Pas Lebih Berkesan Jadi Pembangkang Daripada Jadi Kerajaan


ANALISA

Sekadar iluistrasiKEADILAN itu bukan bererti sama rata, seperti 50 : 50, tetapi adil itu berada ditempatnya dan memberi natijah yang baik. Itulah prinsip keadilan sejati. Apabila Pas tidak berjaya menjadi kerajaan walaupun ia ditubuhkan lebih 70 tahun, tetapi keberadaan Pas sebagai pembangkang lebih bererti dan diterima oleh umum berbanding parti itu menjadi suku daripada kerajaan 2L1G kini. Perbezaan dari segi peranan dan fungsi Pas semasa menjadi pembangkang dengan menjadi suku daripada kerajaan 2L1G jelas dan jauh bezanya. Ia boleh dianalisa satu persatu tanpa prejudis atau taksub apa lagi irihati serta niat jahat. Tengok dan tilik secara adil dan rasional.  
Pas dilihat komited, serius dan rajin memperjuangkan prinsip-prinsip keadilan, kesaksamaan serta berusaha untuk menegakkan prinsip Islam sewaktu jadi pembangkang sejajar dengan apa dimaktubkan dalam kitab hidupnya - perlembagaan parti. Suara Pas lebih lantang dan kuat ketika jadi pembangkang. 
Namun prinsip itu kian terhakis dan menipis sedikit demikian sedikit apabila parti itu menjadi suku daripada kerajaan 2L1G hari ini. Kuasa dan kedudukan meniruskan, api jihad Pas juga menguncup. Perubahan dan perbezaan semangat jihad Pas ini sebenar berlaku lebih awal khususnya selepas ketiadaan Almarhum Tokguruku Nik Abdul Aziz Nik Mat lagi.  
Pas juga lebih diyakini oleh masyarakat umum sebagai parti pembangkang daripada menjadi parti suku daripada kerajaan. Pilihan Pas untuk jadi kerajaan tumpangan seperti membunuh imejnya. Penyertaan Pas ke dalam kerajaan yang dibentuk secari curi memburukkan Pas. Nasib Pas seperti orang terkena nangka getah yang dicuri. 

Sewaktu Pas jadi pembangkang orang ramai obses untuk melihat ia menjadi kerajaan dengan mengira Pas akan dapat melakukan lebih baik daripada kerajaan sebelum ini.  Sudah berdekad orang merasai dan melihat apa yang berlaku dalam kerajaan BN yang ditunggak Umno. Paling menyedihkan amalan kronisme dan korupsi dalam parti itu. Kerana sudah lemau dengan kerajaan itu maka Pas diletakkan sebagai tempat menggantung harapan. 
Peranan sebagai pembangkang.
Kita lihat beberapa peranan atau tanggungjawab dimainkan Pas sewaktu parti itu menjadi pembangkang dalam konteks kerajaan Malaysia yang sungguh menyeronokkan dimana kerana tanggungjawab dan peranan itulah menyebabkan ia muncul sebagai parti masa depan yang menyakinkan sesuai dengan naluri orang Melayu dan Islam. Kerajaan Kelantan semasa dibawah pimpinan Nik Aziz dijadikan model dan impian umum. 
Sebelum Pas menjadi kerajaan orang menghimpun seribu impian dan harapan kepadanya. Kalau dengar kepada bual cakap Pas, parti itu lebih hebat daripada Umno dari sudut keagamaan (Islam) nya. Semua Istilah pentadbiran, pengurusan, politik, pendidikan Pas guna istilah atau terminologi Islam yang lebih sedap dan sinonim dengan jiwa orang Islam berbanding dengan Umno yang lebih mesra memakai terminologi Inggeris.  Bagi Melayu yang kolot dengan menggunakan istilah Arab dan agama itu mereka sudah mengira Pas parti Islam yang tulen. 
Perjuangan Pas semasa menjadi pembangkang.
1. Hukum Hudud. Merupakan piala utama yang direbut oleh Pas. Pas beria berjanji dan berusaha serta mempengaruhi rakyat agar menyokongnya untuk membolehkan Hukum Hudud dilaksanakan di negara ini. Pas mencanang Hukum Hudud ke seluruh dunia.
Bagi Pas tanpa pelaksanaan Hudud negara ini dalam keadaan batil dan perjuangannya tidak sah. Sampai ada yang membuat fatwa negeri yang tidak laksanakan Hudud penduduknya tidak wajar membayar zakat. Hukum Hudud adalah agenda utama Pas. 
Untuk mencapai hasrat itu juga, Pas jadi kreatif dan agresif menggoreng bertih ratiban kepada Hudud sampai dicadang untuk meminda Akta 355 bagi memperkasakan Mahkamah Syariah kemudian membolehkan Hudud dilaksanakan. 
Pas telah membawa usul persendirian (RUU 355) di Parlimen sebagai persiapan ke arah itu. Untuk menunjukkan seriusnya Pas, parti itu menganjurkan kempen menyokong RUU 355 dan mengadakan himpunan RUU 355 di Padang Merbok. Para penceramah dan ustazah Pas menggoring orang ramai dalam ceramahnya sekiranya tolak Hudud, akan jadi kafir.

