Lebih Baik Bentuk Kerajaan Darurat Johari Abdul



Kelemahan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dalam menangani wabak Covid 19 yang dikritik hebat kalangan rakyat sejak kebelakangan ini memerlukan suatu penyelesaian radikal dan segera.
Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul berkata, kerajaan PN yang sudah tidak boleh memberi solusi terbaik selain mengulangi Perintah Kawalan Pergerakan penuh atau lockdown dan merisikokan ekonomi negara seharusnya diganti dengan kerajaan yang lebih baik.
Katanya, beliau menyokong pendapat pemimpin Umno yang juga Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Azalina Othman Said, baru-baru ini yang mencadangkan supaya dibentuk kerajaan darurat semua parti demi menyelamatkan rakyat.
“Bagi menangani masalah (keadaan yang berlaku ketika ini) kita mestilah bekerjasama dengan semua pihak. Sebab yang menjadi kerajaan itu pun mereka yang mendapat majoriti undi, manakala pembangkang kelompok yang tak cukup undi.
“Maknanya sesiapa yang ada dalam Parlimen, wakil kepada rakyat. Jadi cadangan yang dikemukan oleh Datuk Azalina itu bijak, kita mesti sama-sama duduk dan buat keputusan,” kata Johari kepada Suara Keadilan.
Dalam pada itu, Johari yang juga Ketua Whip Pakatan Harapan memuji Ahli Parlimen Pengerang tersebut yang sekali lagi mencadangkan agar Parlimen bersidang kerana keadaan semakin mendesak dan memerlukan perbincangan anggota Dewan untuk menyelesaikan masalah.
“Beliau (Azalina) seorang yang berani menyuarakan yang hak. Membuka Parlimen adalah langkah perlu takala rakyat dan negara menghadapi masalah pandemik ketika ini.
“Ini (Covid 19) masalah rakyat bukan masalah orang politik semata-mata. Jadi untuk itu bagi menangani masalah ini kita mestilah bekerjasama dengan semua pihak.
“Kita mesti sama-sama duduk buat keputusan bersama sebab itu kita kata buka Parlimen dan bersidang semula. Dengan adanya persidangan Parlimen baharu ada idea-idea bernas, semua wakil rakyat dapat digembeleng,” katanya lagi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/32237

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pembangkang Israel Sepakat Bergabung Bentuk Kerajaan Baru

Pembangkang Israel Sepakat Bergabung Bentuk Kerajaan Baru

papar berkaitan - pada 4/6/2021 - jumlah : 353 hits
Gabungan baru itu juga turut dianggotai parti Ra am parti Islam dipimpin Mansour Abbas menandakan kali pertama parti Arab menjadi sebahagian daripada kerajaan Israel Pemimpin pembangkang Yair Lapid dan sekutunya sudah pun memaklumkan gabung...
Bentuk Kerajaan Perpaduan Dengan Majoriti Sebenar

Bentuk Kerajaan Perpaduan Dengan Majoriti Sebenar

papar berkaitan - pada 2/6/2021 - jumlah : 296 hits
Dijangkakan isu pandemik yang menular serta krisis ekonomi akan terus menjadi dua cabaran utama sehingga 1 Ogos 2021 Dalam keadaan ini terdapat risiko amat besar jika pilihan raya diadakan dalam masa terdekat dan meruncingkan lagi situasi k...
Hubungan Seks Jadi Lebih Baik Jika Suami Isteri Kongsi Kerja Rumah

Hubungan Seks Jadi Lebih Baik Jika Suami Isteri Kongsi Kerja Rumah

papar berkaitan - pada 26/5/2021 - jumlah : 351 hits
Pasangan suami isteri yang bahagia dikatakan mempunyai hubungan kelamin lebih seksi dan hangat Malah hubungan seks suami isteri juga jika dijaga dengan baik mampu membuatkan pasangan tampak lebih muda dan bertenaga Jika anda perasan ada ses...
Lebih Baik Kemerosotan Ekonomi Dari Mati Tun M

Lebih Baik Kemerosotan Ekonomi Dari Mati Tun M

papar berkaitan - pada 29/5/2021 - jumlah : 444 hits
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkongsi pengalaman melihat sekumpulan pekerja projek menunggu bas pekerja di tepi jalan dalam keadaan tidak mematuhi Prosedur Operasi Standard Beliau berkata ketika pulang dari pejaba...
Muhyiddin Undur Segera Bentuk Kerajaan Perpaduan Kata Baru Bian

Muhyiddin Undur Segera Bentuk Kerajaan Perpaduan Kata Baru Bian

papar berkaitan - pada 6/6/2021 - jumlah : 428 hits
Ahli Parlimen Selangau Baru Bian mendesak Muhyiddin Yassin dan Kabinetnya berundur segera dalam usaha mewujudkan kerajaan perpaduan bagi baki penggal Parlimen ini PETALING JAYA Ahli Parlimen Selangau Baru Bian berkata sudah tiba masanya ker...
Bekas Penyelidik Bank Dunia Ulangi Gesaan Bentuk Kerajaan Perpaduan

Bekas Penyelidik Bank Dunia Ulangi Gesaan Bentuk Kerajaan Perpaduan

papar berkaitan - pada 31/5/2021 - jumlah : 340 hits
May 31 2021 Bekas penyelidik kanan Bank Dunia Lim Teck Ghee berkata kerajaan perpaduan sangat diperlukan bagi mengatasi pelbagai krisis selain menangani polarisasi politik yang berlaku di negara ini PETALING JAYA Bekas penyelidik sosial kan...
Pas Lebih Berkesan Jadi Pembangkang Daripada Jadi Kerajaan

Pas Lebih Berkesan Jadi Pembangkang Daripada Jadi Kerajaan

papar berkaitan - pada 26/5/2021 - jumlah : 597 hits
ANALISASekadar iluistrasiKEADILAN itu bukan bererti sama rata seperti 50 50 tetapi adil itu berada ditempatnya dan memberi natijah yang baik Itulah prinsip keadilan sejati Apabila Pas tidak berjaya menjadi kerajaan walaupun ia ditubuhkan le...
Sifat Tertutup Mahiaddin Lebih Mudah Membawa Jatuhnya Kerajaan Pn

Sifat Tertutup Mahiaddin Lebih Mudah Membawa Jatuhnya Kerajaan Pn

papar berkaitan - pada 27/5/2021 - jumlah : 460 hits
Sepertimana pernah saya tulis sebelum ini terdapat pemimpin Bersatu sendiri mengakui kerajaan PN pimpinan Mahiaddin Md Yasin sekarang memang sedang terumbang ambing dan tidak mustahil akan terbalik jika PRU diadakan dalam waktu terdekat ini...
Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Austrian Avalanche Our 7 Favorite Custom Ktm Motorcycles

Sarapan Sa Pagi Ini Jumaat 19 Dec 2025

Hentian Rehat Rawat Seremban

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pahang Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pahang Perhebat Usaha Cegah Rasuah

Penyakit Jantung Iskemia Terus Jadi Punca Utama Kematian Di Malaysia Selangor Catat Jumlah Tertinggi

Diskaun Tol 50 Hari Krismas 2025 Tarikh Waktu Pelaksanaan

Kejayaan Mihas Shanghai Jualan Melonjak Melebihi Jangkaan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Reset Hidup Untuk Tahun 2026 Cara Mulakan Semula Tanpa Tekanan

The Roi Of A Coffee

Fungsi Sleeve Paper Cup Dalam Industri Kafe F B

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Tantangan Ekonomi Unik China Analisis Masalah Dan Implikasinya

Setelah 2 Tahun