Malaysia Lancar Wanita Mywira Accelerator Perkasa Lebih 100 000 Wanita Menjelang 2030


Malaysia Lancar Wanita MyWira Accelerator, Perkasa Lebih 100,000 Wanita Menjelang 2030
KUALA LUMPUR, 23 Oktober 2025 – Malaysia telah mengambil langkah kehadapan ke arah merapatkan jurang gender dalam tenaga kerja melalui pelancaran Wanita MyWira Accelerator, sebuah inisiatif nasional yang dirangka untuk memperkasa sekurang-kurangnya 100,000 wanita dengan kemahiran dan peluang berimpak tinggi menjelang 2030 dan seterusnya.
Program ini diterajui oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) melalui agensi dan badan pemikir strategiknya, Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp), dengan kerjasama Forum Ekonomi Dunia (Forum).
Difahamkan, inisiatif ini juga menandakan penyertaan rasmi Malaysia dalam Rangkaian Forum Global Gender Parity Accelerator, menjadikan Malaysia negara ASEAN pertama yang menyertai platform global ini yang didedikasikan untuk memperkasa penyertaan ekonomi wanita.
Untuk tahun pertama, program ini akan melatih 1,000 wanita dibawah pengiktirafan MyMahir di bawah TalentCorp, dengan sasaran kadar penempatan pekerjaan sebanyak 80% dalam tempoh enam bulan selepas tamat latihan.
Selain itu, program ini disokong oleh model pelaburan bersama bernilai RM15 juta, dan melibatkan 1,000 syarikat yang komited untuk melaksanakan amalan kerja fleksibel, menyediakan peluang returnship kepada wanita yang pernah meninggalkan kerjaya, serta mengutamakan pengambilan graduan wanita terlatih.
Dalam jangka panjang, inisiatif ini menyasarkan untuk memperkasa lebih 100,000 wanita menjelang tahun 2030, seiring dengan hasrat Malaysia untuk meningkatkan penyertaan tenaga kerja wanita dan membina tenaga kerja yang inklusif dan bersedia untuk masa hadapan.
YB Steven Sim Chee Keong, Menteri Sumber Manusia (KESUMA), berkata semasa majlis pelancaran bahawa inisiatif tersebut mencerminkan komitmen negara terhadap aspirasi serta agenda keterangkuman.
Beliau menyebut bahawa KESUMA melalui TalentCorp sedang melatih wanita Malaysia untuk menyertai sektor masa hadapan berimpak tinggi seperti kecerdasan buatan (AI) dan tenaga boleh diperbaharui, agar bakat mereka sejajar dengan keperluan ekonomi masa hadapan.
Data terkini menunjukkan jurang gaji antara gender telah menyusut secara ketara, dengan perbezaan median turun daripada RM211 pada tahun 2023 kepada hanya RM18 pada Mac 2025.
Sementara hampir separuh syarikat tersenarai awam di Malaysia kini mempunyai lebih 30% pengarah wanita pada 1 Oktober 2025.
YB Steven turut menyatakan bahawa KESUMA telah memperkenalkan beberapa dasar untuk menyokong keluarga bekerja, termasuk hak kepada Aturan Kerja Fleksibel (AKF).
Potongan cukai sehingga RM500,000 untuk majikan yang melaksanakan AKF, dan potongan cukai 50 peratus bagi cuti bergaji untuk penjagaan.
Belanjawan 2026 juga memperluaskan pelepasan cukai penjagaan anak kepada kanak-kanak berumur enam hingga dua belas tahun.
“Melalui Wanita MyWira Accelerator, Kerajaan berhasrat untuk menghapuskan halangan kepada penyertaan wanita dalam tenaga kerja dengan menawarkan latihan untuk pekerjaan fleksibel, mempromosikan tempat kerja yang mesra keluarga dan penjagaan, serta meningkatkan kadar penyertaan wanita, khususnya di kawasan luar bandar,” katanya.
YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, berkata bahawa inisiatif ini mencerminkan keyakinan Malaysia bahawa apabila wanita berjaya, negara turut berjaya.
“Menerusi Wanita MyWira, bersama KESUMA dan TalentCorp, kita sedang membina laluan sebenar untuk wanita mendapatkan pekerjaan bermaruah dan menyumbang sepenuhnya dalam ekonomi Malaysia.
Usaha ini memperkukuh ekosistem nasional untuk pemerkasaan wanita, selaras dengan Dasar Wanita Negara 2025–2030 dan visi MADANI yang berteraskan kasih sayang dan kemakmuran bersama,” ujarnya.
Kadar penyertaan tenaga kerja wanita Malaysia kini berada pada paras 56.2 peratus, masih di bawah sasaran nasional 60 peratus menjelang 2030, dan sedikit melebihi purata ASEAN iaitu 55 peratus.
Laporan Jurang Gender Global 2025 Forum Ekonomi Dunia meletakkan Malaysia di kedudukan 108 daripada 146 negara, meningkat berbanding tahun sebelumnya namun menunjukkan masih banyak perlu dilakukan untuk merapatkan jurang penyertaan ekonomi wanita.
Wira Accelerator secara langsung menangani halangan ini melalui latihan tersasar, kerjasama dengan majikan dan pelaksanaan dasar tempat kerja yang mesra penjagaan anak untuk menjadikan penyertaan wanita lebih mudah diakses.
“Berdasarkan unjuran semasa, dijangkakan Asia Timur memerlukan 179 tahun untuk mmerapatkan jurang gender, sedangkan rantau ini memerlukan lebih banyak bakat dan kemahiran dalam sektor pertumbuhan tinggi.
Wanita MyWira Accelerator Malaysia menawarkan jalan berbeza ke hadapan,” kata Saadia Zahidi, Pengarah Urusan Forum Ekonomi Dunia.
“Dengan memberi fokus kepada akses wanita terhadap peluang dalam sektor AI, digital, dan ekonomi hijau, di mana pertumbuhan dan permintaan paling tinggi, inisiatif ini menangani transformasi tenaga kerja dan kesaksamaan gender secara serentak.
Pemerkasaan wanita dalam sektor berimpak tinggi ini akan meningkatkan daya tahan dan pertumbuhan Malaysia pada masa akan datang, serta menjadi asas kepada masa depan yang lebih saksama. Ia juga berpotensi menjadi kajian kes dan amalan terbaik untuk rantau ini,” tambahnya.
Malaysia kini menyertai Rangkaian Forum Accelerator Global yang telah ditubuhkan di lebih 35 negara. Accelerator ini merupakan platform kerjasama awam–swasta peringkat nasional yang membantu kerajaan dan sektor swasta menangani cabaran global.
Negara yang turut serta termasuk Jepun, Chile, Colombia, Mesir, dan Mexico, yang telah melaksanakan reformasi seperti pelaporan jurang gaji gender, cuti ibu bapa yang diperluaskan dan program returnship.
Halatuju strategik Accelerator ini akan dibimbing oleh oleh Pengerusi Bersama dari sektor awam yang diwakili oleh YB Steven Sim Chee Keong dan YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri.
Serta dari sektor swasta yang diwakili oleh Yang Amat Mulia Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz, Tunku Besar Seri Menanti dan Pengerusi dan Pemegang Amanah Pengasas Teach For Malaysia iaitu Ms Aireen Omar serta CEO Kumpulan, BigPay, Dr Jasmine Begum,
Selain itu, Pengarah Perundangan, Kerajaan dan Hal Ehwal Korporat – ASEAN dan Pasaran Baharu, Microsoft Corporation, Ms Nurul A’in Abdul Latif, Pengerusi Eksekutif, PwC Malaysia, dan Ms Anne Abraham, Pengasas dan Pengerusi LeadWomen.
Pelaksanaan inisiatif ini akan diterajui oleh TalentCorp, dengan sokongan kementerian yang berkaitan dan Forum.
Untuk maklumat lanjut mengenai Wanita MyWira Accelerator, anda boleh mengirim e-mel ke [email protected]
The post Malaysia Lancar Wanita MyWira Accelerator, Perkasa Lebih 100,000 Wanita Menjelang 2030 appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/10/23/malaysia-lancar-wanita-mywira-accelerator-perkasa-lebih-100000-wanita-menjelang-2030/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dr Reshma Nair Prakash Mrs Universe 2025 3rd Runner Up Dari Malaysia Simbol Kekuatan Dan Kecantikan Wanita Asia

