Lebih Afdhal Berjalan Kaki Atau Menaiki Kenderaan Ke Masjid



Soalan:
Yang manakah lebih utama bagi seseorang itu sama ada hadir ke masjid dengan berjalan kaki ataupun dengan menaiki kenderaan?

Jawapan:
Dalam isu ini, terdapat beberapa dalil yang menjadi sumber perbahasan hukum. Antaranya adalah sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

إِذَا أُقِيمَتِ الصَّلَاةُ فَلَا تَأْتُوهَا تَسْعَوْنَ، وَأْتُوهَا تَمْشُونَ وَعَلَيْكُمُ السَّكِينَةُ، فَمَا أَدْرَكْتُمْ فَصَلُّوا، وَمَا فَاتَكُمْ فَأَتِمُّوا
“Apabila solat telah bermula, maka janganlah kamu mendatanginya dalam keadaan berlari. Datangilah (solat) dalam keadaan berjalan dengan tenang. Solatlah (dengan apa) yang kamu sempat, dan (rakaat yang tertinggal itu) maka sempurnakanlah.” [Riwayat al-Bukhari (908)]

Hadis di atas jelas menunjukkan kepada kita tentang perintah dan galakan untuk menghadiri solat dalam keadaan berjalan dan juga tenang. Dalam masa yang sama juga menunjukkan bahawa kita tidak digalakkan untuk bergopoh-gapah dalam menghadiri solat.

Ini kerana berjalan kaki dengan tenang-tenang dan tidak tergopoh-gapah dalam berjalan atau dengan cara berlari akan memberi kesan negatif terhadap kekhusyukan di dalam solat. Sebahagian ulama mengatakan: “Sesungguhnya dilarang untuk berlari-lari menuju solat adalah kerana ia akan menghilangkan kekhusyukan (di dalam solat) disebabkan kepenatan dan juga terputus nafas yang disebabkan perbuatan berlari tersebut.” [Rujuk al-Jami’ Li Ahkam al-Quran, Al-Qurthubi (1/165)]

Selain itu terdapat juga sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

مَنْ تَطَهَّرَ فِي بَيْتِهِ ثُمَّ مَشَى إِلَى بَيْتٍ مِنْ بُيُوتِ اللَّهِ لِيَقْضِيَ فَرِيضَةً مِنْ فَرَائِضِ اللَّهِ كَانَتْ خَطْوَتَاهُ إِحْدَاهُمَا تَحُطُّ خَطِيئَةً وَالأُخْرَى تَرْفَعُ دَرَجَةً
“Sesiapa yang membersihkan dirinya (berwuduk) di rumahnya kemudian dia berjalan kaki menuju ke satu rumah dari rumah-rumah Allah untuk dia menunaikan satu kefardhuan dari kefardhuan-kefardhuan kepada Allah, maka setiap langkahnya itu salah satunya memadamkan dosa dan selangkah lagi mengangkat darjatnya.” [Riwayat Muslim (666)]

Imam al-Nawawi menyatakan kelebihan berjalan kaki menuju ke masjid dengan menyatakan bahawa ia akan menghapuskan dosa-dosa kecil seseorang itu dan juga mengangkat darjatnya di sisi Allah S.W.T.




Dalam sebuah riwayat daripada Ubai bin Ka’ab R.A beliau berkata:

