Dapatkah Najib Tahanan Rumah 22 Disember Ini






19 December 2025


Kes semakan kehakiman berkaitan titah adendum yang membenarkan Najib Razak diberi tahanan rumah akan diputuskan Mahkamah Tinggi pada Isnin, 22 Disember ini.


Kemelut titah adendum itu telah melalui jalan yang berliku-liku sebelum sampai ke tahap yang dinanti-nantikan ini, terutama buat penyokong-penyokong Najib.


Hakim Mahkamah Tinggi, Alice Loke Yee Ching pada mulanya menetapkan 5 Januari 2026 bagi memberikan keputusan selepas selesai mendengar hujahan kedua-dua belah pihak.


Bagaimanapun tarikh itu diawalkan kepada 22 Disember.


Menjelang detik yang dinanti-nantikan itu, peguam Naiib, Muhammad Shafee Abdullah berkata, jika keputusan Mahkamah Tinggi Isinin nanti memihak kepada bekas Perdana Menteri itu, keputusan tahanan rumah mesti dilaksanakan serta-merta.


“Saya ingin menegaskan jika keputusan memihak kepada kami, beliau mesti menjalani baki hukuman penjaranya di bawah tahanan rumah dengan serta-merta,” katanya dalam satu sidang media semalam.


Bagaimanapun, menurut Muhammad Shafee, beliau memahami beberapa prosedur perlu dibuat sebelum bekas Ahli Parlimen Pekan itu dibenarkan keluar dari Penjara Kajang.


“Isu yang akan timbul ialah di rumah mana anak guam kami akan ditempatkan, siapa yang akan mengawal di lokasi berkenaan.


“Saya faham persiapan perlu dibuat di kediaman yang akan dipilih, namun saya percaya anak guam kami mesti dibenarkan pulang tanpa berlengah lagi,” tambah beliau.


Ditanya mengenai kemungkinan Jabatan Peguam Negara akan memfailkan rayuan (jika keputusan mahkamah berpihak kepada Najib), Muhammad Shafee berkata ia tidak akan menjejaskan perlaksanaan keputusan mahkamah itu.


Katanya, ia juga tidak akan mempengaruhi keputusan kes rasuah dan pengubahan wang haram berjumlah RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang akan diputuskan mahkamah pada Jumaat, 26 Disember depan.


“Jangan campur-adukkan kes 1MDB dengan titah adendum membabitkan kes SRC International Sdn Bhd.


“Kes ini melibatkan pembebasannya, yang mana Najib telah dipenjarakan di Penjara Kajang sejak Mahkamah Persekutuan menolak rayuannya pada tahun 2022,” tegasnya.


Pada 13 Ogos lalu, Mahkamah Persekutuan memerintahkan kes berkenaan dikembalikan kepada Mahkamah Tinggi untuk pendengaran mengenai meritnya selepas menolak permohonan Peguam Negara untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan berhubung dokumen tambahan terbabit.


Mahkamah Persekutuan turut menolak rayuan Peguam Negara terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan Najib mengemukakan bukti baharu bagi menyokong kewujudan dokumen tambahan.


Persoalan yang dinanti-nantikan sekarang ialah apakah keputusan mahkamah Isnin ini akan memihak kepada Najib yang membolehkannya menjalani tahanan rumah atau beliau akan terus menjadi penghuni Penjara Kajang? –ShahbudinHusin 19Disember2025.


https://shahbudindotcom.net/2025/12/dapatkah-najib-tahanan-rumah-22-disember-ini/








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/12/dapatkah-najib-tahanan-rumah-22.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
8 Kenderaan Rumah Terbakar Bengkel Cat Dipanah Petir

8 Kenderaan Rumah Terbakar Bengkel Cat Dipanah Petir

papar berkaitan - pada 8/12/2025 - jumlah : 111 hits
Norzamira Che Noham hmetro com myShah Alam Lapan kenderaan dalam sebuah bengkel cat serta sebuah rumah musnah dalam kebakaran di Sungai Sedu Banting semalam Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superintendan Mohd Akmalrizal Radzi berkata kebakar...
Muncul Dakwaan Bunga Citra Lestari Jadi Mangsa Keganasan Rumah Tangga Hantaran Ini Menjawab Segala Teka Teki

Muncul Dakwaan Bunga Citra Lestari Jadi Mangsa Keganasan Rumah Tangga Hantaran Ini Menjawab Segala Teka Teki

papar berkaitan - pada 9/12/2025 - jumlah : 157 hits
Rumah tangga penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari dan suaminya Tiko Aryawardhana kembali menjadi bualan hangat netizen selepas tular dakwaan kononnya Bunga berdepan keganasan rumah tangga sehingga memfailkan perceraian Malah turut terseba...
Serbu Rumah Calon Pemilihan

Serbu Rumah Calon Pemilihan

papar berkaitan - pada 8/12/2025 - jumlah : 112 hits
IswardyRafizi Ramli ada sebut dalam podcast yang SPRM serbu rumah calon pemilihan dan dilihat sebagai intimidasi calon Terus dengan PANTES sprm menafikan Tetapi dalam penafian mereka sebenarnya membenarkan1 Ada siasatan ke atas calon pemili...
Gambar Rumah Kampungku Di Bota Kanan

Gambar Rumah Kampungku Di Bota Kanan

papar berkaitan - pada 7/12/2025 - jumlah : 103 hits
Ini adalah gambar rumah kampung belah ayah aku di Bota Kanan Perak gambar dirakamkan menggunakan DJI Spark
Doa 18 Disember 2025

Doa 18 Disember 2025

papar berkaitan - pada 18/12/2025 - jumlah : 121 hits
Ya Allah izinkan kami merasa cukup dengan nikmat Mu
Warga Emas Buta Tinggal Bersama Jasad Anak Ditempatkan Di Rumah Seri Kenangan

Warga Emas Buta Tinggal Bersama Jasad Anak Ditempatkan Di Rumah Seri Kenangan

papar berkaitan - pada 6/12/2025 - jumlah : 185 hits
Warga Emas Buta Tinggal Bersama Jasad Anak Ditempatkan Di Rumah Seri Kenangan KUCHING 6 Disember Seorang wanita warga emas cacat penglihatan yang ditemui tinggal bersama mayat anak perempuannya selama beberapa hari akan ditempatkan di Rumah...
Peluang Memiki Rumah Bagi Golongan Muda Di Negeri Johor

Peluang Memiki Rumah Bagi Golongan Muda Di Negeri Johor

papar berkaitan - pada 10/12/2025 - jumlah : 152 hits
Mr GPT kali ini saya ada soalan yang agak berat Untuk anak muda lelaki yang baru berumahtangga perlukan beli rumah Ada tak peluang beli rumah yang ditawarkan oleh kerajaan Johor khususnya sebab saya confius beberapa berita yang tidak jelas ...
Permohonan Kebenaran Bekerja Dari Rumah Penuh Panduan Dan Proses

Permohonan Kebenaran Bekerja Dari Rumah Penuh Panduan Dan Proses

papar berkaitan - pada 10/12/2025 - jumlah : 151 hits
Pahamilah Permintaan Doktor Saya Perlukan Memo untuk WFH Sepenuh Masa Ramai pekerja yang mengalami masalah seperti mengandung sakit belakang kegelisahan atau penyakit kronik Mereka sering menunjukkan keinginan untuk terus bekerja walaupun k...
Rare Tapi Berkesan Cara Halau Semut Tanpa Racun Di Rumah

Rare Tapi Berkesan Cara Halau Semut Tanpa Racun Di Rumah

papar berkaitan - pada 12/12/2025 - jumlah : 129 hits
Rare Tapi Berkesan Cara Halau Semut Tanpa Racun di Rumah Siapa sangka makhluk kecil seperti semut mampu menjadi gangguan yang sangat menjengkelkan di rumah Kehadiran mereka yang tiba tiba di dapur ruang makan atau ruang tamu bukan sahaja me...
Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Paper Cup Viral Kenapa Rekaan Simple Lebih Menarik Pelanggan

Kejayaan Mihas Shanghai Jualan Melonjak Melebihi Jangkaan

Lirik Lagu Rindu Yang Pergi Jmbelog

Nanjing Jingjue Mosque Dan Bersiar Siar Sekitar Qinhuai District

Jumaat Selamat Hari Lahir Myadik

Skuad Harimau Malaya B 23 Tiba Di Suvarnabhumi Misi Mengharumkan Nama Negara

Menteri Kesuma Umum 4 Perkara Berkait Keselamatan Sosial


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Tenang Melihat Mekar Bunga Kertas Di Laman

Cuti Sekolah Dah Nak Mula Hati Ibu Pun Mula Berfikir

Lirik Lagu Jalan Keluar Empty Page

Yis Hidup Tapi Roti Jadi Keras Ini Punca Sebenar Ramai Tak Sedar

Boleh Ke Oven Rumah Buat Roti Macam Kedai Ini Jawapan Sebenar

Resipi Snek Homemade Sihat Paling Digemari Anak Anak Ketika Cuti Sekolah