Dr Reshma Nair Prakash Mrs Universe 2025 3rd Runner Up Dari Malaysia Simbol Kekuatan Dan Kecantikan Wanita Asia

papar berkaitan - pada 20/10/2025 - jumlah : 218 hits
Kuala Lumpur 20 Oktober 2025 Dalam dunia yang sering menilai wanita dari luaran kemunculan Dr Reshma Nair Prakash sebagai Mrs Universe 2025 3rd Runner Up membawa makna yang lebih besar daripada sekadar mahkota Beliau bukan sahaja mewakili M...
Malaysia Antara Negara Terawal Lancar Padang Mini Bawah Projek Arena Fifa

Malaysia Antara Negara Terawal Lancar Padang Mini Bawah Projek Arena Fifa

papar berkaitan - pada 26/10/2025 - jumlah : 183 hits
Malaysia Antara Negara Terawal Lancar Padang Mini Bawah Projek Arena FIFA PETALING JAYA 25 Okt Malaysia muncul antara negara terawal ahli gabungan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa yang melancarkan padang mini menerusi projek Arena FIFA in...
Presiden Indonesia Pm Thailand Tiba Di Malaysia Menjelang Sidang Kemuncak Asean Esok

Presiden Indonesia Pm Thailand Tiba Di Malaysia Menjelang Sidang Kemuncak Asean Esok

papar berkaitan - pada 26/10/2025 - jumlah : 171 hits
Presiden Indonesia PM Thailand Tiba Di Malaysia Menjelang Sidang Kemuncak ASEAN Esok SUBANG 25 Okt Perdana Menteri Thailand Anutin Charnvirakul tiba di Malaysia malam ini untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke 47 dan Sidang Kemuncak Berk...
Byd Panggil Semula Lebih 115 000 Unit Kereta Akibat Masalah Reka Bentuk Bateri

Byd Panggil Semula Lebih 115 000 Unit Kereta Akibat Masalah Reka Bentuk Bateri

papar berkaitan - pada 18/10/2025 - jumlah : 222 hits
BYD Panggil Semula Lebih 115 000 Unit Kereta Akibat Masalah Reka Bentuk Bateri BEIJING Pengeluar kenderaan elektrik China BYD mengumumkan panggilan semula terbesar dalam sejarah syarikat itu melibatkan lebih daripada 115 000 unit kenderaann...
Rakyat Malaysia Makin Gemar Membaca Lebih 1 Juta Buku Atas Talian Disediakan Percuma Kpn

Rakyat Malaysia Makin Gemar Membaca Lebih 1 Juta Buku Atas Talian Disediakan Percuma Kpn

papar berkaitan - pada 10/10/2025 - jumlah : 285 hits
Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang memaklumkan usaha kerajaan menyemai budaya membaca dalam kalangan rakyat menunjukkan perkembangan memberangsangkan Beliau berkata pencapaian itu membuktikan keberkesanan dasar dan inisiatif ke...
Banjir Jumlah Mangsa Di Tiga Negeri Meningkat Lebih 4 000 Ditempatkan Di Pps

Banjir Jumlah Mangsa Di Tiga Negeri Meningkat Lebih 4 000 Ditempatkan Di Pps

papar berkaitan - pada 25/10/2025 - jumlah : 184 hits
Banjir Jumlah Mangsa Di Tiga Negeri Meningkat Lebih 4 000 Ditempatkan Di PPS KUALA LUMPUR 24 Okt Jumlah mangsa banjir di Perak Kedah dan Pulau Pinang meningkat dengan keseluruhan 4 252 orang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara petang ...
Membina Masa Hadapan Yang Lebih Cerah Untuk Komuniti Orang Asli Di Malaysia

Membina Masa Hadapan Yang Lebih Cerah Untuk Komuniti Orang Asli Di Malaysia

papar berkaitan - pada 22/10/2025 - jumlah : 220 hits
Membina Masa Hadapan Yang Lebih Cerah Untuk Komuniti Orang Asli Di Malaysia Rumah yang selamat dan kukuh masih merupakan antara keperluan paling mendesak bagi komuniti Orang Asli di Malaysia Menurut Jabatan Kemajuan Orang Asli sebanyak 89 4...
Debut Gemilang Malayan Tigress Era Baru Bola Sepak Wanita Malaysia

Debut Gemilang Malayan Tigress Era Baru Bola Sepak Wanita Malaysia

papar berkaitan - pada 28/10/2025 - jumlah : 151 hits
Menyambut Debut Malayan Tigress Pemain pertahanan Malayan Tigress Tegen Butler telah mencatatkan dua penampilan dengan pasukan kebangsaan dalam dua perlawanan antarabangsa Tier 1 menentang Hong Kong yang berlangsung di Pusat Latihan Bola Se...
Skechers Lancar Koleksi Bola Sepak Football Ctrl Pack Bersama Bintang Liga Super Malaysia

Skechers Lancar Koleksi Bola Sepak Football Ctrl Pack Bersama Bintang Liga Super Malaysia

papar berkaitan - pada 18/10/2025 - jumlah : 169 hits
Jenama kasut antarabangsa Skechers mengukuhkan lagi pengaruhnya dalam dunia sukan dengan pelancaran Skechers Football CTRL Pack koleksi kasut bola sepak baharu yang menggabungkan teknologi keselesaan dan kawalan maksimum di padang Majlis pe...
Hiburan Tiada Istilah Sondol Menyondol Bella Astillah Minta Netizen Henti Kecam Ami Ilana

Mata Dikorek Jantung Hati Buah Pinggang Di Curi

Cadangan Teresa Tak Hormati Sultan Kedah Jangan Sentuh Isu Babit Institusi Raja Mahdzir Khalid

Best Life Insurance Plan Malaysia Compare Choose The Right Policy

Kotak Produk Eco Friendly Pilihan Bijak Untuk Jenama Yang Prihatin Alam Sekitar

Jika Cinta Itu Buta Drama Penuh Plot Twist Sampai Geram Rasa Nak Sekeh Je

Tomyam Putih Vs Ikan Siakap Sambal

Nasi Ulam Utara Resipi Sedap Power Yang Wajib Cuba


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kajian Korea Dakwa Risiko Kanser Naik Selepas Vaksin Covid 19

Mahkamah Agung Pakistan Mengadakan Mesyuarat Setelah Peletakan Jawatan Hakim Hakim

Hari Perlawanan 8 Pertarungan Epik Menanti Di Arena

Tajuk Caj Jalan Baru Di Genting Reaksi Terkejut Dari Pengguna

Saya Adalah Anak Cucu Pejuang Sanusi Tak Gentar Pertahankan Hak Amp Kebenaran

Enam Meninggai 25 Cedera Hotel Lima Bintang Terbakar