كَانَ رَجُلٌ لاَ أَعْلَمُ أَحَدًا مِنَ النَّاسِ مِمَّنْ يُصَلِّي الْقِبْلَةَ مِنْ أَهْلِ الْمَدِينَةِ أَبْعَدَ مَنْزِلاً مِنَ الْمَسْجِدِ مِنْ ذَلِكَ الرَّجُلِ وَكَانَ لاَ تُخْطِئُهُ صَلاَةٌ فِي الْمَسْجِدِ فَقُلْتُ لَوِ اشْتَرَيْتَ حِمَارًا تَرْكَبُهُ فِي الرَّمْضَاءِ وَالظُّلْمَةِ فَقَالَ مَا أُحِبُّ أَنَّ مَنْزِلِي إِلَى جَنْبِ الْمَسْجِدِ فَنُمِيَ الْحَدِيثُ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فَسَأَلَهُ عَنْ قَوْلِهِ ذَلِكَ فَقَالَ أَرَدْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَنْ يُكْتَبَ لِي إِقْبَالِي إِلَى الْمَسْجِدِ وَرُجُوعِي إِلَى أَهْلِي إِذَا رَجَعْتُ فَقَالَ ‏أَعْطَاكَ اللَّهُ ذَلِكَ كُلَّهُ
Ada seorang lelaki yang mana aku tidak ketahui seorang pun dari kalangan manusia yang menunaikan solat menghadap ke arah kiblat dari kalangan penduduk Madinah yang lebih jauh rumahnya dengan masjid berbanding lelaki tersebut. Meskipun begitu dia tidak pernah terlepas menunaikan solat berjamaah di masjid. Aku berkata kepadanya: “Alangkah baiknya jika kamu membeli seekor himar (keldai) yang dapat kamu naikinya pada musim panas dan juga pada waktu gelap.” Lalu beliau berkata: “Aku tidak suka rumahku bersebelahan dengan masjid.” Lalu hal tersebut diketahui oleh Rasulullah S.A.W maka baginda pun bertanya kepada lelaki tesebut terhadap kenyataannya itu. Maka lelaki itu menjawab: “Yang aku mahukan wahai Rasulullah adalah dituliskan ganjaran pahala terhadap datangnya aku ke masjid dan pulangnya aku kepada keluargaku.” Maka Rasulullah S.A.W menjawab: “Semoga Allah memberikan kepada kamu kesemua perkara tersebut.” [Riwayat Abu Daud (557)]

Demikian juga berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abd al-Rahman bin Jabr R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

مَا اغْبَرَّتْ قَدَمَا عَبْدٍ فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَتَمَسَّهُ النَّارُ
“Tidak akan disentuh oleh api neraka kedua kaki hamba yang berdebu menuju ke jalan Allah.” [Riwayat al-Bukhari (2811)]

Kesimpulan

Sebagai penutup, kami menyatakan bahawa dengan melihat kepada dalil-dalil yang disebutkan jelas menunjukkan bahawa berjalan kaki menuju ke masjid adalah lebih afdhal berbanding menaiki kenderaan sama ada motor ataupun kereta.

Ini lebih-lebih lagi apabila seseorang itu dapat memastikan berjalan kakinya dia menuju ke masjid membolehkan dia mendapat saf yang pertama, muwafiq dalam solat berjemaah, dan selainnya.

Meskipun begitu kami menyatakan bahawa antara maqasid dan roh solat adalah untuk mendapatkan kekhusyukan di dalam solat. Justeru sekiranya dengan berjalan kaki dalam jarak yang jauh akan menyebabkan keletihan dan kepenatan atau menghasilkan bau-bauan yang tidak enak pada anggota badan, yang mana hal-hal sebegini akan mengganggu kekhusyukan di dalam solat, adalah lebih utama untuk hadir ke masjid dengan menaiki kenderaan berbanding berjalan kaki.

Akhir kalam, semoga pencerahan ini memberikan kefahaman yang tepat kepada kita semua dalam beragama. Ameen.

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/04/lebih-afdhal-berjalan-kaki-atau-menaiki.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
11 Berita Best Untuk Kaki Masjid

11 Berita Best Untuk Kaki Masjid

papar berkaitan - pada 8/4/2019 - jumlah : 492 hits
Assalammualaikum dan Salam Syaban Masjid merupakan simbol syiar yang sangat penting dalam kehidupan umat Islam Ia adalah jantung hati dan nadi kehidupan umat Islam Sewaktu peristiwa hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah perkara pertam...
Badal Haji Atau Infaq Untuk Arwah Lebih Utama

Badal Haji Atau Infaq Untuk Arwah Lebih Utama

papar berkaitan - pada 16/4/2019 - jumlah : 300 hits
Soalan Datuk dan nenek saya sudah meninggal dunia dan mereka belum sempat untuk melakukan ibadat haji Kami anak anak dan cucu mereka ingin bertanya mana lebih afdhal antara melakukan badal haji untuk kedua dua arwah atau wang itu kami infaq...
Nenek Tergamak Buang Cucu Tinggalkan Dalam Kotak Di Kaki Lima Belakang Masjid

