, tanpa mengira cabaran yang mereka hadapi. Bagi kami, lindungi segala perkara yang bermakna bermaksud tampil memberikan sokongan kepada komuniti, pekerja dan rakan kerjasama,” kata Erin Hwang, Ketua Jenama, Pemasaran dan Komunikasi Zurich Malaysia.
“Berada di tapak projek dan bekerja bersama para sukarelawan mengingatkan kami tentang kekuatan tindakan kolektif dan sifat ihsan.
“Menjadi sebahagian daripada usaha pembinaan rumah kekal untuk komuniti Orang Asli bukan sekadar sebuah projek, tetapi ia juga merupakan satu pelaburan untuk masa hadapan yang lebih cerah dan berdaya tahan, dengan membantu komunitimmemperoleh kestabilan yang mereka perlukan untuk terus maju serta membina hari esok yang lebih baik.”
Inisiatif ini menghimpunkan para sukarelawan dan rakan kerjasama yang menyalurkan masa, kemahiran serta tenaga mereka untuk membantu keluarga membina asas kehidupan yang lebih kukuh.
Tahun ini, seramai 62 warga kerja dan ahli keluarga Zurich Malaysia, Yayasan Z Zurich dan rakan kongsi, GXBank, menjadi sukarelawan bagi merealisasikannpembinaan rumah baharu bagi permulaan hidup yang lebih baik.
“Di GXBank, kami percaya bahawa inklusiviti bermula dengan melakukan usaha nyata yang dapat meningkatkan kehidupan komuniti yang kurang mendapat perhatian,” kata Calvin Foo, Ketua Bahagian Perhubungan Korporat di GXBank.
“Melihat pasukan kami berganding bahu bersama Zurich Malaysia untuk memberi masa dan tenaga bagi merealisasikan projek ini merupakan pengalaman yang sangat bermakna dan menyentuh hati.
“Ini juga merupakan teras utama kami sebagai sebuah bank, iaitu meletakkan keperluan golongan kurang berkemampuan dalam setiap usaha kami.
“Kami amat menghargai Zurich Malaysia yang berkongsi nilai ini bersama kami, serta peluang untuk menjadi sebahagian daripada inisiatif yang penuh makna ini bersama mereka.”
Melangkah ke hadapan, warga kerja Zurich Malaysia akan terus komited terhadap usaha ini, dengan satu lagi projek pembinaan dirancang di Johor pada suku pertama tahun hadapan, sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk membantu komuniti Orang Asli dalam perjalanan mereka menuju masa hadapan yang lebih mampan.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kerjasama antara Zurich Malaysia dan EPIC Homes, sila layari www.zurich.com.my/care-for-what-matters/epic-homes.
The post Membina Masa Hadapan Yang Lebih Cerah Untuk Komuniti Orang Asli Di Malaysia appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/10/22/membina-masa-hadapan-yang-lebih-cerah-untuk-komuniti-orang-asli-di-malaysia/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Syarikat Idna Ideas Membina Asas Kepakaran Robotik Iot Dron Dan Ai Untuk Generasi Masa Hadapan

Syarikat Idna Ideas Membina Asas Kepakaran Robotik Iot Dron Dan Ai Untuk Generasi Masa Hadapan

papar berkaitan - pada 23/10/2025 - jumlah : 199 hits
Penulis Prof Madya Dr Wan Mohd Hirwani Wan Hussain Graduate School of Business Universiti Kebangsaan Malaysia Revolusi pendidikan sains dan teknologi kini tidak lagi hanya soal teori atau peperiksaan Di era digital yang pesat ini penguasaan...
Rakyat Malaysia Makin Gemar Membaca Lebih 1 Juta Buku Atas Talian Disediakan Percuma Kpn

Rakyat Malaysia Makin Gemar Membaca Lebih 1 Juta Buku Atas Talian Disediakan Percuma Kpn

papar berkaitan - pada 10/10/2025 - jumlah : 393 hits
Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang memaklumkan usaha kerajaan menyemai budaya membaca dalam kalangan rakyat menunjukkan perkembangan memberangsangkan Beliau berkata pencapaian itu membuktikan keberkesanan dasar dan inisiatif ke...
Permainan Interaktif Dan Warga Emas Hiburan Latihan Minda Dan Masa Depan Malaysia

Permainan Interaktif Dan Warga Emas Hiburan Latihan Minda Dan Masa Depan Malaysia

papar berkaitan - pada 17/10/2025 - jumlah : 276 hits
Penulis Dr Noor Azliyana Azizan Dr Sumaiyah Mat Pensyarah Kanan Universiti Teknologi Mara Pensyarah Kanan Fakulti Sains Kesihatan Universiti Kebangsaan Malaysia Malaysia Menuju Negara Tua Malaysia dijangka menjadi negara tua menjelang 2030 ...
Kumpulan Bpmb Teraju Lebih Rm9 Bilion Mandat Strategik Belanjawan 2026 Memacu Transformasi Ekonomi Malaysia

