Peniaga E Dagang Malaysia Mahu Logistik Lebih Cekap Dan Sokongan Peniaga Tempatan Bagi Menjana Pertumbuhan


Peniaga E-Dagang Malaysia Mahu Logistik Lebih Cekap Dan Sokongan Peniaga Tempatan Bagi Menjana Pertumbuhan Peniaga e-dagang di Malaysia menyeru agar sokongan platform diperkuat, peraturan diperjelas serta penggunaan alatan digital dipertingkat bagi mengekalkan pertumbuhan dalam pasaran yang semakin kompetitif, menurut satu kajian baharu oleh Milieu Insight.
Kajian terhadap 300 peniaga dalam talian itu mendapati bahawa kebanyakan peniaga kini memberi tumpuan kepada pengembangan mampan dan kecekapan operasi berbanding pertumbuhan secara agresif. Mereka menekankan pentingnya kolaborasi, akauntabiliti platform dan kebolehpercayaan logistik sebagai faktor utama memperkukuh ekosistem e-dagang negara.
Pangkalan Peniaga yang Berpengalaman dan Pelbagai
Kajian menunjukkan hampir empat daripada sepuluh peniaga mempunyai lebih tiga tahun pengalaman, mencerminkan kematangan pasaran e-dagang tempatan. Hampir separuh responden berusia antara 25 hingga 34 tahun. Satu indikasi bahawa tenaga kerja yang muda dan berpengalaman mendorong keusahawanan digital negara. 
Golongan wanita membentuk 55% daripada keseluruhan peniaga, menandakan e-dagang memainkan peranan penting dalam memperluas peluang keusahawanan kepada wanita. Kebanyakan peniaga menguruskan kurang daripada 100 pesanan sebulan, menunjukkan keutamaan mereka terhadap konsistensi, kepercayaan dan kepuasan pelanggan berbanding persaingan berasaskan jumlah jualan.
“Apabila ekosistem diperkukuh, pengguna yang mendapat manfaat terlebih dahulu. Logistik yang baik bermaksud penghantaran lebih pantas dan boleh dipercayai. Akauntabiliti platform yang lebih kukuh pula memastikan transaksi lebih selamat dan produk lebih tulen. Apa yang diminta oleh peniaga akhirnya meningkatkan pengalaman setiap pembeli di Malaysia,” kata Juda Kanaprach, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Komersial, Milieu Insight.
Kos Meningkat dan Tekanan Persaingan
Kajian tersebut turut mengetengahkan cabaran operasi yang semakin meningkat termasuk kos logistik, persaingan luar negara dan jangkaan pengguna yang berubah-ubah.
39% menyatakan kos logistik sebagai tekanan utama 42% menamakan persaingan luar negara sebagai kebimbangan utama 40% menyebut tentang perubahan corak permintaan pembeli Walaupun berdepan cabaran, 44% responden menjangkakan prestasi perniagaan mereka kekal stabil atau bertambah baik tahun ini. Laporan turut menyatakan bahawa peniaga sanggup melabur dalam latihan dan alatan digital, asalkan nilai tambahnya jelas dan boleh diukur.
Membina Daya Tahan Melalui Struktur dan Sokongan
Sebanyak 72% peniaga percaya akses kepada alatan digital membantu mereka kekal berdaya saing, manakala 67% menganggap kejelasan peraturan dan sokongan kewangan sebagai keperluan penting operasi.
Logistik kekal sebagai komponen paling kritikal kepada keyakinan peniaga dengan 78% menyatakan kebolehpercayaan penghantaran amat penting bagi pertumbuhan mampan. Namun, perkhidmatan kurier yang tidak menentu dan sokongan platform yang lemah masih menjejaskan kepercayaan peniaga..
Akauntabiliti Platform Semakin Diuji
Platform e-dagang memainkan peranan penting dalam pengalaman peniaga, namun keberkesanannya masih bercampur.
43% peniaga menggunakan alatan promosi yang disediakan platform 39% bergantung kepada fungsi pemasaran platform Peniaga menyatakan keinginan untuk mendapat pendedahan yang lebih luas, sistem penghantaran yang lebih pantas dan akses pembiayaan yang mampu milik. Walaupun 65% bersetuju dengan keperluan bayaran platform, ramai menggesa agar struktur yuran dan hasil prestasi dijelaskan dengan lebih telus.
“Hasil kajian kami menunjukkan apabila platform menambah baik standard mereka, pengguna turut menikmati faedahnya – penghantaran lebih cepat dan boleh dipercayai, penjejakan pesanan lebih jelas, serta perlindungan pembeli yang lebih terjamin,” tambah Juda. “Inilah asas kepada kepercayaan dalam perdagangan digital.”
Logistik dan Persaingan
Logistik kekal sebagai tunjang dan pada masa sama risiko terbesar bagi e-dagang tempatan. Empat daripada sepuluh peniaga melaporkan kerugian akibat penghantaran gagal, pemulangan atau kerosakan bungkusan mencerminkan beban kewangan akibat rakan logistik yang tidak konsisten.
Persaingan global juga semakin hebat; 57% peniaga berkata pesaing antarabangsa memberi kesan langsung terhadap perniagaan mereka, manakala 75% percaya sokongan tempatan perlu diperkukuh bagi mengekalkan daya saing.
Responden menggesa platform dan pembuat dasar mempertingkatkan keterlihatan peniaga tempatan, memperkenalkan insentif yang lebih adil, serta menambah baik infrastruktur supaya peniaga Malaysia mampu bersaing berdasarkan kualiti dan ketulenan produk.
Keutamaan Bagi Pertumbuhan Industri
Kajian Milieu Insight mengenal pasti beberapa bidang tumpuan utama bagi memperkukuh ekosistem e-dagang Malaysia:
Menunjukkan nilai sebenar, bukan sekadar harga Memperkasa kesiapsiagaan digital melalui latihan Memantapkan kebolehpercayaan serta akauntabiliti logistik Memperkasa peniaga tempatan sambil menyeimbangkan dasar perlindungan pembeli Memupuk kerjasama lebih erat antara platform, peniaga dan pembuat dasar. Konteks dan Prospek
Peniaga e-dagang Malaysia kini mencari kerjasama dan tanggungjawab bersama bagi memacu fasa pertumbuhan seterusnya. Pandangan mereka kekal realistik berteraskan keperluan terhadap alatan yang lebih pintar, dasar yang lebih jelas dan pelaburan yang mampan.
Laporan penuh ini boleh didapati di https://www.mili.eu/my/insights/malaysia-seller-pulse. 
Kajian ini turut melengkapi kajian pengguna Milieu Insight baru-baru ini yang mendapati pengguna Malaysia pada tahun 2025 mahukan pengalaman membeli-belah yang lebih pantas, bijak dan efisien: https://www.mili.eu/my/insights/beyond-the-hype-malaysians-want-speed-and-smarter-shopping-in-2025
The post Peniaga E-Dagang Malaysia Mahu Logistik Lebih Cekap Dan Sokongan Peniaga Tempatan Bagi Menjana Pertumbuhan appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/11/03/peniaga-e-dagang-malaysia-mahu-logistik-lebih-cekap-dan-sokongan-peniaga-tempatan-bagi-menjana-pertumbuhan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Luckin Coffee Malaysia Rasmi Terima Sijil Halal Jakim Bukti Kesungguhan Jenama Global Hormati Nilai Tempatan