Nenek Tergamak Buang Cucu Tinggalkan Dalam Kotak Di Kaki Lima Belakang Masjid

papar berkaitan - pada 24/4/2019 - jumlah : 397 hits
Tidak sampai 24 jam polis berjaya menahan seorang wanita dipercayai terlibat dalam kes pembuangan bayi di Masjid Lama Ara Kuda di sini tengah hari semalam Suspek berusia 57 tahun itu ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ib...
Tulang Kering Kaki Kiri Terpaksa Dipotong Hampir 2 Tahun Tak Boleh Berjalan

Tulang Kering Kaki Kiri Terpaksa Dipotong Hampir 2 Tahun Tak Boleh Berjalan

papar berkaitan - pada 16/4/2019 - jumlah : 1376 hits
Sebenarnya saya sudah lama sakit tulang kering kaki kiri terpaksa dipotong dan diganti tulang kecil kaki kanan demikian kata Norliza Hussain 39 yang menghidap kanser fibromatosis kaki kiri sejak awal tahun 2015 Menurut Norliza sebelum menge...
Pengelap Cermin Kereta Jenis Getah Biasa Atau Silikon Mana Lebih Bagus

Pengelap Cermin Kereta Jenis Getah Biasa Atau Silikon Mana Lebih Bagus

papar berkaitan - pada 18/4/2019 - jumlah : 988 hits
Wiper pengelap cermin kereta Alza aku dah rosak tapi dekat 3 bulan juga masih guna walaupun getah wiper dah jadi keras dan bahagian hujung dia dah terkoyak Bila memandu dalam hujan kurang nampak jalan sebab wiper dah tak boleh nak sapu bers...
Warna Air Mineral Bening Atau Putih

Warna Air Mineral Bening Atau Putih

papar berkaitan - pada 20/4/2019 - jumlah : 509 hits
Sambil blogging di depan ada TV channel Trans7 Di acara Tau Gak Sih salah satu segmen membahas warna air mineral bening atau putih Menggunakan reportase gaya Vox Pop host bertanya pada berapa orang Mereka menjawab air mineral itu warnanya b...
Perbezaan Ini Mama Boleh Tengok Jika Mempunyai Anak Lelaki Atau Perempuan

Perbezaan Ini Mama Boleh Tengok Jika Mempunyai Anak Lelaki Atau Perempuan

papar berkaitan - pada 20/4/2019 - jumlah : 357 hits
Kata orang anak lelaki biasanya lambat bercakap manakala anak perempuan lebih petah Anak lelaki susah duduk diam manakala anak perempuan lebih senang dengar kata Benarkah tanggapan ini Semua anak yang dilahirkan istimewa Dari segi saintifik...
Saya Minta Dia Pilih Isteri Dan Anak Atau Wanita Itu Ustaz Selebriti Cerai Isteri Hamil Tujuh Bulan Demi Janda

Saya Minta Dia Pilih Isteri Dan Anak Atau Wanita Itu Ustaz Selebriti Cerai Isteri Hamil Tujuh Bulan Demi Janda

papar berkaitan - pada 20/4/2019 - jumlah : 909 hits
Saya Minta Dia Pilih Isteri dan Anak Atau Wanita Itu Ustaz selebriti Cerai Isteri Hamil Tujuh Bulan Demi Janda Bekas isteri seorang pendakwah bebas mencetuskan tanda tanya dalam kalangan netizen apabila mendakwa diceraikan suaminya kerana k...
Wanita Ini Tunjuk Cara Mudah Kesan Handphone Tercicir Atau Hilang Guna Akaun Google

Wanita Ini Tunjuk Cara Mudah Kesan Handphone Tercicir Atau Hilang Guna Akaun Google

papar berkaitan - pada 20/4/2019 - jumlah : 351 hits
WANITA INI TUNJUK CARA MUDAH KESAN HANDPHONE TERCICIR ATAU HILANG GUNA AKAUN GOOGLE Rupanya jika handphone kita tercicir atau hilang ada cara mudah untuk mengesan kembali lokasi handphone tersebut iaitu dengan menggunakan Akaun Google Perka...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Anak Anak Belajar Dari Apa Yang Mereka Lihat Bukan Apa Ibu Bapa Katakan

Peluang Terakhir Untuk Pemberian Perkhidmatan Pelanggan Huawei Bagi 2024

120 Kata Motivasi Diri Dorongan Untuk Mencapai Kejayaan

Integral Human Development A Book By Paul Dass Sj

Diet Sihat Untuk Jantung Power

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin