Badal Haji Atau Infaq Untuk Arwah Lebih Utama



Soalan:
Datuk dan nenek saya sudah meninggal dunia dan mereka belum sempat untuk melakukan ibadat haji. Kami anak-anak dan cucu mereka ingin bertanya, mana lebih afdhal antara melakukan badal haji untuk kedua-dua arwah atau wang itu kami infaqkan atas nama mereka? Mohon penjelasan.

Jawapan:
Menjawab persoalan di atas, melakukan badal haji adalah lebih afdhal. Hal ini berdasarkan hadis Syubrumah, di mana diriwayatkan daripada Ibn `Abbas R.Anhuma, katanya:

أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم سَمِعَ رَجُلاً يَقُولُ : لَبَّيْكَ عَنْ شُبْرُمَةَ ، قَالَ : مَنْ شُبْرُمَةُ ؟ قَالَ : أَخٌ لِي - أَوْ قَرِيبٌ لِي - قَالَ : حَجَجْتَ عَنْ نَفْسِكَ ؟ قَالَ : لاَ ، قَالَ : حُجَّ عَنْ نَفْسِكَ ثُمَّ حُجَّ عَنْ شُبْرُمَةَ
Nabi SAW mendengar seorang lelaki berkata: “Aku menyahut seruan-Mu bagi pihak Syubrumah (لَبَّيْكَ عَنْ شُبْرُمَةَ).” Lalu Nabi SAW bertanya: “Siapa Syubrumah?” Dia menjawab: “Saudara lelakiku atau kerabatku.” Rasulullah SAW bertanya: “Sudahkah engkau menunaikan haji untuk dirimu?” Dia menjawab: “Belum.” Lalu Nabi SAW berkata: “Tunaikanlah haji untuk dirimu dahulu. Kemudian barulah tunaikan haji untuk Syubrumah.” [Riwayat Abu Daud (1811) dan Ibn Majah (2903)]

Begitu juga dengan beberapa hadith yang lain sepertimana hadith yang turut diriwayatkan daripada Ibn ‘Abbas R.Anhuma, katanya:

أَنَّ امْرَأَةً مِنْ جُهَيْنَةَ جَاءَتْ إِلَى النَّبِيِّ -صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ- فَقَالَتْ: إِنَّ أُمِّي نَذَرَتْ أَنْ تَحُجَّ فَلَمْ تَحُجَّ حَتَّى مَاتَتْ، أَفَأَحُجُّ عَنْهَا؟ قَالَ: نَعَمْ حُجِّي عَنْهَا، أَرَأَيْتِ لَوْ كَانَ عَلَى أُمِّكِ دَيْنٌ أَكُنْتِ قَاضِيَةً؟ اقْضُوا اللَّهَ، فَاللَّهُ أَحَقُّ بِالْوَفَاءِ
Seorang wanita dari Juhainah datang menemui Rasulullah SAW dan berkata: “Sesungguhnya ibuku telah bernazar untuk menunaikan haji, namun dia tidak sempat menunaikan haji sehinggalah dia meninggal dunia. Apakah aku perlu menunaikan haji bagi pihaknya?” Jawab Baginda : “Ya, tunaikanlah haji untuknya. Apa pandangan kamu kalau ibu kamu berhutang, apakah kamu perlu melunaskannya?” Jawabnya: “Ya.” Sabda Baginda: “Tunaikanlah hutang Allah dan hutang Allah lebih berhak untuk dilunaskan.” [Riwayat al-Bukhari (1754)]

Al-Mubarakfuri menyebut: “Ungkapan “حُجِّي عَنْهَا” menunjukkan akan keharusan menunaikan haji bagi pihak si mati.” (Lihat Tuhfah al-Ahwazi, 3/580)

Kami berpendapat, hendaklah dibadalkan haji untuk datuk dan nenek yang telah meninggal dunia apabila belum sempat melakukannya sebagai haji fardhu. Ini kerana Baginda SAW menyebut bahawa haji merupakan hak Allah SWT. Maka ia lebih utama untuk ditunaikan.




Jawapan di atas jelas menunjukkan betapa hutang Allah seperti haji hendaklah dilaksanakan oleh waris jika berkemampuan. Nas hadis menunjukkan apa yang kami maksudkan, antaranya daripada Abdillah bin Buraidah, daripada bapanya R.A, katanya:

بَيْنَا أَنَا جَالِسٌ عِنْدَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذْ أَتَتْهُ امْرَأَةٌ فَقَالَتْ : إِنِّي تَصَدَّقْتُ عَلَى أُمِّي بِجَارِيَةٍ وَإِنَّهَا مَاتَتْ فَقَالَ : وَجَبَ أَجْرُكِ ، وَرَدَّهَا عَلَيْكِ الْمِيرَاثُ ، قَالَتْ : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، إِنَّهُ كَانَ عَلَيْهَا صَوْمُ شَهْرٍ أَفَأَصُومُ عَنْهَا ؟ قَالَ : صُومِي عَنْهَا ، قَالَتْ : إِنَّهَا لَمْ تَحُجَّ قَطُّ أَفَأَحُجُّ عَنْهَا ؟ قَالَ : حُجِّي عَنْهَا
Ketika kami duduk di sisi Rasulullah SAW, tiba-tiba ada seorang wanita datang dan berkata: “Saya telah sedekahkan hamba untuk ibuku yang telah meninggal.” Baginda bersabda: “Engkau mendapat pahala dan dikembalikan kepada engkau mirathnya.” Dia kemudian bertanya: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya dia ada (tanggungan) puasa sebulan, apakah saya perlu tunaikan puasa untuknya?” Beliau menjawab: “Tunaikanlah puasa untuknya.” Dia bertanya lagi: “Sesungguhnya beliau belum pernah melaksanakan haji sama sekali. Apakah perlu saya hajikan untuknya?” Baginda menjawab: “Laksanakanlah haji untuknya.” [Riwayat Muslim (1149)]

Imam Nawawi berkata: “Jumhur berpandangan bahawa menggantikan haji adalah dibolehkan ke atas mayat serta orang sakit yang tidak ada harapan untuk sembuh. Al-Qadhi Iyadh juga telah memberi pendapat yang berlainan dalam mazhabnya iaitu mazhab Maliki.” (Lihat Syarh al-Nawawi ‘ala Sahih Muslim, 8/27)

Al-Hafiz Ibn Hajar pula menyebut: “Mereka yang menyebut keharusan mengganti haji bersepakat bahawa tidak memadai pada haji fardu kecuali bagi yang mati atau sakit terlantar kerana lumpuh. Oleh itu, perkara ini terkecuali kepada orang sakit kerana adanya harapan untuk sembuh, tidak juga orang gila kerana ada harapan untuk pulih, tidak juga orang yang dipenjara kerana ada peluang dibebaskan serta tidak juga orang miskin kerana boleh jadi dia akan kaya.” (Lihat Fath al-Bari, 4/70)

Kesimpulan

Berdasarkan persoalan di atas, melakukan badal haji adalah lebih afdhal berbanding melakukan infaq untuk kedua-dua arwah. Hal ini sepertimana kata ulama:

إنَّ قَضَاءَ السُّنَّةِ سُنَّةٌ كَمَا أَنَّ قَضَاءَ الوَاجِبِ وَاجِبٌ
“Sesungguhnya, mengqadha yang sunat itu hukumnya sunat sebagaimana mengqadha yang wajib itu hukumnya wajib.” (Lihat Ithaf Zawi al-Basa'ir bi Syarh Raudhah al-Nazir, 2/264)

Walaubagaimanapun, infaq juga mempunyai kelebihan dan keutamaannya tersendiri. Kami syorkan agar laksanakan badal haji dan jika mempunyai lebihan harta, bolehlah sedekah atau wakaf bagi pihak si mati.

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/04/badal-haji-atau-infaq-untuk-arwah-lebih.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lebih Afdhal Berjalan Kaki Atau Menaiki Kenderaan Ke Masjid

Lebih Afdhal Berjalan Kaki Atau Menaiki Kenderaan Ke Masjid

papar berkaitan - pada 20/4/2019 - jumlah : 490 hits
Soalan Yang manakah lebih utama bagi seseorang itu sama ada hadir ke masjid dengan berjalan kaki ataupun dengan menaiki kenderaan Jawapan Dalam isu ini terdapat beberapa dalil yang menjadi sumber perbahasan hukum Antaranya adalah sebuah had...
Pengelap Cermin Kereta Jenis Getah Biasa Atau Silikon Mana Lebih Bagus

Pengelap Cermin Kereta Jenis Getah Biasa Atau Silikon Mana Lebih Bagus

papar berkaitan - pada 18/4/2019 - jumlah : 988 hits
Wiper pengelap cermin kereta Alza aku dah rosak tapi dekat 3 bulan juga masih guna walaupun getah wiper dah jadi keras dan bahagian hujung dia dah terkoyak Bila memandu dalam hujan kurang nampak jalan sebab wiper dah tak boleh nak sapu bers...
Lebih Hemat Mana Gofood Atau Grabfood

Lebih Hemat Mana Gofood Atau Grabfood

papar berkaitan - pada 6/4/2019 - jumlah : 447 hits
Gofood dan Grabfood merupakan salah satu layanan yang disediakan oleh aplikator taksi Online seperti Go Jek dan Grab yang tentunya sudah dikenal banyak orang dengan menggunakan Baca selengkapnya di https www a dhea com
Tabung Haji Hibah Atau Hiba

Tabung Haji Hibah Atau Hiba

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 423 hits
TV AL HIJRAH ANALISIS TABUNG HAJI HIBAH ATAU HIBA Datuk Zaiton Dato Dr Daud VS Najib Saahari RAKYATDari status FB Finaz Yunus Buat mereka yang menonton untuk mencari salah PASTI kesalahan akan menjadi bahan utama status FB mereka Saya teras...
Fokus Investasi Prabowo Sandiaga Janjikan Buka Lebih Banyak Lapangan Kerja

Fokus Investasi Prabowo Sandiaga Janjikan Buka Lebih Banyak Lapangan Kerja

papar berkaitan - pada 13/4/2019 - jumlah : 263 hits
Pasangan calon presiden dan calon wakil presiden nomor urut 02 Prabowo Subianto Sandiaga Uno akan fokus pada tema ekonomi pada debat kelima pemilu 2019 Salah satunya soal peningkatan investasi Menurutnya dengan semakin banyaknya investasi a...
10 Bebenang Pengorbanan Bapa Ini Membuatkan Kita Lebih Menghargai Mereka

10 Bebenang Pengorbanan Bapa Ini Membuatkan Kita Lebih Menghargai Mereka

papar berkaitan - pada 14/4/2019 - jumlah : 678 hits
Satu cerita yang mampu membuatkan korang hargai pengorbanan ibu bapa semoga bermanfaat Ini adalah thread ringkas
Lebih 10 Rumah Rosak Letupan Kompleks Petronas Pengerang

Lebih 10 Rumah Rosak Letupan Kompleks Petronas Pengerang

papar berkaitan - pada 13/4/2019 - jumlah : 406 hits
KOTA TINGGI Lebih 10 rumah di Kampung Lepau dekat Pengerang di sini mengalami kerosakan di siling dan dinding dipercayai kesan daripada kejadian letupan serta kebakaran di Kompleks Bersepadu Pengerang awal pagi tadi Pemilik rumah Abd Rahim ...
Penelitian Kita Cenderung Menilai Pasangan Jauh Lebih Pintar Daripada Aslinya

Penelitian Kita Cenderung Menilai Pasangan Jauh Lebih Pintar Daripada Aslinya

papar berkaitan - pada 13/4/2019 - jumlah : 256 hits
Penelitian Kita cenderung menilai pasangan jauh lebih pintar daripada aslinya Para peneliti dari University of Western Australia dan University of Warsaw menemukan bukti bahwa pria dan wanita cenderung mengestimasi IQ pasangan lebih tinggi ...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Peluang Terakhir Untuk Pemberian Perkhidmatan Pelanggan Huawei Bagi 2024

120 Kata Motivasi Diri Dorongan Untuk Mencapai Kejayaan

Integral Human Development A Book By Paul Dass Sj

Diet Sihat Untuk Jantung Power

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Dah Sampai Pulau Phuket