Saya Minta Dia Pilih Isteri Dan Anak Atau Wanita Itu Ustaz Selebriti Cerai Isteri Hamil Tujuh Bulan Demi Janda
“”Saya Minta Dia Pilih Isteri dan Anak Atau Wanita Itu…” – Ustaz selebriti Cerai Isteri Hamil Tujuh Bulan Demi Janda! Bekas isteri seorang pendakwah bebas mencetuskan tanda tanya dalam kalangan netizen apabila mendakwa diceraikan suaminya kerana kahadiran orang ketiga.
Menurut wanita yang dikenali sebagai Ain Afini, suaminya iaitu Pencetus Ummah (PU) Abu melepaskannya demi mengahwini seorang janda anak satu.
Menerusi perkongsian di Instagram, PU Abu atau Muhammad Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi melafazkan talak kepada Ain Afini menerusi mesej di aplikasi Whatsapp.
Melafaz talak
“Pada 13.3.2019 saya telah dilepaskan dan ditinggalkan oleh bekas suami saya Pencetus Ummah Abu Sufyan kerana beliau memilih untuk bernikah dengan seorang janda bernama Hana Azraa.
Minta Untuk Poligami
“PU Abu meminta saya bersetuju untuk berpoligami selepas dua bulan bernikah tetapi saya menolak kerana perkahwinan kami masih terlalu awal.
Tidak Bersetuju
“Saya meminta dia memilih sama ada isteri dan anak atau wanita tersebut. Jadi dia memilih untuk meninggalkan saya dan anak yang dikandung ini,” kata Ain Afini.
Ain Afini kini hamil tujuh bulan.
Ain Afini membuat perkongsian duka itu melalui Instagram pada Jumaat. Menerusi posting yang sama, Ain Afini turut berkongsi paparan skrin lafaz cerai daripada pengirim yang menggunakan nama ‘Cian’ – dipercayai adalah PU Abu.
Beberapa paparan skrin daripada pengirim Whatsapp bernama ‘Hana’ serta posting Instagram juga dikongsikan Ain Afini.
Paparan Skrin Whatsapp
Tambah Ain Afini, dia sebolehnya cuba untuk merahsiakan perkara tersebut namun suaminya dan wanita itu secara terbuka memuat naik foto mereka di Insta story.
“Saya sudah cuba untuk menutup mulut dan tidak menghebahkan kepada orang walaupun sudah ramai yang mengesyaki perkara ini.
Mereka Buka Aib Sendiri
“Namun mereka sendiri yang membuka aib di Instagram masing-masing,” tulis Ain Afini lagi.
Paparan skrin lafaz cerai PU Abu Sufyan terhadap Ain Afini melalui aplikasi Whatsapp.
Dalam pada itu, Ain memberitahu perkara ini sudah diketuhui oleh keluarga kedua belah pihak namun usaha untuk menyelamatkan perkahwinan mereka gagal.
Sudah Cuba Perbaiki
“Cukuplah keseluruhan cerita hanya diketahui oleh pihak keluarga saya dan keluarga mentua.
“Kedua-dua pihak sudah cuba membantu sehabis baik tetapi jika hati yang sedang hangat bercinta, semua jadi buta,” ujarnya.
Bercerita lanjut, Aini Afini berkata dia terpaksa mengharungi pengalaman cukup menyiksakan sepanjang tujuh bulan hamil selain turut mendoakan bekas suaminya itu berbahagia dengan pilihannya.
“Saya minta semua pihak untuk tidak bertanya lebih lanjut pada saya tentang perkara ini kerana emosi saya semasa mengandung tujuh bulan ini sudah cukup banyak tersiksa. Saya inginkan pengalaman mengandung dan pantang yang lebih tenang.
terpulang pada Mereka
“Terpulanglah apa yang ingin dibuat oleh individu terbabit kerana pada akhirnya tiada manusia yang akan tenang dengan menzalimi manusia lain. Jangan lupa, dosa kezaliman kepada manusia, kena mohon maaf dengan manusia itu sendiri.
“Semoga ‘ustaz’ tidak menyesal dan berbahagia dengan pilihan anda. Untuk mangsa-mangsa lain yang pernah hubungi saya, InsyaAllah kita akan bawa kes ini ke mahkamah selepas saya habis pantang. Moga Allah bantu,” katanya.
Sumber: Mstar Online
The post “Saya Minta Dia Pilih Isteri dan Anak Atau Wanita Itu…” – Ustaz selebriti Cerai Isteri Hamil Tujuh Bulan Demi Janda! appeared first on .
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.apakes.com/saya-minta-dia-pilih-isteri-dan-anak-atau-wanita-itu-ustaz-selebriti-cerai-isteri-hamil-tujuh-bulan-demi-janda/