Bukan main lagi, usaha Pas itu turut disokong oleh Umno. Umno yang selama ini membenci dan melawan Pas turut tergoda sama. Seorang ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan daripada Umno menangis (gembira dan sedih) mengenangkan usaha Pas untuk laksanakan Hudud itu. Adun itu malahan berjanji dia akan meletak jawatan kalau usaha menggubal Hudud gagal. 
Akhirnya RUU 355 dapat dibawah ke parlimen atas restu dan janji akan disokong oleh Umno. RUU 355 dibawa oleh wakil Pas dari Marang bernama Abdul Hadi Bin Awang. Speaker Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia memberi laluan usul itu dibawa, tetapi tidak dibahas atas kehendak wakil berkenaan juga. Why? 
2. Kerja sama dengan Umno. Sebelum jadi kerajaan Pas juga sedia menjalin hubungan dan kerjasama politik dengan Umno ia dibuat kononnya demi Hukum Hudud. Satu Piagam Mufakat Nasional antara Pas dengan Umno ditanda-tangani di PWTC tanggal 13 Mei 2019. Itulah kali pertama para pemimpin muktabar Pas memijak kaki atas karpet di Dewan Merdeka PWTC. Hudud seperti menjadi tali pengikat kasih antara Umno dengan Pas. 
3. Royalti Petroleum. Pas membuat desakan dan tuntutan untuk mendapat royalti Petroleum khasnya di Kelantan. Tidak cukup setakat mendesak dalam ceramah diadakan kempen dan tunjuk perasaan, Pas membawa perkara itu hingga ke mahkamah menyaman Petronas berhubung perjanjian usahasama carigali Petroleum 1976. Pas beranggapan perjanjian itu menyimpang. Pas rela membayar peguam ternama (Tommy Thomas) untuk mewakili kerajaan Kelantan (Pas).
4. Perjudian. Mendesak aktiviti perjudian dan kilang minuman keras dihapus dan dimusnahkan. Salah satu ialah kilang Carlsberg di Shah Alam menjadi ikonik tentangan Pas dalam isu ini. Pas meratib, dan bertasbeh hari-hari agar kilang arak itu dimusnahkan. Pas memberi gambaran sekiranya mereka berkuasa kilang itu akan dimusnahkan pada hari pertama memerintah lagi.  
Pas juga naikkan sepanduk dan perwakilan menjerit dalam muktamar menuntut agar perjudian nombor ekor, Toto, dan sebagainya dihapuskan. 
5. Bela Anggota Bomba.  Membangkit dan mempersoalkan isu kematian seorang anggota Bomba Mohd Adib. Pas mendesak diberikan keadilan kepada arwah anggota Bomba berkenaan. Desak membuka semula kertas siasatan dan menghukum pihak bertanggungjawab. Dalam mata Pas kematian anggota Bomba itu ada kaitan dengan sikap rasis atau perkauman. 
6. Pakaian Tutup Aurat. Pas mendesak pelaksanaan pakaian menutupi aurat yang patuh syariat kepada wanita. Mendesak pramugari syarikat penerbangan Kerajaan (MAS) mengenakan pakaian tutup aurat. Bersama itu mendesak agar penjualan minum keras dalam pesawat Mas dihapuskan. Bagai Pas aurat sebahagian daripada agenda perjuangan besar. 
7. Tunjuk Perasaan di Padang Merbok. Pas bersama Umno dan Ngo perjuangan Islam lain membuat tunjuk perasaan memperjuangkan RUU 355 di Padang Merbok, Kuala Lumpur dan kempen seputar Malaysia. Turut sama hadir seorang Mufti yang kini Mufti berkenaan menjadi menteri. Usaha dan gerak kerja itu benar-benar merujakan para pencinta Islam, yakin dan percaya dengan apa diusahakan itu.  
8. Tuduh Umno Kafir. Pas mempersoalkan kerajaan Umno dan BN yang mengguna pakai perlembagaan penjajah yang sekular. Dimana penggunaan perlembagaan itu menyebabkan Umno dianggap kafir oleh Pas. Pas kata mereka menentang Umno bukan kerana nama Umno tetapi kerana masih pakai Perlembagaan penjajah. Selagi BN menggunakan perlembagaan itu (tidak pakai Hukum Islam), Pas akan menentang selama-lamanya. 
Kerana Umno dianggap kafir maka sembelihan orang Umno nikah diakad oleh imam Umno, sembahyang dengan imam Umno sebagai tidak sah. Bahkan berlaku ada dua cangkul menggali kubur disediakan di sebuah negeri, satu cangkul untuk kubur orang Pas satu cangkul untuk kubur orang Umno. 
