Bekas Penyelidik Bank Dunia Ulangi Gesaan Bentuk Kerajaan Perpaduan


 
Sean Augustin -May 31, 2021 Bekas penyelidik kanan Bank Dunia Lim Teck Ghee berkata, kerajaan perpaduan sangat diperlukan bagi mengatasi pelbagai krisis, selain menangani polarisasi politik yang berlaku di negara ini. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Bekas penyelidik sosial kanan Bank Dunia mengulangi gesaan agar kerajaan perpaduan dibentuk sewaktu negara bersedia melaksanakan ‘total lockdown’ susulan lonjakan kes Covid-19.
Lim Teck Ghee, yang membuat gesaan sama tahun lepas berkata, kerajaan perpaduan boleh dilaksanakan dan sangat diperlukan untuk mengatasi pelbagai krisis negara, selain menangani polarisasi politik yang sedang berlaku di negara ini.
“Ini dapat membantu memperbetulkan jurang politik negara ketika ini. Selain itu, kerajaan perpaduan dapat melakukan lebih baik berbanding kerajaan sedia ada ketika ini,” katanya kepada FMT ketika ditanya adakah kerajaan perpaduan mungkin boleh dilakukan memandangkan persekitaran politik semasa.
Lim berkata, walaupun gabungan kerajaan dan pembangkang akan menetapkan syarat sebelum mempersetujui penubuhan kerajaan perpaduan, beliau percaya pertimbangan positif akan menundukkan kepentingan sedemikian.
“Kesedaran bahawa bukan hanya parti dan ahli politik yang akan rugi sekiranya pemimpin politik kita gagal mempersetujui sebuah kerajaan perpaduan yang munasabah dan dipercayai boleh membantu memecahkan kebuntuan,” katanya.
Lim berkata, Yang di-Pertuan Agong juga boleh memainkan peranan penting dalam memastikan kejayan dan keberkesanan sebuah kerajaan perpaduan.
Beliau juga berkata, kerajaan perpaduan seharusnya dapat menarik muda yang telah membuktikan diri mereka jujur dan berintegriti, selain tegas serta komited dalam memperkenalkan pembaharuan.
Kata beliau, sekiranya sebuah kerajaan perpaduan terbentuk, ia harus menumpukan pada tiga perkara, iaitu krisis kesihatan, sosio-ekonomi dan politik yang memerlukan perhatian segera.
Mei lepas, Lim menulis bahawa kerajaan perpaduan memerlukan kenegaraan tinggi, tetapi inisiatif seperti itu berjaya sebelum ini bagi banyak negara yang menghadapi krisis nasional.
Katanya, masyarakat umum juga mungkin akan memihak kepada kerajaan perpaduan.
Sementara itu Parti Kemajuan Malaysia menyeru parti politik supaya mengetepikan perbezaan sesame mereka dan menyokong pembentukan kerajaan perpaduan.
Presidennya P Waytha Moorthy berkata, situasi pandemik Covid-19 yang berlaku di negara ini seumpama perang menentang musuh dan tidak sepatutnya rakyat membuang masa untuk bermain politik.
Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, usaha memastikan negara berada di landasan yang betul memerlukan semua pihak bekerjasama, termasuk ahli politik, pakar perubatan, ahli ekonomi dan pakar kewangan.
“Tidak ada masa lagi untuk bermain politik kepartian kerana rasa kasih kepada negara dan rakyat harus menjadi keutamaan,” kata beliau.
Waytha berkata, perdana menteri harus meyakinkan semua pihak supaya bersatu demi kepentingan rakyat.
“Setelah kerajaan perpaduan dibentuk, darurat boleh ditamatkan dan Parlimen dapat bersidang semula,” tambah beliau.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/05/bekas-penyelidik-bank-dunia-ulangi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Muhyiddin Undur Segera Bentuk Kerajaan Perpaduan Kata Baru Bian

Muhyiddin Undur Segera Bentuk Kerajaan Perpaduan Kata Baru Bian

papar berkaitan - pada 6/6/2021 - jumlah : 420 hits
Ahli Parlimen Selangau Baru Bian mendesak Muhyiddin Yassin dan Kabinetnya berundur segera dalam usaha mewujudkan kerajaan perpaduan bagi baki penggal Parlimen ini PETALING JAYA Ahli Parlimen Selangau Baru Bian berkata sudah tiba masanya ker...
Bentuk Kerajaan Perpaduan Dengan Majoriti Sebenar

Bentuk Kerajaan Perpaduan Dengan Majoriti Sebenar

papar berkaitan - pada 2/6/2021 - jumlah : 287 hits
Dijangkakan isu pandemik yang menular serta krisis ekonomi akan terus menjadi dua cabaran utama sehingga 1 Ogos 2021 Dalam keadaan ini terdapat risiko amat besar jika pilihan raya diadakan dalam masa terdekat dan meruncingkan lagi situasi k...
Kenapa Kerajaan Perpaduan Idea Tun Tidak Disokong

Kenapa Kerajaan Perpaduan Idea Tun Tidak Disokong

papar berkaitan - pada 4/6/2021 - jumlah : 357 hits
Pemimpin PH kecuali Anwar tidak sokong kerana Tak nampak kebaikan nya otak MASIH bawah tempurung Kalau Lim kit SIANG tahu pun dia sedar tidak menguntungkan untuk partinya suara DAP akan tenggelam di dalam kerajaan Perpaduan yang AKAN KEMBAL...
Pembangkang Israel Sepakat Bergabung Bentuk Kerajaan Baru

Pembangkang Israel Sepakat Bergabung Bentuk Kerajaan Baru

papar berkaitan - pada 4/6/2021 - jumlah : 349 hits
Gabungan baru itu juga turut dianggotai parti Ra am parti Islam dipimpin Mansour Abbas menandakan kali pertama parti Arab menjadi sebahagian daripada kerajaan Israel Pemimpin pembangkang Yair Lapid dan sekutunya sudah pun memaklumkan gabung...
Syed Sadiq Kecam Kerajaan Tak Arah Bank Laksana Moratorium

Syed Sadiq Kecam Kerajaan Tak Arah Bank Laksana Moratorium

papar berkaitan - pada 3/6/2021 - jumlah : 384 hits
June 2 2021 Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegur Tengku Zafrul Abdul Aziz kerana tidak tegas terhadap pelaksanaan moratorium pinjaman automatik di bawah pakej bantuan terbaharu PETALING JAYA Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman...
Lebih Baik Bentuk Kerajaan Darurat Johari Abdul

Lebih Baik Bentuk Kerajaan Darurat Johari Abdul

papar berkaitan - pada 31/5/2021 - jumlah : 386 hits
Kelemahan Kerajaan Perikatan Nasional dalam menangani wabak Covid 19 yang dikritik hebat kalangan rakyat sejak kebelakangan ini memerlukan suatu penyelesaian radikal dan segera Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul berkata kerajaan...
Edisi Khas Mingguan 025 Moratorium Hak Mutlak Bank Kerajaan Tiada Kua

Edisi Khas Mingguan 025 Moratorium Hak Mutlak Bank Kerajaan Tiada Kua

papar berkaitan - pada 6/6/2021 - jumlah : 372 hits
MENARIK DALAM EDISI KHAS 0251 MORATORIUM ZAFRUL DIDAKWA BERBOHONG 2 CEROBOH RUANG UDARA KETUA PEMBANGKANG DESAK TINDAKAN SEGERA 3 KILANG DIBENAR BEROPERASI TIMBULKAN KEKECOHAN MENTERI
Perjanjian Ekstradisi Indonesia Dan Rusia Langkah Diplomatik Menuju Kerjasama Penegakan Hukum

Keajaiban Melk Permata Sejarah Di Tepian Sungai Danube

Google Year In Search 2025 Malaysia Senarai Carian Paling Trending Tahun Ini

Tidur Adalah Terapi Segarkan Badan Anda Layan Tidur Itu Hak Kita Sebagai Manusia

Yusuf Azmi Tewas Tko Yunus Martin Raih Kemenangan Sulung Di Malaysia

Relik Menarik Dari Pompeii Dua Temuan Menakjubkan Yang Mengungkap Kisah Lalu

Mca Takkan Pilih Sertai Pn Ka Siong Dedah Masyarakat Cina Sukar Terima Pas

Iesf Wec Malaysia Juara Kejohanan Dunia Iesf 2025 Dua Tahun Berturut Turut


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Enjoy Menu Ren Christmas Eve Dinner Buffet Renaissance Johor Bahru Hotel

Realiti Pendidikan Di Malaysia Sekarang

Lirik Lagu Aisha Retno Diari Air Mata

Gibran

The Ultimate Moist Yummy Banana Cake Recipe

Tips Merebus Jantung Pisang Agar Tidak Hitam