Luckin Coffee Malaysia Rasmi Terima Sijil Halal Jakim Bukti Kesungguhan Jenama Global Hormati Nilai Tempatan

papar berkaitan - pada 24/10/2025 - jumlah : 232 hits
Kuala Lumpur 23 Oktober 2025 Khabar gembira buat peminat kopi di Malaysia Jenama kopi antarabangsa Luckin Coffee Malaysia kini secara rasmi disahkan Halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia bagi dua cawangannya di Sunway Velocity 2 dan AE...
Pelancong Amerika Syarikat Puji Rnr Malaysia Apakah Benar Rnr Malaysia Lebih Baik

Pelancong Amerika Syarikat Puji Rnr Malaysia Apakah Benar Rnr Malaysia Lebih Baik

papar berkaitan - pada 7/11/2025 - jumlah : 244 hits
Persoalan yang sangat relevan dan menarik Ya berdasarkan maklum balas daripada video pelancong dan perbandingan umum adalah benar secara amnya dilihat sebagai lebih menarik meriah dan menawarkan lebih banyak kemudahan berbanding kawasan reh...
Imf Iktiraf Peranan Malaysia Dalam Asean Pacu Pertumbuhan Serantau

Imf Iktiraf Peranan Malaysia Dalam Asean Pacu Pertumbuhan Serantau

papar berkaitan - pada 28/10/2025 - jumlah : 142 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa Kristalina Georgieva di sela sela Sidang Kemuncak ASEAN ke 47 pada 28 Oktober 2025 Foto Instagram Anwar IbrahimKUALA LUMPUR 28 O...
Laporan Media Thailand Menyebut Bahawa Duit Pelaburan Lebih Banyak Mengalir Ke Malaysia

Laporan Media Thailand Menyebut Bahawa Duit Pelaburan Lebih Banyak Mengalir Ke Malaysia

papar berkaitan - pada 6/11/2025 - jumlah : 151 hits
Alif JamilLaporan media Thailand menyebut bahawa duit pelaburan lebih banyak mengalir ke Malaysia Ia adalah refleksi nyata perubahan struktur dalam ekonomi serantau ASEAN Mudah kata ini suatu tanda pemulihan keyakinan pasaran antarabangsa t...
1 711 Produk Eksport Malaysia Ke As Akan Nikmati Tarif Lebih Rendah Tengku Zafrul

1 711 Produk Eksport Malaysia Ke As Akan Nikmati Tarif Lebih Rendah Tengku Zafrul

papar berkaitan - pada 27/10/2025 - jumlah : 286 hits
1 711 Produk Eksport Malaysia Ke AS Akan Nikmati Tarif Lebih Rendah Tengku Zafrul KUALA LUMPUR 26 Okt Sehingga 1 711 produk eksport Malaysia ke Amerika Syarikat akan menikmati kadar tarif yang lebih rendah daripada 19 peratus di bawah Perja...
Pahang Catat Pencapaian Cemerlang Dengan Pertumbuhan Produktiviti Buruh Tertinggi Di Malaysia Bagi Tahun 2024

Pahang Catat Pencapaian Cemerlang Dengan Pertumbuhan Produktiviti Buruh Tertinggi Di Malaysia Bagi Tahun 2024

papar berkaitan - pada 31/10/2025 - jumlah : 151 hits
KUANTAN Pahang terus mencatatkan pencapaian cemerlang dengan pertumbuhan produktiviti buruh tertinggi di negara ini bagi tahun 2024 dengan kadar 4 9 peratus Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata keputusan tersebut mencermink...
Perkukuh Hubungan Dagang Malaysia China Di Ekspo Import Antarabangsa Shanghai 2025

Perkukuh Hubungan Dagang Malaysia China Di Ekspo Import Antarabangsa Shanghai 2025

papar berkaitan - pada 6/11/2025 - jumlah : 197 hits
Perkukuh Hubungan Dagang Malaysia China Di Ekspo Import Antarabangsa Shanghai 2025 Shanghai 5 November 2025 YAB Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah hari ini menghadiri Majlis Pembuk...
Malaysia Lancar Wanita Mywira Accelerator Perkasa Lebih 100 000 Wanita Menjelang 2030

Malaysia Lancar Wanita Mywira Accelerator Perkasa Lebih 100 000 Wanita Menjelang 2030

papar berkaitan - pada 24/10/2025 - jumlah : 189 hits
Malaysia Lancar Wanita MyWira Accelerator Perkasa Lebih 100 000 Wanita Menjelang 2030 KUALA LUMPUR 23 Oktober 2025 Malaysia telah mengambil langkah kehadapan ke arah merapatkan jurang gender dalam tenaga kerja melalui pelancaran Wanita MyWi...
Membina Masa Hadapan Yang Lebih Cerah Untuk Komuniti Orang Asli Di Malaysia

Membina Masa Hadapan Yang Lebih Cerah Untuk Komuniti Orang Asli Di Malaysia

papar berkaitan - pada 22/10/2025 - jumlah : 259 hits
Membina Masa Hadapan Yang Lebih Cerah Untuk Komuniti Orang Asli Di Malaysia Rumah yang selamat dan kukuh masih merupakan antara keperluan paling mendesak bagi komuniti Orang Asli di Malaysia Menurut Jabatan Kemajuan Orang Asli sebanyak 89 4...
Belia Sabah Memuji Kepimpinan Anwar Dan Menuntut Hak Ma63

Kkm Tingkatkan Siap Siaga Demi Kebajikan Mangsa Banjir

Ribut Tropika Senyar Di Malaysia Fakta Terkini Impak Amaran Metmalaysia

Neoantigen Sebagai Sasaran Rawatan Terapi Kanser Kolorektal

Poco Launches Poco F8 Series

Delicious Beef Cubes Recipe Vietnamese

Cara Kurangkan Sakit Kepala Secara Semulajadi

Penemuan Unik Bekas Gangsa Dengan 300 R Di Como Itali Utara


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Apa Yang Saya Belajar Minggu Ini

Jalan Jalan Menikmati Suasana Malam Di Liyang

Doa Ketika Hujan Dan Doa Menghadapi Musibah Banjir

Potato Egg Melt Sihat Rendah Kalori Sarapan Sedap Yang Mudah Kenyang Lama Memikat

Uks Setelah Ku Ditinggalkan Chord

Dalam Tak Sadar Sekecil Perkara Yang Menyentuh Jiwa