9. Janji Pas untuk tidak bermewah. Pas kata kalau mereka jadi kerajaan para pemimpinnya tidak akan bermewah dan akan menggunakan kereta Proton Saga sahaja sebagai kenderaan rasmi. Mereka akan mengutamakan kebajikan rakyat bukan membuat atau melaksanakan sesuatu yang membazir kerana pembaziran itu perbuatan Syaitan. Mereka berjanji tidak akan meneruskan amalan membazir kerajaan BN. 
10. Kepentingan Melayu.   Pas juga berjanji untuk menjaga kepentingan Melayu terutamanya hartanah, rezab Melayu akan dipulih pada kedudukan asal. I
Itulah antara janji, komitmen dan perjuangan Pas semasa mereka tidak menjadi kerajaan. Tetapi apa jadi setelah mereka menjadi suku daripada kerajaan 2L1G hari ini. Cuba kita tengok dan perhatikan.
1. Hukum Hudud. Sudah senyap tumpas. Sepatah arang tidak kedengaran lagi dari mulut orang Pas. Begitu juga dengan RUU 355 yang diperjuangkan juga sudah tidak disebut lagi. Untuk menjustifikasikan tindakan dan sikap itu, Pas mengakui bukan mudah untuk melaksanakan hukum hudud dalam negara ini. 
Apa yang diberitahu kepadanya sebelum bahawa untuk meminda Akta 355 memerlukan banyak perkara dan rumit, ditolaknya mentah-mentah. Hari ini sebagai hendak menghalalkan sikap barunya Pas mengambil balik apa yang diberi tahu lalu. Pas menjilat balik apa yang diludahinya sebelum ini. 
Walhal dengan menjadi suku daripada kerajaan 2L1G lebih mudah untuk mana-mana wakil Pas membawa RUU 355 ke parlimen, bukan atas nama usul persendirian lagi, tetapi ditukar dengan nama usul daripada kerajaan, apa lagi menteri undang-undang dan hal ehwal Parlimen hari ini daripada Pas bernama Takiyuddin Hassan. Tetapi sayang Hudud dan RUU 355 sudah jadi hikayat dan dibuang ke laut Cina Selatan dekat Marang, Terengganu. 
2. Kerjasama dengan Umno. Pas telah memutuskan hubungan dengan Umno dan melihat Umno bukan penting lagi. Umno telah ditinggalkan apabila Pas berjumpa dengan Bersatu dan para pemimpinnya diberi imbuhan dan ghanimah berupa jawatan menteri, timbalan menteri dan pengerusi GLC. Persetiaan sehidup semati dengan Umno sudah ke laut Cina berdekatan dengan Dungun, Terengganu. 
3. Royalti Petroleum. Selepas mendapat royalti minyak untuk Kelantan sebanyak RM400 juta, tidak nampak Pas gunakan wang itu untuk keperluan rakyat. Yang nampak adalah para pemimpin Pas bermewah dengan memiliki rumah besar, kereta besar dan tambah isteri sampai tiga. Saman terhadap Petronas juga sudah ditarik balik.  
4. Perjudian. Perkara ini juga tidak menjadi agenda Pas lagi. Apabila Casino di Genting beroperasi di sepanjang PKP tidak ada apa-apa suara bantahan dan kritik daripada Pas. Lidah orang Pas jadi terpotong dan putus. Pemuda mujahid Pas juga sudah kepatahan pedang, kuda mereka juga sudah sakit kaki. Pas jadi tidak reti atau "telor" untuk bercakap mengenai perkara tu. Cabutan perjudian daripada 8 kali semasa kerajaan PH menjadi 22 pada zaman kerajaan 2L1G, Pas juga membisu. Lidah pemuda Pas sudah terjilat air liur syaitan barang kali. 
5. Bela Anggota Bomba. Kematian ahli Bomba, Mohd Adib yang diperjuang dan dibela selama ini juga sudah entah ke mana. Tidak kedengaran lagi mana-mana pemimpin membangkitkan perkara itu. Harapan keluarga arwah Mohd Adib terkapai-kapai tanpa pembelaan Pas lagi. Belum ada sepatah haram penjelasan dan jaminan daripada Menteri Undang-Undang bersabit kes Adib. Kain sepanduk solidariti untuk keluarga Adib juga sudah hangus. 
6. Tutup aurat. Kempen dan kewajiban ini sudah tidak juga kedengaran. Menteri bersangkutan tidak lagi rancak bercakap mengenai penutupan aurat ini. Isu ini juga jadi seperti isu perjudian dan minuman keras. Tidak ada sebotol arak pun yang dipecah oleh Pas walaupun sudah jadi suku daripada kerajaan. Yang mungkin ada arak hanya ditukar ke dalam botol budu sahaja. 
