Kambing Golek Dan Kari Kepala Ikan Kedah Sajian Istimewa Sempena Ramadan Di Hotel Royal Signature


Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Tinggal kurang dari 50 hari sahaja lagi seluruh umat Islam di Malaysia akan menyambut bulan Ramadan. Mesti korang tengah tengok-tengok tempat berbuka puasa mana yang best dan juga penuh dengan makanan sedap-sedap. Tidak kurang juga yang merancang untuk berbuka puasa dengan keluarga atau rakan sekerja di tempat yang menawarkan harga berpatutan



Kalau masih tak jumpa lagi mana jom kali ni Maha bawa kepada korang satu tempat berbuka puasa di tengah kota Kuala Lumpur. Hotel yang baru sahaja siap pengubahsuaian dan juga penjenamaan yang lebih segar dan begitu gah. Hotel Royal Signature merupakan nama terbaharu dalam industri hospitaliti di Kuala Lumpur. Holte ini terletak di Jalan Bukit Bintang ini adalah merupakan tahun pertama mereka memperkenalkan bufet buka puasa




Membawakan tema "Sajian Titian Desa"masa untuk abadikan kenangan terindah ketika berbuka puasa bersama orang yang tersayang sambil menghayati keasyikan rasa santapan tradisional Melayu. Juga ada pelbagai lagi makanan lain yang istimewa di sini iaitu Kambing Golek. Sebab ini menjadi menu yang dicari-cari oleh orang ramai dan menjadi tumpuan setiap kali ada bufet buka puasa. 



Juga istimewa yang tiada kat tempat lain di sini adalah Kari Kepala Ikan Kedah resipi khas chef utama yang disediakan dengan sentuhan magis. Kalau boleh tengok Kari Kepala Ikan meraka sangat besar seketul kepala ikan kalau setengah orang boleh habis seorang makan tapi ada yang boleh kongsi 2 ke 3 orang makan juga tu. Kari yang pekat dan juga penuh dengan rasa masakan tradisi Melayu






Itu yang menjadi tarikan menarik kat sini, tapi ada juga menu lain yang isitimewa seperti Gulai Kawah Tulang Rawan, Asam Pedas Ekor Melaka, dan Sate. Biasalah bila bulan waktu puasa ini semua makanan nampak sedap dan juga semua nak dicubanya. Cuma kena beringat makan berpada-pada dan juga jangan membazir bulan mulia nanti






Pada yang suka makanan laut segar “Seafood on Ice” satu bufet yang memang dinantikan dalam majlis buka puasa, ada Ikan Siakap Bakar dan Sambal Petai Udang Karang dan macam-macam lagi. Makan pula dengan nasi putih atau juga nasi Hujan Panas memang satu padanan yang terbaik kat sini. Makanan-makanan lain seperti pencuci mulut tradisional dan moden juga ada serta buah-buahan segar dan juga minuman yang sejuk melegakan tekak seharian berpuasa




Masa majlis berbuka puasa nanti tetamu yang hadirkan akan dihiburkan dengan penampilan istimewa oleh penyanyi Reyhana Yunus dan Fareez Fauzi. Kemudahan surau juga ada disediakan oleh pihak hotel untuk tetamu yang beragama Islam bagi menunaikan solat fardhu Maghrib dan Isyak dengan selesa. Hotel Royal Signature juga akan menyumbang RM1.00 dalam jualan bufet makan malam Sajian Titian Desa, kepada Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Raudhatul Nurr Jannah



Semua menu ini disediakan oleh eksekutif chef iaitu Chef Tony Tang bersama-sama pasukan kulinarinya. Menurut chef ada lebih kurang 200 jenis makanan dari pelbagai bahagian dan rasa boleh dinikmati. Juga setiap hari menu akan diubah mengikut pusingan dan akan ada selangan menu jadi kalau datang hari-hari pun tak akan bosan makanan yang sama




Ditanya pula berkaitan harga bagi yang nak tempah lebih awal, tawaran “Early Bird” tersedia bermula 1 Februari 2024 hingga 1 Mac 2024, pada harga RM128.00 bersih untuk setiap satu orang dewasa. Kalau ikutkan harga normal adalah RM178 bersih untuk seorang dewasa. Sangat berpatutan dan berjimat bagi sebuah hotel bertaraf empat bintang ini. 



Harga normal lain pula untuk Warga Emas (60 tahun ke atas) RM128.00 bersih. Kanak-kanak (7 hingga 12 tahun) RM98.00 bersih. Manakala diskaun 20% untuk pemegang kad RHB serta yang buat pembelian berkumpulan Beli 10 dapat Percuma 1.  Bufet buka puasa ini akan bermula 12 Mac 2024 hingga 6 April 2024, dari jam 7.00 malam hingga 9.30 malam



Juga Hotel Royal Signature sediakan juga Pakej Penginapan Titian Desa Ramadan dengan harga RM488. Ini sudah termasuk penginapan dua orang, sahur, bufet makan buka puasa, snek Ramadan dalam bilik. Kalau nak tahu lanjut boleh hubungi mereka di talian dan juga email yang disediakan di bawah. Selamat melalui bulan puasa dengan tabah dan penuh kesedaran

E-mel: [email protected]. Tel atau WS : +60 16-808 3188Web Site: https://hotelroyalsignature.com  

 






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mahamahu.com/2024/02/kambing-golek-dan-kari-kepala-ikan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Buffet Ramadan 2024 Sajian Titian Desa Di Hotel Royal Signature Kuala Lumpur

Buffet Ramadan 2024 Sajian Titian Desa Di Hotel Royal Signature Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 1/2/2024 - jumlah : 308 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar rakan rakan dan pembaca sekalian Alhamdulillah semoga semuanya dalam keadaan baik baik sahaja Sebagaimana yang kita sedia maklum bulan Ramadan semakin menghampiri Selain teruja untuk melaksanaka...
Indulge In Timeless Flavours With Hotel Royal Signature S Debut Sajian Titian Desa Buka Puasa Buffet

Indulge In Timeless Flavours With Hotel Royal Signature S Debut Sajian Titian Desa Buka Puasa Buffet

papar berkaitan - pada 6/2/2024 - jumlah : 265 hits
Indulge in Timeless Flavours with Hotel Royal Signature s Debut Sajian Titian Desa Buka Puasa Buffet We were celebrating the new year 2024 and suddenly it is February What happens to time It goes by so quickly and soon Ramadan will be upon ...
Buffet Ramadan 2024 Royal Signature Bawakan Sajian Titian Desa

Buffet Ramadan 2024 Royal Signature Bawakan Sajian Titian Desa

papar berkaitan - pada 6/2/2024 - jumlah : 341 hits
Ramadan tak lama lagi dan bakal dimeriahkan buffet Ramadan yang sentiasa dinanti nantikan Hotel The Royal Signature membawakan buffet bertemakan Sajian Titian Desa di tengah tengah pusat bandaraya Kuala Lumpur Lebih dari 200 juadah tradisio...
Bufet Ramadan 2024 Citarasa Klasik Di Hotel Royal

Bufet Ramadan 2024 Citarasa Klasik Di Hotel Royal

papar berkaitan - pada 8/2/2024 - jumlah : 338 hits
Hotel Royal Kuala Lumpur membawakan bufet Ramadan dengan tema Citarasa Klasik sempena bulan Ramadan 2024 Menampilkan hidangan tradisi rakyat pelbagai etnik di Malaysia antara juadah yang menarik adalah Nasi Biryani Kambing kuzi Ekor Sapi Ma...
Unveiling The Merentasi Tradisi Sajian Dulu Dan Kini Ramadan Campaign At Hilton Kuala Lumpur

Unveiling The Merentasi Tradisi Sajian Dulu Dan Kini Ramadan Campaign At Hilton Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 31/1/2024 - jumlah : 396 hits
This collaboration combines Hilton s Travel with Purpose strategy the United Nations Environment Programme West Asia s Recipe of Change Sustainable Ramadan Campaign and Winnow s AI technology for digital waste tracking from production to pl...
Raikan Ramadan Dengan Sajian Warisan Nusantara Ramadan Bufet 2024 Di The Pearl Kuala Lumpur

Raikan Ramadan Dengan Sajian Warisan Nusantara Ramadan Bufet 2024 Di The Pearl Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 28/1/2024 - jumlah : 334 hits
Salam Uolls Ramadan semakin menghampiri tidak lama lagi dan pasti seluruh warga Malaysia tidak sabar merancang berkumpul bersama seisi keluarga sahabat mahupun acara berbuka bersama teman sepejabat bagi mendapat saat moment indah bersama Ka...
Wanita Disahkan Maut Rebah Ketika Senamrobik Sempena Kempen Pilihan Raya

Wanita Disahkan Maut Rebah Ketika Senamrobik Sempena Kempen Pilihan Raya

papar berkaitan - pada 2/2/2024 - jumlah : 175 hits
Seorang wanita dilaporkan maut selepas rebah ketika melakukan aktiviti senamrobik ketika menyertai kempen pilihan raya dalam kejadian di Surabaya Indonesia pada petang Rabu dailypost id Salah satu peserta meninggal dunia ketika sedang mengi...
Sales Kat Sogo Sempena Tahun Baru Cina

Sales Kat Sogo Sempena Tahun Baru Cina

papar berkaitan - pada 2/2/2024 - jumlah : 246 hits
Jumaat lepas k fiezz ke SOGO Nak raya cina ni biasanya ada promosi Korang kalau nak beli pakaian time ni memang murah murah Macamana k fiezz tahu Biasalah sis kan memang suka ke SOGO Sebelum ni pun k fiezz pernah beli seluar kerja kat SOGO ...
Program Apple Sempena Cuti Sekolah

Program Apple Sempena Cuti Sekolah

papar berkaitan - pada 6/2/2024 - jumlah : 208 hits
Terlepas bengkel AI tempohari Jangan kecewa cikgu semua Kami bersama sama Apple Teacher Malaysia akan membawakan bukan satu tapi dua program sempena cuti sekolah Crafting Immersive Stories using AR on iPad Terbuka kepada semua murid sekola
Trump Mahu Penduduk Gaza Dipindahkan Ke Negara Jiran

Subsidi Tambang Penerbangan Musim Raya Kurang Rungutan Rakyat Kata Loke

Khutbah Jumat Isra Mi Raj Dan Palestina

Biodata Soloz Kerjaya Filem Terbaru Game Of Life

Kumpulan Khutbah Jumat 2025

Kemalangan Di Mesir 8 Pelajar Malaysia Cedera Dapat Bantuan Wisma Putra

Cara Mengatasi Tekanan Emosi Dalam Kehidupan Sehari Hari

Resepi Bbq Kambing


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


Ikan Siakap Bakar Kerabu Bunga Betik

Lirik Lagu Anak Raja De Fam

Monday Blues

Telefilem Buah Hati

Aprilian Terbujuk Rayu Chord

Maxwel Franklin Saran Telempai Ke Bukai Chord