Kumpulan Bpmb Teraju Lebih Rm9 Bilion Mandat Strategik Belanjawan 2026 Memacu Transformasi Ekonomi Malaysia

papar berkaitan - pada 13/10/2025 - jumlah : 288 hits
Kumpulan BPMB Teraju Lebih RM9 Bilion Mandat Strategik Belanjawan 2026 Memacu Transformasi Ekonomi Malaysia Kumpulan Bank Pembangunan Malaysia Berhad bersama anak syarikatnya iaitu Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Berhad da...
Malaysia Lancar Wanita Mywira Accelerator Perkasa Lebih 100 000 Wanita Menjelang 2030

Malaysia Lancar Wanita Mywira Accelerator Perkasa Lebih 100 000 Wanita Menjelang 2030

papar berkaitan - pada 24/10/2025 - jumlah : 224 hits
Malaysia Lancar Wanita MyWira Accelerator Perkasa Lebih 100 000 Wanita Menjelang 2030 KUALA LUMPUR 23 Oktober 2025 Malaysia telah mengambil langkah kehadapan ke arah merapatkan jurang gender dalam tenaga kerja melalui pelancaran Wanita MyWi...
1 711 Produk Eksport Malaysia Ke As Akan Nikmati Tarif Lebih Rendah Tengku Zafrul

1 711 Produk Eksport Malaysia Ke As Akan Nikmati Tarif Lebih Rendah Tengku Zafrul

papar berkaitan - pada 27/10/2025 - jumlah : 319 hits
1 711 Produk Eksport Malaysia Ke AS Akan Nikmati Tarif Lebih Rendah Tengku Zafrul KUALA LUMPUR 26 Okt Sehingga 1 711 produk eksport Malaysia ke Amerika Syarikat akan menikmati kadar tarif yang lebih rendah daripada 19 peratus di bawah Perja...
Lambat Kahwin Bukan Hukuman Tapi Masa Untuk Allah Mendidik Aku Jadi Insan Yang Lebih Kuat

Lambat Kahwin Bukan Hukuman Tapi Masa Untuk Allah Mendidik Aku Jadi Insan Yang Lebih Kuat

papar berkaitan - pada 21/10/2025 - jumlah : 248 hits
Aku dah biasa dengan soalan Bila nak kahwin Kadang kadang aku senyum kadang kadang aku hanya diam Bukan sebab aku tak mahu tapi sebab aku tahu perkahwinan bukan perkara kecil Ini bukan tentang suka sama suka tapi tentang hidup dan mati Seba...
Laksana Boikot Besar Besaran Tubuh Sekretariat Khas Ppim Malaysia Gazette 21 10 2025

Laksana Boikot Besar Besaran Tubuh Sekretariat Khas Ppim Malaysia Gazette 21 10 2025

papar berkaitan - pada 21/10/2025 - jumlah : 315 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Pengguna Islam Malaysia menyeru umat Islam di negara ini untuk melaksanakan boikot besar besaran terhadap produk dan syarikat yang didakwa menekan serta bercanggah dengan nilai dan kepercayaan masyarakat Islam Preside...
Ppim Perjelas Isu Makanan Kucing Didakwa Berasaskan Babi Malaysia Gazette 11 10 2025

Ppim Perjelas Isu Makanan Kucing Didakwa Berasaskan Babi Malaysia Gazette 11 10 2025

papar berkaitan - pada 20/10/2025 - jumlah : 259 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Pengguna Islam Malaysia tampil memberi penjelasan berhubung isu tular melibatkan makanan kucing yang didakwa mengandungi bahan berasaskan babi sekali gus menimbulkan kerisauan dalam kalangan pengguna Muslim Penasihat ...
Menjamu Selara Makan Petang Di Sufian Cafe One Borneo Kota Kinabalu Sabah

Aktiviti The 3rd Malaysia International Muslim Food Culture Tourism Festival Ppim 25 12 2025

As Tingkatkan Tekanan Ke Atas Venezuela Operasi Ketiga Menjadi Perhatian Dunia

Bunga Liar Bidens Alba

Berkawan Dengan Aku Cukup Dengan Kejujuran

Krismas Hidup Dalam Jiwa Saya Tiada Siapa Mampu Merampasnya Deanna Yusof Jelaskan Sebab Masih Raikan Hari Natal

Bahaya Rokok Kepada Kesihatan Dan Kes

Thaipusam Hari Wilayah 2026 2 Hari Cuti Gantian Untuk Pekerja Wilayah Persekutuan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Kuih Penyaram Rasa Yang Selalu Bawa Aku Terbang Ke Kota Kinabalu Sabah

The Sanctuary Of Resilience A Tribute To Nature S Giants

Kecoh Di Nilai Letupan Peranti Berbahaya Goncang Ketenangan

Dayana Roza Sah Bercerai Talak Satu Fokus Hidup Baharu Demi Anak Amp Kerjaya

Hiburan Risteena Buka Mulut Dakwaan Rumah Tangga Bersama Isa Khan Sedang Bergolak Cerai Bukan Perkara Main Main

Cara Tambah Income Bulanan Strategi Praktikal Untuk Jana Pendapatan Automatik