7. Tunjuk Perasaan RUU 355. Tunjuk perasaan untuk memastikan hukum Hudud terlaksana di Padang Merbok juga tidak ada lagi. Pas berdiam diri seperti Hukum Hudud sudah terlaksana. Atau pun ia tidak perlu diperjuangkan lagi setelah berada dalam kerajaan PN. 
8. Tuduh Umno Kafir. Sudah tidak ada tuduhan berkenaan ke atas Umno. Yang tuduh kapir kini adalah bekas-bekas rakannya yang meninggalkan Pas dan menubuhkan parti bernama Parti Amanah Negara (Amanah). Kalau dahulu Pas menegaskan jangan ambil orang bukan Islam menjadi pemimpin, tetapi hari ini, Pas boleh memberi dan menyeru agar mengundi calon MCA seorang Cina yang belum pun memeluk Islam. Apa yang berlaku dalam Pirake Tanjung Piai, sangat jelas sampai presiden Pas berpantun meminta orang Melayu undi calon Cina masih kafir.  
9. Janji Untuk tidak bermewah. Pas mulanya berjanji untuk tidak bermewah-mewahan seperti pemimpin Umno. Apa yang berlaku hari ini, ambil contoh di Kelantan. Sebanyak 14 buah Mercedes baru dibeli untuk kegunaan Menteri Besar, Timbalan Menteri Besar dan para Exco kononnya untuk keselesaan dan keselamatan. Tidak cukup itu dinaikan elaun para wakil rakyat. Pemimpin hidup selesa, tetapi rakyat Kelantan masih minum air paip yang berwarna warni, air pelangi. Ke mana Proton Saga yang dibanggakan sebelum ini? 
Ironisnya wakil rakyat dan pemimpin kerajaan mendapat kesenangan dan kemewahan rakyat Kelantan masih dibelenggu dengan masalah air kotor yang masih belum diselesaikan. Kononnya masalah air di Kelantan akan selesai dalam tempoh 40 tahun suatu unjuran menggambarkan kelemahan pemimpin Pas. 
10. Kepentingan Melayu. Janji Pas untuk jaga kepentingan Melayu masih disangsikan. Tidak ada pelan pembelaan secara menyeluruh ke atas nasib orang Melayu. Selama menjadi suku daripada kerajaan tidak ada apa-apa perancangan dan agenda diketengahkan Pas untuk tujuan itu. 
Itulah 10 perkara yang boleh dinilai dan dianalisis yang berlaku sekitar Pas sebelum dan selepas menjadi suku kerajaan. Selain perkara disebut itu ada beberapa perkara lagi membawa dan menunjukkan perubahan akidah perjuangan Pas. Sepatutnya mereka yang berpegang (tahkid) dengan apa disebut Pas sebelum ini tidak terus menyokong kerana Pas sudah pun mengubah pegangan politiknya. 
Dua perkara lain yang menyebabkan menjadi perhatian umum kepada parti agama itu, apabila mereka sanggup bersekongkol dengan Umno bagi menjatuhkan kerajaan PH. Tindakan itu dilihat Pas mula berpolitik lebih buruk daripada Umno. Selama ini Pas sangat menyanjung dan menghormati prinsip demokrasi, tetapi akhirnya Pas tidak dapat menahan nafsu ikut sama melakukan apa yang dikeji olehnya selama ini. 
Selain itu apabila Pas menjadi suku kerajaan, ia tambah memburukkan. Pas boleh dimaaf dan dilihat sebagai masih konsisten dengan perangai dan prinsip lamanya. Tetapi apabila Pas juga mula tergila-gila kepada jawatan, disinilah orang mempersoalkan ketulusan Pas. Apa lagi beberapa pemimpin Pas memegang jawatan dalam keadaan yang tidak bersedia menyebabkan Pas itu dilihat memiliki kelemahan fata. 
Sebenarnya apa sedang berlaku sekarang ini, dengan tindakan, perubahan dan politik baru ala Pas matlamat menghalalkan cara Pas yang sedang memusnahkan dirinya sendiri. Proses self destruction sedang berlaku dalam parti itu dan ia sangat membahayakan Pas jika tidak dikenkang.  [wm.kl.10:06 24/05/2021]
Glossori:
Telor = pelek.
2L1G = Lemah, Lembab dan Gagal.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2021/05/pas-lebih-berkesan-jadi-pembangkang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Yang Lebih Menakutkan Kerajaan Atau Cobid19

Yang Lebih Menakutkan Kerajaan Atau Cobid19

papar berkaitan - pada 15/5/2021 - jumlah : 315 hits
Siapa dan Mana yang lebih ganas Rakyat dalam zon marah Bukan marah arahan tetapi perlaksanaan Jika kerajaan gagal kawal covid 19 sudah tentu kerajaan lebih gagal kawal rakyat yang marah Tidak seorang pun membisu semua ada penilaian sendiri ...
Tempoh Pkp 3 0 Mungkin Lebih Panjang Kerajaan Pn Pimpinan Mahiaddin Buat Dua Kesilapan Najib

Tempoh Pkp 3 0 Mungkin Lebih Panjang Kerajaan Pn Pimpinan Mahiaddin Buat Dua Kesilapan Najib

papar berkaitan - pada 15/5/2021 - jumlah : 311 hits
Tempoh bagi PKP 3 0 ini mungkin akan jauh lagi panjang berbanding PKP 1 0 dan PKP 2 0 Ini pasti jika mengikut segala logik sains dan data sebab 1 keadaan sekarang adalah jauh lebih kritikal berbanding masa darurat PKP 2 0 diumumkan bilangan...
Panas Che Ibrahim Gesa Kerajaan Pas Kelantan Beli Vaksin Guna Duit Rm400 Juta

Panas Che Ibrahim Gesa Kerajaan Pas Kelantan Beli Vaksin Guna Duit Rm400 Juta

papar berkaitan - pada 27/5/2021 - jumlah : 234 hits
May 26 2021 AMANAH Kelantan hari ini mendesak Kerajaan Pas Kelantan agar memanfaatkan wang one off yang diterima sebanyak RM400 juta dahulu untuk diguna bagi tujuan pembelian vaksin Covid 19 Menurut Timbalan Pengerusi AMANAH Kelantan Ustaz ...
Pkp3 0 Kerajaan Setuju Sekatan Lebih Ketat Keatas Sektor Ekonomi Amp Sosial Pmo

Pkp3 0 Kerajaan Setuju Sekatan Lebih Ketat Keatas Sektor Ekonomi Amp Sosial Pmo

papar berkaitan - pada 22/5/2021 - jumlah : 336 hits
Kerajaan hari ini bersetuju mengetatkan lagi pelaksanaan PKP 3 0 yang sedang dilaksanakan di seluruh negara Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri mesyuarat sidang khas tersebut yang dipengerusikan Perdana Menteri ...
Kerajaan Pas Terengganu Didakwa Hanya Bantu Ahli Pas Sahaja

Kerajaan Pas Terengganu Didakwa Hanya Bantu Ahli Pas Sahaja

papar berkaitan - pada 20/5/2021 - jumlah : 329 hits
KERAJAAN PAS di Terengganu tidak mengagihkan bantuan kepada rakyat dengan adil dan hanya berpihak pada penyokong parti Islam itu kata sebahagian rakyat mengulas prestasi tiga tahun pentadbiran Menteri Besar Ahmad Samsuri Mokhtar Mereka mend...
Perlindungan Lebih Berkesan Hingga 85 4 Ini Cara Pemakaian Double Mask Mengikut Saranan Dg Hisham

Perlindungan Lebih Berkesan Hingga 85 4 Ini Cara Pemakaian Double Mask Mengikut Saranan Dg Hisham

papar berkaitan - pada 24/5/2021 - jumlah : 317 hits
Sekitar minggu lalu media sosial hangat memperkatan mengenai penularan beberapa foto memperlihatkan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengenakan dua pelitup muka atau double mask sewaktu mengadakan kunjungan ke bebera...
Pas Gagal Dalam Kerajaan Gagal

Pas Gagal Dalam Kerajaan Gagal

papar berkaitan - pada 15/5/2021 - jumlah : 297 hits
Manusia yang baik tidak harus bersama manusia jahat Tidak akan berjaya mencuci najis dengan berada dalam tong najis Jelas kumpulan Muhyiddin dan Azmin itu telah khianat kepada parti masing masing dan dosa paling besar kedua2 makhluk itu ada...
Saya Yakin Lebih Banyak Protes Terhadap Kerajaan Selepas Ini Anwar

Saya Yakin Lebih Banyak Protes Terhadap Kerajaan Selepas Ini Anwar

papar berkaitan - pada 19/5/2021 - jumlah : 252 hits
Saya kesal dan kecewa dengan penangkapan sekumpulan anak muda oleh pihak berkuasa di Batu Pahat Johor yang bertindak menzahirkan sanggahan terhadap pemerintah baru baru ini Tekanan pihak berkuasa terhadap anak anak muda yang melakukan prote...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Lirik Lagu Curang Abg Pau


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resipi Gulai Cili Api Telur Ikan Parang Dengan Mangga Muda

Intan Ladyana Sebak Anak Sulung Masuk Sekolah Anak Mommy Dah Ready Mommy Yang Tak Ready

Pemberian Tol Percuma Sempena Perayaan Hari Krismas 2024

Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui